Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Sabtu, 13 Disember 2008

Sesaknya........

salam sejatera....

Aku tadi mai ke penang menggunakan jambatan pulau pinang....mak oii...hari sabtu pun sesak ya amat....bukan takat sesak atas jambatan....aku nak naik pun ambik masa hampi 1/2 jam,walaupun antara tol jambatan dgn lokasi aku tidak sampai 2KM....

Aku terfikir sejenak....kalau semalam sewaktu meninggalkan pulau untuk melintasi ke tanah besar seberang perai walaupun sudah 11.20malam...aku tiba di subaidah seberang jaya pada jam 12.35pagi...waduh...lewat bangat pak.....

Sememangnya sekarang ini dalam proses pelebaran Jambatan akan di lakukan dari 2 lane kepada 3 lane....jika sudah siap sepenuhnya nanti...bayangkan bagaimana wajah pulau pinang waktu itu?

Andainya jambatan ke-2 juga siap terbina....apakah bentuk rupa jalan raya di pulau pinang nanti?bukan takat sesak di atas jambatan....(mungkin akan berkurangan) tetapi bayangkan kepadatan kenderaan yang akan memenuhi dalam seluruh island (Pulau Pinang) dengan kemasukan kenderaan daripada kedah,perak,kuala lumpur,singapura dll?daripada sudut pelancongan,sudah tentunya Pulau Pinang akan mengamit para pelancong yang akan hadir....

Daripada kesesakan harapnya pihak2 yang berwajib dapat mengambil inisiatif ataupun satu rancangan agar ianya tidak akan menyesakkan lagi keadaan yang telah sesak di Pulau Pinang....So kepada yang inginkan kelainan,datanglah ke Pulau Pinang,kalau sesak masih tak dapat di atasi...aku tak tahu nak cakap apa dah...cuma,hampa ada otak...hampa pikir la sendiri.....hehehe

Khamis, 11 Disember 2008

Simpati Bertukar Benci... Alahaaii Tumiran...

tumiran mohd kasdi (sumber gambar dari blog Pink Turtle)


Sifat sombong, angkuh, ego dan mendabik dada penduduk yang dimainkn oleh TV3, media arus perdana UTAMA Mesia abad ini, untuk mencemarkan nama ADUN Bukit Antarabangsa memerangkap diri..

Sudah ada bunyi-bunyi yang membenci, jika daripada awalnya ramai bersimpati...gara-gara layanan double standard antara yg kaya dan miskin.. demand yg melampau, naik angin tak tentu pasal termasuk pada pasukan keselamatan askar dan Rela... akhirnya T.K.O pada TV3, mangsa sudah tidak lagi mendapat simpati.. yang cari glamour, terus dibenci..

Inilah realiti, jika berlebih-lebih... pastinya kebencian yang terjadi... jika mencaci mereka yg membantu, kesombongan yg patut dibalas musibah..bukan doa, tapi sebagai pengajaran..



Pasal tu aku lebih suka bersama Unit Ehsan Pulau Pinang membantu mangsa banjir yang sudah pastinya ramai org miskin yg sabar dan tahu bersyukur pada Allah s.w.t. Ini bukannya nak bersyukur tapi dengan sikap angkuh nak suruh pasukan keselamatan jadi budak suruhan angkat kotak, macam yang disitu penduduk semua cacat termasuk bini dia tidak ada langsung nak muhasabah diri dan istiqamah waktu menerima musibah.

Aku bukan tak percaya kulupsakah woi, cuma tak harap... komen wak lenteng cukup bernas dengan pelbagai sudut pandangan, aku setuju bangat komen wak. Wallahualam, lu ada otak brother glamour..lu pikirlah sendiri..



--Sent from my mobile device.

Rabu, 10 Disember 2008

Alahai TV3 Suku...Apo Ko Hei Nie...??



Alahai tv3, semalam lu orang sibuk saja la nak tunjukkan bahawa ADUN Bukit Antarabangsa, YB Azmin Ali kononnya kena marah dan di boo dengan penduduk... malam ni entah apo pulak la korang akan propagandakan...

Tapi..depa lupa nak 'cut' rasanya bila sorang brother tu maki hamun PBT dengan askar dan Rela duduk makan saja tgk org angkut kotak n barang2... Jangan lah bodoh sangat tv3 ni... kalau nak mainkan isu Pakatan Rakyat, aku tak la nak cakap YB Azmin tu maksum...tapi tv3 lupa kot... rumah kena roboh termasuk baru2 ni di kampung plentong dan lain2....


Jadi.. jangan lah kecoh2, bencana alam tak kenal miskin atau kaya...tapi brother, kena cool sikit ya...askar dari awal keja teruk, takkan sampai nak rehat sat / sekejap pun nak jadi isu kaa..?? kalau lu brother..???


Ada otakk...lu pikir lah sendiri nabillll.....

BERDOSA KUKU PANJANG, BODOH JIKA....

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Nasihat Nabi Muhammad Saw.

kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di
jari:

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari:

1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH ABIS BACA TU FORWARD LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA JUGAK... INSYAALLAH...

Regards, Azira yon Ext:5086
Related Posts with Thumbnails