Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Sabtu, 23 Ogos 2008

Aku Akan Sertai UMNO-Zamil Ibrahim???

Salam semua....

Aku skrg berada di Rumah PKR Negeri Pahang kawasan mengkuang berkongi rumah penginapan bersama PKR Bahagian Nibong Tebal..Aku rasakan perlu sgt utk updatekan blog aku nih sebab aku menerima satu sms pagi tadi dari Ketua AMK Kuala Kedah yang berbunyi....

'Makluman.Majlis Lompat Perti Ke UMNO akan di adakan pada 24/8/08 di Kelab Cinta Sayang,Sg Petani pd Jam 3ptg.Tempahan bilik dan bayaran sudah di jelaskan.Di Diketuai Sdr Zamil (Merbok) yang dipecat keahlian PKR dan akan di hadiri sama ialah Sdr Ezam.War Warkan !!!.

Hairan bin ajaib...sebab aku kenal zamil nih sewaktu aku berada dalam pilihanraya kecil lunas...sewaktu tuh dia menjaga hal keselamatan di pilihanraya kecil LUNAS...apa yg menjadi persoalan sekarang ialah...dia adalah individu yang telah lama di ketahuai isu dia di pecat & mgkin juga setelah dia tidak lagi bersama dgn parti mgkin hal ini tidak di sedari sesetengah pihak bahawa akan menjadi kempen2 terakhir BN...

Aku juga tidak terkejut bila ramai teman2 yang mengatakan beliau sekarang telah mempunyai merc 'S' class....waktu riuh dalam media dia saman hospital kerna tertinggal tiub dalam perut isterinya yang mengadu sakit...hospital pula kata dia & isteri larikan diri dari hospital...

Zamil juga bekas ketua AMK Kedah & bekas Exco AMK Pusat yang sealiran dgn teman saya yang kononnya mempunyai 6 kotak rahsia yang belum terdedah sehingga skrg..

Jadi...sama2 kita saksikan drama bersiri adegan2 dalam episod terakhir di PMTG PAUH...wallahualam

Jumaat, 22 Ogos 2008

Harga Minyak Turun-23 Ogos...Dah Terdesak Ke?

Salam...

Aku tadi masa tgh baik dok pekena maggi...Henpon aku tak berhenti,ada yang tel...ada yang sms...semua pakat dok tanya awat paklah umum minyak turun...

Nasib baik aku tak tersedak maggi...bukan tersedak pasai harga minyak turun...aku dh jangka dari awal walaupun PM kita kata nak kaji & harga baru 1 sept...bagus & bagus sebab harga turun awal...yang aku tersedak pasal harga yang di umumkan turun tuh...hehehe...

Masa depa penaik....kita mengkelan (terlekat kat kerongkong) sampai nk telan nasi tak lepas...pakat berebut nk isi tangki bg penuh...siap ada yg bawa tong spare untung2 tahan sampai hujung tahun....hehehe....harga petrol naik 70sen...tetiba diesel 1.00

Bila umum turun saja...aku rasa celah gigi pulak dah harga tuh...turun jenis syok2 bagi geli...ish...ish...ish...mlam nih mesti pemberita senyum sampai terangkat pipi bila berita di mulakan dgn 'Sari Berita Utama...Kerajaan sedar terhadap keadaan rakyat yang tertekan akibat kenaikan harga bahan bakar itu....bermula esok harga tersebut akan turun bagi petrol 15 sen & diesel 8 sen...ianya telah di umumkan PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi'...awat diesel dia tak turun harga 20sen?kenapa 8sen saja?kena tipu lg kita ni yeeerr......

Hehehehe...aku rasa janda timah klau tau dia kena tipu,silap haribulan kena lap la skrin tv tuh kena ludah ngan janda timah...tak geli pun...takat nk bgtau harga TURUN sedangkan dah berbulan rakyat alami derita...ingat turun dgn byk tuh selesai derita?di singapura dah berapa kali turun...?

Pengumuman tuh hanya sekadar sikit gula2 sour plum yang di berikan gomen buat kita...apa pun kita sambut baik...tapi ingat lah....dalam keadaan mengundi hari selasa ni di permatang pauh...saya masih merayu pada semua pengundi...Anda Mewakili Kami 27 Juta rakyat Malaysia untuk menentukan DSAI ke parlimen,Ketua Pembangkang...seterusnya pada 16 September sebagai PM yang ke-6...MERDEKA...MERDEKA....MERDEKA...masa tuh silap haribulan harga minyak turun lagi 70sen...wei...byk tuh...hampa nk rasa geli 15 sen atau 70sen?

Aku amat harapkan...korang semua sedar akan kepincangan nih...aku juga di beritahu ada usaha sedang di jalankan oleh pihak tertentu apabila kemuskilan kita terhadap kerajaan yang menghantar UTK,Komando 69 ke permatang pauh...seluruh silat lincah & Pekida berdiri menyokong BN?nampak mcm ada usaha provokasi yang mgkin akan berlaku....aku cuma agak saja...harap ianya sebagai andaian yang belum tentu kebenarannya....

Aku minta doa...golongan yang di arahkan utuk melakukan sesuatu tidak munasabah...di harapkan dapat berfikir secara rasional,kerna ini adalah pilihanraya kecil terakhir yang akan menyaksikan UMNO/BN beraksi di gelanggang Pilihanraya sebagai parti pemerintah...InsyaALLAH...Jalan yang Allah S.W.T tunjukkan ini adalah jalan yang akan membuatkan mereka BN gelabah...gelisah...resah yang teramat sangat...anda jadi la sebagai salah seorang pejuang kecil yang amat tinggi pengorbanannya...AKU TETAP MEMBANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK SEBELUM NIH...wallahualam

AYUH PENDUDUK PERMATANG PAUH!!!


" Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini.Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008."Wassalam.


DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS


Kenyataan Penuh :

Saudara/Saudari Sekalian,
Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti. Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar.Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.

Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau.Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.

Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.

Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.

Wassalam.

DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS Tanggal : 18 Sya’ban 1429/20 Ogos 2008. "

Suasana Forum Ehwal Islam Apabila Di Politikkan





Aku berada di Yayasan Aman sewaktu program ceramah 3 tokoh anak muda berceramah di sini....yang syoknya ketiga2 depa nih cikgu...tuh la yang bestnya...cikgu yang dah letak jawatan sebab sorang digari depan anak murid ketika era reformasi....sapa lagi kalau bukan chegu badrul...

Sorang lagi pula cikgu farish musa yang letak jawatan bertanding di parlimen kemaman baru2 ini...tapi nasib tak menyebelahi dia sebab klau cikgu faris menang hari tuh....tak dapet la kita nak tgk menteri yang berbuih mulut debat dgn Dato Seri Anwar Ibrahim tempoh hari....sekurang2nya wa respek lu la bro...berani sebagai anak jantan debat dgn DSAI....

