Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Sabtu, 16 Ogos 2008

Penamaan calon P-44 & Perjumpaan Bloggers

Penamaan calon pilihanraya kecil hari ini adalah yang terhebat dalam sejarah malaya....bayangkan dalam lokasi yang menempatkan penyokong Pakatan Rakyat dengan kehadiran ratusan ribu manusia di anggarkan antara 100-150ribu lautan manusia....


Aku dah rasakan pilihanraya kali ini akan membuktikan kepada KERAjaan yang ada sekarang ini bahawa rakyat akan menggunakan saluran mengundi pada PRK ini untuk menobat seorang Ahli Parlimen,Ketua Pembangkang & Bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-6....


Ini adalah kemahuan rakyat...ini adalah tuntutan bangsa...ini adalah tuntutan umat yang mahukan keadilan,ketelusan serta pemerintahan yang akan menjadikan malaysia sebagai sebuah negara yang akan di nobatkan dengan 1 kecemerlangan serta bermaruah...


Percayalah...pertembungan kali ini bukan sahaja menentukan Ahli Parlimen kawasan...ianya pertembungan menentukan masa depan rakyat...mengangkat akidah & kemulian Islam di samping menjaga hak penganut agama lain...maruah bangsa...bahkan kesenangan yang akan di kecapi seluruh rakyat dengan mengangkat kecemerlangan dalam ekonomi negara...


Apakah rakyat lebih bersedia mengemis di bumi sendiri secara tidak sedar menjadi hamba kepada kerajaan yang sedia ada di beri amanah & mandat selama 50 tahun...apakah kita masih mahu menjadikan nasib masa depan generasi akan datang dengan nasib yang lebih teruk daripada apa yang kita rasai?


Jawapan hanya di tangan pengundi Permatang Pauh serta kebijaksanaan,moral & semangat yang tinggi oleh petugas jentera PR...oleh yang demikian...nilaikan apa yang sepatutnya kita fahami dari luahan hati anak muda seperti aku ini...


Pada Jam 3 petang seperti yang di janjikan...perjumpaan para bloggers pro-re4mac...ramai nama2 besar dalam dunia bloggers seperti aris,matsamankati,zorro,matcomot,perisik rakyat,ummi,hijat penang @ panjang,Chegu Bard,acidburn & beberapa lagi nama yang aku rasa...kempen PRK permatang pauh akan mendapat liputan meluas dalam blog mereka secara pantas..orang malaya zaman penjajah dulu kata up to date...


Pada Abang bakar A.K.A penarik beca di doakan moga sembuh dari demam...salam bro kami terima...begitu juga dengan adam trade Al-Banjari online...muffin Tn Haji memang umppphh...Buat Black,Susanloone yang terpaksa ke Island (Penang) kerana ada urusan penting...tq kerna sudi phone tanyakan keadaan kami di tempat gathering...Buat Cikgu WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI...walaupun dok tel byk kali nak mai...bila kena mengadap komputer nk updatekan picture dlm blog 'wrlr' sepanjang proses penamaan calon...kenyang perut saya hentam nasi bahagian cikgu...hehehe....cuma cucumatkilau saja tak sampai...mungkin jalan jem punya pasai kot...hehehe...Abang Anuar UMNOREFORM harap2 sembuh dari sakit jantung...thanks hubungi bard...kak nora,hopefully sukses


Kepada Cyber Trooper BN....jaga2 naaa....kami kali nih akan bongkar ceta anda semua dalam penipuan sepanjang kempen PRK nih dalam blog kami...jangan dok menipu byk sgt naaaaa....takot sama tuhan naaa...jaga hampa......nanti azab ALLAH teruk tau...


Matcomot,Perisik Rakyat,Abang Aris,Zorro hati2 pulang ker kl....jumpa 20hb nih...yang berkampung di Permatang Pauh...do ur good job... arios amigos...wallahualam
Korang klik la link nih...kenapa aku cakap 100-150ribu orang penyokong PR...

Bersumpah,Akuan Sumpah & Sesumpah

Salam semua....

Alhamdulillah...beberapa jam kita daripada sekarang akan terdetik 1 sejarah di permatang pauh apabila bekas pemegang kerusi berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali bertanding di kerusi berkenaan serta menggegarkan kembali arena politik negara...

Tiba-tiba kita di gemparkan oleh perlakuan bersumpah oleh manusia yang sebelum ini telah didedahkan dengan 1 akuan bersumpah tidak di liwat oleh Doktor daripada hospital pusrawi di mana kes ini juga telah di rencanakan oleh sesumpah....

Bersumpah....siapa pun boleh melakukannya,tambahan pula jika bersumpah itu di bayar dengan satu harga yang boleh membuatkan timah janda tidak perlu menjual nasi lemak di tepi jalan tatkala ramai anak muda mahu ke tempat kerja di kawasan perindustrian kulim hi-tech...

Jadi dengan bersumpah itu,jika Allah S.W.T masih tidak melaknat dirinya dalam waktu terdekat ini kita boleh katakan dia benar?dengan cara yang boleh di pertikaikan tentang kesahihannya mengikut prosedure islam tambahan pula ianya perlu bersumpah di mahkamah syariah kerna sudah ada cara nak bersumpah di laksanakan di sana seperti yang di maklumkan temanku sebentar tadi (Hijat Penang).....

Bahkan klau di mahkamah pun,si perogol...pencuri...penagih dadah...atau apa2 yang 'pe' di depannya pun,perlu bersumpah bercakap benar tiada yang benar melainkan benar belaka...jadi jika ia melakukannya...apakah bila dia bersumpah...rasionalnya kita boleh menganggapkan kebenaran telah berpihak kepadanya?jadi...bagaimana pula dengan kenyataan bersumpah Doktor berkenaan?klau di ikutkan dari undang2...ianya lebih di terima sebagai bukti di dalam mahkamah...

