Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Jumaat, 5 Jun 2009

WAHAI MAHATHIR - malaysiakini

MAHATHIR MUHAMAD KAU JANGAN BUAT BOHONG-
malaysia2day

4. Chin Peng bukanlah orang yang pertama yang memberontak melawan British. Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada orang Melayu Semenanjung kerana mereka cenderung ke kiri. Dengan itu perjuangan mereka tidak begitu berhasil. Namun terdapat beberapa pertubuhan yang secara tidak langsung mewarisi perjuangan mereka. Malay Nationalist Party atau Party Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM. Mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh Komunis.

INI SEBENARNYA DALAM SEJARAH :

Kesatuan Melayu Muda – Angkatan Pemuda Insap (API) , Angkatan Wanita Sedar (AWAS ) Putera dan Parti Kebangsaan Melayu, dan Hisbul Muslimin BUKAN TIDAK MENDAPAT SOKONGAN DARI ORANG MELAYU.

Perjuangan mereka BUKAN TIDAK BERHASIL.

Parti –parti politik dan badan-badan gerakan nasionalis kiri ini telah di HARAMKAN OLEH PENJAJAH BRITISH PADA 18 JUN 1948.

Banyak pemimpin dari parti politik dan gerakan ini di tangkap oleh penjajah British.

Sebahagian mereka masuk ke hutan dan memulakan gerakan angkat senjata melawan penjajah British.

Mereka berjuang untuk mengahalau penjajah British dari Persekutuan Tanah Melayu.

Sesudah pengaharaman ini barulah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION berkembang.

Ini bukan kelentong.

Ini fakta sejarah.

Tak payah bukak kitab kuno.

Ramai dari pejuang-pejuang nasionalis dan anggota parti politik dan gerakan ini masih hidup. Mereka boleh menerangkan kepada generasi hari ini apa yang sebenarnya berlaku.

Untuk generasi muda sila jangan malas dan mula memikraq.

(nota: National dan bukan Nationalist)

TukarTiub

Khamis, 4 Jun 2009

FENOMENA UMNO,PAS,PKR - malaysiakini

Aku masih lagi kat hospital lima bintang di Kuala Lumpur..merasa hidup macam orang Umno. Dan lagi lama aku duduk disini..makin getik aku kepada Umno. Tapi bukan itu yang aku nak tulis hari ini…sebab aku nak tulis pasal muktamar Pas.

Dalam The Star semalam..”According to Transparency International’s 2009 Global Corruption Barometer, 42% of Malaysians viewed political parties, regardless of faction, as the most corrupt, followed by the civil service (37%), private sector (12%), judiciary (5%), legislative (4%) and media (1%).”

Ini pandangan umum. Kalau tanya kat orang Umno…Umno tak korup. Kalau tanya kat orang PKR…PKR tak korup…Kalau tanya orang Pas…Pas tak korup. Masing-masing tak akan mengaku kalau parti mereka dituduh korup. Tetapi kalau ditanya secara umum…rakyat akan beranggapan semua parti serupa saja.

Umno tak payah cakap…sebab sudah sinonim dengan korupsi. Hanya satu cara untuk mengubah persepsi rakyat terhadap Umno ialah kembali menggunakan PEKEMBAR. Kalau masih dengan Umno..hanya menunggu masa untuk dihantar ke pusat pencernaan sisa pepejal. Dan oleh kerana mereka tidak mahu kembali kepada PEKEMBAR…mampuih pi la.

Korupsi dalam PKR…jangan tanya orang PKR…tapi tanya orang Pas. Orang Pas boleh berceramah dua jam mengenai keburukan orang PKR. Tetapi kalau diamati..pernahkah kita mendengar orang Pas mengutuk Gobalakrishnan…Lee Boon Chye…Tian Chua? Aku belum pernah dengar.

Sebaliknya yang aku dengar ialah PKR serpihan Umno…orang PKR adalah serpihan Umno..orang PKR berbudaya Umno. Bila disebut begini…bermakna yang korup adalah orang-orang Melayu. Dan mereka ini korup kerana berbudaya dan berfikiran Umno. Siapa saja yang ada kaitan dengan Umno..akan dianggap berfikiran dan berbudaya Umno…korup.

