Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Khamis, 26 Februari 2009

KENYATAAN MEDIA MB SELANGOR - malaysiakini

PNSB MESTI MENYERAHKAN KEUNTUNGAN YANG TIDAK DIISYTIHARKAN KEPADA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated) hari ini mengarahkan Permodalan Negeri Selangor (PNSB) supaya menyerahkan senarai lengkap faedah dan kemudahan yang diberikan kepada kalangan pekerjanya pada tahun-tahun lepas kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Arahan tersebut dikeluarkan berikutan penemuan bahawa PNSB tidak mengisi borang-borang EA bagi mengisyhtiharkan keuntungan beberapa tahun lalu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dato’ Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, yang juga pengerusi MBI dan PNSB, berkata langkah tersebut dilakukan bagi memastikan anak syarikat Kerajaan Negeri tidak mengingkari undang-undang supaya membayar cukai pendapatan.

Selama beberapa tahun PNSB ada memberikan faedah dan keuntungan kepada para pekerjanya – termasuk Pengerusinya, ahli-ahli Lembaga Pengarah – dalam bentuk barangan atau wang tunai, atau dua bentuk pemberian tersebut. Antaranya, kereta dan pemandu, di samping percutian di dalam dan luar negara. Faedah melancong diberikan kepada semua kakitangan manakala kereta berpemandu diberikan hanya kepada Ketua Eksekutif dan Pengarah, kalangan pengurus kanan dan kalangan pengurus.

Sekumpulan penasihat lantikan MBI kini sedang melakukan penilaian terhadap prestasi PNSB. Dalam proses tersebut, didapati pengerusi sebelum ini Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pernah diberikan kereta Toyota Harrier pada tahun 2005 dan disediakan seorang pemandu pada tahun 2006. Beliau menggunakan kesemua faedah sehingga bersara selaku pengerusi PNSB pada Mac 2008.

Walau bagaimanapun, tiada kemudahan ini yang dinyatakan dalam borang EA yang diserahkan oleh PNSB sebelum ini. Juga didapati kemudahan petrol dan penyenggaraan kereta Harrier semuanya ditanggung oleh PNSB.Dato’ Menteri Besar menyedari tentang keprihatinan kalangan pekerja PNSB sendiri terhadap implikasi kewangan akibat pengurusan PNSB tidak mengisyhtiharkan pendapatan dalam borang EA.

Beliau mendesak agar kakitangan PNSB bersabar kerana mereka kini perlu menunggu tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menaikkan tambahan cukai bagi individu yang berkaitan.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

TERKINI,GAMBAR AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT DI PUKUL SAMSENG UMNO - malaysiakini

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA,GAMBAR DI ATAS SEKALI ADALAH MUKA KETUA PEMUDA UMNO BALIK PULAU AZIAN YANG TERSENARAI DALAM 39 NAMA CALON UNTUK PEMILIHAN EXCO PEMUDA UMNO PUSAT.....

WAHHHhhhhh........SALAH 1 SKILL NAK KEMPEN TANPA GUNA WANG YANG BANYAK.....KAH.....KAH....KAH....KAH.....LEPAS NI MAU BIKIN ONAR DEKAT MANA PULA?


GAMBAR EHSAN MALAYSIAKINI


HOT....HOT...PEMUDA UMNO PUKUL AHLI PARLIMEN - malaysiakini

Sms di terima sebentar tadi,Karpal Singh cuba di ganggu oleh sekumpulan Pemuda UMNO yang tidak berpuas hati mengenai kenyataan beliau semalam 'INI PEMUDA UMNO CELAKA'.Ketika kekalutan tersebut,beliau cuba di bantu untuk di bawa oleh seorang Ahli Parlimen DAP...Ahli Parlimen tersebut telah di pukul.

Hot...Hot...Hot....UMNO bukan parti ganas.....BN parti mesra rakyat...ahaks....ahaks....ahaks....

Pukul tu tak ganas,kata2 boleh luka ka ha?Pukul tu rasa strawberry ka?ahaks...ahaks...ahaks...klau repot,sapa yang akan kena dakwa?ahaks...ahaks

Selasa, 24 Februari 2009

Pengumuman : Perhimpunan Anak Muda Malaysia Protes SPRM yang kelihatan 'seronok' menjadi kuda - malaysiakini

Gendang perang yang dipalu kerajaan amat menarik dan ramai mula bernafas lega. Namun sejak gendang itu dipalu seolah tiada tindakan konkrit sehinggalah Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan.

Walaupun SPRM gagal menjawab dua persoalan penting yang menjadi punca utama kelemahan BRP iaitu masih tidak bebas semua lantikan dan kenaikan pangkat masih dibawah ketiak Perdana Menteri seharusnya diletakkan terus di bawah Parlimen Malaysia untuk menjamin kebebasan.masih terikat iaitu tidak punya kuasa pendakwaan. Maknanya kejadian siasatan keatas menteri boleh disiapkan namun tidak boleg didakwa kerana Peguam Negara mendapat arahan dari atas boleh berulang.Namun ramai yang masih cuba melihat positif.

