Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Rabu, 5 Ogos 2009

BEBERAPA HARI DI NEGARA ORANG

Penat....itulah yang boleh diungkapkan apabila berada selama 8 jam di dalam pesawat perjalanan Kuala Lumpur ke Gold Coast.Hanya sempat tido-tido ayam kerana tidak begitu selesa perjalanan yang mengambil masa terlalu lama dengan destinasi dan pergerakan yang terhad.

Tibanya di Airport,pengalaman pertama di tahan serta di kuarantin memandangkan ini adalah kali pertama aku ke australia.Sebelum ini hanya menghabiskan masa bercuti di Indonesia,Thailand serta Singapura.Selama hampir 45minit disoal siasat oleh pengawal keselamatan airport...beg aku di buka untuk melihat barang yang mungkin aku membawa masuk barang yang boleh membahayakan negara tersebut.

Alhamdulillah,setelah 45 minit semuanya selamat...Semangat untuk bercuti semakin meninggi ditambahkan pula keadaan suhu di sini sekitar 8-10 darjah celsius.Daripada airport,aku terus ke tempat penginapan aku di Gold Coast International Hotel yang berada betul-betul pandangan tepi pantai yang cukup indah dan bersih.

Di hotel,tempat aku membalas dendam tido aku yang tidak lelap semasa dalam flight.Malam nanti,sudah tentu akan menjanjikan pengalaman menarik serta keesokkannya aku akan ke Brisbane yang mengambil masa 1 jam perjalanan daripada tempat penginapan aku.

Walaupun berada di luar negara,aku tetap tidak berpuas hati dengan sikap melampau Jeff Oii yang semakin hari semakin biadap kenyataan beliau terhadap Islam melaui internet serta respon balas daripada blog kawan-kawan.Jangan dia ingat dengan status dia sebagai Ahli Parlimen...suka hati mak bapak dia nak keluarkan kenyataan yang berbaur serta menyentuh mengenai hal-hal berkaitan Islam.

Siapa dia yang nak persoalkan tentang islam?Sudahlah sebelum ini sudah ada beberapa kenyataan-kenyataan sampah daripada individu bukan islam terhadap Agama Islam...Sekarang dia pula nak tambah lagi dengan kenyataan biadap kononnya JIM atau ISLAM itu sebagai pelampau atau ekstrimis.Kepada Jeff Oii,jaga mulut u baik-baik ya...Jangan sentuh mengenai agama Islam yang we all sendiri tak pernah sentuh persoalkan agama kamu atau persatuan yang berkaitan dengan agama kamu !!!!!!
Related Posts with Thumbnails