Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Sabtu, 7 Februari 2009

PERHIMPUNAN BESAR RAKYAT PERAK - malaysiakini






" Himpunan Kembalikan Hak Rakyat "

Penceramah Utama :

  1. YAB Dato' Seri Ir. Haji Mohamad Nizar Bin Jamaludin
  2. YB Lim Kit Siang
  3. YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Bin Awang
  4. YB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim
Tarikh : 8hb Februari 2009 (Ahad) Jam : 9 Malam.

Tempat : Di Perkarangan Rumah Rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh.

Datang Lah Beramai-ramai Untuk Merakyatkan Malam Perhimpunan...

Jumaat, 6 Februari 2009

PAKATAN AKAN SAMAN KERAJAAN BN PERAK - malaysiakini

6 Februari 2009

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Kami akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini. Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato' Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

Pada ketika ini pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini. Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional. Kami menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib. Kami merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru hara.

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang / Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa
Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

WARKAH MB PERAK UNTUK SULTAN - malaysiakini

5 Februari 2009

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan

Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum

Ampun Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampun Tuanku,

MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa ADUN bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi ADUN. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga ADUN berkenaan bukannya ADUN untuk kawasan-kawasan tersebut di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan Mahkamah dalam kes tersebut.

Ampun Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampun Tuanku,

Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta Patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampun Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin
Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya;
Bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

PESANAN MB UNTUK STAF SUK - malaysiakini

SAYA ingin sampaikan salam kepada semua kakitangan kerajaan negeri yang selama ini telah memberikan khidmat cemerlang sepanjang saya menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Saya ingin berpesan kepada kalian agar meneruskan kerja-kerja baik yang telah dilaksanakan sepanjang 11 bulan yang lalu. Insya-Allah, kita akan bertemu lagi dengan kejayaan yang lebih besar kerana saya yakin pertolongan daripada Allah makin hampir.

Saya bersyukur semasa hadir ke SUK hari ini dan selepas mendengar arahan Setiausaha kerajaan negeri Perak, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim, saya amat terkejut dengan sikap beliau itu.

Ia merupakan pertama kali beliau bersikap begitu sepanjang saya menjadi Menteri Besar dan saya yakin Dr Abdul Rahman akan menjadi penyebab kejatuhan kerajaan BN selepas ini.

Ir Mohd Nizar Jamaluddin
Menteri Besar Perak.

MB PERAK DI HERDIK KELUAR DARI PEJABAT - malaysiakini

IPOH, 6 Jan :- Pada sekitar jam 9.40 pagi tadi YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dihalau keluar dari pejabatnya oleh seorang pegawai atasan yang sedang mengusai pejabat Kerajaan Negeri di sini.

Dengan suara yang kuat, "Keluar" beberapa kali Ir. Nizar di perlakukan dengan cara yang tidak sopan sekali.Kejadian itu berlaku apabila YAB Menteri Besar yang masih sah itu pergi ke Pejabatnya seperti biasa pagi ini.

Beliau bersama dengan pembantu dan diiringi oleh unit amal .Keadaan ini mengambarkan betapa seorang yang selama ini cukup bermasalah kepada Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat menunjukkan taringnya.

Kelmarin beliaulah yang mengarahkan supaya semua bilik Exco dikosongkan dan kenderaan rasmi dikembalikan dengan secepat mungkin.Inilah gambaran kudeta yang semakin bercelaru sehingga sesuatu yang tidak berperi kemanusia dilakukan kepada pemimpin-pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat Perak selama 10 bulan yang lepas.