Saya sendiri telah menjadi individu pertama menghantar laporan beserta bukti rasuah kepada SPRM pada hari pertama kewujudanya. Laporan ini menguji sejauh mana efisyensi SPRM yang menggunakan buget wang rakyat yang jauh lebih banyak dari BPR.

Namun setelah namun setelah masuk bulan ketiga langsung tiada khabar dari laporan yang mengandungi bukti dan kes rasuah yang amat mudah diselesaikan itu. Ada maklumat dalaman yang diperolehi ada antara kes yang dihantar tersebut ditutup begitu sahaja. Malah jauh dari itu SPRM kelihatan lebih berminat bertindak berdasarkan kepentingan politik pihak tertentu.

Kes 1

10 orang pegawai SPRM telah menahan ahli Puteri Umno di bahagian Jempol, lalu sesi soal siasat dijalankan di sebuah hotel murah di Bahau. Ahli Puteri ini yang dikerutung oleh 10 lelaki pegawai SPRM tanpa ditemani sesiapa ketakutan dan dipaksa menandatangani surat akuan palsu bahawa dia menerima rasuah. Selepas perkara ini terdedah Setiausaha KEADILAN Rembau telah membuat laporan polis sebaliknya SPRM telah membuat laporan balas dan mengugut untuk saman. Kes ini disenyapkan begitu sahaja.

Kes 2

Seorang AJK Umno Bahagian Temerloh telah diseksa 'ala siksaan Abu Gharib' untuk mendapatkan tandatanganya dalam satu akuan 'palsu' yang mengakui dia menerima wang dari seorang pemimpin Umno.Setelah diselidiki dua kes ini bukan kes terpencil. Banyak kes berlaku lagi namun ahli Umno yang 'terkena' takut untuk tampil ke depan. Perkembangan ini membuktikan SPRM kelihatan seronok diperkudakan oleh kumpulan politik tertentu untuk mencapai kehendak politik mereka.

Dalam perkembangan antara parti pula SPRM jelas menjalankan kerja politik bagi pihak Bn.

Kes 1
Seorang ahli KEADILAN bahagian Kuala Pilah pilah telah ditangkap ekoran laporan Ahli Parlimen Kuala Pilah. Kononya dia yang bekerja sebagai budak pejabat di sebuah institusi kewangan menawarkan jumlah wang mencecah jutaan ringgit untuk memujuk ahli parlimen Kuala Pilah untuk keluar Bn. Ahli KEADILAN yang ditahan ketika bekerja di pejabatnya ini dibawa ke Pejabat SPRM Seremban untuk sesi soal siasat. Namun amat menyedihkan sesi soal siasat ini bertukar menjadi sesi brain wash atau turn over dimana Pegawai Penyiasat menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kes 2
Dalam isu hangat bertukar parti akhir - akhir ini, Ketua Pengarah SPRM secara tiba - tiba mengeluarkan kenyataan berminat untuk menyiasat ADUN Bota apabila beliau mengistiharkan masuk KEADILAN. Namun apabila 4 ADUN Pakatan Rakyat masuk Bn, SPRM seolah seronok dengan perkembangan tersebut dan tidak pun keluar kenyataan minat untuk siasat.

Kes 3
Seterusnya berkaitan dengan ratusan malah mungkin mencecah ribuan laporan yang dibuat semenjak BPR dan kini di bawa kehadapan atas nama SPRM mengenai salahguna kuasa pemimpin politik Bn mahupun pegawai tinggi kerajaan. Namun seolah tiada tindakan diambil. Saya pernah menghantar semula kertas siasatan dimana BPR pernah menyelesaikan kertas siasatan dengan mendapati 2 menteri bersalah kerana rasuah namun BPR sendiri dalam kertas siasatan yang sama menyarankan agar pendakwaan tidak dilakukan jika menteri tersebut meletakkan jawatan dalam kerajaan dan parti politik. Nampaknya SPRM juga gagal berbuat apa-apa ke atas kertas siasatan tersebut.

Laporan kes penglibatan Peguam Negara dan Ketua Polis negara mereka bukti dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim juga gagal disiasat. Kes Pita Linggam SPRM diamkan.Di Selangor tentu ramai yang pertikaikan sebelum PRU 12, terlalu banyak tuduhan rasuah ke atas Khir Toyo tetapi selepas Khir Toyo tumbang sebagai MB kenapa tiada pendakwaan.

Untuk pengetahuan semua Khir masih selamat kerana dilindungi aparat kerajaan seperti SPRM. Selepas kalah polis mengepung bangunan yang menempatkan SUK dan Pejabat MB Selangor untuk operasi musnahkan dokumen. Laporan rasuah telah dibuat bukan dalam satu isu tetapi berpuluh isu ke atas Khir Toyo namun SPRM kelihatan mandul.

Jika BPR kelihatan sebagai kuda tunggangan Bn tapi kini SPRM ini kelihatan bukan setakat jadi kuda tetapi kelihatan seronok dan bersungguh untuk jadi kuda terbaik kumpulan politik tertentu dalam Bn.