Persoalannya...kenapa sehingga sekarang laporan polis yang sepatutnya telah di buat tidak di serahkan kepada DSAI walaupun ianya wajib dalam undang2?ke-2,kenapa dia telah menganggap dirinya di liwat tanpa kerelaan...dengan cara paksa...pertuduhan di mahkamah pula telah mendakwa DSAI di tuduh meliwat suka sama suka...(macam anak lebai kulup suka kat anak tipah janda la...hat tu pun aku nk kena terang bagi detail kat hampa)

Jadi walaupun skrip liwat ini di rancang dengan cukup rapi...Mengapa?esok nak penamaan calon baru si malaun nih nk bersumpah (kononnya sumpah dia dh betul,nak tipu Allah la tu) apakah ianya menepati ciri2 islam...anak jiran aku kata sebutan pun tak betul..apa alasannya tadi?alasannya sebab DSAI belum pasti di mana kawasan atau bila dia akan bertanding...tu sumpah politik beb...aku tak la terkejut sebab hukum tuhan pun orang dh buat main2...murtad pun orang sanggup...so dia pikir nak jadi apa lepas sumpah kita belakang cerita...

Apa kena mengena dengan DSAI nak bertanding dengan nak pi jaja 1 dunia nak bagi tau punggung dia kena tojoh dengan batang tua yang berumur 61 tahun...sapa2 yang umur 61 cuba pegang keras tak yang dalam seluar tuh...(maaf lucah sikit)..rasanya klau si malaun tuh kemut (keraskan punggung daaa...) rasanya boleh terbenam tak batang tua tuh masuk dalam dubur dia?kepada pak2 lebai jgn pula nk cuba test malam nanti sama ada terbenam atau tak...nanti kes nanya pulak...hehehe

Jangan lupa,saksi tak boleh fasik...lepas tu huruf sumpah memang ada 3 kalau grammar arabnya wow,ba,ta....ikut hukum pula klau sumpah tipu puasa 3 hari...Kalau dari bahasa tareqat la...kes malaun perbuatan yang bersumpah nih di sebut lahaulawalakuwatailla....sampai habis.apa pun perbuatan kita,jangan sampai melanggar fikrah dan ketentuan NYA....apa pun kita wait & see kata omputih...sumpah dia tidak semestinya benar (bagi aku mmg tak benar pun)...rujukla surah al-munafiqun

Yang peliknya time azizan dulu tak pula nk bersumpah...mgkin waktu tuh skripnya cacamarba...pasal sumpah nih pula tetiba dia nk tunjuk seolah2 benar DSAI liwat...dia ikut cara islam....tu sumpahnya berbayar kot...atau sumpah terancang...kenapa tak sumpah sebulan lalu,lebih molek lepas election nih...tapi time esok nk penamaan calon bermakna UMNO tuh penakot,terdesak & menggunakan apa cara sekali pun utk menyekat kemenangan DSAI di sana...lepas nih di jaja la cd bersumpah dia & di jaja bersama si raja sesumpah dalam kempen pilihanraya kecil ini...kita pun akan cuba d lupakn la pula akuan bersumpah si doktor pusrawi

Jadi...jika kita sebagai umat islam yang percaya kepada kebenaran...sama2 la kita memohon kehadrat ilahi..Allah yang mahaesa agar diberi petunjuk siapa yang benar!hat sorang dh masuk ijn...hat lain ramai dh dapat cash....jadi...yakinlah kepada kekuasaannya...takotlah azab ALLAH S.W.T...wallahualam

p/s : kalau hampa nk ulang tgk dia sumpah...cuba la masuk link kawan si sumpah malaun sekampus dulu...dalam tuh dia juga ada cerita si malaun ni bermula bulan 3 (MAC) lalu mengenai 'musang berbulu ayam'

http://www.najwanhalimi.com/2008/08/sumpah-yang-sampah-2.html

Jumaat, 15 Ogos 2008

Pimpinan Pas Mengiringi DSAI

Setakat info sekarang yang sudah sah hadir mengiringi Dato' Seri Anwar Ibrahim Esok dalam pernamaan PRK calon Parlimen Permatang Pauh ialah Tok Guru Nik Abdul Aziz...Dato' Husam Musa & Mohamad Sabu..

Lokasi berkumpul di bilik gerakan keadilan Mengkuang di exit penanti tol BKE menghala ker kulim.berkumpul jam 8 pagi dan akan bergerak ke Maktab perguruan Tengku Bainon...

Renungkan Apa Yang Telah Berlaku

Telah terbukti doa orang teraniaya adalah amat makbul dan tanpa hijab waima doa orang kafir sekali pun tetap akan dimakbulkan.rasanya mungkin ada yang masih belum tahu lagi nasib yang menimpa kepada perancang konspirasi 1998 lepas.Lihat senarai mereka yang telah di adili.

Ummi Hafilda Ali------> salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal.Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang anak yang telah diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?

Azizan Abu Bakar------> rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan dihukum enam bulan penjara.

Aziz Shamsuddin------>ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia. Apabila mereka mengambil jenazahnya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.

Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji.

Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar.Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar.Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut.

Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar.Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera.

Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!

Anda masih ingat Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.

Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin,tetapi Aziz menolak.Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

Ya, hanya ‘perkara yang baik’ akan menemui mereka yang melakukan ‘kebaikan’ kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuk setengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidak setimpal.Contoh, orang seperti Hamzah Zainuddin, seorang yang suka berfoya-foya, tidak wajar diberi ‘jalan keluar’ yang mudah.

Kepada Hamzah, nasibnya lebih teruk daripada kematian.Dan apakah anda mungkin bertanya, nasib Hamzah yang lebih dahsyat daripada kematian?Hamzah diperintah bayar RM11.206 jutaPada 8 April 2004, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memerintahkan Pengerusi Felcra Berhad, Hamzah Zainuddin, membayar tuntutan cerai bekas isterinya, Nooraini Abdul Rashid. Jumlah yang perlu Hamzah bayar ialah RM11.206 juta dan jumlah ini mesti dibayar dalam tempoh sebulan.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hassan Basri, ketika membaca keputusan itu berkata, ia merangkumi bayaran tuntutan mutaah dan tuntutan nilai gaji serta kenaikan tahunan ekoran perletakan jawatan plaintif (bekas isteri) yang kesemuanya berjumlah RM11.206 juta.Dalam keputusan itu, mahkamah juga mengarahkan Hamzah membayar satu pertiga daripada harta sepencarian melalui jumlah saham-saham di tiga buah syarikat sebanyak 21,064,286 unit atau sebagai pilihan beliau perlu membayar RM10 juta.