Yang lagi sorang nih cikgu juga...masih lagi mengajar sekarang nih....aku tak boleh la nk highlight kat sini....kupasan depa malam nih mengenai tuduhan liwat siri ke-2 DSAI...tuduhan anwar Agen yahudi serta konspirasi basi terhadap 2 exco negeri perak....

Kesemua nih pernah berceramah sepentas dgn aku...ucapan depa mlm tadi mmg berapi2...klau yang nk lena tuh terus terjaga...kalau hat tak berapa dengar mungkin akan dengar...sebab orang muda katakan....jadi aku pun sempat la tangkap gambar 1 forum yang di buat betul2 sebelah bilik gerakan PKR di Yayasan Aman nih....kerusi adalah dalam 2000 biji...yang tak di isi aku jangkakan hanya sekitar 1820 sahaja...ok tak?

Terfikir juga aku...awat la time2 mcm nih nk gunakan forum mcm nih untuk kepentingan politik...kesian kat ahli panel & pengerusi majlis malam tuh...pak zahid hamidi pun ada sebagai tetamu VVIP....aku rasa kali nih ada sedikit perbezaan bila isu agama nak dipolitikkan oleh UMNO....aku pun sempat la tangkap gambar gunakan henpon aku...tapi aku dok cuba nk bluetooth...tapi tak buleh nak connect pun lagi...pening aku...maklumla tepon murah....


Lepas tuh aku ke rumah penginapan kelantan dgn S/U AMK Kedah untuk mengambil barang yang aku pesan dari ketua AMK Kelantan...kebetulan aku kena melalui di pejabat UMNO utama Permatang Pauh...sampai di bilik gerakan kampung tok elong....aku tgk ramai unit polis dgn siap trak & jip depa dpn tuh...FRU dgn belantan skali...aku pun heran pasai apa...tgk la sorang yang berpakaian preman ada di situ dgn muka bengis mengarah sesuatu kepada anggotanya...aku agak2 dia tuh pegawai...muka pun dah tak berapa elok...aku pun sempat tangkap gambar...nanti klau bley aku bluetooth masuk...aku update gambarnya...


Benda yang aku pelik ialah...bebudak tuh mai la bagi peramai kat forum di tepi yayasan...dari hampa asyik dok nak timbul masalah kat kampung tok elong tuh...yang aku heran...situ pejabat besar UMNO permatang pauh....yang di depan tuh hanya bilik gerakan utama WANITA PKR saja...takkan nak jadi isu di situ selalu...takat nk tunjuk lagak kat bilik gerakan wanita pkr...lepas tuh panggil polis mai setel ramai2...rasanya puak2 nih berani dgn rakyat bila berselindung di balik polis rasanya....berani ker depa nih??????wassalam

Konspirasi BPR-BN Perak




Kalau perangai tak semenggah itu terus diamalkan, inilah jadinya. Setelah gagal memujuk Pas untuk menumbangkan kerajaan PR, Tajol Rosli terus berusaha untuk menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini, walau dengan apa cara sekalipun. Dia mencuba pulak membawa Ezam untuk memujuk ADUN PKR untuk berpaling tadah tapi itu juga gagal.


Tapi apa nak kata, wawasan sudah diumumkan iaitu untuk menubuhkan kerajaan BN pada 31 Ogos ini. Setelah melihat Anwar bertanding diPermatang Pauh, dan setelah melihat tidak ada apa lagi yang boleh menghalang Anwar untuk menang, kecuali dengan kehendak Tuhan, maka Tajol Rosli memulakan gerakan kotornya.


Salah satu cara untuk menghalang Anwar daripada meneruskan usahanya untuk mengambil alih pemerintahan negara ialah dengan mensabotaj pilihanraya kecil yang ditandingi oleh Anwar. Bermula dengan kes Saiful, beberapa siri skandal dicipta untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap Anwar. DiPerak, skandal rasuah dicipta melibatkan ADUN-ADUN PKR.


Setelah gagal dengan bermuafakat dengan Pas, tajol rosli membawa ezam untuk melakukan komplot ini. Tugas pertama Ezam ialah mengenalpasti siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang boleh dibeli.


Tumpuan Ezam ialah Jamaludin dan Osman, dua Exco Perak. Walaupun mencuba beberapa kali, namun mereka gagal membeli Jamaludin dan Osman. Namun komplot perlu diteruskan dan mereka mencari siapakah diantara pemimpin PKR Perak yang mudah diperdaya. Dengan bantuan Ezam, mereka mengenalpasti Kapt (B) Usaili Alias, bekas ADUN Bota. Perancangan mereka ialah menggunakan Usaili untuk memerangkap Jamaludin dan Osman.


Perancangan bermua kia-kira sebulan lalu, dengan bantuan BPR Putrajaya. Seorang ejen bPR telah dihantar untuk memulakan operasi. Ejen yang bernama Imran ini dibekalkan dengan sebuah Mercedes S320 bewarna hitam, dan berlagak sebagai seorang tokoh korporat Kuala Lumpur .


Kali pertama beliau kelihatan ialah apabila datang kepejabat MB Perak di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bertanya tentang Usaili. Staf SUK tealh memperkenalkan beliau dengan seorang juruteknik dari PKNP bernama Roslan Sahat yang sememangnya rapat dengan Usaili. Roslan kemudiannya mengajak Zul Hassan untuk berjumpa dengan Usaili.


Untuk meyakinkan Usaili, Imran telah membawa seorang kenalan beliau, seorang peniaga, Fairuz Azrim Ismail yang sememangnya dikenali oleh Usaili dan beberapa pemimpin PKR Perak.
Perbincangan dengan usaili adalah untuk membina sebuah pusat membina kapal di Bagan Datoh dan kertas kerja beserta profil syarikat telah diserahkan kepada Usaili.


Imran mengharapkan Usaili dapat menggunakan kedudukan beliau sebagai kenalan rapat kepada kedua-dua EXCO ini untuk membantu meluluskan projek ini. Namun, kedua-dua EXCO ini, Jamaludin dan Osman tidak mahu terlibat kerana diluar bidang kuasa mereka.


Namun Imran tidak berputus asa. Pilihanraya Permatang Pauh memberikan peluang kepadanya untuk meneruskan komplot BPR ini. Imran telah menawarkan untuk menyumbang sebanyak RM5,000 kepada PKR Perak untuk digunakan didalam pilihanraya kecil Permatang Pauh. Oleh kerana beliau mahu menyerahkan wang tersebut kepada PKR negeri, maka Usaili telah mencadangkan keada beliau untuk menyerahkan wang tersebut kepada Jamaludin, yang mana merupakan Bendahari PKR Perak.


Satu pertemuan telah diadakan dipejabat SUK pada 14.1.08 yang mana Imran telah membawa wang sebanyak RM5,000 untuk dberikan kepada Jamaludin. Sekali lagi, Jamaludin menolak sumbangan tersebut dan memberitahu Imran, supaya menyumbang kepada PKR Permatang Pauh sekiranya beliau benar-benar ingin membantu.


