Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

Rabu, 2009 November 04

PENDEDAHAN DARIPADA KOMENTAR DI BLOG ADUKATARUNA

Dr Shamsuri. Nak tahu siapa dia tu? Dr Shamsuri adalah adalah Setiausaha Politik TGHH.
Beliau adalah bekas Pensyarah di UPM. Dr Shahmsuri dilantik bagi menggantikan Dr Syed Azman sebagai SU Sulit TGHH.

Konspirasi memastikan kesemua orang di keliling dengan TGHH adalah mesra UMNO dilakukan oleh beberapa kerat geng Terengganu. Selain nama yang korang biasa sebutkan, Mustaha Ali, Ust Nasha dan Hasan Ali, seorang lagi tokoh penting di belakang tabir ialah Dr Kamaruzzaman Yusof atau nama glamernya Dr Kayu. Orang Terengganu. Pensyarah di Jabatan Sejarah, UKM.Selalu keluar di Astro Awani. Beliau mencaturkan pemecatan Dr Syed Azman dan melantik Dr Shamsuri sebagai SU Politik TGHH sebagai memastikan cita-cita politik peribadi beliau agar PAS buat kacau di dalam Pakatan Rakyat, berlaku. Dr Shamsuri adalah anak usrah beliau yang paling setia dan hanya menerima arahan daripada beliau. Dr Shamsuri bertanggungjawab membasuh pemikiran TGHH agar sentiasa mengikut halatuju golongan yang anti Pakatan Rakyat di dalam PAS.

Selain itu, beliau juga mencaturkan pemecatan Dr Dzulkifley Ahmad daripada Pengarah Pusat Penyelidikan PAS dan digantikan dengan Hj Wan Abd Rahman (ada orang kata dia ni Doktor la, prof madya la, sebenarnya dia tak pernah dapat Phd, phd dia tak lulus kat Australia dan tak pernah dapat Prof Madya, membohong semua tu). Hj wan Rahman adalah rakan karib Dr Kayu. Oleh itu, beliau berjaya mencaturkan kesemua orang di keliling Hj Hadi, orang yang mesra UMNO dan anti Pakatan Rakyat.Itulah konspirasi jahat geng-geng terengganu-ukm, untuk memecahkan Pakatan Rakyat hasil irihati mereka kerana Negeri Terengganu tidak menang dan negeri lain yang PAS lebih lemah, boleh memerintah.Maklumat Dr Kayu boleh didapati di sini.


Suhaimi Embong adalah PSU PAS Terengganu. Memang la dia cenderung nak defend bos dia Mustapa Ali. Dia dengan Dr Kayu UKM dan lain-lain memang anti TGNA dan anti Anwar dan Anti Pakatan Rakyat. Tugas diorang tidak perlu sampai bawak PAS masuk di dalam UMNO, tetapi cukup dengan PAS buat kacau di dalam Pakatan Rakyat melalui agen beliau, Hasan Ali. Sehinggakan Pakatan Rakyat menjadi haru biru dan hilang keyakinan rakyat. Sehingga PR kalah di Selangor pada PRU 13. Dan jalan ke Putrajya terbantut. Itu misi diorang. Dan sekarang ini misi diorang hampir berjaya dengan keputusan di Bagan Pinang.

Lagi satu, minta Suhaimi Embong bersumpah dengan nama ALLAH SWT, bahawa beliau tidak ada kena-mengena dengan pembikinan blog kontraversi antihusam.blogspot.com . Dan, kamu semua akan dapati bahawa beliau tidak akan berani bersumpah. jeng,jeng jeng.

Pendedahan ini dibuat melalui komentar di SINI

MARI KENALI TOK GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT


Assalamualaikum.....

TUAN GURU DATO' HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Tahun Lahir : 1931
Tempat Lahir : Pulau Melaka, Kelantan
Status: Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak
Anak : 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan).
Kesemua anak-anaknya mengambil
jurusan agama sebagai pilihan utama.

Pendidikan:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) – 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India – 1952.
Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.
Penguasaan Bahasa:
Melayu, Inggeris,Tamil, Urdu,Arab

Pekerjaan:
Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:
1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.

Kesimpulan Jawatan Politik:
19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
4 Tahun Sebagai Ahli DUN.


Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 16 Tahun.
Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 39 Tahun.


Rakyat Penentu Sejarah-Tukar Tiub

LAPAN TIGA DUA KOSONG KOSONG LAPAN

Terlalu ramai antara kita yang tidak memahami dengan jelas perjalanan sejarah. Ramai aktivis politik, pemerhati politik dan juga mereka yang mencampuri parti politik tidak memahami bagaimana sejarah bergerak. Kesilapan wujud kerana penekanan pembelajaran sejarah amat dikait dan disangkutkan dengan beberapa susuk dan individu. Ketika kita belajar sejarah atau tawarikh – anak anak sekolah selalu di paksa untuk mengenal nama, apa yang berlaku dan tahun berapa ianya berlaku.Pembelajaran dan pemahaman sejarah cara ini tidak penuh.