Sehubungan dengan itu, atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia, sebuah badan gabungan 'tanpa ikatan' yang menggabungkan anak muda Malaysia yang mempunyai cita - cita perubahan (tanpa kira latar politik, kaum dsb) mengajak anak - anak muda Malaysia un tuk hadir di depan Pejabat SPRM Putrajaya memprotes dan memberi amaran kepada SPRM.

Himpunan Anak Muda Malaysia
Protes SPRM - seronok jadi kuda kelompok politik
25 Febuari 2009, Rabu 11.00 pagi
Depan Pejabat SPRM Putrajaya.

Kemuncak himpunan ini akan dibakar 'salinan' laporan dan bukti - bukti rasuah yang pernah dihantar kepada Polis, SPRM / BPR. Ini sebagai menifestasi rakyat Malaysia hilang harapan terhadap SPRM.

SPRM lebih baik tidak wujud kerana kewujudanya selain membazirkan ratus juta wang negara, ia juga akan menjadikan Malaysia sebagai tawan tawa dunia. Biar dunia mentertawakan SPRM tetapi bangga melihat kebangkitan anak muda Malaysia.Ini bukan kegiatan ganas tetapi amaran keras dari anak muda Malaysia.

23 Febuari 2009
Badrul Hisham Shaharin
Seketeriat
Solidariti Anak Muda Malaysia

Isnin, 23 Februari 2009

RAKYAT SABAH BANYAK MISKIN,MENTERI PAKAI VOLVO....BN SAPA PUN TAK SALAK - malaysiakini

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah membeli 12 kereta Volvo bagi menggantikan
Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi kerajaan sejak awal tahun ini.

Ketua Menteri,Datuk Seri Musa Aman berkata, kereta itu dibeli untuk kegunaan jemaah Menteri Kabinet Sabah kerana kos penyelenggaraan Perdana itu tinggi.

Pasal apa tak pakat hentam terutama media massa dan pimpinan Umno.

Kalau kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang tukar kereta rasmi, bagai nak rak dihentam terutama media arus perdana yang bersekongkol


UNIT EHSAN AKAN LEBIH BERJASA PADA GOLONGAN YANG MEMERLUKAN - Malaysiakini

PENGERUSI BARU UNIT EHSAN SDR AZRIZAL TAHIR

KETUA PENYELARAS UNIT EHSAN SDR ZULKARNIAN MOHD ALI

SETIAUSAHA UNIT EHSAN SAMSUL AMRIN



AHLI UNIT EHSAN YANG TIDAK JEMU BERBAKTI


Salam Sejahtera,

Mesyuarat Agung Unit Ehsan Pulau Pinang kali yang PERTAMA telah berjaya diadakan pada hari Sabtu 14hb Februari 2009 jam 10 malam bertempat di Dewan Mesyuarat Hotel B-Suite, Bukit Jambul, Bayan Baru, Pulau Pinang.

Kehadiran kesemua ahli-ahli berdaftar seramai 26 orang pada malam tersebut untuk melengkapkan agenda mahupun seperti yang termaktub dalam Akta Pertubuhan, agar Mesyuarat Agung Tahunan diadakan sekali dalam setahun untuk seluruh ahli berkumpul serta dapat memberi pandangan serta membuat pemilihan bagi jawatan pucuk pimpinan.

Senarai ahli jawatankuasa Unit Ehsan Pulau Pinang yang TERKINI selepas Mesyuarat Agung adalah seperti yang tertera pada 'side-bar' Organisasi Unit Ehsan 2009 / 2010.


Sekian.--Lawati blog kami di :- http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/

Ahad, 22 Februari 2009

ANAK PENGERUSI SPRM DI DAKWA - malaysiakini



Anak kepada Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child pornography) ke negara Australia .

Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.

Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.

Video-video itu bertajuk "Reped (sic) Virgin', "10-Year Old" dan "High School Students."
"Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya," kata Majistret Simon Smart.

Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.

Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.

Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu "balasan" terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu "banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias" di dalam tindakannya.

Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan terang-terangan telah melakukan kesalahan apabila dilihat cuba bertindak mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat kenyataan berbaur politik.

"Beliau akan terus ditimpa kehinaan dan keaiban jika beliau tidak berhenti dari melakukan kerja-kerja hina bagi pihak UMNO/BN, kita akan berdoa agar Allah akan dedahkan kebenarannya," tegas seorang forummer yang berang dengan gelagat pengampu-pengampu seperti Ahmad Said hamdan ini.


p/s - cehhh...nak kejut pemimpin PR kata ada bukti kukuh nak dakwa konon...cam la dia tu Peguam Negara...Bak kata pepatah, Paku dulang, paku serpih...Nak Gempak Orang, Anak Dia yang melebih-lebih...Nihhh...Piiii Raaaaahhhhhh...!!!!!


--Ahakksss......


Related Posts with Thumbnails