Mahkamah turut memutuskan harta tuntutan balas Hamzah terhadap Nooraini yang berupa dua kereta mewah dan sebuah rumah di Subang Jaya, Selangor, dikekalkan milik bekas isterinya keseluruhannya sebagai hibah.“Tuntutan mutaah yang layak kepada plaintif dalam masa perkahwinan mereka selama 15 tahun.”“Tuntutan nilai gaji dan kenaikan tahunan setelah plaintif meletakkan jawatan dalam masa perkahwinan adalah layak dituntut selama 22 tahun,” katanya lagi.

Hamzah diwakili oleh peguam syarie Zulkefli Ulul Aziz, manakala Nooraini pula oleh peguam syarie Asmuni Alwi.Tuntutan mutaah merangkumi nafkah diri selama 15 tahun sebanyak RM360,000; pakaian dan hiasan diri sebanyak RM270,000 serta upah menjaga anak kira-kira RM180,000.Bagi tuntutan nilai gaji selama 22 tahun berjumlah RM382,866 manakala kenaikan tahunan pula kira-kira RM13,200.Dalam keputusan itu, Hassan berkata, mahkamah memutuskan harta tiga buah syarikat yang dihujahkan sebelum ini diisytiharkan sebagai harta sepencarian iaitu Hexagon Holding Berhad, Evermaster Group Berhad dan Asian Pac Holding Berhad.

Katanya, jumlah unit saham di Hexagon Holding Berhad adalah 3,013,957 unit, Evermaster Group Berhad adalah 3,496,901 unit dan Asian Pac Holding Berhad adalah 56,682,000 unit.“Dengan itu, plaintif layak dan berhak menuntut satu pertiga bahagian daripada jumlah nilai saham di tiga buah syarikat tersebut.”“Tetapi defendan diberi pilihan dengan membayar sebanyak RM10 juta sebagai ganti,” katanya.

Hassan memberitahu, Nooraini berhak membuat tuntutan mutaah kerana sepanjang perkahwinan dengan Hamzah, beliau tidak pernah mengaibkan nama suaminya serta sentiasa menjaga kehormatan dan keselamatan anak-anaknya.“Mutaah wajib dibayar oleh bekas suami kepada bekas isterinya yang taat dan tidak pernah dilaporkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah.”

“Bagi kes itu, si isteri sanggup berkorban dengan bekerja sendiri walaupun defendan mengetahui kesukaran yang dialami bagi menanggung dan menjaga anak-anak dirumah,” katanya.renung2kanlah

p/s------>yang di bold kan tu adalah nama mereka-mereka yang terlibat dan balasan Allah ke atas mereka.Allah bagi balasan bukan sahaja cash di dunia tapi sampai akhirat jua.-

Portal Komuniti

Semua sudah di berikan contoh azab cash di dunia...hat dalam picture tuh nk jadi lagu mana plak?

Aku Rembat Dari Blog Lain

Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

" kita berdoa kpd allah pengundi pengundi d permatang pauh tidak termkn dgn fitnah-fitnah kpd DSAI.kesnya sblm dibawa ke mahkamah sudah sibuk sehingga semua org tahu.jatuh air mukanya.di akhirat kelak,mereka yang terbabit akan di humbankan ke dlm api neraka kalau anwa tidak maaf terhdp fitnah yg di lemparkan.air muka wajib dibela.

Dibawah undang undang hudud.hukuman hudud termasuk bg hukuman org berzina.mereka dengki kpd anwar krn dia org muda,berpelajaran,berpengalaman sehingga dikenali di seluruh dunia termasuk di amerika,timur tengah dan eropah.Allah taala beri dia ilmu dan kepandaian bercakap "tuan guru dato nk aziz nik mat mataku mulakan bicara blog aku dgn kata kata tuan guru dato nik aziz nik mat..tersiar dlm harakah keluaran 15 ogos 2008.petang semalam aku beli.

Ini pula beberapa kenyataan dari pemuda PAs semasa muktamat PAS berlangsung...."jgn terlalu kagum secara berlebihan dgn anwar.blh sokong,tapi berhati hati dgn apa yangberlaku sblm ini " wan sukhairi wan abdullah...

wakil dewan pemuda pas trengganu."jangan dok kemaruk 16 september 2008 runtuhkan krjn jahiliah lama umno diganti dgn krjn jahiliah baru yang dijayakan kepentingan luar seperti amerika " mohd redzuan ramli,wakil pemuda pas pulau pinang.

Dan ada beberapa lagi kenyataan yang aku malas nak taip.aku akan ulas kemudian di bawahcuma persoalannya..adakah kenyatan yang diucapkan diatas tidak berbaur fitnah dan tomahan semata mata...fikirkan sendiri.minta maaf?jgn buat lawak di tengah padang.kami org janggut,pakai kopiah.mana blh minta maaf.jatuh la martabat.kenapa aku cakap mcm ni..nak kena saman eek..duit dah bnyk sngt ke matcomot.aku cakap begini sebab aku tau,ada 3 pemimpin pas yang tergolong dlm ulamak profesional berjumpa dgn DSAI memohon maaf akibat kenyataan nasaruddin mat isa dlm THE STAR tempoh hari.nasarudin mat isa mana?ada minta maaf?belit lagi ada.....................................

Ini pula ada beberapa lagi kenyataan wakil pemuda pas yang tak berapa nak bijak yang aku petik dalam suratkhabar utusan malaysia..

" tolong hormat kami ( org melayu ) yang merupakan pribumi kepada bumi malaysia ini " mohammad hafiz mohammad nordin wakil pas pulau pinang.agaknya mamat ni dah terlupa kot slogan " PAS FOR ALL ".

Tetiba ego sombong dan bongkak dgn kenyataan begini.di mana dewan ulamak PAS..diam ke kenapa.kenapa tidak di nasihati beberapa kerat ahli anda yang bersikap begini biadap dan kurang ajar.mungkin istilah lebih baik adlh bodoh dan bahlol..tapi pelik juga..kenapa ustaz daud al iraqi cuma komen nak haji hadi jadi perdana menteri.

