Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Jumaat, 8 Mei 2009

TIADA BEZA ANTARA KITA - malaysiakini

People can criticise Rulers, says Asri

Mohamad Asri is an icon for progressive Muslim voices. — Picture by Jeremiah MahadevanBy Shannon Teoh

LAMPETER (Wales), May 2 — Regardless of the state of the monarchy in Malaysia, a society that wants to move forward should shed medieval and feudal traditions, said former Perlis mufti Mohamad Asri Zainul Abidin.

"Citizens should have the right to criticise the Rulers. In Islam, there is no such thing as any person who is above criticism," he told The Malaysian Insider when asked about the issue of derhaka, or betrayal, that has become a point of contention amongst Muslims in the country.

The issue of derhaka came into prominence in February after Sultan Azlan Shah refused to dissolve the Perak assembly upon the request of the then Mentri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

The Sultan of Perak later appointed Datuk Seri Zambry Abdul Kadir as mentri besar after installing Barisan Nasional as the state government. Certain quarters, especially BN, have tried to convince the public, especially the Malays, that criticising or disputing the decisions of the Rulers was tantamount to treason.

DAP chairman Karpal Singh, having stated that the Sultan could be sued along with the new BN state government, is now facing a sedition trial.

The maverick Islamic scholar, who has a strong following among young Muslims in Malaysia, said that the idea of being Malay and Muslim should be decoupled and addressed separately.

Speaking at his home in Lampeter, he disagreed with the conventional understanding that Malays have been Islamised but instead that they have "meMelayukan (to influence with Malay) Islam."

Asri, who was mufti for two years before quitting the position to move to Wales last December to research on Islam, was no stranger to controversial statements in his time as mufti. He became an icon for progressive Muslim voices for his stand against the propensity of religious authorities to conduct raids on Muslim couples engaged in khalwat, or close proximity, and has stated that non-Muslims had a right to use the word "Allah".

Asri said that Malays had to stop equating Islam with the Malays.

"If Malays want to defend their rights, go ahead based on Bumiputera rights or whatever. But you cannot say Islam does not defend you because you are Chinese or Indian. Islam was not given just to the Malays.

"Do not in your efforts to defend Malay rights relate it to Islam. Islam was not sent down by God to protect Malays but all of humanity," he explained, saying that such moves in the past had caused non-Malays to be fearful of the religion as it appeared to be intent on removing their culture.

During the interview, Asri expressed his consternation over ideas that have taken root in Malaysia under the guise of Islamic principles.

"Sometimes there are terms which we cannot understand. Daulat (sovereignty) for example. What is the meaning of daulat? Does this mean that if you criticise a Ruler, then you will be cursed by God? This is not in Islam," he said.

SIVAKUMAR KENA KURUNG - malaysiakini


Speaker DUN Perak yang digugurkan V Sivakumar berkata beliau "dikurung" dalam bilik persalinan apabila dibawa keluar dari dewan persidangan menjelang jam 3 petang semalam."Ini satu bentuk tahanan. Dia kunci pintu," katanya, sambil menyifatkan persidangan DUN Perak semalam - yang tidak diiktirafnya - sebagai "konspirasi" yang melibatkan banyak pihak.

Beliau juga menyuarakan kekesalan terhadap tindakan bentara yang tidak menurut perintahnya, sebaliknya meminta beliau keluar dewan.Menjelaskan lanjut peristiwa semalam, beliau menjelaskan bentara datang kepadanya dan berkata: "YB ADUN Tronoh, sila keluar. Arahan daripada Speaker."


p/s:Beliau bukan speaker yang digugurkan...beliau speaker yang sah sehingga sekarang yang ditarik & dipaksa keluar...apa la

PELANGGARAN UNDANG-UNDANG PADA SPEAKER - malaysiakini

Sewaktu bersidang di bawah Pokok Demokrasi


Sivakumar, Speaker Pakatan Rakyat secara fizikalnya telah dibawa keluar dari kerusi sidang dewan undangan negeri namun Speaker Selangor, Teng Chang Khim mempersoalkan samada usul menyingkirnya itu sahih di sisi undang-undang.

Teng menyatakan bahawa usul yang dikemukakan oleh Menteri Besar kerajaan haram Barisan Nasional Zambry Abdul Kadir dilakukan sebelum timbalan speaker Hee Yit Foong berada di kerusi dewan undangannya sementara Sivakumar pula masih duduk di kerusi speaker. Sivakumar sebelum itu telah menolak usul berkenaan sebanyak dua kali.