Ini bebanan yang terpaksa ditanggung oleh PKR. Kalau ada sekupang atau lima duit lagi perasaan menyokong Umno…tinggalkanlah. Itulah ucapan Nizar yang paling popular.

Apakah dalam Pas tak ada yang korup? Jangan tanya orang Pas. Mati hidup balik depa tak kan mengaku. Bezanya diantara Pas dan PKR ialah…dalam PKR ada banyak reformis. Reformis dalam PKR tak peduli tentang jawatan mereka. Orang macam Din Binjai tak kisah kalau dia disingkir dari jawatannya…yang salah tetap salah. Tak kira orang tu Timbalan Ketua Menteri dari parti dia. Tetapi dalam Pas…reformis perlu disingkirkan. Kesalahan perlu disapu kebawah tikar supaya imej parti sentiasa bersih…macam Umno.

Hangpa tau ka…ada ADUN PAS yang hidup mewah..sampaikan Nik Aziz tidak mahu memijak kaki kerumahnya? Hangpa tau ka…ada pemimpin Pas beli rumah baru ..selepas 6 bulan menjawat jawatan dalam kerajaan negeri? Hangpa tau ka…ada isteri pemimpin Pas yang bawa permohonan balak terus kepada Nizar? Aku tau…tapi bukan itu yang aku nak cerita. Mungkin lain kali.

Dan kalau dilihat korupsi dalam Pas…ia juga ada kaitan dengan Umno. Mereka yang terlibat ini adalah mereka yang sering berhubung rapat dengan Umno.

Ada pemimpin Pas yang bila saja memegang jawatan dalam kerajaan negeri…perkara pertama ialah tukar kereta… macam Umno. Ada yang tukar bini macam tukar pampers…macam Umno.
Sekarang…PKR sedang berusaha untuk mengikis pemimpin yang berfahaman Umno ini. Satu persatu. Tapi Pas pulak nampaknya sedang memberi ruang kepada budaya Umno ini.

Dalam PRK Bukit Gantang yang lalu.. Ustaz Nasha dan Hj. Asmuni angkat tangan mengaku kalah, dua hari sebelum hari mengundi. Sebabnya mereka mempercayaai maklumat dari MIO…satu cabang Umno. Cuma orang-orang seperti Nizar dan reformis dalam Pas dan PKR yang terus berusaha untuk menang. Kalau dibiarkan kepada Ustaz Nasha..Pas dah lingkup diBukit Gantang.

Sejak dua hari lalu…aku mendapat update dari kumpulan pemikir Ustaz Nasha. Whoa…dalam muktamar Pas pun sekarang pakai MIO! Rating Ustaz Nasha semakin meningkat..dan Ustaz Nasha menggunakan khidmat MIO!

Umno membantu sedaya upaya supaya Ustaz Nasha menang dalam Muktamar ini. Aku bukan perwakilan dalam muktamar ini dan aku tak ada hak mengundi. Cuma boleh pot-pet diluar.

Kalau hangpa pilih Husam atau Mat Sabu…aku seronok sebab mereka dari kumpulan reformis yang membawa politik baru..tanpa membawa bebanan budaya dan pemikiran Umno. Kalau hangpa pilih Ustaz Nasha pun aku tak boleh nak kata apa…tapi aku juga seronok sebab Pas dan PKR sudah sama. Sama-sama ada pemimpin yang berbudaya Umno.

Hang kata aku…aku boleh kata hang.

Sumber : PERAKEXPRESS

MUKTAMAR PAS...TOLAK MEREKA YANG PRO UMNO.-malaysiakini

Oleh: Matsamankati

Muktamar Pas makin panas. Tahun ni tak macam tahun-tahun yang lalu. Sebelum ni aku tak pernah ambil pot pasai Muktamar Pas..tapi tahun ni lain sikit.
Aku kata lain sebab Pas berada dalam keadaan paling kuat. Dua negeri dikuasai oleh Pas..Nasib tak baik Perak dirampas oleh UBN…kalau tidak …ada tiga Menteri Besar dari Pas.

