Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Jumaat, 24 Oktober 2008

Minyak & Barang Bila Nak Turun???

Makin hari makin kita di rundung kebimbangan apabila tahap perbelanjaan harian bertambah...walaupun rakyat di jamu hari ini akan ada pengumuman penurunan harga barang oleh menteri uban putih...

Pokok persoalannya,adakah perkara ini akan berlaku & peniaga akan menurunkan harga barang?sejak kenaikan harga minyak oleh kerajaan beberapa bulan lalu setelah tamat pilihanraya umum ke 12...amatlah mendukacitanya apabila rakyat menghadapi realiti kenaikan mendadak harga barang keperluan...para kontraktor juga berhadapan dengan bekalan bahan binaan naik secara mendadak...


Kalau dulu harga milo 1kg harganya hanya sekitar RM10-12...sekarang sudah lebih dari RM14...kalau dulunya tepung bawah RM1.60 sekilo...sekarang sudah lebih dari RM2.30....terpaksala tunggu tawaran daripada tesco,gaint atau mana2 pusat membeli belah yang besar buat tawaran....

Waktu tuh melengganglah mak lijah,pakleman & timah janda berebut2 membeli harga tawaran murah...tidak ketinggalan juga ah chong,maniam & wak jono mendapatkan bekalan keperluan selagi stok masih ada...itu beberapa bulan yang lepas....

Sekarang minyak dunia sudah turun paras bawah $70 se tong....harga elektrik juga tidak di kaji...bahkan dengar desas desus nak naik lg tarif...harap2 tuh semua khabar hangin....klau betul...pakat mengelupor pulak timah janda yang di kampung aku nih...jalan lepas nih pun x lagi menonggek sebab tak tahan dengan kenaikan harga dalam keadaan ekonomi merudum sekarang nih....

Kerajaan cakap ekonomi kita kukuh...tapi hujung tahun ni nak tamatkan pekerja kontrak sebab kerajaan tak mampu nak tanggung....apa punya ayat gomen kita guna nih?bursa saham malaysia juga sudah menjunam teruk...tapi percayala...tanya pak menteri...jawapan mereka adalah sama..'MASALAH EKONOMI GLOBAL'

Makin2 menjadi la penipuan2 oleh pemimpin kita....harga simen sekampit RM10 sudah mencecah RM16...bila nk turun?bila mahu turun?apa jaminan yang harga akan turun?Gas masak pula jangan kita lupa...bila nak turun?penipu besar kerajaan kita...aku yakin...lagi hampa tak bersiap sedia cari inisiatif untuk sara hidup yang makin meningkat...maka jangan terkejut kalau gaji hampa nanti hanya cukup setakat kais pagi makan pagi...kais petang makan malam....


Khhhaakkkkk pppttuuuiiiihhhhh BN....ada otak,lu pikir la sendiri!!!

FREEMASONRY-Agenda Yahudi

FREEMASONRY, pertubuhan Yahudi yang telah didirikan sejak lebih kurang tahun 900 SM, mempunyai sepuluh (10) program antarabangsa. Program ini dalam istilah Freemasonry dinamakan 'HARAR' atau 'SATANIM', berlambangkan kurita (octopus) berkaki sepuluh, ular berbisa (serpent) berkepala sepuluh, dan hantu penerkam berkuku besi.PROGRAM PERTAMAProgram pertama dalam istilah Freemasonry dinamakan 'TAKKIM' :

PADA ZAMAN NABI ISA A.S. :


-Orang orang Yahudi dengan segala tipu daya ingin membunuh Nabi Isa A.S. Diantaranya fitnah keji - 'Nabi Isa A.S. ingin menjadi Raja Yahudi' yang disampaikan kepada kerajaan Rome. Tetapi Allah S.W.T. telah menyelamatkan Nabi Isa A.S. dan sebagai gantinya Judas tersalib di Golgota. Maka setelah wafatnya Nabi Isa A.S., Yahudi masih berusaha menghancurkan ajaran Nabi Isa A.S. yang sudah disebarkan dengan program 'TAKKIM' iaitu :


- Merosakkan ajaran Nabi Isa A.S. yang ada seperti menghalalkan yang haram dan sebaliknya.


- Merosakkan akidah dengan Doktrin Trinitas.


- Merosakkan Injil (Bible) yang ada dengan Injil palsu.


- Saul (Paulus) dijadikan tandingan Nabi Isa A.S.



PADA ZAMAN ISLAM :

- Pada zaman Rasulullah S.A.W, orang-orang Yahudi memupuk Munafiqin dan Muhadin. Mereka diantaranya berusaha menfitnah isteri Nabi, mengacau ajaran Islam, memecah-belahkan kaum Ansar dan Muhajirin.

- Melaga-lagakan Ali R.A. dan Muawiyah R.A. sehingga Aisyah R.A. masuk campur.

- Membuat ratusan hadis-hadis palsu, memasukkan dongeng Israeliyat, mengubah penafsiran Al-Quran dan sebagainya.

