Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Jumaat, 10 April 2009

SOAL LA HAMPA KAT YB BN - malaysiakini

1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.

2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?





3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk?

4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku?

5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah?

BODOHNYA PEMBUNUH YANG BERNAMA SIRUL & AZILAH - malaysiakini

Kes bunuh Al-Tantuya nampaknya telah tamat dengan pelbagai persoalan yang belum terjawab. Hanya 2 anggota UTK sahaja terlibat? Siapa yang mengarahkan mereka berdua? Ini adalah luahan hati Cif Inspektor Azilah Hadri semasa membacakan nota bertulisnya.

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya.

Saya tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh dan melenyapkan wanita itu sebaliknya tujuan saya berjumpa dengannya (Altantuya) hanya untuk menasihatinya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu.

Saya telah diarahkan oleh seorang anggota polis atasan, DSP Musa Safri untuk membantu Abdul Razak dan tidak mungkin melakukan perbuatan 'bodoh' (membunuh) itu apatah lagi saya adalah anggota polis".

Mengikut rekod, Azilah ditahan di penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar ditahan selama 895 hari.

Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Pada 31 Oktober lalu, Abdul Razak dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.


[Perkara di atas nih aku nak hampa pikiaq habis2...bila buat program ceramah mohon permit ada yang dah lulus,ada yang tidak lulus bahkan ada yang dah lulus macam di perak & kedah sewaktu sebelum kempen pilihanraya ditarik pada saat-saat akhir...Bila tanya pegawai yang keluarkan arahan termasuk la bila semburan gas & water canon FRU,jawapannya 'ARAHAN ORANG ATAS' atau 'SAYA MENERIMA ARAHAN ATASAN' atau 'SAYA MENURUT ARAHAN PIHAK ATASAN' atau 'PIHAK ATASAN ARAHKAN SAYA'

Sekarang...nah ambik kau...mungkin ramai yang simpati,tapi itulah kebodohan yang mengikut ARAHAN yang diluar batasan undang-undang.Tak reti nak pakai otak sewaktu menjalankan tugas,walaupun arahan tu melanggar normal-normal undang-undang serta batasan perikemanusiaan...korang turut la lagi...sewaktu korang sembur gas & water canon di Taman Ria Jaya Bukit Selambau serta di Air Kuning,Bukit Gantang pada hari pengundian...ada tak korang pikir waktu tu kesian pada orang tua-tua,wanita,kanak-kanak,ibu mengandung yang jatuh sewaktu berlari akibat tak tahan menanggung azab perbuatan korang.

Ingat...Altantuya dibunuh sewaktu dia merayu dia sedang mengandung.dia di terajang di perut,di tembak di pipi,apa sirul dengan azilah kesian atau pikir ARAHAN atasan tuh berperikemanusian atau ikut undang-undang?So korang fikir la sendiri apa yang aku cakap nih,kalau semua penjawat awam berpegang pada prinsip bekerja dengan lebih beretika]

JANGAN LUPA ISTERI PERTAMA PM YANG KE-6 - Malaysiakini

SEJAK beberapa malam dulu dan kemuncaknya semua media massa cetak dan eletronik memaparkan kisah hidup dan perjuangan Najib Razak. Perjalanan politik Najib dari awal hingga akhir - sehingga angkat sumpah menjadi PM ke-6 dilakar dan ditulis demikian rupa.Semuanya menggambarkan kehebatan dan keagungan Najib sebagai 'dewa bangsawan politik.'

Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian, cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan.Pendeknya semua tidak terlepas dari cakupan media massa, masing-masing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu yang indah dan menyeronokkan.

Penulis yang mencari makan di hujung pena pula akan mencatat sesuatu yang merujakan rakyat tentang Najib. Mengelak rakyat agar menyokong Najib sepenuhnya sebagai perdana menteri. Manakala ahli politik yang mencari kerusi akan melihat Najib umpama sebutir intan yang bersinar dari semua dimensi dipandangnya.

Semua orang yang hampir dengan Najib diinterviu dan ditanya mengenai masa silam Najib. Mengenai sikap Najib dan falsafah politiknya. Mereka yang berkongsi kereta dengan Najib semasa di London juga turut sama diinterviu dan cerita itu dipaparkan dengan penuh nostalgik bagi menggambarkan kerendahan dan ketawadukan diri Najib.

Ibu Najib, Tun Puan Rahah Mohd Noah juga sudah semestinya ditanya mengenai anaknya yang bertuah itu. Maka berceritalah Rahah mengenai masa kecil perdana menteri itu. Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat disyukurinya.