Wahai pemuda pas..buka mata,celikkan minda.......dengar apa kata hati......terlupakah anda dgn seorang wanita india di johor yang bertanding atas nama pas.masihkah kau ingat bagai mana ribuan pemuda india memakai baju t pemuda pas dan bersama sama pas berkempen utk pas.ingat tak ada org cina dan india yang mengaku dia ahli pas....bisakah aku bertanya apda mu,bagaimana puluhan kelab penyokong pas muncul.oh tuhanku,kenapa masih ada manusia yang mengaku berugama islam tetiba begitu sombong lebih dari firaun ketika di uji dgn sedikit kemenangan.

pernah kah anda terfikir kenapa secara tiba tiba tuan guru nik aziz mengeluarkan kenyataan berikut : "biar org cina pimpin islam di malaysia.org cina yg masuk islam mereka belajar sama ada di perkim atau mana mana tempat,sedangkan org melayu menjadi islam krn keturunan dato nenek.apabila datok nenek kita islam,maka islamlah kita.org cina masuk islam krn mereka faham melalui pembelajaran"

"ini pula amanat terakhir timbalan yang di pertua agung PAS,almarhum Prof.zulkiflee Muhammad pada 6 mei 1964.amanat ini di tulis beberapa jam sebelum beliau meninggal dunia dlm satu kemalangan jln raya di kuantan.amanat beliu menekankan tiga rukun kejayaan perjuangan iaitu keikhlasan,kesungguhan dan perpaduan.

renungkan sendiri apa yang dimaksudkan dgn kata kata beliau.kenapa aku tulis panjang panjang dan marah sngt pd beberapa pemuda pas ni..sebab aku fanatik anwar ibrahim ke?semenjak aku join reformasi,aku tak pernah bersalam atau jumpa anwar ibrahim secara dekat.semua tngk dari jauh je.anwar ibrahim pun tak kenal aku.aku buat semua ni utk perubahan.perubahan mengenai urustadbir yang baik,pembasmian kemiskinan dan rasuah serta sistem perundangan dan kehakiman yang tidak adil.bkn sebab anwar.beliau hanya pencetus kebangkitan rakyat dan di takdirkan Allah utk mengetuai kebangkitan ini.


Jangan lah ada di antara pendokong pas berkecil hati krn haji hadi tidak disebut sebut sebagai calon perdana menteri.pastikan kemenangan kita dahulu.pastikan dulu krjn 169/916/16 september berjaya dibentuk.kegagalan hj hadi ketika memerintah trengganu mungkin mengapa nama hj hadi tidak disebut.kegagalan hj hadi tidak perlu lah di helah bela diri dgn menyalahkan org lain.muhasabah diri sendiri...jgn disalahkan angin jika pokok bergoyang.mungkin ada beruk bergayut di dahan atau tupai tupai di hujung julai. mungkinkah kita tidak selagi sehaluan bkn sebagai yang di impikan..rupanya di saat genting ini terjawab jua persoalan....keteguhan hati di uji..tapi kita juga ada berkata "cinta tak semestinya bersatu "

Aku Rampas Dari Blog Matcomot...

Hat ni plak aku rembat setengah dari blog tulang besi...

Sebelum saya memulakan komen saya, saya hendak bertanya, kepada negeri-negeri yang komplen kononya mereka dipinggirkan.

Soalan saya adalah:

Jika kita banding PAS sewaktu sebelum Pakatan Rakyat dulu, adakah keadaan PAS lebih baik sekarang atau lebih buruk?

Perwakilan Pulau Pinang telah dilaporkan berkata:“Persidangan itu juga panas apabila perwakilan Pulau Pinang membangkitkan isu hubungan dalaman Pakatan seperti dakwaan PAS dipinggirkan dalam pelantikan ahli majlis dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di negeri itu – kini diketuai DAP.”


Dalam kes Pulau Pinang saya ada terjumpa satu komen di Tranung Kite di bawah artikel
“Re: PAS Pulau Pinang tidak akan menyertai bersama PR Pilihanraya Kecil Permatang Pauh"(Score: 1)by kepala_batas on Tuesday, August 05 @ 02:12:41 MYT(User Info Send a Message)

Di Parlimen Kepala Batas, terdapat 3 DUN iaitu bertam, pinang tunggal dan Penaga. PAS bertanding Parlimen Kepala Batas dan dun Penaga. Saya adalah seorang ketua UPU/Cawangan salah satu di kawasan DUN Penaga. Di dun penaga PAS mendapat semua kerusi JKKK (7 kerusi) tetapi di Bertam dan Pinang Tunggal hanya 1 kerusi JKKK sahaja. Pihak PAS Kawasan Kepala Batas sebenarnya tidak puas hati, tetapi apa boleh buat kerana kesilapan PAS sendiri.

Sebenarnya selepas 8 march, setiausaha PAS Kawasan Kepala Batas menjemput semua cawangan dan UPU PAS untuk hadir dalam mesyuarat mengenai perlantikan JKKK, tetapi malangnya hanya UPU dan Cawangan DUN Penaga sahaja yang hadir, UPU dan Caw PAS di DUN Bertam dan Pinang Tunggal tidak hadir dengan alasan mereka telah memberikan senarai nama kepada PKR (dimana PKR bertanding di Bertam dan Pinang Tunggal). Dengan ini PAS kawasan Kepala Batas hanya dapat menghantar senarai nama daripada kawsan Penaga sahaja kepada Perhubungan PAS Negeri untuk dipanjangkan ke Pejabat SUK.

INI ADALAH KESALAHAN AHLI PAS SENDIRI KERANA MEMBELAKANGKAN ARAHAN PIMPINAN KAWASAN.

Ertinya, kesalahan terletak di bahu PAS Pulau Pinang sendiri. Saya tak nafi ada masaalah, tetapi kalau PAS Pulau Pinang keluar Pakatan Rakyat, adakah keadaan PAS Pulau Pinang lebih baik?


Penutup

Kadang kadang saya nak rasa tergelak sahaja kepada setengah-setengah PAS Negeri yang begitu dangkal di dalam cara pemikiran mereka. Seolah-olah tiada lagi akhlak islami dalam diri mereka dan yang penting kepada mereka adalah jawatan dan pangkat. Bukankah yang lebih penting adalah kebebasan untuk berdakwah di negeri2 yang terdahulu kita hanya bermimpi untuk duduk dalam kerajaan?

Dimanakah dia idealisma perjuangan PAS di negeri2 ini? Saya ingin bertanya.
Sekiranya PAS di Selangor dan Pulau Pinang mendapat kurang jawatan, maka PAS boleh menggantikan jawatan tersebut di negeri-negeri yang PAS memerintah? Benar atau tidak?

Tulang Besi.

Khamis, 14 Ogos 2008

Jenaka Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis-(Fakta sejarah)

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan Kita supaya Kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini Kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....