- Mendangkalkan aqidah umat Islam dengan falsafah Yunani sehingga timbul aliran kerahiban, tarikat sufi, mu’tazilah dan sebagainya. Maka lahirlah cendikiawan-cendikiawan Islam yang menghuraikan akidah islam dengan cara falsafah Yunani, menuruti pemikiran Aflatun (Plato), Aristun (Aristotles) dan lainnya.

- Mewujudkan lembaga pendidikan Islam yang dipimpin seorang alim didikan Freemasonry yang menafsirkan Al-Quran dan hadis sesuai dengan alam pemikiran Freemasonry.

- Menghidupkan sunnah-sunnah jahilliah dengan alasan memelihara adat istiadat nenek moyang.- Menjadikan Islam supaya Tasyabbuh, selari dengan Nasrani dan agama lain. Diantaranya dengan memasukkan bentuk nyanyian gereja ke masjid, ulangtahun dan sebagainya.

Khamis, 23 Oktober 2008

UTAMAKAN EKONOMI

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu lagi bercakap mengenai perancangan untuk mengambil alih kerajaan seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini. "Cukuplah mengenai perkara itu, kita akan fokuskan kepada pembangunan ekonomi," katanya dalam sidang media selepas taklimat mengenai Bajet Pakatan Rakyat 2009.

*klau ambil 16 september...silap2 rakyat akan isu pula..kegagalan ekonomi akibat sikap tergopoh gapah pertukaran kerajaan pusat...

Valuecap...Pandai Meniaga?

Lepas makan tengahari..baru aku nak tengok paper. Seronok jugak tengok nombor-nombor yang begitu banyak dalam suratkhabar.

Terdapat 2.1 juta pekerja asing di Malaysia. Setakat Jun 2008, mereka telah menghantar pulang sejumlah RM9.124 billion. Dijangkakan..sehingga akhir tahun ini, sebanyak RM18.1 billion akan di hantar pulang kenegara masing-masing.

Pada tahun lepas..sebanyak RM17.2 billion telah dihantar pulang oleh pekerja-pekerja asing ini kenegara masing-masing. Secara purata…setiap pekerja asing menghantar pulang sebanyak RM720 sebulan.

Whoa!!! berapa banyak wang yang dihantar kekampung setiap bulan? Kesiaaan..ada ibu tunggal yang terpaksa mengharapkan duit baitulmal…duit Welfare..duit sumbangan Hari raya. Nak harapkan anak-anak di Kuala Lumpor..Penang..Johor Baru..anak-anak pun susah. Sekali nak balik…habis dua tiga ratus duit minyak dan tol saja. Apa nak harapkan anak-anak…ada yang kerja kilang…jadi Pak Guard..nak tanggung anak bini pun tak cukup.

RM18 billion yang mengalir keluar bukan sikit, Yob! Dan bila pasaran jatuh menjunam..bukan boleh pinjam duit yang depa hantar balik ni! Sebaliknya duit pekerja kilang…duit Pak Guard ni la yang digunakan untuk membantu pasaran saham.

Hari tu…Najib umumkan sebanyak RM5 billion telah disalurkan kepada Valuecap dari EPF. Senang sungguh! Hari ni…Bursa Malaysia menjunam lagi. setakat 12.44 tengahari tadi, indeks komposit jatuh dibawah paras 900, iaitu 886.67 mata. Hangus lagi! Mungkin lepas ni…duit orang pencen pulak depa sapu. Last-last…semua kantong kering kontang.

Valuecap ni boleh harap ka?

Valuecap ditubuhkan pada tahun 2002, dimiliki oleh Khazanah Nasional, Permodalan Nasional dan Kumpulan Wang Amanah Pencen.

Pada masa itu, Valuecap diberikan modal RM10 billion.
Laporan prestasi valuecap hanya didedahkan pada tahun 2003, dimana Valuecap hanya menggunakan sebanyak RM4 billion dan melabur didalam 70 syarikat.

Dan bagi tahun kewangan berakhir 2003, Valuecap mendapat keuntungan sebanyak RM250 juta.
Apa jadi selepas itu? Pernahkah Valuecap menyiarkan laporan untung rugi bagi tahun 2004, 2005, 2006 dan 2007?

Valuecap menggunakan RM4 billion dari RM10 billion yang diberi pada tahun 2002…mana lagi RM6 billion? Mengapa sekarang perlu diberi RM5 billion lagi?
Kalau bagi RM10 billion pun habis…apakah jaminan yang RM5 billion ni akan mendapat pulangan?
Mohd Nor Yakop kata..panel pelaburan EPF telah menimbangkan secara terperinci tentang pertumbuhan syarikat, untung dan rugi sebelum menyerahkan RM5 billion kepada Valuecap…depa timbang pakai kati ka?

Aku yang tak sekolah pun tau kira…kalau bagi sepuluh ringgit habis…bagi dua puluh habis.. sah syarikat tu tak dak akai.
Tapi orang yang banyak akai kat EPF, kat Kementerian Kewangan boleh lagi bagi kat syarikat yang tak tau urus duit!
Tu la aku kata…bagi kat Najib jaga peti besi…habih! Tak lama lagi..peti besi pun dia juai…kot yang ni depa timbang pakai kilo.