Sejarah menobatkan si anu dan si anu sebagai manifestasi dalam babak babak sejarah agar ianya dapat difahami. Hakikatnya - perjalanan sejarah tamadun manusia lebih luas dari hanya mengenali nama-nama orang , nama tempat dan tarikh berlaku.Pendekatan sejarah jenis ini dilakukan untuk permulaan pengenalan kita dengan babak sejarah.

Contohnya - memang lebih senang untuk kita memahami Revolusi Bolshevik 1917 atau Revolusi Tiongkok 1949 dengan melihat peranan yang dimiankan oleh Marx, Lenin, Trotsky, Mao, Chao En Lai atau Sun Yat Sen.Tetapi harus di sedari bahawa susuk-susuk ini sebenarnya hanyalah manifesti dari babak sejarah itu. Melalui susuk-susuk ini kita akan dapat memahami perjalanan babak sejarah tersebut.

Kita memahami sejarah melalui peranan yang dimainkan oleh susuk ini. Tetapi sejarah perjalanan tamadun manusia lebih luas dari peranan sejarah susuk-susuk ini.Individu memang diakui memainkan peranan dalam sejarah – tetapi ianya hanya sebahagian dari lakaran sejarah pergerakan tamadun manusia.Sejarah perubahan sosial manusia bukan dibuat oleh individu tetapi oleh orang ramai.

Orang ramai - rakyat jelatalah - yang sebenarnya mengubah perjalanan sejarah. Kemerdekaan Republik Indonesia tidak akan wujud jika orang Indonesia tidak menyahut panggilan Bung Karno. Tiongkok akan terus di jajah jika suara Mao tidak dipedulikan oleh berjuta juta orang China.Di Malaysia ini - terlalu ramai politikus yang menyangka bahawa susuk mereka cukup penting untuk membawa perubahan sosial. Ini anggapan yang amat salah. Susuk memang penting tapi jika rakyat tidak mengambil pot – susuk ini akan terpeleok.Cuba perhatian bagaimana Mat Ezam dilihat bagitu gedebe ketika zaman Reformasi.

Beribu-ribu orang datang mendengar ucapan Mat Ezam. Mat Ezam dilihat gah hingga kan dia merasa bahawa tanpa dirinya maka reformasi yang kecut dan kempis. Ini congak yang salah.Mat Ezam hanya menyuarakan pandangan dan keinganan orang ramai yang ingin berubah dan melakuan rombakan sosial.

Mat Ezam hanyalah manifestasi dari harapan ini. Buktinya: sebaik sahaja Mat Ezam meninggalkan PKR - Mat Ezam sendiri menjadi kempis dan kecut. Kalau dulu berduyun-duyun rakyat datang berkumpul mendengar Mat Ezam. Sekarang mereka berduyun-duyun meninggaklkan Mat Ezam. Kesian - apabila dilaporkan bahawa ada kalanya ceramah Mat Ezam tidak cukup jemaah kalau hendak bersembahyang Jumaat.

Kalau dahulu sepuluh masjid pun tidak mencukupi. Ini adalah hakikat sejarah - kerana sejarah dibuat oleh orang ramai bukan oleh individu.Lapan tiga dua kosong kosong lapan adalah contoh dimana rakyat di negara kita ini bertindak untuk membuat perubahan.

Mereka berhasrat untuk menghumbankan gerombolan United Malays National Organisation yang semakin haprak. Rakyat merasakan masanya telah tiba untuk mereka melakukan perubahan.Jika ada politikus atau YB atau pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang menganggap bahawa susuk merekalah yang membawa satu anjakan politik ini - maka mereka samalah seperti Mat Ezam. Mereka tersalah baca dan tersalah congak. Mereka juga akan dibungkus dalam kotak-kotaknya.

Jika Zulkifli Nordin atau Hassan Ali menganggap tanpa diri mereka maka Pakatan Rakyat tidak boleh berjaya maka mereka juga akan dihanyutkan oleh rakyat. Jika Badrul Hisham menganggap susuk dirinya bagitu penting maka dia juga tersalah baca. Dalam gerakan sosial tidak ada satu susuk yang penting.Ombak rakyat yang mahukan perubahan tidak akan mengambil kira berapa tebal lilitan serban sang politikus.

Tidak kira berapa banyak ijazah yang telah di beli. Tidak kira berapa ramai raja yang telah memberi gelaran Tun Tan Tin. Jika ombak rakyat sampai – semua akan lingkup.Dalam arus perubahan yang kita lihat pada lapan tiga dua kosong kosong lapan dahulu adalah contoh dimana orang ramai telah membuktikan bahawa mereka ingin berubah. Apabila rakyat ingin melakukan perubahan tidak ada satu pun kuasa dalam dunia ini dapat menahan ombak itu.Betul – rakyat boleh didodoi-dodoikan.