Begitu juga dengan isteri kedua Najib, Rosmah Mansor pun dipotretkan begitu anggun sekali. Sebagai seorang isteri yang bekerja kuat dan pemberi semangat kepada Najib. Seorang isteri yang berpeluh berpela bersama Najib dalam mengapai kerusi penuh berkuasa itu. Bahkan ada yang gatal mulut berkata jika bukan kerana kesungguhan Rosmah, Najib tidak mungkin menjadi perdana menteri!

Ertinya orang yang bekerja kuat untuk meletakkan Najib di kerusi nombor wahid negara ialah Rosmah Mansor?Maka wajarlah kalau Najib menyanyangi Rosmah lebih dari segala-galanya.

Dan saya sebagai penulis yang mengikut perjalanan politik Najib sejak menerusi pembacaan merasa semacam tidak lengkap apabila media dan orang bercakap mengenai Najib. Persis ada kekosongan telah berlaku dalam autobiografi kehidupan Najib itu, apabila perkara ini dialpakan.

Apa yang saya maksudkan itu ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.

Ke manakah wanita ini sekarang? Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian?

Tidak.... wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat. Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin? Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja?

Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib.

Sebelum si janda Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah.

Kenapa media melupai Ku Yie ini? Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri.

Tinjaulah juga pendapat dan pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri. Coretlah juga perasaan gembira Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib.

Ku Yie tentu menyimpan sejuta cerita mengenai Najib termasuk cerita-cerita misteri yang terlarang untuk dibukukan. Elok juga kalau dicungkilkan bagaimana rumah tangga mereka yang dibina selama lebih 10 itu tiba-tiba runtuh dan hancur. Sedikit sebanyak dari kisah rumah tangga itu dapat sama-sama kita melihat kelemahan Najib dan juga kemampuannya dalam membina negara dan nusa.

Saya menunggu dengan penuh minat cerita atau komen daripada Ku Yie. Saya mahu tenguk apa yang media tulis dan korek darinya. Sejarah itu penting untuk dibaca oleh 27 juta rakyat Malaysia mengenali siapakah sebenarnya perdana menteri mereka dan siapakah juga wanita nombor wahid Malaysia kini.

Ku cilok daripada blog DEMOKRASI MALAYSIA

Selasa, 7 April 2009

KEMENANGAN TIPU DI 2 BUKIT - Malaysiakini

TERKINI : APAKAH TAJUK & ISI PENULISAN AKHBAR PENGAMPU ESOK MENGENAI PILIHANRAYA KECIL DI 2 BUKIT MAJORITI KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DI BUKIT GANTANG 2789 MANAKALA BUKIT SELAMBAU MAJORITI 2403...TOLONG FIKIR-FIKIRKAN DALAM KOMENTAR SAUDARA/I.TQ

KEPADA SEMUA PETUGAS PAKATAN RAKYAT DI 3 PRK BATANG Ai,BUKIT GANTANg & BUKIT SELAMBAU DARPADA PKR,PAS,DAP,PARA BLOGGERS & AKTIVIS RAKYAT PENYOKONG,PENDOKONG SERTA SEMUA PENGUNDI...TAHNIAH SEMUA

Hadiah Untuk Najib,Agregat 4-1 Dah - malaysiakini

Majoriti Bukit Gantang bertambah....Di Bukit Selambau juga InsyaAllah bertambah...Angka nanti u all tengok dekat MALAYSIAKINI....Aku nak pi makan jap lepas nih nak ceramah meraikan kemenangan di Bukit Selambau....So,Che Det nanti tanya dia pasal apa yang rakyat tolak BN...Paklah dah tadak.....Apa pula alasan dia?Apanamanya...Apanamanya...Apanamanya

2-1 Tamparan Buat BN - malaysiakini

TERKINI : Keputusan malam ini insyaALLAH akan berkesudahan 2 Pakatan Rakyat (Bukit Gantang & Bukit Selambau) 1 Barisan Nasional (Batang Ai)....

Selepas ini kita nak Dr Mahathir Round 1 negara sokong Najib...Rakyat akan ajar BN kepada Suratkhabar lama....Suratkhabar lama....Suratkhabar lama....


