Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Rabu, 2 Disember 2009

Anwar Pemikir Ke 32 Terbaik Dunia


Anwar Ibrahim telah tersenarai sebagai orang yang ke 32 Pemikir Terbaik Dunia. Majalah Foreign Policy yang berpusat di Washington DC telah menyenaraikan 100 individu yang telah menyumbangkan buah fikiran terbaik mereka untuk kemakmuran masyarakat dunia.

Ben Bernanke tercatat sebagai orang pertama. Dick Cheney tercatat pemikir yang ke 13. Manakala Paul Kennedy, seorang sejarawan di Universiti Yale adalah pemikir yang ke 100.

Setelah disemak keseluruhan 100 nama pemikir terbaik dunia, saya tidak terjumpa nama Najib Razak, Mahathir apa tah lagi Abdullah Badawi.

Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tahniah juga kepada Pakatan Rakyat kerana mempunyai pemimpin yang ideanya diakui memberi manfaat kepada masyarakat sejagat.

Apalah nak jadi dengan Datuk Seri Najib ni. Satu apa pengiktirafan yang positif pun dia tidak dapat.

Sumber KERAJAAN RAKYAT

Laporan Polis kepada pemuda BN oleh pemuda PR P.Pinang


Selepas sidang media di hadapan Dewan Undangan Negeri P.Pinang, AMK P.Pinang bersama Pemuda PAS dan Pemuda DAP terus ke balai polis Beach Street membuat laporan polis. Laporan polis dibuat oleh Azrizal Tahir bagi pihak AMK P.Pinang, manakala bagi pihak DAPSY dibuat oleh YB Eng Wei Aik dan DPP P.Pinang oleh Ustaz Yusni.

Laporan polis :

Saya Ahmad Azrizal bin Tahir Naib Ketua Angkatan Muda 1, Parti KeADILan Rakyat Pulau Pinang. Ingin membuat laporan polis bersangkutan dengan perhimpunan haram yang dilakukan oleh Pemuda Barisan Nasional yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Norman Zahalan.

1. Perhimpunan haram tersebut menghina persidangan DUN yang sedang berlangsung. Pintu pagar DUN telah digoncang untuk menimbulkan suasana tegang dan ketakutan kepada ADUN-ADUN dan Pegawai yang hadir dalam sidang DUN. Peserta perhimpunan haram juga mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman dan banner serta kain rentang berunsur provokasi merujuk kepada siaran media tv3 jam 8.00pm 30 hb Nov 2009

2. Liputan media yang dibuat oleh TV 3 juga memaklumkan peserta perhimpunan haram telah melakukan tuduhan terbuka terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang bahawa kerajaan negeri membohongi penduduk Pulau Pinang . Ini merupakan tuduhan yang amat serius dan wajar disiasat mengikut lunas undang-undang.

3. Saya juga mahu pihak polis mengambil tindakan tegas dan professional serta tidak ‘double standard’ kepada penganjur perhimpunan tersebut kerana ia jelas mengugat ketenteraman awam dan menimbulkan ketakutan kepada masyarakat Pulau Pinang. Liputan media yang luas telah menyebabkan pandangan serong masyarakat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Laporan ini dibuat agar pihak polis mengambil tindakan tegas kepada penganjur perhimpunan haram tersebut. Saya juga menegaskan di sini yang pihak polis harus membuka segera fail siasatan terhadap tuduhan pembohongan yang kononnya dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan mengambil tindakan sekiranya tuduhan tersebut hanya fitnah yang dibuat untuk mengugat imej kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sekian Laporan Saya.
Ahmad Azrizal Bin Tahir

KENYATAAN MEDIA AMK P.PINANG 1 Disember 2009


KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN P.PINANG
1 DISEMBER 2009


Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang memandang serius sekumpulan kira-kira 100 penyokong Pemuda BN berkumpul di hadapan bangunan DUN Pulau Pinang dan tindakan biadap membakar foto Lim Guan Eng, Ketua Menteri P.Pinang yang disasarkan untuk merendah-rendahkan kewibawaan kerajaan negeri di bawah pimpinannya. Tindakan mereka yang keterlaluan ini juga telah dianggap menghina Dewan Undangan Negeri yang sedang bersidang.

