Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Sabtu, 20 Disember 2008

'White Coffee Old Kopitiam' Halal..???


WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam ‘WCOK’ telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-

-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)

-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya.

Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.

-Minyak yang digunakan di dalam penyediaan menu ‘Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup’.

Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura.

Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkah UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA?)

Apa yang membuatkan UMAT ISLAM di Malaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ ‘JAIPK’ pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh.

Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang di jajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA?

Maka itulah umat islam di negara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan. Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut.

Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.

Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK’HAINAN (juga ‘TIDAK HALAL’). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.

Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga ‘TIDAK HALAL’) selain menghidangkan `noodles @ mee’ yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya’ yang antara isi kandungannya terdapat ‘LUNCHEON MEAT’. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak’ restoren terbabit.

Perkara ini telah disahkan oleh pekerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).

Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab di negara ini mengambil sikap berdiam diri.

Adakah seseorang di jabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat? Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM’ yang ‘TIADA STATUS HALAL’ dan kini terbukti ‘TIDAK HALAL’ nya.

Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN’ JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?

Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM’ walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL.

Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.

Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-

-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,
-NEWTOWN Kopitiam
-WHITE HOUSE Kopitiam
-PAK HAINAN Kopitiam
-JOM BALI Kopitiam

adalah ‘TIDAK HALAL’


-dari weblog Perak Express.

Jumaat, 19 Disember 2008

WAJIB BACA UNTUK RENUNGAN..

cuba jawab soalan nie..

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke tanahair. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.

Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut,
seorang kiyai.

Pemuda: Anda siapa?

Dan apakah bisa menjawab pertanyaan - pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya
akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang
yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukkan ke neraka yang
dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.

Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itua dalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda: Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua
merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah
tamparan dari saya hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga
terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan
menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

Kawan kawan, sekarang anda mempunyai dua pilihan:

1. Biarkan E-mail ini tetap dalam mailbox anda
(..dan kena pulak tamparan dari 'u know who')

2. Forward E-mail ini kepada orang yang anda kenali dan
Insya Allah keredhaan Allah akan dianugerahkan kepada
setiap orang yang anda kirim.

Khamis, 18 Disember 2008

Alahaaii...Wakil Rakyat Pasir Salak...


Sapa ada tengok Buletin 1.30 tadi..??? Bodohnya alasan yang diberikan oleh wakil rakyat 'pasir salak'....ha ha ha, kalau untuk rakyat...dia cakap wakil rakyat nak tegur kerajaan, YB-YB tak fikir budget besar...hanya pandai cakap...

Woi janggot putih, kalau berbillion untuk syarikat termasuk komisen tertentu hang diam pulak noo...??? Isu Euro Kopter, Sukhoi, Kapal Selam..??? Tu budget kecil ke Pasir Salak oii...???

Waduh-waduh.. Budus..!!!


--Sent from my mobile device

Rabu, 17 Disember 2008

CELCOM BROADBAND BERMASALAH...!!!

Salam sejahtera...

Sudah 2 minggu lebih aku tak dapat gunakan CELCOM BROADBAND 'BLACKBERRY PACKAGE' yg sepatutnya sebagai pelanggan, aku tidak harus terganggu penggunaannya.

Bayangkan penggunaan internet sudah menjadi wajib dalam urusniaga dan mencari maklumat oleh aku setiap hari.

Aku sudah melaporkan pada CARELINE CELCOM, tapi sehingga posting ini ditulis, penggunaannya amat menghampakan walaupun jaminan selepas aku melaporkan aduan ini, aku akan dihubungi oleh Bahagian Teknikal Celcom...tapi sampai sekarang, hampeh..!!!

Semua urusan sekarang, aku gunakan DIGI Akses...tapi berapa pula bil aku nanti..?Wallahualam, patutkah aku bayar bayaran tetap RM98 pakej broadband celcom..?? Aku akan bayar kalau aku boleh akses, ini aku tak dapat guna...celcom sendiri boleh semak berapa Kilo Bytes per Second (K/B) penggunaan aku dalam masa 2 minggu ini...sudah pastinya tiada..!!! Ini no. akaun Celcom aku: 90693478, betol atau tidak ada 2 aduan yang telah dibuat..???