Betul – rakyat boleh di tipu dengan pelbagai helah. Betul – rakyat boleh diberi gula-gula dan nasi bungkus. Tetapi akan sampai ke satu tahap dimana semua pembohongan ini akan terbuka. Semua lebong akan dilihat sebagai lebong.Dalam perjalanan tamadun manusia tidak ada yang lebih jitu dari kebenaran. Tidak ada yang lebih kompak dari yang hak. Kebenaran dan hak ini mungkin untuk sementara waktu boleh dikaburkan – boleh dipesong alih – tetapi akhirnya kebenaran pasti akan muncul.

Sejarah tamadun manusia adalah sejarah perjuangan. Ini wajib diingati untuk dijadikan pedoman dan garis jika ingin bersama dalam arus perubahan sosial. Sesiapa yang memekikan laongan – lawan dan berjuang – maka di situlah rakyat akan berkumpul dan berpayung.Perhatikan dan ingatkan kembali bagaimana pada di minggu pertama dan minggu ke dua ketika Anwar Ibrahim dibuang dahulu.

Anwar masih membodek Mahathir dengan kata-kata seperti ‘ dia mentor saya ’ - ‘ saya anggap Mahathir sebagai ayah…’ dan dan dan. Ucapan-ucapan bodek ini tidak menjemput sesiapa pun untuk turun menyokong.Ketika itu Anwar Ibrahim tidak memekikkan perlawanan maka tidak ada sesiapa pun yang akan ambil pot atau bersimpati terhadap apa yang dilakukan oleh Mahathir.

Tetapi apabila slogan – lawan tetap lawan – muncul makan beratus ribu anak muda mula turun ke jalan raya. Pekikan bangun melawan adalah hukum sejarah tamadun manusia. Perlawaan adalah hukum dialetika yang saintifik – hukum yang menjadi asas penggerak perubahan apa sahaja dalam dunia ini.Melaongan perlawanan terbukti lagi dalam sejarah kes Musa Hitam. Ketika Musa Hitam dibuang dia menikus – tidak melawan. Maka hingga ke hari ini Musa Hitam akan terus menjadi tun tikus. Bagitu juga pada Anwar - jika ketika di buang dahulu dia tidak melaongan perlawanan – dia juga akan menjadi dato seri tikus tikus.

Tetapi waspada – jika Musa dan Anwar menikus - ini tidak bererti rakyat tidak memiliki niat untuk bangun melawan. Melawan adalah fitrah semua umat manusia. Jika ada si Polan menjadi tun tikus maka akan muncul susuk baru mengacung tangan membawa gelombang perlawanan.Individu dan susuk-susuk ini hanya berperanan untuk mengolah fitrah hakiki keinginan rakyat untuk bangun melawan.

Tidak lebih dari itu. Susuk yang nama mereka disabitkan dengan sejarah revolusi sosial adalah pengolah yang cekap dan pembawa garis politik yang tepat. Susuk ini dapat membetongkan keinginan rakyat yang ingin berjuang untuk mendobrak kezaliman yang sedia wujud.Sejarah perlawanan akan berterusan tidak putus putus. Jalan yang diteroka bukan siratul mustakim tetapi bengkang bengok dengan ranjau di sepanjang jalan.

Kita akan bertemu dengan banyak lagi watak Mat Kotak, Mat Ezam, Mat Badrul Hisham, Mat Zul Nordin, Mat Hasan Ali dan pelbagai jenis Mat Malaon yang akan cuba memberatkan tangan kita ketika rakyat ingin menampar United Malays National Organisation hingga ke liang lahad.Tetapi yakinlah tidak ada satu pun kuasa yang akan dapat menundukkan ombak rakyat. Hanya rakyat yang melakar sejarah.(TT)

Khamis, 2009 Oktober 22

Fundraising & Charity Dinner

KEADILAN Rembau Fundrising and Charity DinnerOctober 31, 20098.00 pm
Rest. Teratai, Seremban 2, Seremban


VIP guest :Dato Zaid Ibrahim, YB Tian Chua, YB Sivarasa Rasiah, YB Elizebeth Wong & YB Ronnie Liu

Also present :che'GuBard, YB Antony Loke, YB Taufek, YB Ravi & YB Chai Tong Chai
get RM 35 / RM 50 tickets from 0123696474 (Azizi)

please help us to help people in need.

Isnin, 2009 Oktober 19

SALAM TAKZIAH

Kepada Saiful Izham Ramli Ketua AMK Kedah yang juga MPT PKR saya mengucapkan takziah ke atas ibunda moga tercinta siang tadi.Begitu juga Wan Khairul Ihsan Ketua AMK Kelantan di atas pemergian ayahanda tersayang minggu lalu.Moga Rohnya di berkati dan dirahmati Allah S.W.T dan ditempatkan dengan orang-orang yang soleh dan solehah.

MENGAPA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK TUMBANG ?

Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008.

Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.
Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.


Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.


(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)

Rabu, 2009 September 16

INFO YANG PATUT ANDA TAHU

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK. YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni.

2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan kuantiti yang sederhana mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstik yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di kasino Las Vegas. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka.

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee, pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9.. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan ‘octothorp’.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan barkod adalah Wrigley’s gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C. mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Mona Lisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja).

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah’flutterby’.

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

http://perawi2205.blogspot.com/