Ceramah Sheikh Muszaphar RM8,000 sejam?

Sheikh Muszaphar,pelancong angkasa yang mewakili Malaysia tidak sepatutnya meraih keuntungan di sebalik kejayaannya yang ditaja melalui wang rakyat Malaysia sejumlah RM95 juta apatah lagi beliau merupakan seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Menurut beberapa sumber beliau mengenakan RM8,000 sejam sebagai bayaran ceramahnya itu belum masuk perbelanjaan hotel, perjalanan dan seumpamanya.

Beliau kini juga kelihatan seolah hilang punca kerana turut menggunakan gelaranya yang diperolehi dari pembaziran mega wang rakyat dengan turun ke kempen - kempen pilihanraya untuk berkempen bagi pihak BN.Kepada Dr. Sheikh Muszaphar jika terbaca posting ini ; amat harapkan jawapan saudara ataupun sesiapa yang mengenali beliau sila panjangkan posting ini kepada beliau.

Kini sudah genap setahun lebih peristiwa menghantar warga Malaysia melancong ke Angkasa, cuma yang peliknya belum ada berita 'gempar' melaporkan penciptaan atau penemuan sains ekoran menerbangkan seorang warga Malaysia ke angkasa. Adakah berbaloi perbelanjaan RM95 juta itu dalam keadaan rakyat terhimpit dengan apa yang diperolehi....


Nampaknya regim Bn sememangnya tidak mempedulikan keperitan rakyat. Apa yang dilakukan hanyalah untuk memastikan kuasa terus ditangan mereka. Dari menghantar warga Malaysia melancong ke angkasa sehinggalah penganjuran rumah terbuka yang mebazirkan jumlah besar wang rakyat semuanya dilakukan untuk mengkhayalkan rakyat dari isu sebenar.

Semalam dalam Parlimen YB Mahfuz Omar mendedahkan bahawa Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Menteri Kabinet telah menelan belanja RM4juta. Fakta itu ialah melalui jawapan bertulis oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kepada beliau.

Ini sudah melampau !!! Berita rumah terbuka dimainkan konon dengan kehadiran ramai konon menunjukkan Perdana Menteri dan Menteri Kabinet mendapat sokongan ramai malangnya cerita disebaliknya rakyat terus dihisap darah mereka dengan tanpa disedari rumah terbuka tersebut telah 'membakar' RM 4 juta wang rakyat !!!Dan jangan terkejut RM 4 juta ialah perbelanjaan 'open house' 2007....berapa agaknya bagi 2008.... celakalah atas kamu pemimpin regim yang amat zalim sanggup membakar wang untuk menunjuk lagak ketika rakyat terhimpit kesusahan !!!!

Surat Untuk YB Dato Haji Hassan Malek


Parti KeADILan Rakyat Negeri Sembilan
433, Tingkat 2,Jalan Tuanku Antah,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel: 06-767 7278 /79
Faks: 06-767 7280


Tarikh : 22 Oktober 2008


Kepada :


Y.B. DATO' HAJI HASAN BIN MALEK
Level 3, West Block,
Perdana Putra Building,
Federal Government Administrative Centre,
62502 PUTRAJAYA.
E-mail : hasan@pmo.gov.my

YB Datuk ;
MENUNTUT PENJELASAN TERBUKA DAN MENARIK BALIK FITNAH BERKENAAN ISU 'PEMBELIAN' WAKIL RAKYAT BN

Semoga YB Datuk dan keluarga dalam rahmatNya.Merujuk kepada 'cerita' yang dibangkitkan oleh YB Datuk iaitu wujud usaha dari Parti Keadilan Rakyat (keADILan) untuk membeli Datuk untuk bersetuju keluar Bn dan memasuki keADILan.

Sehubungan dengan itu seorang ahli keADILan telah ditahan oleh BPR di tempat kerjanya iaitu sebuah agensi kewangan di Kuala Pilah. Selepas itu dengan segera keADILan Bahagian Kuala Pilah telah mengeluarkan kenyataan penafian bersama dengan ahli keADILan yang ditahan dan dalam kenyataan yang sama mencabar penjelasan Datuk atau mendedahkan terus apa yang Datuk maksudkan dengan 'tawaran' dan siapa yang menawarkan.

Namun nampaknya sehingga kini Datuk takut membisu.Sikap mencari publisiti murahan yang Datuk amalkan cukup tidak bersesuaian dengan status Datuk yang menjadi Timbalan Menteri.

Kerana politik mencari publisiti yang Datuk amalkan ahli keADILan yang ditahan kini tertekan di tempat kerjanya dan dikalangan masyarakat kerana wujud persepsi salah terhadapnya ekoran tangkapan BPR tersebut.Kami cukup memahami dengan kesungguhan Datuk untuk menarik perhatian bakal Perdana Menteri bagi jaminan tempat dan kedudukan politik yang lebih baik.

Namun ia seharusnya dilakukan dengan menyerlahkan rekod gerak kerja yang baik bukan mencari publisiti sehingga memangsakan manusia yang tidak bersalah.Malah sebagai sebuah parti politik juga keADILan turut cuba diberikan persepsi negative dalam kenyataan – kenyataan Datuk berkenaan isu tersebut.