Sudah beberapa tahun aku gunakan talian Celcom...ini la kali pertama aku tak dapat akses dgn sehampehnya...sudah ramai kawan2 aku pengguna celcom broadband juga hadapi masalah yg sama...harap celcom lebih perihatin...macam kata dalam website marhaen, ISP, CELCOM ataupun yang lain2 Broadband yang bermasalah...bukanlah INTERNET SERVICE PROVIDER tetapi INTERNET SERVICE PARIAH..!!!



--Sent from my mobile device

Selasa, 16 Disember 2008

HARGA MINYAK TURUN, TAMBANG BAS & FERI LANGKAWI...???

Salam sejahtera...

Kali ini, ringkas saja aku nak coretkan...dulu masa harga minyak dinaikkan oleh 'mat ngantuk'...ramai pengusaha bas ekspres mohon kenaikkan tambang bas...belum sempat di luluskan, sudah ada yg menaikkan tambangnya...

Sekarang rakyat sudah dijamu dgn penurunan harga minyak buat kali ke-7, kita masih lupa pada tambang bas ekpres? Tak ambek peduli..??? Kerana anda punyai kenderaan sendiri? Bagaimana golongan pertengahan dan bawahan menghadapi situasi masalah ekonomi global ini jika kita tak endahkan harga yang juga sepatutnya perlu d umumkan turun...???

Jangan lupa tiket feri ke langkawi juga telah di naikkan hingga Rm23 dari Kuala Kedah - Langkawi...seingat aku dulu dari Rm15 naik ke Rm18 dan seterusnya sekarang dah Rm23.

Nak tunggu sampai harga Rm50 baru nak sedaq mahai..??? Siapa cakap feri rugi jika harga Rm15, travel ejen dan ulat tiket boleh menerima upah hingga 10% diskaun atau 1 free tiket utk jumlah group 10 org...kalau rugi, takkan dia boleh bagi mcm tu? tak kira la hampa nk ckp ni bisnes...setahu aku, sekarang feri langkawi full sentiasa di setiap trip perjalanan pergi dan balik.
Bagi feri ke langkawi, aku beri cadangan agar tiket hanya di buat sehala dgn harga munasabah...contohnya, jika perjalanan dari Kuala Kedah -Langkawi, harga tambang Rm35..mereka pula perlu tunjukkan semula tiket yg di beli dari Kuala Kedah ketika menaiki dari Langkawi...manakala yg membeli tiket di Langkawi perlu berbuat demikian di Kuala Kedah...

Siapa cakap tak boleh? Pelancong yang masuk Langkawi takkan tak keluar2..??? Manakala penduduk Langkawi yg keluar urusan di tanah besar, takkan tak balik ke Langkawi (kecuali mati di tanah besar)... Buatkan syarat tiket sah utk sebulan ke, 2 bulan ke atau 3 bulan ke dari tarikh dibeli...Di Penang contoh terbaik, naik feri atau jambatan hanya bayar sekali saja...balik confirm free...apa? Langkawi banyak laluan? Kuala Perlis, Pulau Pinang, Kuala Kedah & Thailand?

Jangan la jadi BONGOK...selaraskan la, mana2 individu yg masuk dari kuala perlis nak keluar ikot pulau pinang di kecualikan tiket return...dia ambil la one way ticket..tp jgn harga Rm23 dari kuala kedah, cukup setakat Rm18 one way...bagi laluan masuk dari Pulau Pinang, Kuala Perlis & Thailand ke Langkawi...runding harga dulu, sebelum 2x kenaikan dgn pengusaha feri..

Hampa exco kerajaan negeri kedah pikiaq la, takkan tu pun aku nak bagi cadangan, kalau semua aku habaq...baik aku jadi exco, hampa pi masuk hutan cari tgk kawasan balak dan kuari...tak pun pi danok jumpa 'penghulu'-abg LID utk runding2 lagi macam mana nak tukar kerajaan negeri...maklumlah percubaan yang lepas dah gagal..!!!

Mengenai tiket feri ni, tipu sangat la kalau pengusaha cakap rugi...mereka semua'taikun' besar dari Klang, Sarawak dan Sabah dlm perkhidmatan feri...kecuali 'seraya bayu @ seri bayu' (kalau tak silap) taukey bumiputera dari Pulau Pinang...lupa namanya, maklumlah lama dh tak ke Langkawi...dulu tahu la pasal aku kerja lebih dari 4 tahun di sana, info ini pun aku terima dari teman aku yg selalu komplen mahal harga tiket walaupun minyak dah turun banyak kali...

