Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Sabtu, 6 Disember 2008

Bersama Unit Ehsan Pulau Pinang & Syarikat Korporat Menghulurkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Kelantan.



Bergambar bersama wakil Y.B Mohamad Zaki, ADUN Kelaboran (berbaju biru)


2 orang Exco AMK Malaysia (dari kiri, Zulkifli Ibrahim & Haji Din Binjai)






Y.B Drs. Zainuddin Awang Hamat, ADUN Limbongan, Pasir Puteh.


Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah s.w.t, dengan izin dan limpah kurniaNya, semua konvoi Unit Ehsan Pulau Pinang dan syarikat korporat CAB Cakaran Corporation Berhad (2 buah MPV & 1 lori 'bonded' 3Tan) selamat bertolak pulang pada jam 01:15 pagi hari Jumaat 05hb Disember 2008, dari perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, Parlimen Tumpat.

Barang-barang bantuan berbentuk kain selimut, kampit beras, gula, minyak masak, daging nugget, daging burger dan sosej telah berjaya diterima pada awalnya oleh ADUN Limbongan, Pasir Puteh merangkap Timbalan Presiden Kelab 'Backbancheur' ADUN Negeri Kelantan, Yang Berhormat Drs. Zainuddin Awang Hamat.

Beliau yang juga sebagai Pengerusi Briged Kebajikan Perdana Negeri Kelantan telah menyambut ketibaan delegasi Unit Ehsan dan syarikat CAB Cakaran Corp. Berhad di Pusat ICT ADUN Limbungan untuk sesi pengenalan dan kemaskini isu-isu semasa di kawasan yang dilanda banjir dan seterusnya mengiringi ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, Tumpat yang sedia menanti kehadiran delegasi bantuan.

Delegasi bantuan terdiri dari 4 orang sukarelawan Unit Ehsan, 2 orang exco AMK Malaysia, 2 orang exco AMK Pulau Pinang dan 5 orang dari syarikat CAB Cakaran Corp. Berhad yang diketuai oleh Group Executive Director, Sdr. Victor Loo Choo Ghee.

Sejurus tiba di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kelaboran, wakil Y.B Mohamad Zaki Ibrahim ADUN Kelaboran, menerima bagi pihak Yang Berhormat semua barang bantuan untuk disalurkan terus kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Parlimen Tumpat dan Rantau Panjang yang sedang dilanda banjir ketika ini.

Jutaan terima kasih kepada Sdr. Asrol Affendi selaku moderator Kelatekito.com dan BloggerNetwork@Kelantan yang bertungkus lumus menyelaraskan program dari awal ketibaan delegasi bantuan di Tanah Merah hinggalah selesai di DUN Kelaboran, Tumpat.

Tidak lupa juga terima kasih kepada petugas di Pusat Khidmat yang sudi menyediakan makanan dan minuman untuk delegasi petugas bantuan, Dewan Pemuda PAS Pasir Puteh & Tumpat serta Unit Amal PAS Pasir Puteh dan Kelaboran, Tumpat Kelantan yang sudi memberikan kerjasama.


- juga boleh didapati sisipan berita di Kelatekito.com



sumber dari blog Unit Ehsan.

Rabu, 3 Disember 2008

JOM PI PENANG


'Jom pi Penang, Pesta Pulau Pinang' dan berlangsung selama 33 hari bermula 29 November lalu dan berakhir pada 31 Disember depan.Pakat-Pakat Mai Laaa

Selasa, 2 Disember 2008

HAI & TERIMA KASIH SEMUA

Salam Sejahtera

Telah sekian lama menyepi,menyelesaikan tugas & tanggungjawab seorang insan yang bernama manusia untuk meneruskan kehidupan ini....cewah..udoh tuo yer?hehehe


Minggu lepas adalah minggu yang cukup sibuk,memandangkan ada usaha yang perlu di selesaikan terutamanya mengenai kerja & tugasan di kampung sebelum bergerak ke shah alam bagi mengikuti Kongres Nasional Parti keADILan Rakyat yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam...

Harapan Baru.....!itulah moto atau slogan tahun ini bagi mengambarkan betapa besar harapan Ahli Akar Umbi serta Rakyat yang menjadi hakim setiap tindak tanduk Parti yang bakal mentadbir Kerajaan Persekutuan tidak lama lagi...