[Anjing pun masih kenal tuan lama,tapi jenis manusia apa yang halau MB nih?lagi teruk dari anjing...anda fikir2kan]

SAHKAH IKUT UNDANG2 TUBUH NEGERI PERAK ARAH MB LETAK JAWATAN? - malaysiakini

Tanggal 5 Februari 2009 memalitkan satu tinta sejarah yang perlu dipahat oleh semua rakyat Perak khususnya. Kerajaan PR yang diterajui oleh Dato Seri Ir Nizar untuk kesekian kalinya diuji. Kali ini mehnah dan tribulasinya maha hebat.Kuasa pemerintahan PR yang berusia 11 bulan dirampas secara tidak bertamadun oleh pembangkang (BN) setelah usul pembubaran DUN Perak tidak diperkenan oleh ke bawah duli Sultan Perak.(gambar ehsan Al-Banjari Online)

BN sekonyong-konyongnya telah mengumumkan bahawa mereka memperolehi sokongan majoriti apabila 3 ADUN PR yang telah mengisytiharkan diri sebagai ADUN BEBAS melompat dan menyatakan sokongan kepada BN.Ini telah mencetuskan suasana huru-hara dan kecelaruan di kalangan rakyat yang memang telah memberi mandat kepada kerajaan PR pada PRU-12 yang lalu.MB Dato Seri Ir Nizar dan semua ahli Exco kerajaan Negeri Perak yang sah telah dipaksa untuk meletakkan jawatan oleh pihak Istana Perak dengan kadar segera atau sekiranya mereka gagal berbuat demikian jawatan tersebut akan dikosongkan.

Persoalan yang timbul dalam kotak pemikiran setiap rakyat yang cintakan kebenaran mengapa pihak Istana tidak menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat. Biar rakyat yang memutuskan siapa yang berhak menjadi kerajaan yang wibawa.Lantas Dato Seri Ir Nizar dan semua 27 ADUN yang masih berada dalam PR telah sebulat suara bersumpah untuk mempertahankan jawatan masing-masing dan seterusnya mengambil ketetapan memboikot majlis angkat sumpah MB Perak yang baru . Majlis yang dijadual berlangsung di Istana Iskandariah Kuala Kangsar itu antara lain menyebut bahawa upacara itu pada awalnya akan berlangsung jam 9.30 pagi tetapi telah ditangguhkan ke jam 3 petang ini (Jumaat).

Sehingga jam 11.45 malam tadi selesai pimpinan PR menyampaikan amanat kelihatan ribuan penyokong PR masih berkampung di Kediaman rasmi MB Perak walaupun ada usaha-usaha untuk menyekat kemaraan mereka dengan cara yang paling tidak bertamadun iaitu memotong bekalan elektrik !

[Sila rujuk undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak sebelum mendakwa pemimpin Pakatan menderhaka,apakah menghalalkan cara dengan sengaja oleh UMNO/BN serta media terutamanya seolah2 tiada etika yang tidak menceritakan kebenaran perlembagaan undang-undang negeri yang terang-terang tidak di ikuti.Ini bukan tubuh kerajaan,tetapi rampasan kuasa.Tapi apa nak buat,akan ada sekonyong-konyong cybertrooper BN yang akan menggunakan isu ini kononnya pembelaan kepada orang melayu...Apakah melayu terbela sepanjang 50 tahun mereka memerintah?jawapan hanya pada anda semua.Dinasti Umaiyyah pun boleh tumbang,ini fakta sejarah!!!]

Alahai

Khamis, 5 Februari 2009

CONFIRM PILIHANRAYA SEMULA DI PERAK? - Malaysiakini

Jam 3 petang akan ada pengumuman penting oleh Pimpinan Pakatan Rakyat di kediaman MB jam 3 nanti....Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersama Datuk Seri Ir. Nizar.Di maklumkan sebentar tadi Datuk Seri Anwar dalam perjalanan ke rumah MB Perak sekarang...apakah berita penting itu?....ALLAH Huakhbar 3x

TERKINI,DI PERAK - malaysiakini

Terkini daripada ipoh,akan ada sidang media yang akan di buat oleh MB Perak Ir. Nizar di Pejabat Menteri Besar bila-bila masa dari sekarang.Doakan berita gembira buat seluruh rakyat perak khasnya serta umumnya rakyat malaysia...amin.......

MB PERAK MENYEMBAH TUANKU SULTAN - malaysiakini


Salam sejahtera,

MB Perak Datuk Seri Ir Nizar di titah oleh DYMM Tuanku Sultan untuk masuk mengadap sembah ke istana Perak Sekarang.Doa2kan moga2 keputusan rakyat kembali mewarnai di perak.Amin......