Berbalik pada tambang one way..ada ka org parking kereta kat kuala perlis masuk langkawi, tapi bila nak keluar, ikot Kuala Kedah dan naik bas dari 'sahab perdana' Alor Setar ke Kuala Perlis, ambil semula kereta? hehehe, mungkin dia sewel kot...so, ada akal dan otak, lu orang pikir lah sendiri..!!!


--Sent from my mobile device

Isnin, 15 Disember 2008

SETUJU JIKA TURUNKAN HARGA MINYAK SAHAJA...!!!

Salam sejahtera...

Hari ini sudah kurang kedengarannya suara2 memprotes menurunkan harga minyak sejak pengumuman turun lagi harga dipasaran baru2 ini...kecuali nelayan2 yg cukup aku 'salute' serta tabik spring kerana berani menyuarakan pandangan tanpa di permainkan lagi oleh kerajaan pusat sekarang.


Minyak tak sepatutnya pada harga RM1.90, ianya perlu di bawah paras harga RM1.50 seliter memandangkan hasil minyak boleh menampung keperluan rakyat dari segi menstabilkan harga pasaran barang keperluan harian, binaan dan lain2 lagi...

Dalam masa yg sama, adakah kita lupa dengan harga gas masak? Bagaimana pula dgn harga tarif elektrik di rumah? Dalam faktor ekonomi yang meruncing ini, kita perlu lihat dari skop yang lebih luas dari sudut pekerja2 kilang mengalami tindakan diberhentikan kerja akibat masalah ekonomi global, pekerja yg tidak dapat overtime dan lain2 lagi. Penganggur makin bertambah, graduan universiti tidak mendapat peluang pekerjaan dlm sektor awam kerana umur pesara bukan lagi 55 tahun, tidak dapat di 'upgrade' jawatan hasil polisi baru kakitangan awam ini.


Apakah kita lupa, elektrik juga adalah elemen penting dlm bidang perniagaan terutamanya sektor perindustrian. Jika tidak di lihat secara serius mengenai tindakan kerajaan yg membisu sejuta bahasa, memperkayakan lagi golongan kapitalis di dalam kumpulan pemain di syarikat utama tenaga elektrik ini...


Bermakna anda menzalimi ekonomi anda sendiri..apakah kita lupa, leka, tidak prihatin mengenai tindakan kerajaan menzalimi kita...? Rakyat terus menerus di jamu dengan bebanan dalam masa yg sama, kapitalis ini mencakar dan mencedok kekayaan hasil dari kezaliman ini tanpa mempedulikan kadar elektrik ini amat tinggi dan sudah tidak rasional lagi pengekalannya..

Sudah ada ura2 beberapa tindakan memboikot pengeluaran bahan dari pengilang-pengilang selagi kerajaan masih mengekalkan harga elektrik dlm tarif sekarang tanpa mempertimbangkan semula utk di kaji penurunannya bermula 25 Disember ini. Sebab kerajaan hanya menjaga golongan kaya raya mengaut keuntungan daripada kita rakyat marhaen di bawah ini.

Aku cukup setuju tindakan ini, ayuh kita pula memboikot penggunaan elektrik selama 1 jam pada jam 8:00 malam 31 Disember 2008 bagi menyampaikan mesej yang jelas, harga tarif elektrik perlu di turunkan segera serta kita desak kerajaan gunakan sepenuhnya turbain d semua empangan bg mengimbangi pembelian tenaga oleh TNB daripada syarikat kapitalis. Bukan nak pujuk kerajaan yg buta dgn masalah ekonomi rakyat, tetapi mendesak minda rakyat bahawasanya kamu ditipu oleh parti kerajaan yg memerintah Malaysia tercinta daripada menikmati kekayaan negara tatkala krisis ekonomi global ini termasuklah nilai ringgit yg jatuh dalam pasaran dagangan mata wang sekarang.


Adakah kamu selesa dgn hanya penurunan ciput harga minyak ini? Bagaimana dengan gas, barang keperluan harian, elektrik dan lain2 lagi? Ada akal, lu pikir la sendiri...