Dan muktamar kali ini juga diwakili oleh begitu banyak golongan. Ulama, professional, puak muqabalah, puak erdogan…tak tau pasai apa tiba-tiba begitu banyak mazhab dalam Pas.

Apakah puak professional tak boleh jadi ulama? Apakah ulama tidak professional? Apa yang membezakan ulama dan professional? Apakah mereka yang belajar di Timur tengah itu dikatakan ulama, dan layak memimpin Pas…manakala yang belajar di universiti tempatan itu hanya layak digelar professional dan tak layak memimpin Pas.

Fuh!! aku ingatkan …Pas for all..rupanya macam Animal Farm juga. “All animals are equal but pigs are more equal than others.”

Bagi aku…gelaran-gelaran dan puak-puak yang digembar-gemburkan dalam Pas ini hanyalah usaha untuk menjahanamkan Pas.Dan bagi aku…dalam Pas cuma ada dua golongan…pro-Umno dan pro-Pakatan.

Pro-Umno lebih selesa bekerjasama dengan Umno..sebab depa merasakan lebih baik bekerjasama dengan Umno atas dasar Melayu/Islam. Bagi depa..DAP lebih bahaya dari Umno. PKR juga lebih teruk dari Umno.

Manakala pro-pakatan lebih professional politik mereka. Mereka berpegang kepada janji.
Politik Pas turun naik macam wau. Bila ditiup angin…dia naik. bila tak ada angin..dia jatuh. Dan angin ini bergantung kepada Umno. Bila Umno jatuh…Pas naik. Bila Umno naik..Pas jatuh.
Tahun 90…Umno jatuh disebabkan perbalahan Tengku Razaleigh dengan Mahathir. Pas naik sampai dapat menawan Kelantan. Tahun 99, Pas dapat menambah satu lagi negeri…Terengganu…bila Anwar bergaduh dengan Mahathir.

Tahun 2004, Umno naik…dan Pas jatuh sampai hilang Terengganu. Kelantan tinggal nyawa-nyawa ikan.

Tahun 2008, Pas naik balik bila Mahathir bergaduh dengan Pak Lah. Pas dapat menawan Kedah dan menambah kerusi dengan banyak dinegeri-negeri lain.

Tetapi setiap kali Pas naik…yang bagi jatuh bukan sahaja Umno…tapi orang dalam Pas sendiri.

Tahun 99, Pas naik bila Anwar bergaduh dengan Mahathir. Tapi bila menang…Pas ingat orang sokong perjuangan dia. Dan ramai pemimpin Pas jadi besar kepala..terutama diTerengganu.

Barisan Alternatif hanya tunggangan untuk mencari kemenangan…bila menang, BA diketepikan. Hj. Hadi…dengan bantuan penasihat-penasihat dari Terengganu…tidak memerlukan BA. Hasilnya…BA lingkup.

Tahun 2004…tak payah cakap. Dengan kekuatan Pak Lah dengan imej Mr. Clean…dan BA yang cacamarba…semua lingkup.

Selepas 2004, Anwar dibebaskan. Dari situ BA dipulihkan kembali. DAP yang meninggalkan BA juga kembali bersama walaupun tidak kembali kedalam BA. Tetapi Anwar berjaya menyatupadukan Pas, PKR dan DAP.

Tahun 2008…BA dan DAP berjaya memenangi 5 negeri dan terlahirlah Pakatan Rakyat. Pas mendapat dua negeri dan tiga Menteri Besar.

Tapi ada pemimpin Pas yang lupa diri. Bila menang…mereka kembali keperangai asal…melupakan kawan yang menaikkan mereka. Mereka lebih suka kepada musuh yang ditentang semasa pilihanraya…daripada rakan yang membantu mereka mencapai kejayaan. Mereka sanggup menikam kawan dan berpeluk dengan musuh. Dan ironisnya…mereka-mereka inilah yang dikategorikan sebagai golongan ulama.