Jesteru ini Datuk dituntut memberikan penjelasan, menarik semula fitnah atau mendedahkan terus maksud 'tawaran' dan siapa agen yang hendak membeli Datuk.

Jika tidak Datuk mungkin akan berdepan dengan tindakan undang – undang dari kami.Desakan ini juga dibuat bagi pihak mangsa fitnah Datuk.


Sekian dan terima kasih.


BADRUL HISHAM SHAHARIN
ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Keadilan Rakyat


merangkap Jawatankuasa Perhubungan
keADILan Negeri Sembilan




salinan kepada :
Badan Pencegah Rasuah

Peguam, YB Sivarasa Rasiah

Peguam, YB William Leong

Petikan daripada Email

CUCI MINDA

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : Eh? kenapa?
ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.
ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"
Sedikit Penjelasan:Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakanbahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa).Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya,"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya'. (Riwayat AtTabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

Rabu, 22 Oktober 2008

BILA MINYAK NAK TURUN BAWAH PARAS RM1.92

Makin hari...makin di tipu...Minyak hari nih sudah paras hampir $70 se tong,apa cerita nih?rakyat baru di jamu penipuan dengan lakonan & lawak jenaka para pemimpin yang melalak kononnya bila minyak sudah turun...barang bekalan juga perlu turun.....

Macam mana nak turun harga barang?

Hello brader....minyak harituh lu naik berapa sen masa harga $125 se tong barrel?minyak sekarang lu turun berapa pula bila harga sudah hampir $70 se tong barrel?takkan masa naik harga per barrel beza dgn harga per barrel sekarang?maksud aku,tong tuh ada kecik besar ker?

Macam mana nak turun harga barang?

Tarif elektrik ader ker korang kaji semula untuk turun wahai gomen BN yang memerintah pusat?yang makcik leha dengan timah janda korang boleh la menipu...korang kecualikan pembayaran kurang RM20 sebulan setelah pengiraan tarif korang naikkan...woii....ko tahu kampung aku nih takat tadih,hanya 4 orang sj yang dapat...kepadatan penduduk di kampung aku melebihi dari 400 rumah hanya 1.5KM...jadi berapa orang yang terima nikmat tuh?jadi kalau janda timah meniaga goreng pisang...dulu seringgit 12 keping...sejak minyak naik & tarif elektrik naik harga dah jadi seringgit hanya 8keping goreng pisang....walaupun minyak turun ciput...jangan la marah kat janda timah

Macam mana harga barang nak turun?

Barang jualan tak laku sejak kenaikan harga minyak & harga barang...berapa orang peniaga & kontraktor kecil gulung tikar?bekas pekerja dia mana nk mampu beli barang?dalam keadaan orang berjimat...berapa banyak lambakan barang2 yang tak terjual?ada korang pikir?bodoh punya gomen....

Macam mana harga barang nak turun?

Kalau pemimpin tetap berbelanja boros,nak makan pun kat hotel 5star...nak melancong pun kat eropah...bukan pakai duit poket sendiri...balik claim kat gomen...gomen pakai duit sapa?duit kita semua....duit kita semua tuh datang dari mana?dari cukai kita....klau hampa tak percaya tanya tok jib harga helikopter baru berapa sebiji....beli helikopter bukan mcm beli wira bayar downpayment....tak pun hampa pi tanya dengan Hakim Borhan Datok Bandar Kolumpo...dia belanja pi luar negara pakai duit kat mana?taktau kot JKKKP pakat kutip duit bayar duit tambang dia....khaaakkk ptuiihhhhh!!!

Macam mana harga barang nak turun?

Kalau para pemimpin hanya pikiaq nak jadi perwakilan pemilihan parti baik parti cap bintang,cap keris,cap bunga padi atau apa2 cap pun...dalam sampul dh tentu ada saki baki untuk bayar duit elektrik,duit beras,duit sewa bilik hotel bila calon yang dikehendaki menang jawatan tertinggi parti...apa depa peduli orang kampung makan atau tak...sebab bagi depa ada 1 saja prinsip 'MEMBUJUR LALU,MELINTANG SAPU'

Kalau mcm tuh...jom kita pakat cari jalan....Macam Mana Nak Turunkan depa nih....nanti depa kata pula,kegagalan ekonomi sebab faktor...KEMELESETAN EKONOMI GLOBAL

Hat Di Kampung Pun,pakat2 percaya la.....hahahhaha...khakkk ptuihhhh

SIAPA AGEN YAHUDI?

"Sama-samalah kita ambil iktibar akan perkara ini. Selamatkan Malaysia. TG Nik Aziz pernah mendedahkan keterlibatan ramai pemimpin UMNO dengan pertubuhan ini dulu.

Kronologi hubungan Dr. Mahathir dengan Yahudi..baca seterusnya

1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing' di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.

10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.

1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.

1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan 'anak didik Kissinger'.

6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur". Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para 'intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.

