Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Rabu, 29 April 2009

SPR LALOQ DI PENANTI- malaysiakini

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
29 April 2009

Respon AMK kepada SPR Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang kononnya kecewa dengan pendirian Pakatan Rakyat yang menolak syor pendekatan baru proses pengendalian pilihan raya.

Terdahulu SPR bercadang menguatkuasakan beberapa pendekatan baru: menghadkan bilangan penyokong parti politik yang bertanding, menguatkuasakan 'hari bertenang' menjelang proses pengundian dan melarang berkempen memancing undi semasa proses pengundian berlangsung. Apa yang sedang dirangka oleh SPR ini, sangat jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di mana-mana negara demokratik di dunia ini.

AMK percaya bahawa pendekatan ini diilhamkan dalam keadaan lima pilihanraya kecil yang berlangsung sebermula di Permatang Pauh sehinggalah yang terkini di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, menyaksikan BN ditenggelami dengan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir sewaktu penamaan calon.

Harus diingat bahawa seramai manapun bilangan penyokong yang hadir, ianya bukan satu masalah sekiranya pihak keselamatan bersikap profesional untuk mengawal provokasi melampau daripada mana-mana pihak. Malah terbukti dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini, penyokong Pakatan Rakyatlah yang terpaksa berhadapan dengan ugutan dan provokasi melampau oleh samseng upahan yang 'jelas kelihatan' menyokong BN.

Demikian juga dengan penguatkuasaan larangan memancing undi dan juga pondok panas. AMK tidak lupa bagaimana pada Pilihanraya Umum 2004, larangan yang sama dikenakan ke atas semua parti politik, tetapi BN dengan angkuh tetap membina pondok-pondok panas di kawasan pusat pengundian. AMK menegaskan bahawa Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan menerima alasan kononnya untuk mengelakkan ketegangan dan ketakutan di kalangan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Pengundi memang akan sukar dan takut untuk mengundi jika 2 perkara ini dihalalkan oleh SPR : kebanjiran pihak polis di seluruh ceruk kawasan dan juga hari pengundian yang jatuh pada hari bekerja.

Justeru, AMK menolak 'kekecewaan' Wan Ahmad ini yang hanya merendahkan profesionalisme dan imej penjawat awam yang sepatutnya bersikap neutral dalam menjalankan amanah. Jika Wan Ahmad masih mahu mempertahankan pendekatan yang bersifat kosmetik untuk menjaga imej dan menjamin kemenangan BN, maka wajarlah jika beliau sahaja yang menjadi calon Umno-BN di DUN Penanti kelak.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan

Selasa, 28 April 2009

PKR SAHKAN CALON PENANTI - malaysiakini

DR. MANSOR OTHMAN SAH SEBAGAI CALON PKR PILIHANRAYA KECIL DUN PENANTI N.12 DIUMUMKAN SEBENTAR TADI OLEH KETUA UMUM DS ANWAR IBRAHIM

Sudah terjawab siapa isu calon PR penanti...sekarang ini sudah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mempertahankan kemenangan di DUN Penanti...Kemenangan Di Penanti akan memberi kembali kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 kepada seluruh rakyat Pulau Pinang daripada DUN Penanti...


Ayuh ke Penanti....Mesyuarat BloggersNetwork@Malaysia yang dijangka jam 5 petang di minta Haji Rahim ke pada jam 2.30 petang selepas solat jumaat ini...rakan2 bloggersNetwork di minta bagi pandangan.tq

Isnin, 27 April 2009

MISI GROUP EZAM DI PENANTI PULA - malaysiakini

Setiap kali pilihanraya kecil,sudah pastinya UMNO/BN akan membawa jagoan mereka yang satu ketika dulu bersama dengan PKR.Gerombolan ini tanpa jemu akan terus menerus hadir menyatakan kepada rakyat bahawasanya ANWAR sebagai Si Polan & Si Polan...

Sudah pastinya kita juga tidak lupa tragedi terbaru di Bukit Selambau apabila Kalaivanar individu yang hadir & memberi ucapan ketika hari penamaan calon tetiba keesokkannya membuat pengumuman keluar parti & memberi sokongan kepada calon BEBAS.tetapi ayuh jangan dilupakan bahawa kehadiran insan-insan yang tidak di jangka dengan tindakan diluar jangkaan.

Kaitan mereka tidak lari daripada dengan Sdr Ezam Md Noor...Di Penanti pula awal-awal lagi kita sudah nampak signal bahawasanya BN/UMNO tidak sanggup berdepan dengan PR jika silap membuat percaturan dalam isu Fairus.Pembersihan namanya bebas daripada rasuah amat dialu-alukan,tetapi kenapa pada awalnya begitu ghairah SPRM memburu beliau?Sekurang-kurangnya 1 modal kempen untuk PR sudah ditolak awal-awal lagi.

Adakah group Sdr Ezam sekali lagi cuba menggunakan ruang kenalan di dalam PKR atau yang ada kaitan dengan PKR untuk cuba memainkan peranan penting di dalam PRK kali ini.Lihat saja sudah ada insan yang menawarkan diri untuk menjadi calon bebas,mungkin daripada 1 sudut kita lihat ianya hanya menampakkan satu sistem demokrasi di praktikkan di Malaysia.Harus juga diingatkan bahawa mereka ini juga tidak terlepas dengan hubungan keakraban dengan saudara Ezam Md Noor.

Sebab itulah kita lihat,keghairahan untuk menawarkan diri bertanding di Penanti sudah terpapar di media-media utama yang membuat liputan UTAMA dalam siaran mereka tatkala dalam keadaan Presiden UMNO yang juga PM Malaysia telah menyatakan tidak akan meletakkan calon di penanti.Siapakah dibelakang mereka?apakah kemungkinan gerombolan ini juga memainkan peranan penting dalam isu meletakkan calon untuk berdepan dengan PR di PRK penanti nanti?Apakah bekas Calon Penanti Anuar Shaari yang juga dalam kelompok gerombolan ini juga akan menawarkan diri bertanding,sekurang-kurangnya pertembungan kali ini antara Setiausaha-setiausaha Mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PRK Penanti ini adalah salah satu medan pertempuran yang menarik walupun ada pandangan bahawasanya rakyat sudah jemu berdepan dengan PRK...tetapi pastinya pertembungan kali ini antara Bos & bekas Setiausaha-setiausahanya.Datuk Ibrahim Saad,adakah anda akan turut sama dalam PRK kali ini...sama-sama kita saksikan...Siapakah yang akan ditaja nanti untuk bertembung dengan PR di PRK penanti nanti.

Kepada Arif Shah yang pada awalnya ura-ura menyatakan mahu menyertai PKR,tindakan anda sudah agak terlewat mengenai kedudukan dalam PR.Janganlah perasan kononnya ada pemimpin PKR bertemu dalam usaha membawa masuk saudara ke dalam PR...Jangan nanti orang cakap "Muka Tak Mancung,Pipi Tersorong-Sorong"


Yang Pastinya PRK Penanti 31 Mei nanti cukup menarik.
Kalaivanar memberi ucapan ketika hari penamaan calon PRK Bukit Selambau sehari sebelum keluar pkr
Keakraban antara kalaivanar bersama team ezam dalam ceramah ezam di PERAK

Anuar Shaari menyerahkan Borang UMNO kepada Najib Tun Razak

Anuar Shaari kanan sekali dalam sidang media bersama Ezam & Dato Nalla

Masih Akrabkah antara "Kak Min" dengan Gerombolan Ezam

Ezam The Group

Mereka Yang Tetap Bersama Berkempen Di Setiap Pilihanraya Kecil
Related Posts with Thumbnails