Sekali lagi harapan untuk memerangkap Jamaludin tidak menjadi, sebaliknya, Imran menyerahkan wang tersebut kepada Usaili. Tanpa menyedari wang tersebut telah ditanda, Usaili menerima wang tersebut dan pergi kePermatang Pauh bersama-sama Imran, Zul Hasan, Fairuz Azrim dan Roslan Sahat pada malam Penamaan Calon.


Dimalam tersebut, Usaili tinggal diBilik Gerakan Kg. Pertama manakala tiga lagi rakannya menghilangkan diri bersama Imran. menurut malumat, Imran telah membawa bersama dua orang pelacur yang dibawa khas dari Ipoh dan menempah sebuah hotel diPulau Pinang. Tidak diketahui, siapakah diantara mereka bertiga yang telah menggunakan pelacur tersebut.


Setelah dua kali usaha untuk memerangkap kedua-dua EXCO ini tidak berjaya, Imran telah menggunakan taktik yang lebih menarik, dengan bantuan BPR Putrajaya. Melalui Azrim sebagai informer, Imran mengintai peluang, bilakah kedua-dua EXCO ini berada ditempat yang sama secara serentak.


Peluang tersebut tiba apabila Usaili, Jamaludin dan Osman berjanji untuk kePermatang Pauh bersama-sama pada 19.8.08. Pada hari tersebut, Osman dan Usaili menunggu Jamaludin di Kluang Cafe, Ipoh Raya. berhampiran dengan bangunan SUK Perak. Nasib memang menyebelahi Jamaludin kerana beliau terpaksa menjemput isteri seorang kawannya yang menyebabkan beliau terlewat, lantas memberitahu Usaili bahawa beliau akan terus kePermatang Pauh bersendirian.


Apabila menyedari Jamaludin tidak akan datang, melalui Azrim yang minum disebuah restoran berdekatan, BPR terpaksa meneruskan operasi mereka. Imran bersama dengan seorang wanita telah membawa sebuah beg dan pergi berjumpa Usaili diKluang Cafe. Imran telah meletakkan beg tersebut diatas meja dimana Osman dan Usaili duduk dan terus beredar. Sebaik saja Imran beredar, pasukan BPR terus menyerbu Osman dan Usaili dan menyuruh Usaili membuka beg tersebut.


Usaili enggan membuka beg tersebut, lantas pegawai BPR telah menyuruh pegawainya yang lain untuk membuka beg tersebut, dan….memang ada wang berketul-ketul. Jadi, semua cerita tentang kelima-lima tertuduh ini ditangkap dibilik hotel adalah pembohongan SPR semata-mata. kejadian ini berlaku diKluang Cafe, Ipoh raya, didepan khalayak ramai. Bukannya didalam bilik hotel seperti yang dikatakan.


Usaili kemudiannya memanggil Roslan, Azrim dan Zul Hasan yang berada direstoran berdekatan untuk bertanya apakah yang berlaku. Zul Hasan telah memaklumkan bahawa mereka telah diminta supaya tidak bersama Osman dan Usaili lebih awal. Mengapa? Kerana Fairuz Azrim adalah informer kepada Imran, yang memberikan maklumat tentang pergerakan Usaili dan Osman.


Untuk menutup operasi mereka, BPR telah juga menangkap ketiga-tiga lelaki ini dan dibawa kepejabat BPR bersama-sama Usaili dan Osman. Semasa siasatan, BPR telah menjumpai sebahagian daripada wang RM5,000 yang telah ditandakan yang diberikan kepada Usaili semasa malam Penamaan Calon lalu. Maka BPR merasakan mereka mempunyai bahan bukti untuk menahan reman Usaili dan Osman.


Bagaimana Jamaludin boleh terlibat? Jamaludin bergegas balik keIpoh setelah mendapat tahu rakannya ditahan. Sebaliknya, beliau pula ditahan. Tetapi BPR tidak mempunyai kes terhadap Jamaludin dan tidak tahu apakah pertuduhan yang hendak dikenakan.


Pengarah BPR terus megeluarkan kenyataan bahawa kesemua mereka ini ditahan kerana cuba menerima rasuah sebanyak RM120,000.! tetapi apabila Jamaludin dibawa kemahkamah untuk perintah tahanan reman, tuduhan yang dikenakan kepada beliau ialah cuba mendapatkan suapan berjumlah RM5,000 pada 14.8.08. Kita tunggu, apakah pula tuduhan ini akan dipinda lagi kemudian.


Dalam permohonan untuk menilai semula perintah tahanan reman terhadap Osman, Usaili, Roslan, Zul dan Azrim dimahkamah tinggi petang tadi, seperti dijangka, BPR telah membebaskan Azrim! Hakim bagaimana pun membatalkan perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap empat tertuduh lain.


Semasa perbicaraan, pendakwa BPR telah memberitahu mahkamah bahawa Pegawai Penyiasat kes ini baru sahaja dilantik selepas permohonan reman diberikan oleh mahkamah majistret.


Macam mana tangkap dulu, kemudian ditahan reman, baru lantik Pegawai Penyiasat? Bukankah siasat dulu baru tangkap?


Sebenarnya, Pegawai Penyiasat BPR (seorang wanita) telah menarik diri dari terlibat dari kes ini!


Osman, Usaili, Roslan dan Zul Hasan telah dibebaskan oleh hakim mahkamah tinggi manakala Azrim dibebaskan oleh bPR. Jamaludin terpaksa tinggal dihotel BPR satu malam lagi (esok) sebelum dibebaskan pada hari Sabtu.


Tetapi kes ini belum berakhir dan banyak lagi maklumat tidak boleh dinyatakan disini.

Khamis, 21 Ogos 2008

Seronoknya Fitnah...!!!

Salam...

Aku berada sehari di Pejabat Yayasan Aman,di mana ianya bilik gerakan utama bagi seluruh jentera PKR di PRK Permatang Pauh ini...sepanjang hari di bilik gerakan utama ini...aku dapat lihat pelbagai ragam manusia yang keluar masuk di perkarangan bilik gerakan ini....


Aku masa nak pergi ker IPD Seberang Perai Tengah membawa seorang teman yang mahu menghantar permohonan permit utk ceramah program malam ini...sempat di sapa oleh YB Saifuddin Nasution Ahli Parlimen Machang...beliau sempat bertanya beberapa hal mengenai kedudukan JDM di bawah parlimen Permatang Pauh ini...


Setelah selesai,aku sempat berjumpa dgn beberapa teman sewaktu menunggu kelulusan proses kebenaran utk program ceramah malam ini...sempat la aku makan nasi bawal goreng panas & ayam goreng panas...sampai sengkak (kenyang terlampau) perut aku...