Sebaik saja keputusan pilihanraya 2008 diumumkan…Hasan Ali berlari menemui Khir Toyo untuk menubuhkan kerajaan diSelangor. Masa aku mula-mula menulis perkara ini dulu…teruk aku kena maki hamun. Akhirnya kebenaran terserlah juga bila Pak Lah sendiri mengakuinya.

Tak habis disitu…ada pula usaha untuk bermuzakarah dengan Umno. Bila aku tulis tentang pertemuan di London diantara pemimpin Pas yang diketuai oleh Ustaz Nasharudin dengan pemimpin Umno…dengan bersaksikan wakil dari Ikhwanul Muslimin..lagi sekali aku kena maki.

Mahfuz dan Ustaz Nasha juga mengeluarkan amaran akan menyaman mereka yang menyebarkan cerita. Masa tu ada tiga orang yang bercakap tentang pertemuan ini…Penarik Beca..Raja Petra dan Matsamankati.

Tapi sampai hari ini tak ada sapa yang kena saman…sebab akhirnya rahsia tersebut pecah juga… dan apa yang kami cakapkan adalah benar.

Bukan setakat cerita itu benar..malah segala kertas cadangan untuk kerjasama tersebut telah dipersetujui! Tetapi apabila rahsia tersebut terbongkar…segala perancangan tersebut tidak berjaya.

Kemudian…mungkin kita masih ingat 16 September. Mengapa gagal? Siapa yang menggagalkannya?

16 September gagal kerana Hj. Hadi enggan bersetuju..kerana jumlah Ahli Parlimen Melayu/Islam dalam Pakatan Rakyat lebih rendah berbanding Bukan Melayu/Islam.

Hj. Hadi lebih rela Umno memegang kuasa daripada membiarkan Anwar menjadi Perdana Menteri…dengan jumlah Ahli Parlimen Melayu yang lebih sikit dari bukan Melayu.

Walaupun Anwar sudah meyakinkan Hj. Hadi …bahawa lebih ramai Ahli Parlimen Umno akan menyertai Pakatan Rakyat bila tiba masanya..tapi Hj. Hadi enggan menerimanya.

Aku bukan nak menyalahkan semuanya kepada Hj. Hadi…kerana Hj. Hadi menerima nasihat dari penasihat-penasihatnya. Dan lebih malang…bila penasihat Hj. Hadi seperti Mustafa Ali dan Ustaz Nasha merupakan penyokong Umno…bukan penyokong Pakatan Rakyat.

Kalau dulu aku cerita benda ni…lagi teruk aku kena maki. Tapi bila orang Pas sendiri bukak cerita dan ia bukan menjadi rahsia lagi..baru aku cerita. Bukan pasai aku cuba menyembunyikan kebenaran…tapi biarlah orang Pas sendiri yang sedar. Tak la teruk aku kena maki lagi.

Mengapa Ustaz Nasha beria-ia benar nak berpeluk dengan Umno dan meninggalkan rakan-rakan yang menjulang Pas sehingga ketahap sekarang? Mengapa semasa kempen…Umno tu teruk sangat dan bila menang…DAP dan PKR pulak yang teruk? Mengapa pengundi-pengundi ditipu?

Dan orang-orang yang mahu berpeluk dengan Umno ini…sekarang dikategorikan sebagai Ulama…manakala yang taat kepada janji-janji pilihanraya..tidak layak dipanggil Ulama…tetapi sekadar Professional! Dan orang professional tidak layak memimpin Pas!

Apakah kerja Ulama itu memperkudakan rakan-rakan untuk naik…dan memperdayakan pengundi untuk menang pilihanraya? Dan bila menang…kuda-kuda tunggangan patut ditembak mati dan pengundi-pengundi yang menyokong dulu diketepikan?

Muktamar Pas kali ini akan menjadi ‘turning point’ sama ada Pas akan naik lagi dalam pilihanraya akan datang…atau jatuh sekali lagi.