Selasa, 3 Februari 2009

Kisah 2 ADUN PKR Perak- JANGAN CEPAT MELATAH!! ~ malaysiakini

Sepanjang hari ini, selepas selesai tugasan yang diberi parti membantu ADUN PKR Bukit Selambau, bila saja ada waktu terluang, saya cuba mengikuti setiap perbincangan dan komen-komen di laman-laman web dan blog tentang isu terpanas minggu ini, ie keriuhan tentang dakwaan kononnya sdr Jamaluddin dan Capt Osman akan melompat parti ke dalam UMNO.


Saya agak sedih dengan sikap sesetengah teman pimpinan dan para pengunjung laman-laman web serta blog ini begitu mudah dan cepat menghakimi kedua mereka, tanpa tahu apa fakta sebenar atau apa cerita sebaliknya. Pertimbangan emosi jelas menguasai pertimbangan akal yang rasional. Malah ada yang tergamak melemparkan kata-kata kesat menghina keduanya, sedangkan mereka langsung tidak mengenali sdr Jamal atau Capt Osman!!!!

Saya mengenali kedua mereka sejak awal gerakan Reformasi bermula. Jatidiri perjuangan kedua mereka adalah antara yang paling kukuh dari kalangan teman-teman lain!! Bahkan sdr Jamal (yang sering dihina oleh teman-teman di laman-laman blog sebagai bekas posmen cabuk!!) adalah antara individu pejuang yang paling komited dan antara yang paling banyak menghabiskan wang ringgit dan harta demi perjuangan.

Beliau adalah antara anak didik Allahyarham Cikgu Khalil Shah yang paling rapat dan disenangi arwah. Buat pengetahuan teman-teman yang baru setahun jagung dalam perjuangan reformasi, arwah cikgu Khalil adalah Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Perak yang pertama, dan bersama-sama sdr Jamal, merupakan antara pejuang-pejuang awal yang menubuh dan menggerakkan PKR Perak! Arwah juga adalah abang kandung yang sulong kepada menteri besar Perak sekarang, sdr Dato' Seri Nizar!

Pasti ada yang tidak kena! Pasti ada benda lain yang membayangi sebab sebenar episod terbaru ini. Bagi saya, ini adalah satu tragedi perjuangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Sdr Jamal yang saya kenal sejak lebih 10 tahun bersama dalam satu wadah, bukan begini orangnya! Wang bukan masalah bagi beliau!

Bahkan kepada yang menohmah beliau menerima jutaan ringgit, saya nasihatkan mereka segera beristighfar dan memohon maaf kepada beliau! Kalau ada ahli atau pimpinan PKR Perak yang punya masalah kewangan, dialah antara yang paling awal membantu! For a 'brainless posmen cabuk' as claimed by some, he's a damn good businessman!! Saya faham bagaimana pedihnya ditohmah menjual perjuangan!!!

Sepanjang tempoh 10 bulan lalu, sejak kita mengambilalih amanah memerintah Perak, saya berpeluang saban kali bertemu dan berbincang dengan kedua mereka di Ipoh, terutama bila membicarakan tentang pentadbiran kerajaan negeri dan sikap negatif kakitangan awam Melayu (Perak Civil Service) di negeri Perak. Sering juga saya mendengar keluhan dan rintihan hati mereka yang risaukan tentang halatuju pentadbiran kerajaan negeri yang sering diancam oleh UMNO dan BN Perak. Butirannya biarlah saya simpan dulu untuk dibicarakan kemudian.

Apapun, bagi yang gemar menghentam tanpa usul periksa, tanpa tahu apa cerita sebenar, tanpa kenal siapa sdr Jamal dan Capt Osman, saya mohon muhasabahlah diri sendiri. Ini saya tujukan pada semua, tak kira penyokong atau pemimpin parti!! Saya yakin mereka tidak akan meninggalkan parti dan perjuangan!