Jam 5.30...teman aku di hubungi pegawai di IPD memaklumkan bahawa premit yang di pohon telah pun siap...kami pun bergegas ke sana & terus ke bilik gerakan Utama DUN Penanti...aku sempat berbincang dengan Zul Mohamed teman yang menguruskan keadaan di bilik gerakan penanti mengenai kedudukan terkini di P-44...


Setibanya di Yayasan aman...aku sempat melihat kelibat DSAI calon P-44 bagi wakil PKR yang juga telah di canang akan menjadi PM yang ke-6 (PM In Waiting) keluar dari bilik gerakan untuk ke sebuah masjid menunaikan solat maghrib...


Dalam pada itu...setelah selesai waktu maghrib...aku mcm biasa la cari port pekena teh tarik...kali nih aku minum teh ada susu...hehehe...maklumla...asyik kena 'O' saja...muka aku pun dh jadi tak hensem mcm dulu....di meja tempat aku pekena teh...datang beberapa teman dari AMK Permatang Pauh & Bekas Ketua AMK Balik Pulau...Sukri bekas ketua AMK Balik Pulau turut sama menghadiri kelmarin tazkirah,program yang di susun kelmarin di masjid Jalan Baru...


Yang syoknya Mr Mike Tyson UMNO memaklumkan pada umum kononnya bahawa tazkirah di masjid tersebut,DSAI merampas mikrofon dari imam...ish...ish...ish...mengamok si sukri kawan aku nih bekas ketua AMK Bahagian Balik Pulau...dia kata 'aku dok ada kat situ hang tau dak...lepas solat..imam tuh cakap malam nih ada program tazkirah...dia beri mikrofon tuh kat YB Fairuz...lepas YB Fairuz cakap di berikan pula kepqada DSAI...Dato Seri pun sampaikan tazkirah....Dato Seri mana ada rampas mikrofon tuh...'

Aku pun jadi konpius kejap...


'Nampak gayanya mcm nk kena bersumpah pula...sapa yg betul & sapa yg fitnah...ala...mcm yg sumpah baru2 nih'...hehehe,seloroh aku....aku pun lihat kempen PRK ini adalah 1 gelanggang atau 1 tapak utk menyebarkan fitnah bagi mengelirukan persepsi masyarakat serta umumnya rakyat malaysia....Wahai Pemimpin UMNO....cukup lah...apa salahnya kamu cakap benar....apakah dgn bercakap benar itu akan menyebabkan kamu berdosa?


Adakan berdosa kamu jika bercakap benar terhadap parti yang kamu duduki ini?cukuplah...sudahlah.....50tahun tak cukup lagi kah kamu menipu kami sebelum ini...kepada pengundi permatang pauh...aku masih merayu...anda adalah mewakili suara 27 juta harapan kami rakyat malaysia yang inginkan perubahan kerajaan pusat....wallahualam...

Lagi Konspirasi Jatuhkan Kerajaan Perak-Perisik Rakyat

Jelas sekali pada pemerhatian aku adanya 1 konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak pimpinan Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin.Bertitik tolak dari isu muzakarah ciptaan puaka-puaka UMNO/BN sebaik KERAjaan BN Negeri Perak tumbang ditangan keramat rakyat negeri Perak, jelas menampakkan adanya usaha extreme untuk menggulingkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipilih rakyat Perak.


Bodohnya si Tajol Rosli dalam isu muzakarah terserlah bilamana sibengong itu tanpa segan silu, tanpa sedar duduknya sebagai pembangkang, menawarkan kerusi MB kepada Ir Nizar yang dah sedia memegang jawatan MB Perak.Bodoh & Bengong itu memang sesuai diberi pada pencacai yang masih tak sedar akan duduk dirinya yang pada dasarnya tak punya apa-apa kelebihan tapi berhati besar bagai hati lembu menawarkan sesuatu yang dah jadi kepunyaan & hak Ir Nizar.


Kalau aku tawarkan kedudukan pembangkang pada sibengong Tajol ni mesti dia melatah mengata aku menghina dia walhal memang duduk dirinya disitu & sayugia juga disitulah sibengong ini pasti tak sedar duduk dirinya waktu ini.


Gagal menyunting PAS dengan umpan "demi melayu" maka diaturkan 1 janji konspirasi & matlamatnya mana-mana & apa cara sekalipun sibengong Tajol ni mahu juga dia jatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diwakili masyarakat berbilang kaum.Mungkin airmata sibengong Tajol ini masih belum berhenti bercucuran sedari malam 9 mac lalu.menitis-nitis dipipi dambakan jawatan terdahulu.bengong ni rupanya fikir jauh kehilangan itu tak ada dalam hidup agaknya?


Habis kering idea dalam kepala lutut maka dicipta 1 perjumpaan yang tak sape pun tau apa tujuannya.hantar 2 orang pelakon dengan bekal 1 beg berisi ongkos tunai & tunggu...yang dijanji datang tanpa tahu apa tujuan perjumpaan diadakan terus dicekup penguasa senget yang sedia menunggu.Tuduhan?meminta RM5000 untuk luluskan projek perumahan.


projek perumahan apa?Sri Iskandar?apa ada di Sri Iskandar?Kerajaan Negeri Perak pun tak tahu wujudnya projrk perumahan di Sri Iskandar.macam mana pulak BPR boleh tahu?yang dituduh pula kalau diikutkan, bukan bidangkuasa mereka untuk luluskan projek...ini gila...gila yang ini mengalahkan gila sibengong Tajol.


Mungkin sibengong Tajol ni dah sampai tahap meroyan gila talakkan kuasa MB.entah...aku tak tau...mampuih pi la dia...TAPI......Dari pemerhatian aku, usaha bersungguh-sungguh untuk jatuhkan Kerajaan Negeri Perak ni bersebab.sebabnya masih dalam siasatan kami & aku yakin sangat-sangat, ada sesuatu yang puaka-puaka ni takutkan.mungkin puaka-puaka ni pernah buat sesuatu PENYELEWENGAN YANG BESAR semasa puaka-puaka ini mentadbir negeri Perak.Puaka-puaka ni mungkin terdesak takut selewengan depa ni lambat laun dikehui oleh Kerajaan negeri Perak sekarang...jadi sebelum terbongkar...usaha menjatuhkan Kerajaan Perak sekarang mesti dibuat.


MESTI ADA UDANG SEBALIK BATU..!


Tunggu...bangkai hangpa tak leh tutup dengan daun pisang...pasai satu hari nanti pasti Tok Wan yang meniaga nasik lemak akan jumpa...kalau dah Tok Wan jumpa bangkai tu...hangpa tunggu la...1 kampung geger..!