"Terlalu jelas bahawa timbalan speaker telah bertindak secara ultra vires terhadap perlembagaan negeri semasa mempengerusikan sidang yang menyingkir YB Sivakumar sebagai Speaker tatkala Sivakumar masih ada lagi di dalam dewan. Justerteru itu usul menyingkirkan YB Sivakumar tidak mengikut perlembagaan," tulis Teng di dalam blognya hari ini.

Beliau memetik Artikel XXXVIA(3) dari Perlembagaan Negeri Perak yang menyatakan bila mana Speaker tidak hadir sewaktu sidang di dewan undangan negeri, seorang ahli dewan akan, mengikut peruntukan Arahan Tetap, dilantik melaksanakan tugas-tugas Speaker.

"Hasilnya, perlantikan Speaker ‘baru’ tidak mengikut Perlembagaan kerana kekosongan yang boleh diisi," kata Teng.

Sivakumar sebelumnya telah memberitahu bahawa usul-usul yang dibentang dan diluluskan oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional adalah tidak sah kerana sidang dewan belum lagi dirasmikan pembukaannya oleh Raja Nazrin Shah, yang menjalankan tugas bagi pihak ayahannyanya Sultan Azlan Shah.

Tetapi Zambry meneruskan dan selepas dua kali “tertangguh” oleh Speaker lantikan Barisan Nasional R. Ganesan, pergelutan berlaku dan kedatangan polis meenyebabkan Sivakumar diangkat keluar dari dewan.

Raja Nazrin menyetujui permohonan Mentri Besar Pakatan Rakyat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya pihak polis meninggalkan dewan sebelum titah diraja dimulakan. Nizar, yang duduk di kerusi kerajaan sebelah kanan kerusi speaker, kemudiannya mengiringi Raja Nazrin selepas titah diraja perasmian selesai.

Sementara itu TVANtara melaporkan pakar undang-undang negara menyifatkan kejadian hari ini sebagai memalukan! Menurut rencana tersebut, itulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.

Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

“Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.

“Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Speaker V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.

Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.

Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.

Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.

“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,” katanya.

Harakahdaily juga melaporkan tindakan Zambry Abdul Kadir melantik Speaker baru, Dato' R Ganesan dianggap sebagai terbatal dan tidak sah.

Malangnya biar pun tindakan itu tidak sah, namun pihak keselamatan dikatakan bersekongkol dengan kerajaan 'haram' dengan mengusung keluar Speaker, V Sivakumar ke tempat yang tidak diketahui.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, tindakan wakil rakyat BN melantik Speaker baru, ketika Speaker lama masih ada adalah menyalahi peraturan.

Katanya, Speaker tidak boleh dilucutkan jawatan seperti yang dilakukan Adun BN di Perak memandangkan V Sivakumar belum meletak jawatan.

"Ini bermakna jawatan Speaker belum lagi kosong. Saya hairan mereka menggunakan peraturan mana tiba-tiba melantik Speaker baru ketika Sivakumar masih berada di atas kerusinya.

"Ini secara jelas mencabul undang-undang yang tidak pernah berlaku dalam sejarah moden Malaysia sejak mencapai kemerdekaan. Ini sesuatu yang cukup mengaibkan," katanya di sini.

Persidangan Dun Perak hari ini menyaksikan suasana tegang sejak pagi tadi sehingga sekarang menyebabkan upacara perasmiannya tidak dapat dilakukan mengikut masa ditetapkan.

Ketika persidangan pagi tadi Zambry mengumumkan Speaker ditukar namun dibantah kesemua Adun Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan suasana menjadi tegang.

Biar pun tidak sah Ganesan diarah mengangkat sumpah dalam kelompok Adun BN dan dipakai jubah sebagai Speaker.

Pada peringkat awal persidangan pagi tadi dilaporkan Sivakumar enggan memulakan mesyuarat sekiranya Zambry dan enam anggota Exco kerajaan kudeta dan tiga Adun Bebas tidak keluar dewan.

Mohd Zaki yang juga Adun Kelaboran berkata, hanya dalam tiga situasi sahaja speaker baru boleh dilantik iaitu speaker sedia ada meletak jawatan, meninggal dunia atau selepas penggal baru persidangan Dun bermula.

"Jadi dalam situasi yang berlaku di Perak sekarang ketiga-tiga kriteria tersebut tidak dipenuhi, biar pun ada cadangan mahu mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Speaker.