Dan sekiranya ahli-ahli Pas memilih mereka yang mahu berpeluk dengan Umno..Pakatan Rakyat akan jatuh lagi macam BA tahun 2004. Pas bukan sahaja akan dilihat gagal mengurus kemenangan…malah akan dilihat sebagai tidak tahu menunaikan janji.

Selasa, 2 Jun 2009

KOMEN MENGENAI 3 CALON TIMBALAN PRESIDEN PAS OLEH TEMPURUNGLUTUT - malaysiakini


Gua dah banyak rilek. Kembali ke medan tempur. Hehehe.Kali ni gua nak ulas terus pada isu pemilihan Timb Pres PAS. Dah dekat dah ni, tak sampai seminggu je lg. Gua pun tak tau apa yg ada dalam tempurung lutut perwakilan kali ni. Sebab gua tak sempat lagi nak round 1malaysia, check fikrah diorg sume.Apapun, kali ni gua direct je la beb. Malas nak kias2 dah.Camni, skang ni nasib dan masa depan PAS kini tletak di tangan perwakilan. Samada PAS boleh gi jauh atau ke lembah kejatuhan, sumenya bgantung kpd kebijaksanaan pwakilan.PAS skang ni HANYA selangkah jek lagi dari putrajaya. (meh aku ulang 51 kali, HANYA SELANGKAH BEB!!!).

Usia PAS dlm Pakatan Rakyat baru jek setahun, dan skang ni dlm peringkat penyesuaian laa..Camni la gua bagi contoh sket..Kalo korg kawin pun, malam pertama tu mesti korg mcm malu2 sket, nak pegang tangan pun seram sejuk lagi. Masih kekok2 lagi.Masa tu korg mesti mcm still dlm proses nak memahami hati budi masing2, nak menyesuaikan diri dgn kehidupan baru bersama. Kalo dulu yg laki tu main campak je kain baju atas lantai, skang ni takleh dah la. Kena gantung baik2, pastu letak dlm almari.Yg pompuan plak, kalo dulu malas basuh pinggan mangkuk, malas masak, skang ni dah kena bukak buku panduan memasak, nak kena masak utk suami tsayang.So, dalam setahun melayari bahtera, mesti ada gaduh2 sket, pgeseran sket, utk mematangkan pkahwinan.

Biasa la tu...So skang ni, bila korg nak PAS teguh dlm PR, kena la pilih pemimpin yg hatinya, jiwanya, fikirannya, tindakannya menuju ke arah mperkukuhkan PR. Kalau korg tau calon tu hatinya, jiwanya, fikirannya, tindakannya sebaliknya, takkan la korg nak pilih dia. Kang tak pepasal plak dia buat kacau bilau dlm PR.Ok, kita ulas ttg calon2 Timb Pres satu persatu :

1) Nasa : Mamat ni pernah kantoi berjumpa UMNO secara sulit dalam gelap, pastu menipu ahli PAS. Bila Pak Lah kantoikan, baru la dia tergagap2 jawab kononnya apa yg dia buat ni mdapat restu Majlis Syura. Kepala otak dia, sbb TGNA sbg Ketua Majlis Syura tak tahu menahu hal ni. So, kalau korg nak penipu ni jadi Timb Pres, maknanya korg nak dia pecahkan keharmonian PR dan bawak PAS masuk UMNO. Direct je aku bagitau. Mamat ni pro-UMNO. Mamat ni prestasi sbg Timb Pres sebelum ni mmg out, underperformance, mandom, elitis. Sejak pindah ke rumah baru 1 juta kat bdr sri putra, nilai, mamat ni makin mandom.

2) Husam : Mamat ni dari segi prestasi gua mmg respek. Sbb dia mmg perform dlm pentadbiran Kelantan. Mamat ni byk perkenalkan polisi2 dan rancangan2 ekonomi, seterusnya dapat pkukuhkan sokongan rakyat kepada PAS di kelantan. Dari segi parti plak, mamat ni antara naib pres yg plg aktif turun padang selesaikan masalah2 & kerumitan, banyak pertahankan parti drp serangan media musuh, aktif dlm majlis pimpinan PR dan byk lg. Bab prestasi kerja, mamat ni mmg terkehadapan. Sbb tu la aku tak heran mamat ni kena serang teruk oleh media UMNO-BN, sebab UMNO-BN dah nampak hayat diorg akan jadi pendek kalo Husam digandingkan dengan hadi. Mamat ni pro-PR. Anak didik TGNA sejak 1990.