Perbuatan tersebut walaupun berlandaskan kebebasan bersuara, namun isu yang dibangkitkan begitu kolot & lupa sejarah. Norman selaku ketua Pemuda UMNO P.Pinang dan yang mengetuai Pemuda BN Pulau Pinang pada perhimpunan haram tersebut, sepatutnya membuka mata seluas-luasnya sebelum berdemonstrasi terutamanya mengenai isu yang dibangkitkan seperti isu bayaran pampasan kepada penduduk yang mana tanah tersebut akan dibangunkan.

Sebelum menuding jari kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat pada hari ini, AMK Pulau Pinang menyeru agar Norman menjawab terlebih dahulu bagaimana penduduk Kampung Sungai Batu di halau keluar seminggu sebelum sambutan aidilfitri 2006. Ketua AMK P.Pinang waktu itu Amizudin Ahmat berjuang bersama penduduk mempertahankan nasib mereka. Di mana UMNO & Norman ketika itu termasuk pecacai-pecacai yang hadir menyertai perhimpunan haram kelmarin hanya menjadi pengikut tanpa melihat fakta sejarah itu sendiri.

Adakah pelan pembangunan tanah-tanah penduduk ini berlaku ketika pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang? Ianya sudah pastinya berlaku ketika zaman pemerintahan BN termasuk isu di Tanjong Tokong. Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang telah berusaha membantu penduduk Kg Buah Pala mengikut lunas undang-undang menerusi cara berunding dengan pihak pemaju hingga berjaya membela nasib penduduk di situ dengan mendapatkan bayaran pampasan yang tertinggi kepada mereka, jika dibandingkan dengan pampasan yang diperoleh oleh kerajaan negeri BN yang lalu kepada penduduk Sg Batu yang hanya sebanyak RM40 ribu sahaja.

Sekiranya Norman mahu menjadi jaguh kampong mengenai isu ini, beliau perlu menjawab isu ini di Kampung Sungai Batu terlebih dahulu. Di mana Pemuda UMNO untuk membantu penduduk menerima pampasan yang setimpal daripada pemaju? dan di mana YB Syed Ameruddin selaku Exco Perumahan Negeri merangkap Adun Bayan Lepas pada waktu itu? Pemuda UMNO tidak lebih hanya berlagak umpama ayam sabung tetapi tak ubah bagaikan ayam piru yang riuh berbunyi.

AMK P.Pinang juga kesal dengan tindakan lewat pihak polis untuk meleraikan perhimpunan haram tersebut yang jelas menunjukkan layanan 'double standard' mereka ketika berhadapan dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Dalam masa yang sama juga, AMK P.Pinang amat kesal dengan laporan berat sebelah Buletin Utama TV3 bertarikh 30 November 2009 yang melaporkan kononnya demontrasi tersebut dianjurkan oleh penduduk Kampong Buah Pala. Untuk membuktikan perhimpunan haram ini didalangi oleh pemuda BN, jelas dapat dilihat melalui beberapa kain rentang dan poster-poster yang telah disiapkan awal.

AMIR BIN HJ GHAZALI
KETUA AMK P. PINANG


Note : Kenyataan media tersebut turut dihadiri Ketua DPP P.Pinang Ust Yusni & Ketua DAPSY.Semua kepimpinan AMK P.Pinang turut hadir dalam sidang media tersebut (kecuali Saudara Setiausaha AMKPP yang hadir dalam taklimat di USM)

HIMPUNAN SAMM DI BUKIT AMAN 3 DISEMBER 2009

Atas semangat dan kesedaran anak muda Malaysia maka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menghantar laporan 'rasmi' ke Jabatan Siasatan Jenayah Kormersial PDRM berkenaan dengan isu