16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun

1994. Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272 ribu dolar Amerika dalam tahun 1966 kepada 565 ribu dolar Amerika dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari 1.1 juta dolar Amerika kepada hampir 1.7 juta dolar Amerika.

17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :"Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres". ..."Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa".

13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: "Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik."

Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.

Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles. Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan 'Hollywood' akan diwujudkan di Cyberjaya.
21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap 'terbuka'.

Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.

1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.

September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.

Najib Maafkan Malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berpuashati dengan pemohonan maaf Malaysiakini berhubung laporan mengenai manifesto yang tersalah dikaitkan dengannnya.

Beliau juga memuji wartawan Wong Choon Mei - yang menulis laporan tersebut - kerana menunjukkan 'nilai-nilai profesional yang tinggi' kerana bersedia bertanggungjawab terhadap kesilapan tersebut. Beliau meletak jawatan semalam.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen selepas menjawab soalan di Dewan Rakyat, Najib yang juga menteri kewangan berkata, beliau puas hati dengan permohonan maaf Malaysiakini.

Bagaimanapun, katanya, persoalan yang belum terjawab ialah siapakah pihak-pihak sebenar yang bertanggungjawab di sebalik berita tersebut."Mereka masih bersembunyi dan kita masih tidak tahu siapakah mereka," kata Najib yang juga timbalan presiden Umno.

Katanya, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan siapakan mereka yang bertanggungjawab itu.

MALAYSIAKINI

Selasa, 21 Oktober 2008

BENARKAH BAKAL PM AHLI FREEMASON???

Terbongkar: Manifesto Najib Razak, Benarkah Bakal PM Itu Ahli Koprorat FreeMason Malaysia !!

Satu berita menggemparkan telah berlaku, dan kami sendiri tidak perasan akan isu ini. Ianya berkaitan dengan laporan tentang Manifesto Najib Razak dalam artikel terdahulu. Sungguh, tidak disangka-sangka bahawa dalam maklumat tentang “perkhidmatan sosial” Najib, ada menyebutkan beliau adalah “Ahli Kehormat FreeMason Malaysia” sejak 1980 hingga sekarang. Ramai yang tertanya-tanya, dari manakan maklumat ini diperolehi?

Kami sendiri terkejut dengan maklumat berkenaan. Namun,suka diingat bahawa segala maklumat berkenaan telah dihantar oleh salah seorang puak-puak UMNO sendiri menerusi “[database]” profail pemimpin UMNO yang terdapat di Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Jika benar Najib adalah Ahli Korporat FreeMason Malaysia. Maka ini adalah sesuatu yang harus diberi perhatian dan lebih besar untuk kita perkatakan. Perkara ini amat mengejutkan semua pihak. Namun, kami tidak berani untuk mengiya atau menidakkannya. Hanya pembaca sendiri boleh menilai dan menyiasat perkara ini. Kami hanya menyiarkan salinan asal maklumat berkenaan sahaja.
Maka itu disini sedikit kami huraikan tentang Freemanson dan serta kaitan dengan musuh-musuh Islam dengan identiti yang tersendiri dan sangat-sangat menjijikkan. Maka jika benar bakal PM Malaysia terlibat sebagai Ahli Kehormat FreeMason Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menolak beliau naik.

Jika tidak sudah pasti seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam akan berada dalam keadaan bahaya. Sudahlah selama ini kita dirosakkan dengan “Islam Hadhari”. Mungkinkah pula selepas ini kita akan ditanamkan pula dengan “Islam Glokal” pula. Sila rujuk dibawah :-
Bermula 10 Sya’ban 1398H bersamaan 15 Julai 1987 masihi, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah Al-Mukarramah telah mengeluarkan fatwa, kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan ‘Freemason’. Impak pertubuhan paling lama bertapak di muka bumi ini menghasilkan implikasi yang benar-benar, paradoksnya. Berhasrat untuk merampas kembali Palestin dari Kristian untuk membina kembali Haikal (Istana) Nabi Sulaiman. Asetnya tidak manimalis, malah akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah.
Namun, selepas zaman Revolusi Eropah pada kurun ke-17 yang merakamkan kejatuhan kerajaan Kristian dan kegemilangan Islam, perhatian terus dihala kepada Islam.Pertubuhan ini dianggotai bangsa Yahudi tulen, persis Ariel Sharon, Ehud Barak, dan lain-lain.
Freemason mempunyai beberapa pertubuhan yang dinaunginya serta menggunakan simbol yang sukar ditafsir, seperti matahari, bulan, mata, pyramid. Antara pertubuhan songsang mereka, Illuminati, Pertubuhan B’nai B’rith, Pertubuhan Bahaiyah - menimbalkan keraguan dalam hati umat Islam mengenai agama yang disyiarkan dan dianuti.Pertubuhan Kesaksian Yehova.
Gerakan ini amat banyak di Malaysia yang berselindung disebalik Badan Kebajikan Lions Club dan juga Rotary Clubs [LANJUTAN KLIK SINI].Bahkan ramai juga orang Islam yang terlibat dengan gerakan ini atas nama kebajikan untuk menarik perhatian umat Islam...

Siapa Abdullah Fahim?