UMNO bukan pilihan mereka! Prinsip perjuangan bukan sebegitu murah untuk digadaikan! JANGAN CEPAT MELATAH!! Jangan biarkan UMNO terus mengelirukan kita dengan perang saraf licik sehingga kita akhirnya akan kehilangan dua teman yang setia dan sejati dalam perjuangan. Doa saya moga Allah buka pintu kebenaran seluas-luasnya demi kesetiaan dan pengorbanan yang sudah lama mereka curahkan!

Saiful
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Keadilan Rakyat

http://saifulmerbok.blogspot.com/2009/02/kisah-2-adun-pkr-perak-jangan-cepat.html

3-2-2009

Isnin, 2 Februari 2009

KENYATAAN MEDIA UGUTAN PADA ADUN PKR-BUKIT SELAMBAU KEDAH

Sidang media ini dipanggil untuk menerangkan beberapa perkembangan terbaru yang serius yang melibatkan isu-isu politik yang berunsurkan jenayah yang sedang berlaku di negeri Kedah, yang melibatkan saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

Satu repot polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah, dan juga terhadap keselamatan keluarga saya sejak dari 8hb Mac, 2008. Ianya juga melibatkan semua ugutan terhadap pegawai-pegawai dan bekas-bekas pegawai saya. Ke semua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari Parti Keadilan Rakyat ke Barisan Nasional.

Antara insiden-insiden yang melibatkan ugutan jenayah adalah cubaan menculik saya pada 17/10/2008, mengugut saya melalui pegawai saya melalui beberapa panggilan telefon yang antaranya pada 31/3/2008, mengugut keselamatan keluarga saya, insiden memecahkan cermin kereta rasmi exco kerajaan negeri model Proton Perdana no BKL 4000 dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul bata pada 17/12/2008, dan juga menghantar beberapa beberapa individu untuk memujuk saya keluar dari Parti Keadilan Rakyat, yang terbaru sekali beberapa hari yang lalu, dengan beberapa tawaran lumayan.

Perkembangan peristiwa yang menimpa 2 orang teman exco PKR di Perak telah menyebabkan saya tampil untuk membuat kenyataan akhbar ini. Saya khuatir, sekiranya saya tidak tampil ke hadapan untuk membuat pernyataan secara terbuka ini, keselamatan dan ketenteraman saya dan keluarga saya akan terus diganggu, diugut secara jenayah serta dipujuk untuk memastikan saya berpindah parti.

Saya juga mendesak agar pihak polis akan segera membuat siasatan terhadap ke semua laporan-laporan polis yang telah saya buat sejak Mac, 2008 dan mengambil tindakan segera dan tegas bagi menjamin keselamatan saya dan keluarga saya. Ini semua akan membolehkan saya mampu berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan selaku ahli exco kerajaan negeri Kedah dan ahli dewan undangan negeri Bukit Selambau, tanpa sebarang gangguan terhadap saya dan keluarga saya. Sekian, terimakasih,

Arumugam a/l Vengatarakoo,
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau,
merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Kegagalan Perancangan Najib Di Perak - malaysiakini

Ini adalah terjemahan sebahagian daripada artikel Raja Petra dalam Malaysia Today semalam.


“Dua EXCO PKR ini telah hilang. Mereka telah hilang sejak empat hari lalu dan tiada sesiapa yang tahu dimana mereka tetapi mereka bukan ‘hilang’, sebaliknya berada didalam tangan pemimpin Umno. Dan UMNO mahukan mereka bersetuju kepada satu perjanjian. Terima RM10 juta seorang dan ‘menyeberang’ kedalam Umno ataupun dihantar kepenjara diatas tuduhan rasuah.

Pada hari dimana dua EXCO PKR ini ditahan dan dilindungi oleh Umno, seorang ADUN UMNO melompat ke dalam PKR. Ini menghancurkan rancangan Umno. Mereka hanya memerlukan dua ADUN PKR untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat di Perak. Tetapi apabila ADUN Umno menyeberang ke dalam PR, perancangan ini tergendala. Sekarang mereka memerlukan tiga.