Perisik Rakyat

untuk layari ke matsamankati

Rabu, 20 Ogos 2008

Konspirasi Politik Untuk Jatuhkan Kerajaan Perak

Kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak membabitkan kes 2 orang EXCO Parti KeADILan Rakyat hari ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak menegaskan bahawa wujudnya 1 konspirasi politik tertinggi dengan tujuan cuba menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sekeras-kerasnya menafikan kewujudan Projek Perumahan yang dikatakan bernilai RM180juta di Sri Iskandar.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak juga TIDAK PERNAH MELULUSKAN apa-apa projek perumahan di Sri Iskandar seperti yang diwar-warkan setakat ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak juga menegaskan bahawa mustahil bagi YB Jamaluddin dan juga Kapten Osman meluluskan apa-apa projek perumahan kerana ianya adalah DILUAR BIDANG KUASA MEREKA.

Sebagai sokongan kepada kedua-dua EXCO yang ditahan berkenaan dengan kes yang disebutkan, 1 KEMPEN SOLIDARITI telah dilancarkan untuk YB Jamaluddin dan juga YB Osman.

Sebagai langkah pertama KEMPEN SOLIDARITI, 1 perhimpunan akan diadakan pada jam 9:00 pagi esok di perkarangan Mahkamah Majistret Ipoh.

Seterusnya pada jam 2:30 petang 1 lagi perhimpunan akan diadakan di Mahkamah Tinggi dimana Hakim akan membuat keputusan untuk menilai semula perintah tahanan reman kedua-dua tertuduh.

Ramlang Naik Pangkat-TAHNIAH


Salam...


Aku baru dapat [info] Us Ramlang dah naik pangkat hari nih jadi Imam...semalam masih penolong tadbir hal ehwal agama islam...korang tak percaya masuk dalam web jakim....


Yang buat aku pening....[JAKIM] baru update hari nih lepas kita henjut habis-habisan sapa us ramlang tuh...bila dh pecah tembelang....web pun Update bahawa imam di masjid wilayah ada 8orang termasuk la ramlang....dok bawah skali dlam senarai tuh...apa2 pn [TAHNIAH] la


Pelik x?pelik kerana web tak update atau pelik kerna tetiba update...tapi percayala...ianya juga 1 kebetulan...hehehe...Ya ALLAH...rakyat permatang Pauh....26 Ogos tarikh keramat membawa DSAI masuk Parlimen....27 Ogos jadi Ketua Pembangkang...16 September tukar kerajaan n DSAI jadi PM...Ayuh...Undi Parti Keadilan.....Adil...Adil...Adil.....
ni plak dalam web seorang teman....lihat la betapa bijaknya si sialfol tak reti & tak paham...Allah tu ujungnya S.W.T atau S.A.W
Perkara ni di sedari oleh Nat Setiausaha Dato Seri Anwar yang di tahan apabila dia menghantar email kepada petugas di pejabat DSAI yang di maklumkan pada aku oleh chegu bard sewaktu aku ke kl bila laporan polis di buat pada DSAI...korang nk baca...korang klik la kat [SINI]

LALUAN KE PUTRAJAYA-27 HARI



Laluan ke Putrajaya semakin hampir...seperti yang di war2 kan oleh rakan2 PR termasuk di dedahkan oleh Naib Presiden PKR Dato Jefri telah menggusarkan byk pihak termasuk la kak fidah serta tok det tercinta....ada bunyi2 nk berhijrah ke luar negara kerana tak boleh ber PM kan DSAI....


Lihat la kenyataan Najib...bukan sahaja dok kempen nak bawa MP sabah...siap komen lagi...'klau kerajaan yang akan di pimpin oleh parti samseng,bagaimana negara bertuah ini akan boleh mengharapkan parti ini memerintah'...


Aku trfikir,mgkin la jika Tv3 hat pak aku punya....Tv1 hat mak aku punya...Tv2 pula pak menakan aku punya....nescaya muka dia tak keluar dh...sampai tadak isi...dah tu pula takat nk dakwa mcm tuh...hampa tanya dengan pakleman pun dia reti cakap....cuma depa lupa hat cakap tu..dok tunjuk kononnya PR yang jehat..depa baik kesemua...tapi hat lucah,keja menipu & putar belit fakta hampa betui ke semua...mcm Hijat teman bloggers aku kata...bila depa ada PHD...Pakai Hat Depa saja...


Tapi hingga hari ni,aku cukup yakin...kemenangan di Pmtg Pauh akan membuatkan bukan saja keperluan 30 Ahli Parlimen....bahkan lebih dari 40 kerusi yang ada sekarang...masa tuh semua pakat nk cium tangan DSAI...DSAI faham...dia tahu rakyat yang angkat beliau...kepada rakyat terbanyak di jamin kesenangan...InsyaALLAH...minyak turun lepas 16 September akan buat UMNO-BN pupus...lepas tu mcm tok jeb & The Gang...gamaknya kat negara mana la depa nak lari...paling aku meluat tgk bini dia....klau bini aku tu...dah lama aku tampaq dgn perangai X dia tuh...Ingat Woi...kita semua nk mati bawa kain putih...kot hampa menuntut ilmu kebai sampai ke kuboq siap ada spare C4 nk jumpa malaikat nanti aku taktau la plak...


Aku nk pi taiping...tgk kak aku masuk hospital wad D6...sapa nk pi,jgn bawa ubat...bawa la buah habuan orang tak sakit mcm aku nih nk pelahap...hehehe...arios amigos...



Abang Jeb kata,moral penyokong BN Tinggi...Mcm hat dalam gambar nih....ish...mulianya

Hat Ni Moral dia Tinggi...jenis spesis Akhlak di cari oleh byk pak2 mertua zaman skrg...

Selasa, 19 Ogos 2008

AKHIRNYA....



Akhirnya...laporan dalam tranungkite & no2umno bahawa Ramlang Porigi adalah Ahli Pemuda UMNO Bukit Mertajam...




Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.


Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843.

Tidak menghairankan kepada semua kini,bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam.


(Klik Pada Imej Untuk Besarkan Carian)


Klik untuk dalam laman no2umno


Dan ini pula friendster ramlang http://profiles.friendster.com/43341251

sakan juga imam intrested nak friendster lagi...mgkin untuk mudah org buat aduan serta berdakwah kot...


Tq 'MANJUNG MARI'

Kata Mufti Perak & Persatuan Ulama

…..Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pula berkata tidak wujud istilah sumpah dalam Islam dengan perbuatan menjunjung al-Quran tetapi cukup sekadar menyebut “Wallahi, Wabillahi, Wata’alahi”.


Beliau berkata sumpah juga perlu dilakukan di hadapan kadi di mahkamah bukan imam dan di dalam masjid.


Mohd Saiful juga, katanya, perlu mempunyai bukti yang kukuh untuk mensabitkan Anwar meliwat beliau sebelum bersumpah.


“Dia (Saiful) hanya melakukan sumpah secara relevan untuk membersihkan namanya sahaja, bukan membabitkan yang dituduh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tetapi mengikut hukum syarak dan qazaf, seseorang yang menuduh orang lain melakukan zina atau liwat, perlu menyediakan empat saksi,” katanya.