Abdullah Fahim - Ulama mahir ilmu falak

ABDULLAH bin Ibrahim bin Tahir dipanggil dengan nama Haji Abdullah Pak Him. Pak Him ialah singkatan nama ayahnya, Ibrahim. Nama atau gelaran yang diketahui umum ialah Syeikh Abdullah Fahim.

Fahim yang dimaksudkan di sini ialah `Fahim' yang berasal daripada bahasa Arab, yang bererti `orang yang faham'.Beliau lahir di Mekah pada tahun 1286 Hijrah/1869 Masihi, dan wafat pada tanggal 12 Zulkaedah 1380 Hijrah/ 27 April 1961 Masihi di Seberang Perai, Pulau Pinang.Abdullah Fahim mendapat pendidikan asas tradisional daripada ayahnya sendiri, Haji Ibrahim bin Tahir di Mekah.

Ayahnya seorang yang alim mengenai bacaan al-Quran. Datuknya pula, Haji Tahir berasal dari Patani. Dikatakan juga bahawa beliau memahami ilmu-ilmu Islam tradisional cara Patani.

Ilmu yang dikuatkan adalah tiga jenis; ilmu yang berkaitan dengan fardu ain, iaitu menurut akidah Ahli Sunnah wal Jamaah, berimamkan Imam Abu Hasan al-Asy`ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.

Kedua, ilmu fikah mengikut Mazhab Syafie, dan ketiga, ilu tasawuf berimamkan Syeikh Junaid al-Baghdadi.Selanjutnya Abdullah Fahim mendapat pendidikan pelbagai bidang ilmu juga di Mekah. Beliau menuntut ilmu daripada kira-kira 50 orang ulama.

Di antara gurunya yang berbangsa Arab ialah Syeikh Muhammad Said Babsail (Mufti Mazhab Syafie), Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Sayed Abu Bakri Syatha (penyusun kitab I'anah at-Thalibin)Ulama dari dunia Melayu yang menjadi gurunya yang paling berpengaruh baginya ialah Syeikh Muhammad bin Ismail Daudi al- Fathani (penyusun kitab Mathla' al-Badrain), Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan, al-Kalantani (penyusun Al-Jauhar al-Mauhub dan Lum'ah al-Aurad) dan Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani (pengasas pengkaderan ulama dunia Melayu di Mekah yang dikatakan mempunyai kemahiran sekurang-kurangnya 47 disiplin ilmu).

Sewaktu menuntut ilmu di Mekah, Abdullah Fahim bersahabat dengan beberapa orang yang berasal dari dunia Melayu, yang kemudian menjadi ulama dan tokoh-tokoh yang cukup terkenal.

Di antara mereka ialah: Tuan Guru Haji Umar, Sungai Keladi Kelantan (1284 H/1867 M -1366 H/1947 M), Syeikh Tahir Jalaluddin, Minangkabau (1286 H/1869 M-1376 H/1956 M), K.H. Hasyim Asy'ari, Jawa Timur (1287 H/1871 M-1366 H/1947 M), Tok Kenali, Kelantan (1287 H/1871 M-1352 H/1933 M) dan ramai lagi.

Abdullah Fahim seorang yang gigih mengajar kepada masyarakat dan menyebarkan ilmu-ilmu keIslaman, sama ada ketika menjawat jawatan Mufti Pulau Pinang atau sebelumnya.Beliau pernah mengajar di beberapa tempat di Kedah, Kuala Kangsar, Perak dan Pulau Pinang.

Selanjutnya beliau berhasil mendirikan sekolah agama di Seberang Perai Utara.Kepakaran ilmunya:Abdullah Fahim termasuk salah seorang ulama yang mahir dalam ilmu falak.

Oleh kerana itu pendapatnya telah diminta untuk menentukan waktu yang sesuai bagi kemerdekaan Malaya.Berdasarkan hisab dan falak Syeikh Abdullah Fahim, ditentukanlah bahawa hari kemerdekaan Malaya jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957.*Sila baca keratan akhbar Utusan kenapa Hari Sabtu bertarikh 4 Safar 1377 /31 Ogos1957 dipilih sebagai hari keramat bagi Tanah Melayu di siniMengenai ilmu hisab dan falak,beliau mempelajarinya daripada Syeikh Ahmad al-Fathani dan kemudian memahirkannya daripada Syeikh Muhammad Nur bin Syeikh Muhammad/ Syeikh Nik Mat Kecik bin Ismail Daudi al-Fathani, sahabatnya.

Ulama dunia Melayu yang seangkatan dengannya yang mahir dalam ilmu hisab dan falak tidak begitu ramai. Di antaranya yang berasal dari Malaysia ialah: Haji umar, Sungai Keladi Kelantan, Haji Abu Bakar bin Haji Hasan, Qadhi Muar, Johor.

Sementara mereka yang berasal dari Indonesia pula ialah Syeikh Jamil Jambek dan Syeikh Tahir Jalaluddin.

Mereka yang berasal dari Patani ialah Syeikh Muhammad Nur bin Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani dan Syeikh Abdur Rahman Gudang al-Fathani.

