Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Jumaat, 12 September 2008

GEMPAR..Raja Petra Di Tahan ISA..!!!


Blogger Raja Petra Kamaruddin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA), kata isterinya Marina Lee Abdullah.Menurutnya, 10 anggota polis datang ke rumah mereka di Sungai Buluh pada kira-kira jam 1.10 tengahari tadi untuk menahannya.
Maklumat lanjut boleh di dapati di [SINI]

Khamis, 11 September 2008

EMPAT PEMIMPIN PKR (AHLI PARLIMEN) KE TAIWAN


Terkini

Empat pemimpin Parti Keadilan Rakyat akan terbang ke Taiwan esok untuk bertemu dengan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional. Mereka ingin menemui para YB yang terdahulu telah bersetuju untuk meninggalkan Barisan Nasional dan masuk ke dalam Pakatan Rakyat.

Mereka yang dijangkan pergi ke Taiwan esok ialah Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye, YB Saifuddin Nasution, YB Fuziah Salleh dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua.


Kemaskini

Empat ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat akan berlepas ke Taiwan pada jam 2.00 petang esok hari Jumaat.

Mereka akan mengambil pesawat udara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Delegasi PKR ini akan menginap di Hotel Sheraton Taipei 12, Chung Hsiao East Road, Section 1, Taipei 100, Taiwan.

Ketua Penerangan PKR, Sdr Tian Chua telah memberi tahu Tukar Tiub bahawa 49 ahli-ahli parlimen Barisan Nasional akan juga menginap di hotel yang sama.Menurut Tian Chua , beliau telah mula berhubung dengan beberapa ahli parlimen tersebut.

Bila Tukar Tiub meminta siapakah YB yang dihubungi, Ketua Penerangan PKR ini telah enggan memberitahu nama-nama mereka.Sdr Tian Chua juga memberitahu bahawa 'pertemuan' antara delegasi PKR dengan 49 YB Barisan Nasional itu pasti akan berlaku.(TT)

sumber daripada
[TUKAR TIUB]

Buat Laporan Polis...


Dalam sibuk2 aku dok search dlm internet nih....tetiba aku terjumpa la benda nih...


Aku rasa mcm best plak kalau ramai2 rakyat malaysia buat repot polis...nescaya x lena tido atau tak tenteram mamat mangkok nih....hehehehe....korang nk tau aku ambik dari mn...klik kat [SINI]

Minyak Oh Minyak


salam....

Apa punya turr jadi rakyat malaysia ntah la....bukan kecewa lahir di malaysia,tapi kecewa pentadbiran yang sanggup menipu rakyat sendiri...

Minyak dunia hari nih dh jatuh hingga bawah $105 dh...harga minyak naik 70sen sewaktu harga minyak dunia $125,bila turun sampai $118...gomen umum la harga minyak turun 15sen...bengong tol....

Wei,tak habis2 nk menipu...klau waktu tuh nk amik hati pengundi pmtg pauh pun...nih dh hampir bawah $100 pun...bahkan jangkaan harga pada bln oktober nih akan turun di bawah nilai $100 1 tong barrel...rakyat kita masih lagi kena byr minyak dgn harga yg mahal...bayangkan brp hari depa punya tahan harga...untung nk pelari pi mn?

Kita nih bukan la mcm menantu Robert Quak naik sampai RM10 seliter pun dia tak rasa apa pasal dia tuh dh mmg raja gula negara....aku rasa klau ada golongan yang nk pertahan lagi kerajaan BN yg sedia ada skrg...otak org tuh bkn takat dok kat lutut...tetapi dok kat bawah tapak kaki...menggong

klau hampa tgk kat blog penarik beca,dia ada tulis ada beberapa pimpinan PR jumpa PM dekat mines 8 sept baru2 nih...apa kata hampa pi kt blog [dia]

Ustaz Ramlang-Di Tukar


Oleh: Jimadie Shah Othman (malaysiakini)

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi telah ditukar ke bahagian pentadbiran dan kewangan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya, berkuatkuasa 9 September lalu.

Surat bertarikh 8 September itu ditandatangani oleh pengarah bahagian berkenaan, Abdul Murat Abdul Wahab.