KOMEN LAGI NI..


Di KUALA TERENGGANU, Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata sumpah laknat yang dibuat Mohd Saiful sepatutnya dilakukan selepas proses mahkamah terhadap kes berkenaan selesai.


“Sepatutnya sumpah yang dibuat Mohd Saiful itu dilakukan jika mahkamah menemui jalan buntu dalam menyelesaikan kes berkenaan,” katanya.


PERMATANG PAUH: Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) berkata, kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus didengar di Mahkamah Sivil, malah sumpah yang dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jumaat lalu tidak wajar dilaksanakan sebelum proses kehakiman berlandaskan Islam diselesaikan.


“Kami berpendapat kes ini tiada kewajaran untuk didengar (sebab tiada empat saksi) dan ia juga hanya harus didengar di Mahkamah Syariah,” kata Yang Dipertua PUMPP, Dr. Wan Salim Wan Mohd. Nor pada sidang media di sebuah restoran di Seberang Jaya pagi ini


“Sumpah sebegini tidak wajar dilaksanakan sebelum proses kehakiman diselesaikan,” Kata beliau, budaya bersumpah ini akan memberi kesan buruk antara lain kepada pelaksanaan sistem kehakiman Syariah di negara ini apabila pada masa akan datang pelbagai pihak boleh menggunakannya sebagai precedent bagi mendahulukan sumpah sebelum proses kehakiman dapat dilakukan.


“Dalam Syariat Islam, kes ini diklasifikasikan sebagai kes Hudud dan pendakwa wajar membawa bukti mengikut Syarak bahawa perlakuan liwat berlaku dan perkara ini akan dibicarakan di mahkamah selaras kaedah feqah, dan pihak pendakwa perlu mengemukakan bukti empat orang saksi manakala yang menafikan dikehendaki bersumpah,” katanya.


Isu bersumpah Saiful bukan sahaja menjadi perhatian pihak bukan politik, malah mendapat fokus sebagai bahan kempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.


KOMEN
wahai umno..kata le mufti dan majlis ulama ni manipulate sumpah saiful kalu berani.Lepas ni kalau buat menipu sj,sumpah...mendahului mahkamah...korang cakap la yang di tuduh tu buat salah...munafikla kamu ni...ulama pun kamu tak percaya

Arif Shah Ada PHD???

Oleh : Badrul Hisham Shaharin




"I cut and paste part of article dari Malaysiakini. Please check Ariff Shah Calon UMNO di Permatang Pauh ni betul ke buat PhD. Atau ini jenis PhD yang ramai artis2 di Malaysia dapat. Sekarang ni ramai artis dah ada PhD. Entah bila lah mereka ni sweat it out buat PhD.


An Old Timer: I read in one of the local papers that the BN candidate for Permatang Pauh, Arif Shah has a diploma in civil engineering from Grabel International and is currently pursuing a Ph.d from Edison University of Technology.


I did a quick Internet search and could not find any information on either of the institutions.
Could it be that Grabel International is one of those unaccredited private colleges located in one those shophouses in Chow Kit Road and could it be that Edison University of Technology one of those many diploma mills churning out Bachelors, Masters and Phd degrees at prices ranging from US$100 to US$1,000?


I believe Permatang Pauh voters want to know the truth about this guy's real academic qualifications for they want their MP to be honest with himself and the public. If one does not have any real diploma or degree, just honestly say so. (maklumat yang di email..)

KAMI POHON PENUH HARAPAN


RE-FOR-MA-SI




Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mendakwa 13 ahli Parlimen dari Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.


Katanya, daripada jumlah 13 orang itu,dua ahli Parlimen adalah dari Parti Maju Sabah (SAPP) dan bakinya wakil rakyat Umno.Beliau memberitahu pemberita selepas menyampaikan ceramah di Jalan Berapit di Bukit Mertajam malam tadi,demikian menurut laporan Bernama.


Menurutnya, kesemua 13 anggota Parlimen itu sebenarnya telah menemui beliau secara peribadi dan menyatakan sokongan terhadap Anwar.


"Kita bercakap benar, saya bercakap mengenai 13 MP (anggota Parlimen) yang akan sertai Pakatan Rakyat selepas Anwar menang pilihanraya kecil ini (Permatang Pauh)...sekarang mereka sedang menunggu sahaja," katanya.


Pakatan Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen lagi untuk membentuk kerajaan pusat dan Sabah mempunyai 24 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN)."


P/S:Keputusan Harapan Kami Seluruh Rakyat Malaysia Hanya Di Tangan Pengundi Di Permatang Pauh Untuk Mengundi Datuk Seri Anwar Ibrahim...Kami Pohon Penuh Harapan....

Ramlang

komplot apa ni.....

hari tu 15 ogos 08 pengarah jawi hadir masa si sialfool angkat sumpah.hari ini si sialfool di panggil ke jawi pulak.mcm mana blh jadi org yang ada kes dgn JAWI blh bersama di masjid jln duta tempoh hari.huhuhu.........update dari beritaharian ;


KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan melarikan diri daripada wartawan yang menunggunya selesai memberikan keterangan dipercayai berhubung dakwaan liwat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini, tengah hari ini. Beliau dipanggil pegawai siasatan Jaip dipercayai berhubung dakwaan liwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mohd Saiful yang keluar melalui pintu belakang jam 1.15 tengah hari, terus menaiki Proton Waja yang sedia menunggunya dan dipecut laju.


antara tugas ustaz ramlang porigi adlh :


URUSETIA INDUK JAWATANKUASA PENGURUSAN JENAZAH ORANG-ORANG KENAMAAN shj bg masjid wilayah jln duta :


Bhg. Us. Ramlang bin Porigi H/P : 019-3569680 H/P : 012-5708143 dan



Pembantu Hal Ehwal IslamTalian Terus :03 62018780ext :158


Masih Cerita Ramlang Porigi-Imam Waktu Sumpah

Tentu anda melihat insan yang dikatakan imam oleh utusan sewaktu sumpah seranah si seyey fool tuh kan....


Aku menerima 1 panggilan serta melihat dari sorang komen dari blog MSK




Snowflake said:


Assallamualaikum


Nama : Ramlang bin Porigi

Tarikh Lahir : 26 Jul 1979

Jantina : Lelaki

Lokaliti : 044 / 12 / 06 / 005 - Pondok Penanti MK 20

Daerah Mengundi : 044 / 12 / 06 - Penanti

DUN : 044 / 12 / - Penanti

Parlimen : 044 - Permatang Pauh

Negeri : Pulau Pinang


Satu kebetulan si Ram yang malang ni.Wassallam




Jadi tertanya2 plak aku...klau benar sama ramlang porigi pengundi di pmtg pauh di dun penanti itu dengan yang di maksudkan imam dalam acara sumpah seyeyfool tuh...Adakah dia ada sangkut sedara mara dengan yang terajang TONG tu?klau tak silap aku korang search kat SPR dapat la lokasi dia mengundi melalui no I.C Ramlang Bin Porigi...ni No I.C dia 790726125443 seperti yg member aku sms tadi...klau kod 12 mcm aku hitam kan tuh beranak di Sabah...tak tahu la plak kot2 dia pindah kat pondok penanti....



