Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Jumaat, 22 Mei 2009

TEPAT MACAM YANG AKU SMS - malaysiakini

kemaskini 4.32pm Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.

Gembira dengan keputusan tersebut di Slim River, Zambry menyifatkannya "kebenaran telah tiba."Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.

Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Manakala sekumpulan 200 orang di luar mahkamah, kedengaran melaungkan rasa tidak puashati mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

(dah macam kartun)

KEMENANGAN YANG SUDAH DIRANCANG - malaysiakini

Pada pukul 3.00 petang ini, Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan tentang siapa Menteri Besar Perak yang sah. Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi telah diberitahu untuk memastikan keputusan akan memihak kepada Umno.

Zaki, seterusnya telah mengarahkan Presiden Mahkamah rayuan, Tan Sri Dato’ Alauddin Dato Mohd. Sherrif, untuk memberitahu ketiga-tiga hakim…Hakim Abd. Raus Sharif, datuk Zainun Ali dan Ahmad maarop…untuk memberikan keputusan yang ‘betul.’ Sekiranya mereka tidak mampu untuk memberikan keputusan 3-0, sekurang-kurangnya mereka perlu member keputusan 2-1..dimana Zainun akan memihak kepada Nizar. BN kemudiannya akan dilihat sebagai ‘adil’ dan ‘telus’ dan Pakatan Rakyat tidak boleh berkata apa-apa.

Selepas itu, Zambry akan mengadap Sultan dan memohon pembubaran DUN Perak. Umno perlu dilihat melakukan semua ini..bukannya Nizar. Dan Umno akan melakukan ini walaupun mereka boleh memerintah Perak tanpa membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya semula. Bagaimana yang dikatakan Najib gila kuasa dan tidak adil?

Dan ini akan membuktikan bahawa Najib adalah PM Rakyat dan seorang yang tahu bagaimana untuk mengurus Negara. Anwar dan Pakatan Rakyat tidak lagi boleh mendabik dada mengatakan mereka yang mahukan pilihanraya DUN Perak. Malah..mahkamah akan memutuskan bahawa Barisan Nasional adalah kerajaan yang sah. Barisan Nasional boleh memerintah sehingga pilihanraya umum akan datang…sebaliknya memilih untuk membubarkan DUN kerana itu yang diminta oleh rakyat.

Benar..memang susah bagi Barisan Nasional untuk menang tapi apa bezanya? Keadaan sekarang sudah buntu. Sekiranya BN terus memegang kuasa…mereka akan dilihat sebagai perampas…tetapi dengan membubarkan DUN…mereka akan dilihat sebagai kerajaan yang prihatin dengan kehendak rakyat…walaupun mahkamah telah mengesahkan mereka sebagai kerajaan yang sah.
Tujuannya adalah untuk menahan kebangkitan Anwar, Nizar dan Pakatan Rakyat. Pembubaran DUN Perak adalah kehendak BN..bukan Pakatan Rakyat. Dan dengan pembubaran ini..BN akan dilihat sebagai prihatin kepada rakyat..malah ianya dibuat atas desakan Pakatan Rakyat.

Imej Pakatan Rakyat akan dicanang sebagai pihak yang menyebabkan kesusahan rakyat..dan BN akan mempelopori imej bahawa mereka adalah pembela rakyat.

Dan sekiranya BN menang dalam pilihanraya DUN Perak nanti…Najib berpeluang melantik orangnya untuk menjadi Menteri Besar. Tidak mungkin Zambry…kerana Zambry bukan orang dia tetapi orang Pak Lah.Dengan strategi yang diatur oleh Mahathir..Najib mendapat Perak dan menyingkir Menteri Besar yang bukan pilihanya. Itulah yang dirancang oleh Najib.

Jangan lupa…bahawa Mahathir adalah pakar strategi dan dia kini berada dibelakang Najib.

(Baca artikel sepenuhnya di Malaysia Today)
Related Posts with Thumbnails