Ilmu langka, selain ilmu hisab dan falak yang dikuasai oleh Abdullah Fahim, ialah ilmu sastera Arab, yang dinamakan juga ilmu `arudh dan qawafi.Termasuk juga di dalamnya ialah ilmu isti`arah dan ilmu balaghah.

Pengkaderan ilmu yang tersebut juga dimulai dengan kebangkitan Syeikh Ahmad al-Fathani.Kader dan murid Syeikh Ahmad al-Fathani yang mahir menggubah syair dalam bahasa Arab secara profesional hanya beberapa orang, di antara mereka ialah: Syeikh Abdullah Fahim, Syeikh Muhammad Nur bin Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani dan Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh al-Islam Selangor.

Karya dan pemikirannya:Karya-karya hasil tulisan Abdullah Fahim yang paling dapat ditonjolkan hanyalah melalui syair-syairnya dalam bahasa Arab, yang ditulis di dalam beberapa buah kitab yang diterbitkan oleh Persama Press Pulau Pinang, terutama sekali di dalam kitab-kitab mengenai ilmu hadis.

Di antaranya dalam kitab al-Hadiqah an-Nadiyah fi al-Hadits an-Nabawiyah yang disusun oleh Abi Abdil Hay Muhammad Isa bin Ibrahim ar-Rawa al-Filfulani (Rabiulakhir 1352 H).Ada yang mengatakan bahawa Abdullah Fahim pernah menyusun sebuah kitab tafsir dan kitab mengenai ilmu falak tetapi tidak sempat diselesaikannya.Walau bagaimanapun di atas selembar kertas dapat disemak jalan pemikirannya, di antaranya beliau beliau menulis:"Tuan-tuan sedia maklum, beratus-ratus tahun bahawa orang-orang bangsa Melayu se Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri, hingga raja-raja, sekalian mereka itu bermazhab dengan Mazhab al-Imam asy-Syafie ijma'an.

Tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada Mazhab Syafie ... ``Abdullah Fahim menyebut nama kitab-kitab Arab yang dipegang di dalam Mazhab Syafie ialah, "Ambil mereka itu hukum fikah Syafie daripada kitab Tuhfah, dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya ..."Walaupun ilmu pengetahuan Arabiyahnya luas melaut, namun beliau juga merujuk kitab-kitab bahasa Melayu yang dikarang oleh ulama-ulama dunia Melayu yang terkenal.Kitab-kitab yang beliau sebut ialah, "Dan terjemahannya kepada bahasa Melayu, seperti Sabil al-Muhtadin, Bughyah at-Thullab, Mathla' al-Badrain dan lainnya''Mengenai pegangan akidahnya, Abdullah Fahim menulis, "Usuluddin atas perjalanan Abi al-Hasan al-Asy'ari.

Diambil dari syuruh dan hawasyi Umm al-Barahin, dan Jauharah ... "Pegangan akidah dalam bahasa Melayu pula beliau sebut, "Dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu''.Yang dimaksudkan di sini semua kitab Melayu/Jawi yang membicarakan akidah yang dikarang oleh ulama-ulama dunia Melayu muktabar.Beliau pernah belajar dan mengajar kitab berkenaan, di antaranya Faridah al-Faraid oleh guru beliau, Syeikh Ahmad al-Fathani, Aqidah an-Najin juga oleh guru beliau yang bernama Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani dan ad-Durr ats-Tasamin oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, dan kitab-kitab akidah lainnya.

Mengenai pegangannya di dalam tasawuf, beliau menulis, "Ilmu tasawuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhaj al-Abidin, Ihya' Ulumid Din ...''Di dalam tasawuf beliau juga memartabatkan pengkaryaan ulama Melayu. Katanya, ``Dan terjemahnya kepada bahasa Melayu, seperti Siyar as-Salikin''.Abdullah Fahim menegaskan, "Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya, segala hukum dalamnya kesemuanya mengistinbat daripada al-Quran dan hadis yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-ulama ajilla', diamal dengan dia sudah lebih dari seribu tahun dan terjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.''Keturunannya:

Di antara anak Syeikh Abdullah Fahim ialah Datuk Haji Ahmad Badawi. Beliau adalah seorang alim yang bertanggungjawab menangani sekolah agama yang didirikan oleh ayahnya.

Di antara anak Datuk Haji Ahmad Badawi pula ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang secara rasmi dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat, 31 Oktober 2003 Masihi bersamaan 5 Ramadan 1424 Hijrah oleh Yang Dipertuan Agong Malaysia.


Artikel oleh Syeikh Wan Muhammad Saghir

Isnin, 20 Oktober 2008

BEBASKAN KEBELENGGUAN RAKYAT

Salam sejahtera....

Alhamdulillah...selesai sudah ibadat puasa selama sebulan...menjelmanya eidul fitri hampir ke penghujungnya...walaupun kemeriahan serta rumah terbuka masih lagi ada di buat sebelum berakhirnya bulan oktober ini....

Dalam pada itu,27 oktober ini akan berlangsung pula sambutan pesta cahaya bagi penganut agama hindu....ucapan happy deepavali kepada semua mereka yang akan menyambutnya...