Agregat Pakatan Rakyat 4-1 Barisan Nasional

Hantu...Hantu....Bukit Selambau - malaysiakini

Terkini : Sebentar tadi Skuad AMK menahan 2 bas yang dipercayai pengundi hantu di Kuala Sin Bukit Selambau,maklumat terkini masih di tunggu di pusat media AMK

Terkini : Bas KBY 2359 di sorokkan dalam kebun getah di kampung Jerai,penumpang telah masuk ke dalam kampung 1.20am

Isnin, 6 April 2009

GAMBAR SEKITAR CERAMAH - malaysiakini

YB Dato Seri Anwar Ibrahim bersama Datuk Zaid Ibrahim

Keadaan di bilik gerakan AMK Bukit Selambau

YB Azmin Ali sedang menyampaikan pidato

YB Saifuddin sedang menunjukkan kertas undian esok,calon Pakatan Rakyat N.25 S.Manikumar

Ahli MPT Parti Keadilan Rakyat Chegu Bard turut berceramah

Ust Dr Badrul Amin,Datuk Zaib Ibrahim & Dato Zainal Abidin

YB Prof Ramasamy Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang

Pandangan atas Ceramah di Bilik Media AMK Bukit Selambau

Pelbagai Bangsa Dalam Ceramah Di Bukit Selambau

YB Tan Choo Kang Adun Sidam

Daripada pandangan belakang tapak ceramah Bukit Selambau


Boleh dapatkan detail di zulmamakpng

TERKINI BUKIT SELAMBAU - malaysiakini

TERKINI : Ramai remaja menaiki padat 20 buah van dengan membawa kayu & objek seperti tongkat daripada Kulim menghala ke Bukit Selambau...Di harap para petugas bersiap sedia sebarang provokasi berlaku.Hubingi pimpinan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini

TERDESAKKAH NAJIB DI BUKIT SELAMBAU? - malaysiakini

TERKINI : Katanya malam ini di media perdana akan ada 1 pengumuman kononnya beberapa bahagian Parti keADILan Rakyat bubar & menyertai UMNO/BN bahagian yang dimaklumkan tadi ialah Sik,Pendang,Padang Serai dan beberapa bahagian lain lagi...Apakah benar?sama-sama kita tunggu malam ini berita jam 8 malam

Rasanya jika benar perkara ini berlaku,satu lagi usaha terakhir BN meraih sokongan di Bukit Selambau yang sekarang ini sudah ketinggallan dengan calon Pakatan Rakyat.Yang pastinya Ketua PKR Bahagian Sik,Setiausaha Bahagian Pendang & beberapa pemimpin PKR bahagian di Kedah berada di Bilik gerakan utama untuk program bersama Dato Seri Anwar Ibrahim.

Terkini....Bukit Selambau - malaysiakini

TERKINI : Sebentar tadi dimaklumkan oleh Fariz Musa taktik memasukkan pengundi hantu dengan membawa menggunakan Bas PDRM & mereka ditempatkan di balai polis Bedong dengan khemah di kawasan berkenaan.Dimaklumkan juga khemah tersebut bukannya untuk untuk menempatkan anggota PDRM tetapi para pengundi hantu.

AMK KEDAH dalam perjalanan mengambil gambar di lokasi.T.Ksh

Hot...Hot...Bukit Selambau.. - malaysiakini

Ceramah yang berlangsung di Bilik Gerakan Utama Taman Tengku Aminah Bukit Selambau yang di hadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat telah di ganggu oleh sepasukan anggota polis yang bertindak memberhentikan ceramah berkenaan beralasankan tidak boleh menyebut nama Najib Razak.

Ceramah tersebut diberhentikan juga kerana di katakan tiada permit.

TV PAPARAN BERITA ALTERNATIF - malaysiakini

http://www.tvantara.com

hampa klik mana-mana isu yang hampa nak dengar....ada laporan & siap reporter

Ahad, 5 April 2009

Program Malam Esok Di Bukit Selambau - malaysiakini

MALAM

7.30 – 8.30 mlm – Tazkirah - Surau Nur Alam, Kampong Perak – Idris - 0134393244

8.30 -9.30 mlm – Indian Culture Show – Bandar Baru, Sungai Lalang – YB Gobi - Ramesh 0162007181

9.30 – 10.30 mlm – Ceramah I - Taman Peruda – Pak Tam - 0194111007

10.30 - 12.00 mlm - Ceramah Grand Finale -Pentas AMK – Yayasan Aman, Sungai Lalang

Hot..Hot...Hot....Di Bukit Selambau-malaysiakini

TERKINI : Kepada petugas Pakatan Rakyat,jika pengundi hantu yang didedahkan oleh saudara Fariz Musa tidak dapat dikekang...Pakatan Rakyat akan ketinggalan 600-700 Undi....Jika dapat kita kekang dengan kerja kuat,Calon Pakatan Rakyat akan mendahului 600-700 undi...

Harap dapat perhatian seluruhnya untuk bilik gerakan JDM di N25 Bukit Selambau.....


