http://www.youtube.com/watch?v=LXN_gga-JjM&eurl=http%3A%2F%2Fperisik%2Drakyat%2Ecom%2F&feature=player_embedded
Scammer Makanan
15 jam yang lalu
MELAWAN KETIDAKADILAN KEPADA RAKYAT
Terdapat kesan luka pada dada Cik Puan Temenggong Kelantan, dekat dengan payudaranya, kata peguam bekas model muda itu sambil menunjukkan foto di telefon bimbitnya kepada media.
"Jika kalian para perempuan tidak sedih... ini aneh. Ini adalah bukti jelas, saya pun hampir menangis," Hotman Paris Hutapea, penasihat guaman Manohara Odelia Pinot, dipetik akhbar Surya.
Sementara agensi berita AFP yang bercakap dengan ahli forensik itu melaporkan sebahagian kesan luka itu "masih baru". Malaysiakini
Waduh,luka di payudara...kena gigit lebih la kot geram punya pasal...tapi bukan geram marah...geram syok...tgk picture kat atas,muka syok sgt lagi...dapat kena gigit dengan sapa lak?waduh...jangan burukkan pewaris raja kelantan di negara sendiri.
Ketua Wip MPSP dari PKR Johari Kassim mengaku mengeluarkan kata-kata biadap - 'keldai' terhadap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dari PKR pada mesyuarat Ahli Parlimen dan ADUN parti itu, Jumaat lepas, berhubung perlantikan YDP MPSP yang diumumkan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman.
Sementara itu, bekas Ahli Majlis MPSP Amizuddin Ahmat ketika diminta komennya berkata, Johari sepatutnya mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum menuduh orang lain 'keldai'.
Dalam pada itu, menurut sumber sewaktu Anwar Ibrahim masih terpenjara, Johari pernah mengeluarkan kata-kata kesat dan biadap terhadap Dr Wan Azizah sewaktu Presiden PKR itu mempengerusikan mesyuarat.
PART I
Mursyidul Am TGNA cakap dah betui dah... aikk Timbalan Presiden pulak sangkal... itu bukan mewakili PAS... kepala hotak hang...mentang-mentanglah hang masuk jadi ahli terus PAS lantik jadi Setiausaha Agung, lepas tu menang Timbalan presiden nak 3 penggal boleh bersuara macam tuuu...Aduhai Nasib baik PAS ni Allah bagi kat ahli-ahlinya TGNA, kalau tidak lama dah PAS jadi komponen BN... - Majong Mari
Dalam Muktamar kali ini…ada dua puak yang bertentangan…pro-Umno dan pro-Pakatan. Dan aku memerhatikan kedua-duanya untuk mempelajari taktik apa dan strategi apa yang boleh dipelajari. Dan kedua pihak menggunakan strategi yang berbeda. Puak pro-Umno nampak lebih tersusun tapi konservatif.
p/s :media perdana hari ini sibuk menyiarkan ucapan terima kasih & tahniah najib pada Haji Hadi kerana mahu PR & PAS terus bergolak...yang pastinya nasha sudah silap langkah dengan menipu kononnya menafikan perjumpaan dengan pemimpin UMNO.
Ahmad Awang Buktikan Wujud Fraksi UMNO dalam PAS
Benarlah Husam Musa apabila beliau berkata tujuan beliau menentang Ust Nasa baru-baru ini adalah kerana untuk menghalang usaha membawa PAS kepada UMNO.
p/s : buka minda...rakyat sokong Pakatan Rakyat sebab benci Barisan Nasional...jika ada usaha untuk "unity gov" aku rasa cukup kecewa kerana hujah paling mudah bagi kita bahawa rakyat akan lebih berhati-hati untuk mengundi PAS serta sokongan masyarakat bukan islam/melayu kepada PAS tidak lagi seperti dulu...
Tidak berpuashati dengan pendirian tiga Exco kerajaan negeri dari PKR berhubung perlantikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), ketua Wip MPSP dari PKR, Johari Kassim menyifatkan exco-exco berkenaan macam 'keldai'.
Kerajaan negeri memutuskan jawatan YDP MPSP dan MPPP perlu diisi oleh penjawat awam, dan bukannya daripada kalangan pemimpin politik.Johari dikatakan mengidam jawatan berkenaan. Ini dimaklumkan oleh Zahrain kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, sepertimana disiarkan dalam akhbar arus perdana. ( foto)
Johari turut mendabik dada, beliau adalah pejuang reformasi sejak 1999, lebih lama daripada sebahagian ADUN dan Ahli Parlimen PKR yang ada sekarang.Pada pilihanraya umum lalu, PKR menawarkannya untuk bertanding, namun beliau menolaknya kerana merasakan PKR akan tewas, apatah lagi membentuk kerajaan Pulau Pinang.