Mereka kemudiannya menawarkan bekas ADUN Umno ini jawatan Menteri besar. Sekiranya dia bersedia kembali kedalam Umno dan BN merampas Perak dari PR, dia akan diberikan jawatan Menteri Besar. Umno memerlukan Nasruddin kembali kedalam Umno, kalau tidak…menahan dua EXCO PKR ini tidak memberi apa-apa makna. Walaupun dua EXCO ini bersetuju menerima RM10 juta, Umno masih gagal merampas Perak dari PR.

Walaupun mereka berjaya menahan dua EXCO PKR ini dan mengancam dengan pelbagai ugutan, Nasrudin telah menghalang perancangan mereka. Kini mereka mengugut Nasrudin..” Altantuya telah mati dan Bala telah hilang.” Apakah Nasrudin akan menerima nasib yang sama?”

Apa yang berlaku?

Perancangan Umno untuk memerangkap Jamaludin dan Osman telah dirancangkan sebaik saja Pilihanraya Kuala Terengganu berakhir. Pada masa itu, Umno tidak menyangka ADUN mereka sendiri akan menyeberang kedalam PKR. Najib mahukan Perak dirampas untuk menutup ‘kemaluan’ beliau yang hilang didalam dua pilihanraya kecil yang lalu.

Jamaludin dan Osman telah ditawarkan sejumlah RM10 juta setiap orang dan tuduhan mereka didalam kes rasuah akan digugurkan. Jamaludin dan Osman sudah bersedia untuk menerima tawaran ini dan hanya menunggu masa yang sesuai.

Walau bagaimanapun, perancangan ini telah dapat dihidu oleh Anwar dan Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail untuk mempercepatkan usaha penyeberangan ADUN-ADUN Umno kedalam PKR untuk menghalang perancangan Umno ini.

Jamaludin dan Osman sebenarnya telah pun hilang pada hari Jumaat minggu lepas. Dan apabila mengetahui ‘kehilangan dua EXCO ini, Anwar telah mengarahkan Hj. Ismail membawa Nasrudin ke Kuala Lumpur dan terus mengumumkan kemasukan Nasrudin kedalam PKR. Ini telah menghancurkan perancangan Najib untuk merampas Perak dari PKR.

Sekiranya Anwar terlewat untuk bertindak, dan Jamaludin dan Osman bertindak lebih awal, maka Pakatan Rakyat Perak sudah pastinya tumbang. Sebenarnya, ada seorang lagi ADUN Umno yang menyertai Nasrudin ke Kuala Lumpur, tetapi hanya Nasrudin yang membuat pengumuman. Pasal apa? Yang tu aku tak dibenarkan cerita. Pandai-pandai la sendiri….

Selepas hari itu, pelbagai usaha telah dibuat oleh Umno untuk memujuk Nasrudin kembali kedalam Umno, malah telah di janjikan jawatan Menteri Besar sekiranya Nasrudin bersedia kembali ke dalam Umno. Dan jangan terkejut…tawaran ini dibuat oleh Jamaludin sendiri yang menghubungi isteri Nasharudin!

Tidak diketahui sama ada Jamaludin diugut ataupun dengan kerelaan sendiri ketika membuat tawaran bagi pihak Umno ini. tetapi apa yang jelas, Umno begitu terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja untuk merampas Perak dan mengembalikan ‘kemaluan’ Najib yang hilang.

Setakat ini, masih tidak diketahui apakah langkah Umno selanjutnya, dan aku jugak tak boleh nak cerita apakah yang sedang dilakukan oleh PKR. ramai yang menghantar email dan SMS bertanya, malah ada yang terlalu risau. Dan ada yang marah kat aku…bila aku kata ..”Relax!”

No.no.no….jangan risau! kalau setakat lompat melompat…aku tak risau. Ini macam main poker. Dan Anwar ada beberapa kad lagi yang masih belum dibuka.

Kecuali kalau Umno main kotor…. menggunakan kekerasan. Yang tu aku tak tau. Orang yang terdesak macam Najib mampu melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya.

Kalau Altantuya boleh mati…Bala boleh hilang…macam-macam boleh jadi.



Related Posts with Thumbnails