Kes nih dah makin menarik nih....patut la TOK GURU...TGHH,Datuk Dr Haron Din serta ulamak2 Muktabar kata tak ikut cara islam...mcm upacara kristian sj...jadi...harap hampa paham la noooo..... klau tak faham klik SINI dan SINI

MUSA HASSAN DI HANTAR KE ICU HUKM???

UPDATE: TS MUSA HASSAN

email dari : hide

Sebenarnya bukan TS Musa yang koma tetapi ada sedara dia yang koma di hospital yang sama. Saya telah mendapatkan info ini dari saudara yang rapat dengan keluarga ini.

Jadi berita mengatakan TS Musa Hassan koma adalah tidak benar.

Harap Maklum Terima Kasih kepada pemaklum.Jadi, Kes selesai... BUKAN MUSA HASSAN koma tapi salah seorang saudara Musa Hassan...KLIK


Ketua Polis Negara selamat jalani pembedahan pintasan jantung di IJN 19/08/2008 4:41pm

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Beliau menjalani pembedahan tersebut pada pagi ini, atas nasihat doktor yang merawatnya selepas melakukan pemeriksaan rutin minggu lalu.

Beliau kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan keluar dari IJN kira-kira pukul 12 tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu dan berkata, Musa kini sedang bercuti rehat.

“Beliau selamat menjalani pembedahan pintasan jantung dan sedang berehat,” katanya.

Alhamdulillah panjang lagi umur ni…..kalau tak sedaq tak mau nak betaubat lagi tak tau lahhh…




Seperti yang teman2 di minta mengikuti anak kepada Ustaz Hassan Azhari...Adik beradik dengan Fuad Hassan serta Jalaluddin Hassan kononnya ada masalah jantung....

Jam 11am tadi aku menerima panggilan dari seorang teman dari KL...dia maklumkan jika boleh tolong dapatkan maklumat tuan empunya cerita nih dah di masukkan ker ICU HUKM...dlm kritikal...aku pun tak sahih lagi...cuma klau ada info dari mana2 pihak mahu pn teman seuniform...info2 la yeee....klau nk baca lanjut...korang klik la kat SINI

INFO SIAPA RAMLANG PORIGI-IMAM SUMPAH !!!

Aku mendapat tahu ada berita mengenai saksi yang juga di maklumkan Imam semasa SUMPAH diadakan...hampa pi baca sat kat sana....hampa klik kat SUMPAH tu atau kat [SINI]


Hampa Juga Mungkin Mencari Gambar Ini...



Comel jer dia kan...masih gunakan baju biru PKR...




Us Sham ngan Us Aziz yang dok cabar utk DSAI sumpah pun ada

HANTU DARI BLOG UMMI...WuuoOOooo




Hantu-hantu yg tidak sesuai digunakan sebagai pengundi hantu:


Toyol


Toyol didefinisikan sebagai “hantu kanak2 bogel yg digunakan untuk mencuri. Undang2 mentakrifkan “kanak2” sebagai orang yg berusia bawah 18tahun, manakala umur yg layak mengundi pula adalah 21tahun. Oleh itu, walaupun toyol itu hantu, beliau tidak layak menjadi pengundi hantu kerana tidak cukup umur.


Orang Minyak


Orang minyak badannya diselaputi minyak. Selepas menyerahkan kad pengenalan, kertas undi yg beliau ambil akan terpalit kesan minyak yg hitam dan pekat. Secara automatic undi beliau akan menjadi undi rosak. Ia tidak membawa faesah kepada mana-mana parti (kecuali PUNDAK)


Pocong


Pocong, walaupun hantu yg cukup umur dan tidak berminyak , tidak sesuai digunakan sebagai pengundi hantu. Ini adalah kerana tubuh beliau yg dibungkus ketat tidak mengizinkan menggunakan tangan. Tanpa tangan, beliau tidak dapat memangkah kertas undi.

Hantu Jepun


Hantu jepun adalah bayangan makhluk yg berpakaian seperti tentera jepun. Selalunya beliau dikaitkan dengan tempat yg pernah dijadikan markas tentera jepun semasa jepun menawan Malaya. Tempat yg selalu disebut-sebut adalah bangunan sekolah berasrama dan pejabat kerajaan. Walaupun hantu jepun itu hantu, mereka tidak layak menjadi pengundi hantu kerana mereka Pendatang Asing Tanpa Izin...atau PATI warga Negara jepun.

Hantu galah


Hantu galah dikatakan besaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Oleh kerana pusat mengundi biasanya di sekolah, dan pintu bilik darjah hanya sekitar 7 kaki, beliau tidak dapat digunakan sebagai pengundi hantu. Ketinggian beliau tidak mengizinkan beliau masuk ke bilik mengundi.

(hang ingat dunia aje ada politik mengundi..hantu pun ada..lagi2 sekarang..ghost month)

Untuk peringatan..!!


Dah kita semua dalam suasana PRK Permatang Pauh ni..marilah kita berjaga2 dengan hantu yang paling bahaya mutakhir ini..jenis hantu ni tak tau nak masuk katogeri mana..bak kata pepatah cina..''nang bo ti nang..kui bo ti kui.. ''maksud bahasa antarabangsanya "nak kata human bukan human..nak kata ghost bukan ghost..".

jadinya janganlah anda diselubungi MISTERIIIIII......

wallahualam...jangan lupa baca ayat Kursi sebagai pendinding...

Isnin, 18 Ogos 2008

Anda Kenal-Gambar Siapa Ini ???




salam....


Aku baru sampai rumah setelah beberapa urusan di selesaikan di permatang pauh...aku juga ke bilik gerakan AMK Malaysia serta berbincang dengan Pengarah Pilihanraya Kecil AMK Sdr. Farish Musa serta Ketua AMK Samsul Iskandar....sebelum aku pulang...sempat aku menjengah Saudara Hishamuddin Rais,Amin Iskandar/Black serta teman2 pemantau bebas pilihanraya kecil di satu lokasi yang mungkin ada segelintir golongan amat berhajat memantau kerja mereka...bukan saja mereka nk pantau kerja pilihanraya....ada juga pihak yang nak pantau mereka...hehehe...mcm tu la putaran roda...


Lebih kurang jam enam...aku bergerak di 1 lagi lokasi...aku berjumpa dengan Chegu Badrul untuk berbincang mengenai beberapa program yang telah di aturkan di Pmtg Pauh...lepas makan...aku pun pulang & menerima sms dari beberapa teman mengenai kedudukan terkini di Pmtg Pauh...