"Samalah seperti berlaku di parlimen, tanpa kebenaran Speaker usul tidak dapat dibawa," katanya.

Beliau juga berpendapat apa yang berlaku di Perak hari ini kelihatan seperti dirancang rapi memandangkan keabsahan tidak dimiliki kerajaan BN sekarang.

Menurutnya, BN akan melakukan apa sahaja termasuk memperalatkan pasukan keselamatan dan kumpulan samseng bagi mencabut kuasa yang ada pada speaker.

"Biar pun pelbagai tindakan dibuat, rakyat di luar sudah tahu kerajaan mana sebenarnya yang sah di sisi rakyat. Saya percaya konflik itu tidak akan berakhir tanpa dibubarkan Dun Perak," katanya.Beliau juga menyelar tindakan polis menahan begitu ramai pemimpin Pakatan Rakyat semata-mata menuntup kedhaifan politik di Perak.

Sumber MISBAH

YB V. SIVAKUMAR,KAMU WIRA RAKYAT - malaysiaku



Hee & Ganeson Perosak Sistem Raja Berpelembagaan & Sistem Demokrasi Barisan Nasional

V.Sivakumar yang cukup tenang

Sempat melambaikan tangan sebelum ke dewan undangan negeri

Senyuman seorang pejuang

Apa hak mereka yang cuba mengusir YB V.Sivakumar?

Sedih,Seorang speaker yang kebal di dalam dewan dilayan seperti Binatang,memalukan!!!

Undang-undang rimba,kepada kakitangan awam yang menurut perintah tidak mengikut perlembagaan pastikan mereka akan diambil tindakan undang-undang penjawat awam sewaktu PR mentadbir sebagai kerajaan Persekutuan

Tiada beza antara mereka berdua.Sifat yang sama terserlah seorang pak turut diktator manakala seorang lagi diktator


Banyak pihak hari ini merasa mual dengan gelagat polis, anggota keselamatan dan ADUN BN yang tidak menghormati kuasa Speaker dewan undangan negeri Perak.

Memalukan! Itulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.

Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

“Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.

Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Spekaer V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.

Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.

Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.

Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.

“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,” katanya.


Sumber : Kelab Greenboc

Khamis, 7 Mei 2009

PANAS DI PERAK - malaysiakini

Ramai yang telefon aku & SMS...sorry tak dapat nak jawab & reply...semua nak tahu perkembangan perak...apa kata ikutinya secara langsung yang tak pernah dimasukkan dalam media perdana TV3,RTM & sebagainya kecuali memfitnah & menghina kita...apa kata korang pi melawat

Rabu, 6 Mei 2009

RAJA PETRA SUDAH MULA BERSUARA - Malaysiakini

7 Mei 2009 semua tahu bahawa perhimpunan 1 MALAYSIA GELITA untuk berbaju hitam atau lebih baik disebutkan Najib telah menggunakan institusi yang menghalalkan cara merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Di Perak Daripada Rakyat Perak itu sendiri....

Siapa Najib?Siapa Rosmah?Siapa Perdana Menteri Kita Yang Ke-6 ni...Siapa?Siapa?Siapa?Raja Petra sudah mula menulis...

Malaysiakini

Penulis blog popular, Raja Petra Kamaruddin dalam tulisan terbaru hari ini mendedahkan identiti sumbernya berhubung dakwaan wanita pertama negara Rosmah Mansor berada di tempat Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Menurut pengendali blog Malaysia Today, maklumat kontroversi tersebut datang daripada Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin, "orang nombor dua dalam unit khas bahagian risikan tentera" Malaysia.

Beliau bertemu pegawai tentera melalui seorang rakannya, Nik Azmi Nik Daud, yang dikenalinya sejak 45 tahun lalu.

Nik Azmi seorang pembantu ahli politik veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, kata penulis itu lagi.Beliau juga memohon pertolongan daripada beberapa individu antaranya termasuk pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang lagi pembantu Tengku Razaleigh tentang kredibiliti pegawai tentera tersebut.

Dalam tulisan blognya, beliau juga mendakwa ditawarkan sebanyak RM30,000 sebulan oleh Datuk Jamaluddin Jarjis, seorang kenalan dekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai imbuhan agar beliau berhenti menulis tentang wanita Mongolia tersebut.

Baca berita penuh
Related Posts with Thumbnails