--Sent from my mobile device

YB BN SUDAH MULA LOMPAT MASUK PKR..???

Menurut berita tidak rasmi Adun Bota dari BN Datuk Nasaruddin Hashim (gambar sebelah) telah mengumumkan keluar parti dan menyertai PKR. Pengumuman rasmi akan dilakukan dalam masa terdekat diikuti oleh penyokong-penyokong beliau.

Ini sudah pasti menguatkan lagi kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Berita selanjutnya akan menyusul..

----------------------------------------

Updated 10.15pm sms received from Miri - Most likely DSAI will announce a Sarawak BN YB has resigned from his party and he has applied to join PKR.

The word is abuzz that the YB in question has already signed his membership forms and the identity will be revealed by Anwar himself in Miri at the Eastwood Valley Golf and Country Resort around 10pm tonight. audie61 checked with the political secretary from the party and he says there is no way he will be persuaded to stay with BN.

Our sources in PKR says that Malaysiakini correspondent from Sarawak will do his posting as soon Anwar reveals the name. The sms from PKR innsider in Miri is that A DUN member from Sarawak is to join PKR. We will keep you update on his name though we know who he is. He is not from Parti Rakyat Sarawak as many have speculated. Would Anwar reveal that is the million dollar question tonight?


- dari blog Perisik Rakyat

Ahad, 14 Disember 2008

JANGAN BAHAYAKAN DIRI..


Salam sejahtera...

Hari ini seharian bermula seawal jam 9 pagi aku memenuhi mesyuarat2 serta jamuan kenduri di sekitar penang, sekarang baru tiba di rumah setelah penat memenuhi jadual harian, bau badan pun dah mai macam kambing.. tapi masih di gagahi hingga jam 9.10mlm...

Keletihan mlm ini setelah sehari suntuk dgn program, dlm kegelapan
memandu di kawasan kampung...aku melihat motosikal anak2 muda
kebanyakannya tidak memasang lampu dpn dan belakang...sama ada secara
sengaja tidak memasang atau ianya trend zaman skrg,aku harap anak2
muda skrg menghargai nikmat nyawa yang Allah beri dlm susuk tubuh
saudaraku sekalian...

Bayangkan, jika ada kenderaan laju memandu, tambahan pula tadi hujan renyai2...aku yg memandu perlahan hanya perasan kelibat motosikal, tidak sampai 10 meter dgn kelajuan keretaku sekitar 50Km/j...andai kata aku memandu 80Km/j? belum tentu aku dpt elak, memanglah dlm kawasan kampung perlu memandu di bawah 60Kmj, tapi bukan semua nak patuhi..andai kata sudah tersodok kenderaan besar dari depan atau belakang dengan kelajuan melebihi 80Km/j? apa yg mampu anda buat saudaraku?

Tolonglah, hargai la nyawa anda...jika ianya akan mengakibatkn anda
kehilangan nyawa atau kecacatan kekal...jgn salahkan org lain walaupun
benar mereka bersalah..tiada makna jika mahkamah mengatakan mereka
bersalah kerana memandu laju, tapi nyawa dan kecacatan kekal, lumpuh tidak
dpt di tebus dgn hentakan hammer hakim d mahkamah, waima duit insurans
banyak sama tinggi berdiri...jadi, fikir2kan lah..

Pada saudaraku yg digelar mat rempit, tolonglah hargai nyawa
anda...tiada sale di tesco, giant,carrefour atau econsave nyawa atau
pakej 'sempurna dari kecacatan'

Ingatlah org yg menyayangi dan disayangi anda...paling afdal dan utama
adalah, ingat pada Allah...wallahualam...aloha2 sayangkan saudara muda
sebaya dan semuda aku! Malam ni 14hb, jangan lupa ada ceramah Mat Sabu di Dewan Simpang 3 DUN Sungai Acheh...jom kita pakat2 pi..


Sent from my mobile device

Karnival Futsal 2008 Anjuran AMK Permatang Pauh


Angkatan Muda KeADILan Bahagian Permatang Pauh akan menganjurkan Karnival Futsal 2008, Piala Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 20.12.08 Sabtu.

Hadiah utama RM2000.00..

Sila hubungi Sdr Anuar Che Mat - 019-4319171

Jangan tunggu lama2... Ramai dok join dah..
Related Posts with Thumbnails