Surat tersebut tidak menyatakan sebab-sebab Ramlang ditukar ke bahagian berkenaan.
Bagaimanapun, surat itu menyatakan Ramlang dikekal pada Gred 17.
Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Ahmad Nizam Hamid ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Pada 15 Ogos lalu, Ramlang adalah antara empat imam Masjid Wilayah Persekutuan yang diarahkan menghadiri majlis angkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid tersebut yang mendakwa dia diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun.

Ramlang kemudiannya muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat pada 24 Ogos lalu - dua hari sebelum hari pengundian pilihanraya kecil Permatang Pauh - meminta supaya beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah laknat Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang juga menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah Saiful itu tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.
Sementara itu, Ahmad Nizam berharap tindakan Jakim itu tidak bersifat ‘pemecatan konstruktif’.

“Ini bukan pemecatan tetapi memberi tekanan kepada pekerja. Dalam kes ini kadang-kadang mereka bagi meja dan kerusi tapi kerja tidak ada.

“Saya harap Jakim tidak melakukanm perkara itu (terhadap Ramlang),” katanya.

Menurut Ahmad Nizam lagi, sudah tentulah anak guamnya kini dalam keadaan sedih.
Katanya, walaupun gred jawatan Ramlang adalah sama tetapi dia tidak lagi menjadi imam.

Macam2 Ada-Hot...Hot


salam...

Tak sempat nak update pasal tukar hp lain..x leh nk login pasal xleh nk guna hp baru buat broadband....

Dalam pada tuh mcm2 ceta jadi 2-3 hari nih....ada 1 mamat nih cakap dulu 'saya takkan sertai UMNO selagi paklah jadi presiden....tetiba terhegeh2 mcm b*** dok sondoi UMNO blk...apa punya turr...keja nk menipu tak habis2....

Hat mamat gemok sorang tuh kena gantung 3 tahun sj dlm UMNO,sebab apa?pasal Pakatan Rakyat ignore & buat dunno saja api perkauman yang depa tiup...tak mcm dulu 1987...aku pelik pasal mamat gemok nih yang di ambil tindakan oleh UMNO...malaysia nih tadak polis ka?klau puak PR yang buat onar...aku pasti dh kena ISA pun sebab cubaan utk mewujudkan keadaan tegang antara kaum...keselamatan negara la konon...

Cerita lagi ada pula mamat yang tak konpiden dgn 16 september 2008...bahkan dh keluar statement pun takkan berlaku pertukaran kerajaan...yang peliknya,orang lain runding...orang lain pula yang tak yakin...tuh bukannya 'pandai' tetapi 'pandai2' buat2 tau...sedar la sikit...harapan rakyat...pasal tuh org muda lari dari nk rapat dgn hampa...lapaq nk jadi menteri kot,tapi dh tak laku...

Bertiup kencang juga khabarnya ada golongan yang tak sign surat utk pembentukan kerajaan baru...klau hat kaki lompat mcm si raja katak tak kisah la,semua orang sedia maklum,dia tuh org kuat tengku razali....nih org penting dalam komponen PR...waduh,orang mcm nih patut di singkirkan saja...pasal apa?sebab utama ialah kepentingan diri letak no 1,tapi bila bercakap kononnya ianya kepentingan agama...

Aku terpanggil untuk ulas sikit bila aku lihat golongan yang di bibir asyik sebut islam,pakaian jubah meleret ke tanah,serban besar bakul...tapi percayalah,di dunia arab...golongan ini lah yang menjadi fraksi & mengikut telunjuk amerika...bahkan,golongan yang menampakkan diri & pemerintahan seolah2 mcm islamnya teratas...tetapi menjadi boneka barat...

Lihat lah Erdogan-Turki,Ahmeddinijat-Iran nampak simple,moderat,tidak berjubah...tetapi bukan saja islam di terapkan sedikit demi sedikit di turki walaupun pemerintahan sebelum ini sekular...bahkan iran pula skrg di takuti & digeruni oleh amerika & israel...sehingga nk ugut serangan besar2an walaupun dunia mengecam tindakan tersebut...

Begitu jugalah dgn Dato Seri Anwar Ibrahim,belum apa2 lg...suara sumbang mcm lutong atas pokok riuh rendah mempersoalkan pentadbiran kerajaan baru...tiada motif yang lebih besar mereka isukan...hanya berpaksi atas nama islam...kebimbangan mengenai islam...walhal niat hati dalam perut hanya ALLAH yang tahu...hitamnya lebih teruk dari hati ayam yang dh di goreng...golongan subversif ini akan menentang dgn apa cara sekali pun...ego,sombong,angkuh....bahkan mereka tetap dgn hujah...mereka lebih pandai kerana ilmu agamanya tinggi tanpa mempedulikan apa yang akan berlaku dgn tindakan mereka..sebab bagi mereka...hujah mereka amat maksum klau nak di bandingkan dgn orang lain yang tiada latar blkg agama...