1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan Asia tenggara ketika itu) Dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera


1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana


Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat Dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 Hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa Dan putus ASA...


1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah Dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...


Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .
Seminggu selepas


FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini Cuba disembunyikan dalam buku sejarah


Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)


Alfonso: selamat pagi


Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah Dan Pulau Pinang

Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah Dan bongkak)


Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir Dan Hang Lekiu pun Kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula Kita nak menawan Perlis, Kedah Dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..


Perisik 3: Betoi TU tuan...antaranya..Hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang Dan macam macam lagi hang Ada kat sana.....


Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.

Lagi....


Lagi...


Hang dok buat apa lagi...hang dok mengulat baca posting ni...hang pi buat kerja nu!!!

MALAM PERTAMA


Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!


Pernahkah engkau melihat kuburan? Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu? Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?


Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza. "Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana ?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah. Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi


MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!


Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat: "Ya Rabbku, kembalikanlah aku
semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100) Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.."


Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah! Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti? Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"

MENGAPA KITA MALAS NAK SOLAT... .SAKIT APA TU... ?


Apasal la engkau malas sembahyang,Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,Bukan ke lebih beruntung daripada dari tiang, Berdiri tanpa roh malam siang.......


Apasal la engkau malas sembahyang,Kerja dah best keluarga pun dah senang,Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang, Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh luang... . Apasal la engkau malas sembahyang, Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang, Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang... Kenapa la engkau malas sembahyang, Main bola engkau sanggup sampai petang, Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang, Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang... ? Apasal la engkau malas sembahyang, Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang, Pagi kita sihat petang boleh kejang, Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang. ..


Apasal la engkau malas sembahyang, Siksa neraka cuba la engkau bayang,Perjalanan akhirat memang terlalu panjang, Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!

The Mystery Of The Showering Divers

Over the last three nights, NBC has led its primetime Olympic coverage with synchronized diving. According to the stacks of letters that have poured into the Fourth-Place Medal Investigative Unit Headquarters, you've all been watching but are baffled by one facet of the competition. In that case, you're in the right place. After successful forays into the cases of Cullen Jones' disappearance and the identity of the hot Paraguayan, Fourth-Place Medal will today tackle the mystery of the showering divers.


After completing a dive, competitors swim to a ladder, climb out of the pool and head immediately to a bank of showers that sit adjacent to the diving boards. Then, in full view of the crowd and NBC cameras, they shower off. Divers keep their suits on, of course, usually appearing only to rinse off their hair and arms. Oftentimes, the divers will receive their scores while still showering off. What's the purpose of this?


Theories have ranged from 'to get the chlorine off' to 'they want to have fun' -- seriously, that last one is a direct quote from NBC's diving analyst, Cynthia Potter. Neither are the reason.


Divers shower in between each dive to keep their muscles warm after getting out of the pool. The temperature of the pool water and the air are usually different (the pool is usually around 80 degrees, with the air temperature between 68 and 72 degrees). This difference can cause muscle tightness. To combat this, divers warm up in either the showers or a hot tub.


Mystery: solved. (Although we're still a bit unclear as to why the showers are out in the open.The water cube cost over $200 million to build. They couldn't have put a privacy wall in?!)


If you have an Olympic mystery you want to share,leave your mystery in the comments section.Klau kat rumah yg jadi masalah-malas nk mandi...hehehe

Rest Ur Mind-Giant Egg

The giant egg billboard starts cracking and opening up in the wee hours of morning. By breakfast time, the egg has already hatched, and you can see 'Fresh Eggs Daily' written on the egg's yolk.

The egg stays open from 6:00AM till 10:30AM, to indicate the availability of fresh eggs during that time. Once the breakfast time is finished, the egg billboard shuts and stays closed as a whole egg till the next morning.


Thanks to acid burn bcoz im cilok from ur email...thanks bro...kamsia' aaaa

MUSA HASSAN Masuk IJN..




Satu maklumat yang baru diterima. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) jam 11.00 pagi tadi.



Aku nk doakan semoga dia sehat elok2 senang sikit nanti kita nk tgk drama saman menyaman nih nk jd mcm mana....aku teringin nak tgk ending nanti...



Bila la bley aku tgk Sivaji The Boss

SAH!!!Datuk Ariff Shah Calon BN Parlimen P-44


Sah lagi benar...itulah yang boleh aku ungkapkan sebentar tadi pengumuman yang telah dibuat oleh TPM yg dok ketaq lutut lagi beberapa hari InsyaALLAH PR nak ambil alih kerajaan persekutuan....Datuk Ariff Shah adalah individu yg telah di umumkan sebentar tadi di Sunway Seberang jaya sebagai calon Bee End yang akan menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim merebut kerusi Parlimen Pmtg Pauh P-44


Dalam Pada itu juga,beliau berumur 52 tahun yang juga YB kerusi ADUN Seberang Jaya di dalam Parlimen Pmtg Pauh...bukan menjadi amalan dalam BN untuk seseorang wakil rakyatnya menjadi Anggota Parlimen dan ADUN secara serentak, Najib berkata tidak ada yang boleh menghalang pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan itu kerana ia tidak bertentangan dengan perlembagaan negara dan parti pembangkang juga berbuat demikian...

Kalau di lihat dari respon Datuk Jalil,membelakang Datuk Ariff Shah (Gambar) yang tidak sehaluan dengan keputusan yang di umumkan sebentar tadi akan memberikan tekanan kepada mereka yang berada di kem berbeza dengan Datuk Ariff Shah...


Bagi aku la,bukan kesan kepada pengumuman ini yang kita ingin ketahui,cuma yang perlu kita tahu...pemilihan yang bakal di buat oleh penduduk di parlimen Pmtg Pauh bukan setakat menentukan siapa yang bakal menduduki kerusi parlimen Pmtg Pauh...tetapi ianya merupakan pemilihan untuk Bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru...


Kalau Datuk Ariff Shah menang atau pun hanya mengurangkan majoriti DSAI...kita kena ingat bahawa,kesengsaraan rakyat akan terus menular dari dulu hingga perubahan kerajaan di peringkat pusat di lakukan...percaya lah...penderitaan menanti di hadapan dengan kemenangan kepada Datuk Ariff Shah...tiada apa perubahan yang dapat dibuat jika memberi undi kepada Ariff Shah..tapi........