Teringat pula aku,dalam kesibukan serta keseronokan kita menyambut hari raya ini serta deepavali pada akhir oktober nanti....lupakah kita pada mangsa ISA?Darul Islamiah,Jemaah Islamiah,Raja Petra,Hindraf serta beberapa tahanan tanpa bicara yang digunapakai dahulunya oleh penjajah,masih di praktikkan oleh pemerintah sekarang kononnya mengelakkan negara dari kucar kacir...

Kucar kacir kah negara jika pemerintah yang sedia ada di tegur atas sikap menzalimi rakyat serta menidakkan hak rakyat dengan menggunakan akta zalim ini?kucar kacir kah negara jika rakyat menegur & melihat rasuah yang berleluasa & apabila rakyat menolak rasuah pemerintah..mereka ini di lihat sebagai cubaan mencetuskan ketidaktentuan dalam negara tercinta ini?


Apakah alasan ini boleh digunakan oleh kerajaan untuk menangkap sewenang2nya rakyat sendiri,sedangkan ianya bukan sahaja di tentang oleh PR tetapi oleh komponen parti di dalam pemerintah yang sekarang ini bertuankan UMNO di dalam Barisan Nasional (B-End),mungkin menteri botak boleh mendabik dada dengan mencela mereka kononnya atas dasar mengganggu tugas kementeriannya...Ahli Parlimen k***k pula si berahim ali boleh bersetuju pengekalan akta zalim ini walaupun sikit pindaan bagi cadangan fikir logik si gemuk tuh.tetapi persoalannya,apakah logik menahan mereka hanya bersandarkan maklumat atau sumber yang tidak sahih,menafikan mereka dari di bawa ke muka pengadilan sehingga ada yang telah di kurung sehingga lebih 7 tahun lamanya?

Mungkin jika kita lihat dari pemberontakan dalaman rakyat,tidak perlu menyalahkan rakyat jika ada suara2 penentangan terhadap pemerintah dengan menahan tanpa bicara...kita dapat sendiri mengkaji...penangkapan rakyat ini di buat ketika rakyat menyoal hasil negara yang telah di boroskan sewenang2nya dengan rasuah oleh pemimpin kerajaan...rakyat mempersoalkan sistem kehakiman yang begitu meruncing daripada lantikan ketua hakim (correct....correct...correct)...hinggalah isu2 rakyat seperti kenaikan harga minyak,elektrik serta bahan bekalan keperluan yang sikit pun kerajaan tidak melihat kesengsaraan rakyat.

Sekarang ini,di lihat daripada pemilihan dalam parti2 politik terutamanya komponen parti pemerintah...media memainkan isu pemilihan ini lebih penting daripada isu sebenar rakyat dalam menghadapi krisis ekonomi global...isu minyak di lupakan terus walaupun ada sedikit penurunan..walhal kenaikan mendadak tatkala harga minyak dunia $125 setong...sekarang sudah bawah paras $75 setong,penurunan hanya sekitar tidak sampai 50sen keseluruhannya...

Apakah rasionalnya jika rakyat memberontak dalam diam,manakala akta zalim sebegini di gunakan bg mengaburi mata seluruh warga negara dengan tuduhan2 keagamaan,bangsa,keselamatan & lain2 tuduhan yang dianggap cukup melampau bertujuan menutup isu sebenar kesengsaraan rakyat hadapi & kita cukup yakin,jika ianya tidak di ambil serius...hal ini akan berlalu tanpa pembelaan sewajarnya oleh pemerintah yang di beri mandat oleh rakyat terutamanya golongan pertengahan & rendah.

Tarif elektrik pula,dulu di naikkan beralasankan harga diesel naik serta kos pengeluaran naik akibat kenaikan bahan bakar...bila sudah turun bahan bakar ini...apakah rasionalnya mengekalkan harga tanpa menurunkan kembali tarif elektrik?berapa orangkah yang layak menerima subsidi RM20 pengecualian bayaran elektrik dalam keadaan sekarang ini?itupun sudah ada ura2 cadangan menaikkan lg harga tarif elektrik...astaga...dari hari ke hari,rakyat makin di asak dengan pembohongan...rakyat makin di tipu dengan lakonan pemimpin...jadi apabila pemberontakan senyap rakyat berlaku,kita menolak sepenuhnya penggunaan akta yang zalim serta kita menuntut agar kerajaan akur dengan pentadbiran yang telus,adil & saksama...

Jadi,pengharapan rakyat kali ini adalah...jika sistem & dasar kerajaan masih lagi mendabik dada dengan mahukan rakyat mengikut telunjuk para pemimpin...yakinlah kamu bahawa...BN akan hancur dalam sikit masa lagi...waktu itu,para pemimpinnya akan bertempiaran lari membawa karung2 guni yang berisi wang hasil rompakan ke atas rakyat itu sendiri..
BEBASKAN TAHANAN ISA,BEBASKAN RAKYAT DARI KEBELENGGUAN HIDUP,BEBASKAN RAKYAT DARI PENIPUAN,BEBASKAN RAKYAT DARI KEPALSUAN PEMERINTAHAN

Related Posts with Thumbnails