Sebab masing2 yang mahukan Anwar sebagai PM ialah seperti ali hassan Al-Oxford,amir shaari Al-cambridge,syed amirudin Al-georgetown...golongan ini tiada pula di blkg nama mereka Al-iraqi,Al-tantawi atau apa2 lagi Al yang menampakkan mereka berlatar blkg dari Universiti yang berpendidikan agama di Arab...walaupun arab itu kebanyakan diktator,boneka amerika dll...

Sebab itulah org seperti Husam musa,Dr hatta,Dr Dzulkifli ahmad,Datok KJ dll yang tak pakai jubah,di kritik hebat.tetapi mereka ini mendapat tempat di hati Tok Guru Nik Aziz...sebab itu Tok Guru Nik Aziz mendapat sanjungan dari kawan & lawan...di hormati oleh golongan islam & bukan islam...inilah contoh yang perlu kita pelajari...bukan otak letak kat lutut persoalkan soalan & andaian bodh lagi menyempitkan...

Dunia....dunia....macam2 ada....lu ada otak...lu pikir la sendiri...wallahualam

Isnin, 8 September 2008

Ramlang Kembali Bertugas Hari Ini


Imam Masjid Wilayah Persekutuan,


Ramlang Porigi telah kembali bertugas hari selepas bercuti sejak sebelum pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.


Menurut Imam Besarnya, Abdul Malek Salleh, Ramlang (foto) datang bertugas pagi tadi.Ketika ditemui di masjid berkenaan, Malek memberitahu Malaysiakini bahawa bahawa Ramlang telah pergi bertemu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan tersebut.Pagi tadi, peguamnya, Ahmad Nizam Hamid juga mengesahkan bahawa Ramlang akan kembali bertugas hari ini.

Ramlang menjadi tumpuan ramai apabila beliau muncul di pentas ceramah Pakatan Rakyat sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh untuk memperjelaskan mengenai kehadiran di majlis sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dilihat oleh penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.




ni pula sms aku dgn ustaz ramlang pada 29 ogos 2008 sewaktu dalam bas perjalanan niat mahu berjumpa dgn ustaz ramlang


Aku : Assalamualaikum,ana *** E*** A******* M*** K******* P****.ana nk mohon maaf sgt2 pd ust sbb kelancangan mendedahkan status ust d dlm blog sewaktu 4 hari lepas sumpah saiful.Bkn niat ana nk aibkan ust,ana juga dh tulis dlm blog minta maaf pd semua pembaca mlm 24hb lepas.ana tahu,ust rasa resah.ana bangga kehadiran ust mlm 24hb dlm munajat.hanya tuhan dapat balas jasa ust utk 27 juta rakyat.u are a hero,ana nk jumpa ust juga nk minta maaf tp F**** (Topeng_perak/blog perisik-rakyat) & n*** (blog matcomot) nasihatkan situasi n takut tindakan terdesak utk trace lokasi ust skrg.blog ana http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/


Ust Ramlang : w,slm.Ana maafkan.Insyaallah kalo semua dah selamat dan aman,kita akan berjumpa jua.ok


Aku : ok,apa pn ana n teman2 bloggers nk jumpa face to face dgn ust,tambahan ana tak tenteram selagi tak jumpa ust.bg ana keikhlasan ust ana balas dgn kejujuran.t.ksh sudi maafkn ana walaupn sms,simpan no tel ana jika nk tukar no tlg sms.insyaALLAH ana akan jumpa juga ust.t.ksh byk2.skali lg ana bangga dgn ust.


Ust Ramlang : Ok


Ada lg,tapi cukup la sekadar ini...apa2 pn bersyukur & di doakan keselamatan Ust Ramlang sekeluarga setelah memulakan tugas hari ini...


Balasubramaniam...yenggey porenggey?lagi tarak jumpa maaaa...Ust Ramlang dh bertugas...Dr Mohd Osman dh buat sidang media...tapi bala juga hilang...aney...yenggey?
Related Posts with Thumbnails