Ada puji2an..ada desakan...tidak kurang ada teguran2 para pembahas sepanjang sesi berlangsungnya kongres kali ini....Ada yang menerimanya puji2an hanya di berikan kepada yang maha esa...itu kata2 Datuk Seri Presiden Dr Wan Azizah yang aku terasa sikit hiba...apabila tayangan perit jerih perjuangan yang di lalui seorang ibu kepada anak yang di pisahkan daripada seorang ayah...tanggungjawab seorang isteri kepada suami yang terpenjara...buat kali pertamanya di tayangkan di kongres AMK/Wanita pada 28-11-2008...

Aku tontoni dgn linangan air mata,begitu juga dalam kongres nasional...tanpa kusedari,airmata mengalir di pipi sewaktu tayangan yang mengimbas kembali detik Gerakan Reformasi 98 hingga lahirnya para penggerak yang tanpa jemu meneruskan perjuangan bagi menyatakan kebenaran...aku terkenangkan kenangan 10tahun lalu,semasa aku masih di kampus Universiti...waktu itu Gerakan Reformasi hanya di pimpin oleh seorang yang di lahirkan punya semangat & iltizam cukup tinggi...wanita ini tidak pernah jemu....inilah Sri Kandi Penggerak Harapan Rakyat...Datuk Seri Dr Wan Azizah Dato' Wan Ismail...DSAI juga di lihat menahan daripada sebak pada hari pertama kongres nasional sewaktu menyampaikan ucapan...

Wahai Dunia...dari seorang ibu yang penuh sifat kelembutan...berdiri penuh semangat bersama2 rakyat marhaen...membela bukan sahaja suami tercinta...tetapi membela nasib rakyat...itulah namanya wanita...Tiba2,aku bangga ada seorang ibu,seorang isteri & seorang anak perempuan yang di namakan wanita...semangat mereka ini belum tentu di punyai oleh seorang lelaki...semangat ini belum tentu dipunyai seorang suami atau seorang ayah...wan azizah menjadi pencetus kebangkitan kepada wanita2 sekarang...beliau boleh dijadikan ikon wanita2 lain...

Berbalik pada berita kongres...ada juga perbahasan2 yang mungkin bersifat teguran yang keras,tetapi ianya memerlukan perlaksanaan & tindakan oleh pimpinan...sayang seribu kali sayang,apabila teguran ini di sambut dengan perasaan dendam & dengki oleh segelintir yang suka mendabik dada...walaupun kepimpinannya hanya layak di nilai seperti 'tapak kasut slipar' sebab kerja macam hampeh...mereka itu tahu tahap kemampuan mereka...tetapi mencipta cerita 'Gempak' & 'Retorik' mereka ini,hanya mudah menipu insan2 yang jujur,tetapi...,mereka lupa...mencipta penipuan & retorik gempak mereka tidak akan berkekalan selamanya...sikap angkuh & sombong akan berakhir dengan tindakan yang akan memalukan diri mereka secara tidak sedar...Allah Maha Besar,apa yang mereka banggakan...?Tepuk dada tanya Iman...maklumla Politik aku tak la International

Kepada teman2 yang memberi ucapan sempena hari kelahiran aku yang ke-29 pada 30-11-2008 tempoh hari..aku hanya mampu mengucapkan jutaan terima kasih atas ingatan teman2...Matcomot yang sudi belanja aku & teman2 di Cafe Qaseh habis beratus2 ringgit,Ummi & Sya dgn Kek syomel tu...sedap kek cokelat tuh...Dr Wahab yang bersusah payah sediakan jamuan di rumahnya..MSK yang tak henti dengan ceritera penuh idea setiap perbincangan walaupun sibuk dalam kongres ke hulu ke hilir mencari bahan....acidburn,hijat,zulfadzli,zul onenie & azrizal yang tolong perabih root beer A & W jamuan dalam bilik 114 hotel 3K...Edie yang datang dari jauh semata2 berjumpa teman2 serta seluruh perwakilan AMK dari seluruh negara & Perwakilan Nasional serta pemerhati khas & terbuka...Buat Isteri & anak tersayang...muahhhsss...I LOVE U ALL

Moga kongres kali ini akan menghasilkan 1 idea yang perlukan tindakan segera & rasional YB2 serta kepimpinan parti bagi mengarap seluruh jentera bagi memperkuatkan Parti & kerajaan PR...Balik dari Shah Alam,tiba di penang jam 2 pagi...anak aku demam panas....keesokkan jam 6pagi sesudah subuh,bertolak ker kelantan....sekarang aku dah ada di pulau pinang kembali....hehehe...minyak turun sekupang lagi...harga barang???ada otak..lu pikir la sendiri !!!
Related Posts with Thumbnails