* Sogokan oleh proksi Najib Razak kepada Balasubramanian untuk melindungi kebenaran dalam kes ALTANTUYA
* Rasuah dan salahguna kuasa Setiausaha Perdana Menteri
* kegiatan mensabotaj ekonomi negara dengan menyeludup wang (jumlah amat besar) oleh Menteri Besar Negeri Sembilan

Untuk itu satu taklimat penerangan media akan diadakan pada 3 Disember 2009, 9.00 pagi, di hadapan pintu utama, I/pejabat PDRM, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Untuk menyatakan sokongan semua anak muda dijemput hadir.

sebarang pertanyaan sila hubungi azizi 0123696474

Kenyataan AMK 1 Disember

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan
1 Disember 2009



AMK mendesak kerajaan membuka kurikulum BTN untuk dikaji semula

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berpendapat bahawa pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Aziz berkenaan dengan keputusan kabinet minggu lalu untuk merombak kurikulum BTN adalah akibat daripada desakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Secara langsung, Mohamed Nazri juga mengakui bahawa kursus Biro Tata Negara (BTN) hanya tumpu kepada satu kaum sahaja dan bercanggah dengan konsep “Satu Malaysia” yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Najib.

Yang mengecewakan adalah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang masih terperangkap dengan “syndrome of denial”. Beliau hanya menolak semata-mata segala kritikan terhadap BTN khasnya yang dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Tindakan tersebut seolah-olah melindungi BTN dan bersetuju untuk terus menjalankan kursus yang berunsur doktrinasi propaganda UMNO serta elemen perkauman yang sempit.

Sebenarnya, masalah BTN hanya merupakan tip of iceberg daripada sistem perkauman atau lebih dikenali sebagai institutional racism yang diwujudkan oleh Barisan Nasional sejak dulu. Masih terdapat diskriminasi di antara kaum yang telah lama wujud akibat daripada layanan yang tidak adil di kalangan rakyat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kursus BTN merupakan salah satu puncanya yang memperkukuhkan persepsi negatif tersebut.

AMK amat kesal dengan pemimpin Barisan Nasional yang masih mempertahankan masalah BTN. Mereka sepatutnya insaf terhadap kesan-kesan buruk yang telah dihasil oleh BTN. Banyak kesan buruk tersebut telah diutarakan oleh bekas-bekas peserta BTN di dalam media internet seperti Malaysiakini, Malaysia Insider dan sebagainya. Mereka sepatutnya mendengar kepada pandangan orang ramai dan bukannya menuding jari kepada Pakatan Rakyat atau Lim Kit Siang.

AMK menyeru Jabatan Perdanan Menteri untuk membukan kurikulum BTN untuk dikaji semula oleh orang awam. Sekiranya Kerajaan Barisan Nasional tidak menyembunyi kurikulum BTN dan tidak takut dibuka kepada orang ramai, mengapakah sampai hari ini orang awam masih tidak pernah lihat atau baca sebarang buku teks, nota atau modul BTN?

Oleh itu, AMK percaya bahawa hanya melalui perbincangan di kalangan orang awam, satu kurikulum yang bertepatan dengan prinsip demokrasi, kebebasan, hak asasi serta kepelbagaian kaum boleh dihasil. Jikalau BTN hanya semata-mata berasaskan konsep “Satu Malaysia”, maka isi kandungannya masih serba kurang dan tidak berupaya mempertingkatkan kesedaran sivik di kalangan orang awam.

Lee Khai Loon
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
012-2258607

Isnin, 30 November 2009

Ayuh Ke Dewan Masyarakat Penyayang

Krisis Perak: Pengajaran Menuju Sistem Dua Party di Malaysia
Perak Crisis: The lessons for Two-Party System in Malaysia

Penceramah: YB Dato' Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak)
Tarikh: 4hb Disember, 2009 Jumaat
Masa: 8.30mlm
Tempat: Kompleks Penyayang,Jalan Utama, Pulau Pinang

Percuma! Semua Dijemput.
Bahasa Malaysia dan English

dianjur oleh:
Biro Komunikasi, Parti KeADILan Pulau Pinang
Related Posts with Thumbnails