Kepentingan ini yang kita perlu faham dan peka...pembelaan rakyat dapat di buat dengan membawa kemenangan besar di Parlimen Pmtg Pauh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-6 setelah Abdullah Badawi...klau Dr Mahathir telah menyatakan akan berhjrah ke luar negara jika Anwar menjadi PM...ianya sebagai 1 perancanaan Dr Mahathir melarikan diri dari semua kesalahan yang telah dia palitkan 22tahun pemerintahannya...Mahkamah menunggu beliau....jangan nak lari chedet...


Undi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim = Perdana Menteri Malaysia Ke-6 harga minyak turun serta merta...kehidupan rakyat terbela


Undi Kepada Datuk Ariff Shah = Tiada perubahan..kekal BN & yang paling penting penderitaan terhadap rakyat akan terus menerus...


Ingatlah semua....bukan aku cakap tau...Najib umum sebagai menifesto BN pilihanraya ke-12 baru2 ini...'Minyak tak akan naik tahun ini'...tiba2 lepas election 8 Mac 2008...harga minyak naik 78 sen petrol...diesel Rm1...jadi masih adakah harapan kepada kerajaan BN dengan memenangkan Ariff Shah...oleh itu...saranan aku kepada semua pengundi Permatang Pauh....tolonglah...Undi Anda untuk masa depan anak cucu anda sekalian.....


Oleh itu...Undi Lah DATUK SERI ANWAR IBRAHIM untuk nasib seluruh rakyat MALAYSIA bagi menukar kerajaan baru Negara kita yang tercinta ini....MALAYSIA TANAH AIR KU

UITM-Bukan Bumiputra 10%?


Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latehan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan kependekan Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera.


Tujuan asal ITM cukup murni iaitu untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar Melayu dalam bidang akademik.


Dewan Latehan merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951. Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM)


Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).


Dalam Berita TV3 jam 1.30 pm tadi, pembaca berita menyatakan isu kuota pelajar UiTM dipolitikkan. Maksud asal berita tersebut adalah untuk memburuk-burukkan kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.


Mereka memetik kata-kata dari Prof Khoo Kai Kim.TETAPI Tembelang mereka pecah juga apabila mereka memperdengarkan kata-kata Prof Khoo Kai Kim.


Prof Khoo menyatakan bahawa semasa pemerintahan UMNO-BN, UiTM telah dibuka kepada bukan bumiputra seramai 200 orang.Tetapi ia tidak mendapat sambutan dari kaum bukan bumiputra kerana mungkin mereka tidak selesa belajar di Universiti tersebut.Tetapi bila PR memerintah,timbul penentangan tentang cadangan memberi peluang warga bukan bumiputra belajar disitu.


Malangnya, pencapaian pelajar UiTM terjejas berikutan penglibatan aktif Naib Canselornya, Ibrahim Shah dengan UMNO.Di UiTM,pensyarah dan pelajar pro-pembangkang dikenakan pelbagai sekatan dan ada yang dibuang kerja. Pelajar tidak dibenarkan mendalami Islam secara bebas dan sesiapa yang terlibat usrah akan ditahan oleh sekuriti. Ini berbeza dengan UIA yang mewajibkan pelajar-pelajarnya usrah setiap minggu.Mungkin inilah antara punca UiTM jauh ketinggalan berbanding UIA yang bersifat antarabangsa.



Jadi berfikirlah secara waras...bukannya apa,klau dulu lagi UITM dh di buka kouta masa zaman UMNO/BN zaman apanamanya....lupo plak...hehehe,jadi jgn nk jadi dangkal...lagi pulak MB Selangor tuh bukan buleh pinda Akta UITM sbb dh sememangnya ia terletak pada kerajaan pusat...jadi siapa yg takbir kerajaan pusat dulu & sekarang?Prof Khoo Kai Kim pun dh bgtau...hal ini bukan isu sebab dari dulu lagi mengenai org bukan bumiputra dh diterima ke dalam UITM...so ada akal...lu pikir la sendiri

Selasa, 12 Ogos 2008

TAMPARAN KEPADA GOLONGAN PENDESAK !!!



Salam Semua....

Aku berada di kuala lumpur atas urusan yang telah di aturkan minggu lalu,di kesempatan itu, sempat jugala aku bertemu teman se-bloggers-malaya dengan matcomot serta perisik rakyat....lama juga la kami punya dok borak di pelita nasi kandar di jalan ampang depan dengan corus hotel...walaupun ada angin2 seorang ustaz yang rapat dengan pelita nasi kandar nih akan menjadi calon Bee End di PRK Pmtg Pauh...tu cuma khabar angin ya...


Aku sempat la bertukar2 pandangan sambil dok pekena teh O..bergelas2 sampai naik kembung perut aku...dari jam 12tgh hari-4ptg...selesai berbincang saja aku bertemu dengan teman aku seperti yang di janjikan di hotel corus...tak jauh la depan pelita sj...


Lepas selesai perbincangan lebih kurang jam 6ptg...aku terus ke tmn melawati pekena satay kajang yang top tuh...haji samuri,samsuri ka samurai ka....aku pun lupa nama tuan haji tuh...maaf ya tuan haji....Aku terserempak dengan YB Amiruddin Shaari & pembantu dia samsul hidayat masa aku ke kereta nk pulang...maklumla perut pun dh kenyang...tadi pekena ayaq dengan satay lagi...borak ada la dalam 10min....tiba2................


Aku menerima sms dari perisikrakyat & matcomot yang memaklumkan....-Y.A.B. Tok Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat Menteri Besar Kelantan telah mengesahkan bahawa beliau akan mengiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pernamaan calon 16 ogos ini...info dari TV PAS-...ianya bagai 1 tamparan atau pukulan maut TKO kepada golongan pendesak yang makin liar dengan kenyataan2 media berbaur hasutan.....


Tok Guru juga berkata 'Anwar belum di bawa ke mahkamah lagi...sibuk dah nak luruhkan nama baik Anwar...Tv,Radio & Akhbar dh tuduh Anwar. Binatang ini akan masuk neraka jika Anwar tidak maafkan..Mana boleh maruah Anwar tidak dibela'....


Aku tetiba rasa nak sebak, teman aku S/U AMK Kedah juga berasa sayu ketika bercakap dengan aku...'lihatlah sikap tanggungjawab Tok Guru sesama islam & inilah yang di namakan nilai seorang sahabat....