3) Mat Sabu : Mamat ni gua takde problem. Aktivis sejati, polis sume dah tensen tengok muka selamba dia kena tangkap. Mulut mamat ni mmg tajam, tapi lawak beb. Paling merakyat. Tapi gua nampak dia lebih strategik kalo diletakkan kat ketua penerangan, sebab dia sgt pakar dlm bab membalun UMNO-BN.

Tapi kalo husam kalah, gua lebih rela mamat ni naik Timb Pres berbanding Nasa penipu. Mamat ni pro-PR.Gua nak ingatkan perwakilan sume, kempen "kepimpinan ulama", "ulama vs profesional", "bahaya erdogan" tu sume benda2 nak alihkan perhatian korg sume drp menilai KPI, prestasi calon2 yg btanding. Karut marut. Sebab diorg tau, kalo pwakilan mnilai based on merit, prestasi, confirm Nasa akan kalah teruk.

Kesimpulannya :

1) Kalau korg menangkan Nasa, maknanya korg bersubahat ngan dia nak bawak PAS masuk UMNO-BN, pastu PR akan pecah, PAS akan bpecah, non-muslim akan tak pcaya kat PAS dah, Kelab Penyokong PAS akan terbubar.

2) Kalau korg menangkan Husam, maknanya korg bersubahat ngan dia nak kafankan UMNO-BN buat selama-lamanya, dan meletakkan PAS sebagai teraju utama umat Melayu-Islam, dan memimpin rakyat berbilang kaum menjelang PRU-13.

3) Kalau korg menangkan Mat Sabu, maknanya korg mengurangkan mudarat PAS berbanding korg pilih Nasa penipu.

INGAT, PAS HANYA SELANGKAH DARI PUTRAJAYA. JGN BSUBAHAT UTK GAGALKAN PAS DARIPADA MEMIMPIN MALAYSIA.

Sumber : http://tempurunglutut.blogspot.com/2009/05/kenapa-umno-bn-sangat-benci-husam.html

MARAH ANWAR?TIADA BEZA KITA & UMNO. -malaysiakini

Oleh: WFAUZDIN NS

Gelombang politik terbesar di dalam negara ini hanya berlaku sebaik sahaja berlaku peristiwa pemecatan DS Anwar Ibrahim dari kabinet dan parti Umno lebih kurang 11 tahun yang lalu. Sebelum peristiwa tersebut, gelombang politik juga pernah berlaku tatkala berlaku pertembungan merebut jawatan Presiden Umno di antara Tun Dr Mahathir dengan YBM Tengku Razaliegh yang mana mengakibatkan wujudnya Parti Melayu Semangat 46(S46).

Sebelum itu juga, Umno pernah diharamkan sebelum Tun Mahathir menubuhkan Umno Baru yang kekal hingga sekarang. Namun gelombang politik yang menyaksikan pertarungan di antara Umno/Bn dengan Parti S46 yang telah bergabung bersama PAS dan DAP tidak sehebat gelombang yang dibawa oleh DS Anwar Ibrahim selepas tahun 1997.

Saya yakin sesiapa yang membaca kembali sejarah pada awal era reformasi sehinggalah kini, suka atau tidak terpaksa mengakui bahawa pengaruh DS Anwar sememangnya banyak mempengaruhi sokongan rakyat terhadap parti-parti pembangkang yang ketika itu begitu mudah diratah oleh Umno/Bn, kecuali kekuatan kental PAS di Kelantan. Natijah daripada fitnah yang telah dilakukan oleh mereka yang cemburu serta dengki dengan pengaruh DS Anwar sehingga menyebabkan beliau dipecat dari kabinet dan parti, pembangkang terus mendapat tempat dihati rakyat. Rakyat sudah tidak lagi meyakini Umno malahan mereka seolah-olah tidak percaya tergamaknya Umno mengkhianati tokoh Melayu yang Pro Islam ini. Tetapi bak kata orang, benih yang baik dicampak ke mana sekali pun tetap akan boleh hidup subur. Secara jujurnya, parti PAS dilihat lebih banyak memakan hasil daripada peristiwa yang berlaku dan saya percaya ini adalah `kifarah' buat DS Anwar yang mungkin ketika di dalam Umno melakukan beberapa kesilapan di dalam pendekatannya.