Di Bukit Belacan N25 Bukit Selambau,bendera Parti KeADILan Rakyat di turunkan oleh mereka yang diupah oleh pihak lawan & petugas PAKATAN RAKYAT hanya dapat menangkap seorang daripada mereka...Sebuah lori yang membawa penyokong parti lawan sempat melarikan diri

ORANG MELAYU JANGAN MUDAH LUPA KEPADA PENDERHAKA - malaysiakini


1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau.

2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya. Bukan ini derhaka namanya. Tiba-tiba sahaja Tajol Rosli berkata Umno tidak pernah derhaka. Kalau begitu apa tafsiran tindakan bapanya itu?

3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik Sultan secara terbuka.

4. Pada 1983 Umno mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut Umno membelasah institusi raja melalui media kawalannya.

5. Semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan Umno di Kelantan.

6. Dalam Perhimpunan Agung Umno itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh utusan Malaysia pada muka surat depan. Tidakkah ini derhaka namanya?

7. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas pemedih mata serta menangkap penderhaka-penderhaka Umno?

8. Pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Apabila raja-raja Melayu meminta menangguhkan pindaan tersebut Umno melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja.

9. Pada tahun yang sama juga beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad dan mengecam raja-raja Melayu.

10. Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satukah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993. Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan pejabat Umno kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah kata Tengku Razaleigh.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh Datuk Seri Annuar Musa. Kalau ini bukan sesuatu yang amat memalukan atau derhaka dan kurang ajar, apa namanya?

12. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta.

13. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "derhaka". Lupakah dia siapa yang melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Tidakkah ini perbuatan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah datuk Ahmad said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Manakala penyokong Umno pula mengatakan Sultan sebagai binatang pada kain rentang. Kenapa polis menangkap mereka yang hanya berdemontrasi di hadapan istana Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 sahaja?

15. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya?


-KedahLanie..!!

KENALI 13 CALON BEBAS DI BUKIT SELAMBAU - malaysiakini

Independents Undressed-Bkt Selambau

Dikirim pada April 2, 2009 oleh Shamsul Iskandar

While its a national history that 15 candidates are vying for the coveted Kedah state exco seat, many hypothesis had alluded to its phenomena.

Let’s look at the independent candidates and their background:

1)ANUAR B HAMID - An ex-Armed Forces major (retired), an UMNO member of Sungai Air Mendidih branch in Merbok division, frustrated with Umno after Dr. Mahathir left the party sulking. He was also responsible for closing down the Sungai Air Mendidih Umno’s Hall.

2)RADZI B LAZIM - Claimed to be ex-PKR division chief. Its nonsense, he is now an UMNO member with several ex-PKR members including former Kedah youth chief, Zamil Ibrahim & ex-Merbok PKR chief, Mochtar Mansor.

3)KHAMIS B AWANG - An UMNO member of Sungai Layar branch in Sungai Petani.

4) ABD RAHIM B ABU - An UMNO member of Bukit Selambau, under the supervision of Pakjang Badri, former assemblyman of Bukit Selambau in the 1990’s.

5)HUSAINI YAACOB - Also an UMNO member , a businessman who owns 5 quarries in Singkir, Perlis, Bukit Perak, Sik & Juru. His firm owns an UMNO associated company, Kemelong.

6)FADZIL B ABD WAHAB - An ex-Army Officer who owns a cafe & kedai nasi kandar in Ambamgan Heights, Sg Lalang. He’s well known for his nickname “TokMisai”. He is also an UMNO samseng affiliate @ ‘Ayahanda’ Pekida.

7)TAN HOCH HUAT - A Gerakan member of Sungai Petani, a component of Barisan Nasional.

8)CHANDARAJAH A/L TANASEGARAN - A MIC member of Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Also a businessman.

9) G SARALA A/P LOGNATHAN - An ex- Kedah People’s Progressive Party Wanita Chief.

10)VENASON A/L MICHELE - An ex-MIC member of Taman Ria Jaya.

11)LOGANATHAN A/L RAMACHANDRAN - An ex-MIC member too.

12)MOGANAKUMA A/L SUBRAMANIAM - An ex- MIC, a Kedah HINRAF leader.

13) JAYAGOPAL A/L ADAIL KALAM - An ex-PKR member who was suspended by PKR Pokok Sena Division.

So, for all too see, These candidates can lie about their so called secret association & UMNO Barisan National can parade the streets, but we will campaign hard to tell the truth against these pretenders.

Defending people’s victory, Vote For Keadilan, Vote For Pakatan Rakyat !
Related Posts with Thumbnails