Tima kasih la kpd 2 org teman yang sempat menghantar sms, cuma aku terfikir sejenak kpd beberapa kenyataan liar yang di keluarkan oleh golongan pendesak yg berbaur ugutan terhadap Pakatan Rakyat...mereka sanggup mengenepikan nasib rakyat terbanyak yg memerlukan pembelaan....


Golongan2 ini cuba brmain dgn politik sempit hinggakan rata2 merungut dgn sikap segelintir mereka ini yang cukup angkuh serta sombong mengenai isu2 yg kononnya merekala sebagai juara,pejuang rakyat,mereka jugala yg menegakkan dasar parti tetapi semuanya hampeh...aku nk letak dlm bakul sampah saja puak2 nih...


Nasihat kpd golongan ini...ikutilah contoh serta sifat yg di bawa Tok Guru Nik Aziz...sekurang2nya sikap kesederhanaan ini telah mempertahankan Kelantan selama 18 tahun...ada setengah tu yang nk tunjuk pandai cuma dapat bertahan sepenggal saja...tu pun nak tunjuk lagak pandai...Harap2 mereka ini sedarlah...wallahualam...



Isnin, 11 Ogos 2008

Genap Umur Datuk Seri Anwar Ibrahim-61 Tahun

Dalam kesibukan kita menghadapi pilihanraya kecil di permatang pauh...ramai yang terlupa 10 ogos adalah tarikh lahir bagi pejuang rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim...Gambar ini yang aku ambil daripada WRLR yang sempat di rakamkan waktu siri pelancaran jentera pemuda PR di padang taman pauh.


Paling best skali aku rasa,kali ini aku yg beli kek untuk DSAI yang di tempah oleh Marina & Kak Ja...mereka membuat tempahan pada waktu 9 ogos untuk di berikan kepada DSAI pada malam tepat jam 12 mlm...selalunya buat di kuala lumpur...masa dalam penjara...kawan2 reformis sambut di luar penjara...di luar hospital...sendiri beli...sendiri potong...sendiri makan...nak kirim kpd DSAI tak boleh....


Aku rasa cukup bertuah kerna dapat beri kepada pejuang rakyat kita walaupun yang membawanya dari Seri Mawar AMK P.Pinang...rasa puas yang amat sgt...walaupun kek tuh aku brkongsi duit dengan paksu senit (P.A. TKM1 Pulau Pinang)...hehehe...


Cuma sebelum upacara potong kek tuh...aku trdengar DSAI cakap perlahan pada pengerusi majlis...'bagi kek dah la,tak payah upacara potong2...bukan budaya kita'...hehehe....bagi aku walaupun DSAI cakap ringkas,ianya menunjukkan kata2 penuh makna....masa tuh kamera punya kalut tgkap gambar...serupa kilat daaa depan khemah tu...


Tu pun ada orang melayu kita kata DSAI ni agen yahudi...agen amerika....anti melayu...kaki liwat...sampai nk potong kek pun dia masih tegur & pegang kepada adat resam melayu...puak2 mcm nih rejam dalam ayaq pun...timbui2 tetap la UMNO....rebuih tak hempuk...hehehehe

Ahad, 10 Ogos 2008

PERJUMPAAN BLOGGERS REFORMASI !!!

Salam,

Di kesempatan PRK Permatang Pauh,ramai teman2 Bloggers reformasi yg akan berkampung di Pmtg Pauh...dengan rasa penuh rendah diri memohon teman2 bloggers pro-reformis untuk perjumpaan biasa seperti berikut:-


Tarikh : 16 ogos 2008

Jam : 3 petang

Tempat :Warung Unit Ehsan Samagagah,Pmtg Pasir,Pmtg Pauh (tepi Bilik Gerakan Utama AMK Pusat)


*Highway dari selatan EXIT Permatang Pauh (traffic Light) Turn Kanan,lebih kurang 100 meter belah kiri


*Highway dari utara EXIT Permatang Pauh Turn Kiri,lebih kurang 100 meter belah kiri

Dalam 100 meter di sebelah kiri,anda boleh melihat banner 'Unit Ehsan Pulau Pinang' di tepi simpang tepi jalan...di situlah lokasinya....Harap maklum


Confirmation boleh la di buat dengan catatan ulasan di bawah...TQ


Bagi yang nk bawa buah ker...apa2 juadah ker...di alu2 kan...hehehe...moga murah rezeki anda..Amin

Riwayat Temanku-Bhg Akhir

Ketika ini perdana menteri malaysia adalah dato sri abdullah ahmad badawi (betul ker aku eja ni)...aku sedikit kagumi,ya la kerna sejak paklah jadi pm,nampak betoi2 beliau menentang rasuah,,lancar konsep islam hadhari sampai menang besar pilihanraya 2004..

Namun ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan dah awai pagi,,,dah baru naik minyak ja.....dia naik pulak kali ni 30 sen (3 kupang) kenaikkan tertinggi dalam sejarah malaysia pada ketika itu tahun 2006,,,bila ditanya kenapa naik sampai 30 sen?kenapa tak naik secara berperingkat?perdana menteri malaysia yg tercinta menjawab,

BIAR KITA NAIK TINGGI TERUS,ORANG NAK BISING PUN SEKALI SAJA,,BILA DAH LAMA2 ORANG DIAM LA.KALAU NAIK DUA TIGA KALI LAGI ORANG BISING....

Fulamak dasyat betul jawapan pm kita,kalau hampa tak percaya cuba baca suratkhabar utusan time minyak naik 30 sen......lepas tu pulak bila peniga naik harga brg,harga makanan(termasuk aku skali la)pak lah bagi nasihat pulak,,,,,PENIAGA PUN JANGAN DOK KIRA UNTUNG SAJA,AMBIK UNTUNG SEKIT2 SUDAH LA.....

Berderau darah aku...berdetup detap jantung aku time ni...aku hat belajar tak masuk 'U' pun tau konsep berniaga mcm mana....kalau dulu pendapatan aku sebulan seribu,selepas kenaikan harga minyak,aku dapat sebulan rm800...takkan aku masih boleh dok kata biaqqq pi laaaaaa...orang meniaga pedapatan makin meningkat,bukan makin menurun,pendapatan bukan makin mengurang...