Kini, setelah pembangkang mulai mendominasi beberapa buah negeri selepas pilihanraya Ke 12 yang lalu sehingga menyebabkan kerajaan Bn gagal memperolehi majoriti 2/3 di dalam Parlimen, sudah terdapat suara-suara sumbang terutamanya di dalam PAS yang seolah-olah menidakkan sumbangan, ketokohan dan jasa DS Anwar. Perkara sebegini tidak pernah timbul sewaktu PAS di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Almarhum adalah seorang yang jujur, tidak pendendam serta bijak berpolitik. Budi Almarhum terhadap DS Anwar sudah tentu tidak terbalas. Pulangnya Almarhum Ustaz Fadzil ke Rahmatullah memaksa DS Anwar menitiskan air mata. Semua ini adalah kisah masa lampau yang amat manis dikenang betapa pemimpin bersatu hati dan sedia bermaafan. Kini, masa berubah apabila melihat kepada kekuatan yang ada pada diri masing-masing.

Pemilihan pucuk pimpinan PAS akan bermula beberapa minggu sahaja lagi. Sebagai sebuah parti yang telah kuat sudah tentu pendekatan di dalam berkempen berbeza samasekali. Saya mengucapkan syabas kepada PAS kerana sehingga kini masih tetap dengan pendirian tegas berkenaan dasar Islam mereka. Tetapi, saya kurang selesa apabila terdapat beberapa pemimpin yang sering mengaitkan pemimpin yang lain di dalam PAS sebagai `orang DS Anwar'. Apakah dosa DS Anwar sehingga beliau diheret bersama di dalam kancah perebutan kuasa di dalam PAS? Salahkah sekiranya mana-mana pemimpin PAS berbaik serta menyokong perjuangan DS Anwar selama ini? Apakah dengan menyokong perjuangan DS Anwar bermakna mereka meninggalkan prinsip mereka yang termaktub di dalam PAS ?

Semua persoalan ini tidak mampu saya huraikan melainkan pemimpin-pemimpin PAS itu sendiri. Meskipun saya seorang penyokong DS Anwar tetapi saya juga tetap menyokong serta menghormati pemimpin PAS. Memang benar, mungkin terlalu simpati saya terhadap DS Anwar menyebabkan saya ingin menyuarakan perkara ini kerana bagi saya tidak adil DS Anwar dijadikan bahan tohmahan untuk melemahkan lawan politik sesama mereka. Saya hairan mengapa wujud gelaran pemimpin ini `orang Anwar' dan pemimpin itu `orang Tuan Guru'. Setahu saya di dalam PAS pemimpin mereka adalah Presiden mereka dan Tuan Guru Nik Aziz adalah Muryidul Am mereka , tiada yang lain dari itu. Umum mengetahui bahawa Presiden PAS dan Tuan Guru Nik Aziz sendiri tidak pernah ingin berjauhan dari perjuangan DS Anwar malahan ingin dirapatkan lagi.

Harus diingat bahawa musuh sentiasa berada di sekeliling kita dan jika kita tersilap langkah, musuh akan mengambil kesempatan. Bukan tujuan tulisan ini untuk membela DS Anwar yang bukan seorang yang maksum dan bukan juga seorang Ulamak. Saya sedikit terubat apabila mendengar segala kata-kata Tuan Guru Nik Aziz berkaitan hubungan yang perlu dijaga sesama kita di dalam PR. Jangan dimusnahkan apa yang telah dibina landasannya oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Kesihan juga kepada DS Anwar yang tidak mampu mempertahankan dirinya apabila dikaitkan di dalam mainan politik oleh rakan-rakan seperjuangannya sendiri. Mungkin DS Anwar hanya mampu berkata di dalam hatinya," Kalau lah Almarhum Ustaz Fadzil masih hidup......"