Skrg aku di depan Laptop..aku melayari beberapa artikel teman2 bloggers...ketika aku masuk ker blog perisik rakyat...aku terjumpa la picture yang di katakan di ambil dari Skuad Dun Batu Caves


Lepas tuh aku terjumpa lagi benda nih dlm blog Matcomot serta dari benda yang berkaitan dalam blog yang sama iaitu Perisik Rakyat mengenai benda yang sama persoalannya dengan blog Matcomot...jadi korang klik la sendiri & tanyakan kesahihannya & emailkan pada tuan empunya blog tersebut...


Aku nk ingatkan kepada semua yang melayari blog ini...ingatlah..hingga 26 ogos ni,takyah bazir duit beli paper...hampa belanja aku minum teh lagi baguih...klau yg nk tgk tv tuh...berita jam 8 tv1,2 & 3 suku tuh...korang tutup...jimat juga bil elektrik rumah hampa...mengadap depan komputer...maklumat dalam sejam...hampa dapat pelbagai info termasuk la tak payah nak beli paper sbb nk tgk keputusan no ekor (HARAM di sisi Agama)...


Dalam internet ni...korang bley dapat info awal dari keretapi peluru kat jepun tuh...bayangkan,raja petra yang botak tuh buleh perjelaskan dalam artikel dia mengenai dengan pembentangan rang undang2 mengenai DNA di parlimen agar boleh di gunakan untuk memaksa DSAI memberi DNA nya mengikut perundangan yang bakal di bentangkan & di guna pakai di Mahkamah...tetiba hari ini sudah terbukti....takkan si botak tuh AHLI NUJUM?bijak...bijak...korang tak caya cakap aku?tadi dalam TV3 pun ada tunjukkkan?kot tak reti...korang klik kt sini


So...skrg dok bz ceta pasal SUMPAH...sampai tak faham langsung...ni ceta dari Bapak Gus Dur plak...dulu aku dh tulis mengenai komen Tok Guru Nik Aziz...TGHH dgn Datok Dr Haron Din...tp taktau la kot hampa tak faham lagi...falsafah aku tetap mudah...mcm sang nabil...korang ada akal...lu pikir la sendiri....

NAJIB DI HALAU DI PERMATANG PAUH...!!!


Alahai Jeb


Kami Mahu UMNO keluar dari kampung kami


Ish...dah la tadi tak sempat nk lunch...kena jaga jeb pula


Aduh...malunya orang kampung halau...Ingat PR saja tak suka kat kami...Orang kampung pun meluat...Malu...Malu...Malu...makkkkkkk......abahhhhhhh....abang jeb.....


ORANG KAMPUNG NAIK ANGIN


Lawatan Dato’Seri Najib Razak menjadi kecoh apabila orang kampong keluar untuk menunjuk perasaan.Beliau yang dalam perjalanan pulang dari Seberang Jaya dan singgah untuk melawat bilik puteri UMNO di kampong tersebut telah disambut dengan tunjuk perasaan memprotes kehadiran beliau .Penduduk kampong mula berkumpul apabila kelihatan para pergerakan putera UMNO berkumpul beramai-ramai.


Mereka memprotes kerana mendakwa bahawa puteri UMNO telah membina khemah di atas tanah yang statusnya dimiliki oleh seorang warga Singapura dan tanah itu juga telah berpindah milik dari beberapa orang pemimpin UMNO sebelum ini sehingga terlepas ketangan orang asing.malah tidak ada seorang pun puteri UMNO berasal dari kampong tersebut begitu juga putera UMNO yang hadir. Mereka adalah dari luar kampong tersebut.Perasaan inilah yang menyebabkan orang kampong menjadi marah kerana menurut pendudk kampong Kubang Semang,tidak ada sedikit pun anak tempatan di bilik gerakan puteri UMNO tersebut.


Dato Seri Najib yang singgah selama 15 minit tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan bergegas lalu dari situ secara tergesa-gesa dan penduduk kampong mengejek beliau.Tunjuk perasaan selama hampir 30 minit sebelum dan selepas kehadiran Dato Najib itu berakhir apabila beliau beredar dari situ.Sebelum itu,orang kampong yang tahu akan kehadiran Najib mula berkumpul beramai-ramai sekitar jam 4.00 petang kerana melihat kelibat putera UMNO.


Beberapa kain rentang ditujukan kepada ahli-ahli UMNO yang berkumpul.Keadaan menjadi bertambah kecoh dengan masing-masing berkumpul.Hampir separuh anak-anak muda dan orang-orang kampong tersebut keluar untuk melihat kejadian tersebut kerana merasakan kehadiran bilik gerakan tersebut tidak harus ada dikampung mereka.malah ada yang menjerit “keluar dari kampong kami”,”jangan ceroboh kampong kami”.Kesesakkan jalanraya berlaku hampir 10 kilometer kerana masing-masing ingin melihat dan memperlahankan kenderaan dan kehadiran unit FRU.


Malah menurut orang ramai yang hadir,kebanyakkan putera UMNO seolah-oleh macam budak-budak sekolah yang dipergunakan.Mereka tidak seharusnya dipergunakan kerana musim cuti persekolahan ini...

Abang jeb nih...dh orang tak suka..gatal2 datang...
Kes berat nih di pmtg pauh untuk kalahkan anwar...takkan nk suruh si sesumpah pulak bersumpah dia kena liwat?hehehe
Lepas salam...nk kena blah ni....hehehe
Cabooottttt..............mungkin nk pekena nasi kandar plak...hehehe

Ahad, 17 Ogos 2008

Sentuh Isu Peribadi,Saya Sanggup Bertumbuk-Tok Guru !!!


IPOH: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan kesediaannya untuk bertumbuk jika isu peribadinya disentuh oleh pihak-pihak tertentu.

"Kalau masa saya muda kemudian jadi begini, saya akan bertumbuk," katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan beberapa penyokong Barisan Nasional (BN) yang menggunakan gambar-gambar yang tidak senonoh bagi tujuan menjatuhkan maruah calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, Islam tidak mengesyor menjatuhkan maruah pihak lawan untuk memenangi sesuatu perkara.

Nik Aziz juga mempersoalkan tindakan BN yang menggunakan isu sumpah bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan sehari sebelum hari penamaan calon bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh.

"Tak ada cerita lain? Tak ada hujah dan dalil-dalil lain untuk ditunjukkan kepada masyarakat bagi membantu parti berkempen?" katanya.
Tambah beliau, menggunakan serangan peribadi adalah cara bagi orang telah kehabisan modal.

"Mengapa nak serang peribadi? Peribadi pun belum tentu betul lagi," katanya.
Selain itu katanya pertandingan antara parti-parti politik adalah atas dasar sesebuah parti itu dan bukannya dalam bentuk fizikal.

Lagi Gambar Sekitar Penamaan Calon P-44






















Kalau hampa nk tgk satu per satu...klik sj kat gambar tuh...


Related Posts with Thumbnails