Pi tanya sapa nak pendapatan dia makin kurang makin dia seronok??????kalau kuantiti jualan mengurang takpa jugak kita tak naik harga makanan...ni kuantiti jualan tetap sama,tp duit dapat makin kurang....kemudian suruh peniaga jangan kira untung saja.......hat timbalan paklah cakap lagi syok,,dengan kenaikan harga minyak yang tinggi,kiita dapat mengurangkan pembaziran minyak di malaysia,selama ini rakyat banyak membazir minyak....ewah2,awat la hang cakap macam tu najib oiiiiiiii???membazir minyak arrrrr????Ubah gaya hidup???

Mungkin selama ini aku kalau nak pi beli barang keperluan kedai yang dalam lingkungan 2km...aku dah wat sampai jadi 20km...ya la kot2 aku pi ronda dulu,pusing satu pulau,baru aku sampai kat kedai,,,ataupun membazir minyak dengan cara aku p beli minyak petrol isi boh dalam botol...kemudian pi tuang merata tempat,tanpa arah dan tujuan.almaklum lah dulu minyak malaysia murah.....ada ka orang buat mcm tu???????

Jadi time tu punya tak mau membazir minyak petrol,lepas beli barang keperluan kedai,lagi 1 kilometer aku nak sampai kedai aku,aku dah off enjin kereta,panggil budak2 keja pakat tolak kereta tauke depa,kerna tidak mahu membazir petrol....jumpa puak umno waktu ni,aku kata syok la hampa no,boh minyak harga lama,tunjuk ja kad ahli umno dapat murah laaa,kes tu hampa tak kisah kerajaan nak naik harga minyak.....(aku kata pada yang kuat umno sangat2 ja)

Ada jugak yang jawab...nak buat macam mana,harga minyak dunia naik,bukan kerajaan malaysia tentukan semua ni,cewah2 jawab pulak...bila aku tanya ja berapa harga setong minyak hari ni???pakat dok dok telan air liur nak jawab...

Tadi bukan main bercakap....dah tak jwb soalan kita,habaq pulak minyak kita murah lagi dari minyak singapura,thaialnd......aku tanya pulak kat depa,bagitau kat aku telaga minyak kat thailand tang mana?kat singapura tang mana??berapa gaji polis yang pangkat dia sama ngan polis di malaysia???di thailand lebuhraya dia tang mana ada kena bayar tol????skali lg pakat dok telan air liur....(wah aku mcm pembangkang pulak time ni) pastu kata payah cakap ngan orang mcm hang ni..ehhhhh terkeluar landasan cerita pulak aku ni,,nak cerita tentang perjalanan hidup aku dari remaja ke dewasa.....mcm mana boleh berubah angin???

Ya la time ni baru sedar,pendang yang aku kutuk,la ni dah ada tol dah,dulu nak pergi pendang dr alor star mau dekat 2 jam,laaaa naik ja haiway alor star..setegah jam dah sampai pendang,,,jalan kawasan aku kubu kuat umno jitra kodiang tak juagk siap2 lg,,sakit pungkuq jalan lubang sana sini dok buat dekat 4 tahun tak siap2 lg..

Pendang dari dulu dah ada pasaraya,,,tunjang kubu kuat umno...baru ada mini market tunjang,tu pun tauke dia orang siam (mai mana pun tak tau) jadi pada waktu ni aku dah tau bahawa aku hanya di tipu oleh media masa arus perdana malaysia.....aku diumpan dan disogok dengan bermacam tipu helah.....

Tempat aku di tunjang pun ketua pemuda umno bahagian dah jd kontraktor besar...dulu bwk teksi ja,,bantuan orang miskin pun dia dapat...laaa ambik hang,rumah di kalah rumah yb,besar buakan main..tak pa la rezeki dia....jadi mulai pada waktu itu aku sudah bertekad dan berazam...(tapi tidak la sampai bersumpah,takut jadi manusia sesumpah pulak) tidak sesekali aku akan terpedaya dengan tipu muslihat mereka...

Aku akan cuba meyakinkan penduduk kwasan aku dengan hujah berdasarkan fakta yang jelas bahawa kita telah di perbodohkan sudah sekian lama...

Kita telah dizalimi sudah sekian lama,kita sudah di tindas sudah sekian lama....walau aku bukan ketua keadilan tunjang...namun sedikit sebanyak aku sudah mampu memberi informasi pada rakan2 aku....informasi yang tidak sampai pada mereka.....walau aku masih mentah dlm politik tp aku sudah mampu menilai fitnah yg cuba mereka (puak umno) sampaikan.............kini diusia 26 tahun...sewaktu mendengar berita di tv3 atau membaca utusan malaysia...aku hanya tersenyum...membaca apa yang sudah ku tahu benar isi kandungannya......walau aku masih berniaga d pulau lagenda,harga minyak naik lagi 70sen (7 kupang)...kita dah masuk world record...

Teman sepermainan badminton aku kini sudah pulang ke kampung halaman (pulau mutiara) untuk berjuang kembali dalam arena politik tetap tidak lupa pada aku....vcd ceramah tetap aku pinjam pada dia.....temanku ini juga telah berjaya menyedarkan aku serta ramai rakan2 muda termasuk pekerja dia sewaktu berada di pulau lagenda ini...

Walaupun kini insan bergelar anwar ibrahim dilanda tuduhan yang sama untuk kali kedua..........aku dah dpt melihat pombohongan mereka tanpa perlu mendengar penerangan dari sesiapa...aku xkan tertipu lg........semoga kebenaran terbukti jua,,semoga allah memberkati perjuangan ini,,,,,berjumpa lgggggggggg (lepas ni jangan dok marah puak umno hat dok kot kampung,depa tak tau baca suratkhabar lain dah,jadi dok percaya apa hat depa baca,sian depa :)

YB Zulkifli Noordin Di Tahan !!!

Salam,

Setakat sekarang ini kita masih tertanya2 di manakah lokasi penahanan YB Zulkifli Noordin serta di atas seksyen berapa penahanan YB Zul.InsyaALLAH,akan di Update...beberapa teman sedang merisik..Apakah dibawah undang2 rimba...ISA
Update : Sehingga jam 2.30 pagi 11-ogos,masih belum dapat kepastian di manakah YB Zulkifli Noordin...sebentar tadi aku di hubungi oleh Sdr Shamsul Iskandar Ketua AMK Malaysia bahawa pihak polis juga telah menafikan penahanan YB Zulkifli Noordin...jadi di manakah YB Zulkifli Noordin???
Related Posts with Thumbnails