Isnin, 1 Jun 2009

KENAPA MSO (Mohd Sayuti Omar) MARAH DATO HUSAM? - malaysiakini

from Malaysia Waves by Tulang Besi

Barulah saya tahu kenapa MSO marah sangat dengan Husam Musa. Pada satu masa dahulu, Kerajaan Negeri Kelantan telah melancarkan projek penternakan kambing di Kelantan.

Maka datanglah MSO bersama seorang Dato' bernama Dato' A untuk membuat tawaran "supply" kambing kepada kerajaan Kelantan.Pada awalnya, tawaran MSO+Dato' A ini, bagi baka Jama Lapari yang Betina dan Bunting adalah RM600 seekor.

Tetapi, apabila mereka membuat tuntutan pembayaran, MSO dan gengnya telah memberikan tuntutan sebanyak RM1600 seekor.Oleh kerana ini adalah projek kerjasama antara portfolio Husam dan Exco Pertanian, Dr Nik Mazian, maka Husam telah memberitahu kes ini kepada Dr. Nik Mazian.

Lantas dicadangkan oleh Husam, serta dipersetujui oleh Dr Nik, bahawa perlu dicari sebut harga dari sumber lain.Apabila dicari sebut harga dari sumber lain, yang paling mahal dari berbagai sebut harga adalah RM900 seekor.

Maka, Kerajaan Negeri Kelantan TIDAK JADI mengambil kambing dari MSO+Dato' A. Dato' A ini pula kemudiannya didapati ada kena mengena dengan Khir Toyo, yakni seorang yang rapat dengan UMNO Selangor.

Dan Khir Toyo adalah arkitek kepada cadangan Kerajaan Perpaduan Melayu UMNO-PAS di Selangor selepas PRU-12 baru2 ini.Dato' A ini pula selepas ini telah menyaman Akademi Keluarga kerana penolakan Kerajaan Kelantan untuk membeli kambing dari beliau tapi saman Dato' A ini telah ditolak mahkamah.

Dengan kata lain, MSO marah kepada Husam Musa bukan kerana dasar perjuangan atau PAS. MSO marah kerana projek kambing beliau telah digagalkan oleh Husam Musa kerana Husam Musa lebih rela jatuh dari membazir wang rakyat sebegini rupa.

Ini juga menunjukkan bahawa MSO telah lama berkerjasama dengan orang2 UMNO bagi tujuan ekonomi dan tidak menjadi satu perkara yang menghairankan apabila MSO menyokong usaha membawa PAS kepada UMNO.

Mereka, di dalam PAS, yang pro kepada muqabalah dan membawa PAS kepada UMNO ini sebahagian besar mempunyai sejarah bekerja sama dengan korporat2 UMNO dan sehingga sekarang masih lagi mengharap projek dan kontrak dari UMNO.

Ertinya, tujuan membawa PAS kepada UMNO ini tiada kena mengena dengan DAP, dengan Anwar Ibrahim yang liberal, dengan PAS yang tidak bersuara dalam PR.Tujuannnya adalah untuk mengkayakan sebahagian dari pimpinan2 ini yang dijanjikan projek dan kontrak dari UMNO.

Zahid Hamidi memang sedang galak memberi "rasuah politik" sebegini atas nama Islam dan melindungi Melayu dan Islam dari serangan bangsa asing.Tidak hairan, sehingga sekarang pun, pimpinan2 ini masih lagi berjumpa dan berkonspirasi dengan Zahid Hamidi.

Bagi saya, Zahid Hamidi ni seorang yang tiada prinsip dan penipu besar dan seorang yang penakut. Nak debat dengan Husam pun takut. Hantar katak sebagai ganti beliau.

Tulang Besi
Related Posts with Thumbnails