Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Khamis, 23 Julai 2009

MARI MENGISI MINYAK SAMBIL MENDAPAT BONUS - malaysiakini

PROJEK USAHAWAN RAKYAT
"ISI MINYAK ANDA JUGA TURUT DAPAT WANG"
MALAH ANDA BERPELUANG JADI JUTAWAN


Sungguh mengejutkan, dalam masa dua hari sahaja iklan kami dipaparkan, lebih daripada 200 orang pembaca telah membuat pendaftaran bagi menyertai projek ini. Malah kami menerima pendaftaran dari semua negeri di Malaysia. Tahniah diucapkan kepada mereka yang sudah mendaftar. Tunggu arahan seterusnya untuk urusan pembayaran RM168 (Sem.Msia) dan RM180 (Sbh & Swk). Anda akan mendapat Kad Petronas dibawah yang mempunyai nilai belian PETROL sebanyak RM50, Kad Shooping di Giant, Mydin, Kamdar dan lain-lain lagi. Serta kad Kesihatan yang akan dihantar terus ke alamat anda. Kemaskini database pendaftaran sedang dilakukan. Bagi anda yang tidak mendapat SMS daripada pihak kami dalam masa 48 Jam, sila hantar semula [Nama_Alamat_Kad Pengenalan] anda untuk tujuan semakan.


Smskan [Nama_Alamat_Kad Pengenalan] di no +6 012-477 5588 untuk pendaftaran

LAGI ISU,BEBASKAH SURUHANJAYA YANG DITUBUHKAN? - malaysiakini

SILA BACA INI

-thethinker- berkata...

1 Malaysia kena tipu lagi.. termasuk TT taiko kite nii..

Yg ditubuh utk menyiasat kematian BengHock ialah Inkues ( bahasa melayu takda kaa ) yg diketuai oleh Majistret..

Suruhjaya Diraja yg ditubuh plak , hanya utk menyiasat cara penyiasatan SPRM ...

Sekali lagi , 1 Malaysia kena kong ngan kangkung dari Pekan

( Yang diatas adalah komen dari salah seorang pembaca TT )

Memang betul satu Malaysia kena kelentong.

Suruhajaya itu BUKAN untuk mengetahui bagaimana Teoh mati.

Tetapi tentang prosedur/tata kerja SPRM.

Ini adalah penipuan yang sedang dilakukan oleh Najib Razak.

Najib terang-terang menipu satu Malaysia.


Inkues hanya akan dilakukan oleh magistrate. Mamat atau Minah ini hanya akan mendapat data dan fakta dari laporan polis. Maka keputusan inkues ini pastilah :

1 – Teoh Beng Hock telah mati
2 – Teoh Beng Hock seorang lelaki
3- Teoh Beng Hock lelaki China
2 – Teoh Beng Hock jatuh dari bangunan.
3 – Teoh Beng Hock patah di sana dan di sini
4 – Mayat Teoh Beng Hock di temui jam 1.30 petang
Dan lain lain fakta yang semuanya diketahui umum.

Bukan ini yang warga satu Malaysia mahu.

Warga satu Malaysia mahu tahu :

Bagaimana Teoh Neng Hock jatuh?

Tukar Tiub minta maaf kerana memberi salah lapor.Ini kerana ingin cepat memecah berita. Berita awal dari TT seolah-olah Suruhanjaya Di Rajaditubuh untuk menyiasat bagaimana Teoh jatuh mati.Laporan ini salah. Tukar Tiub salah. Minta maaf.

Terima kaseh kepada thethinker.

BEBASKAH SURUHANJAYA YANG DITUBUHKAN?

CheGuBard dengan ini menyatakan sikap menolak kewujudan Jawatankuasa Penyiasatan (inkues) dan Suruhanjaya yang di umum diwujudkan semalam oleh Najib Razak selepas mesyuarat kabinet semalam.Najib semalam telah mengumumkan tiga keputusan kabinet ekoran kematian Teoh Beng Hock.

Pertama, Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.

Dua, satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.

Tiga, menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.

Bagi cheGuBard ketiga - tiga perkara tersebut hanya permainan atau tindakan terdesak Regim Bn, ia tidak memberikan erti apa - apa sebaliknya hanya untuk memperlihatkan atau memberikan persepsi kononya Regim prihatin terhadap desakan rakyat.

Pertama, KDN menyiasat dan menyelesaikan secepat mungkin ? Bukan satu kes SPRM terlibat dalam jenayah mengasari suspek atau saksi semasa soal siasat, sebaliknya tidak ada apa tindakan diambil dan bagaimana pula institusi seperti PDRM yang sememangnya telah hilang kredibeliti kerana PDRM sendiri terlibat dalam banyak kes kematian dalam tahanan yang tidak selesai, ditutup dan diselewengkan. Sisatan Polis ke atas kematian Beng Hock juga telah menjurus kepada 'arah' yang salah. Semua sesi penyiasatan ialah mencari punca menghalalkan tuduhan polis/SPRM iaitu Beng Hock membunuh diri. Mereka berusaha mencari (baca; mencipta) alasan kenapa Beng Hock bunuh diri bukan mencari kenapa dan siapa membunuh Beng Hock.

Kedua, Inkues melalui jawatankuasa bebas tidak membawa ertai apa - apa...? Jawatankuasa ini tidak punya apa kuasa. Katakan jawatankuasa ini memanggil pegawai SPRM, pegawai SPRM itu boleh sahaja tidak mahu menjawab pertanyaan kerana katanya siasatan SPRM adalah rahsia. Maka arahan mewujudkan Inkues ini adalah membazir masa dan wang rakyat.

Ketiga, Suruhanjaya Diraja yang dibentuk hanya dibenarkan menyiasat kaedah penyiasatan, bukan punca atau alasan kematian dan siapa yang bertanggungjawab.

Rakyat harus jangan keliru dengan permainan 'persepsi' yang Najib cuba mainkan ini.

Suruhanjaya Diraja Penyiasatan satu kemestian

Ingat insiden mata lebam Anwar Ibrahim, polis gagal kenal pasti siapa lakukan sebaliknya Jawatankuasa Diraja mendapati Anwar dicederakan dengan tujuan dibunuh oleh Ketua Polis Negara sendiri.Ingat lagi dengan insiden 'ketuk ketampi bogel' ? Semuanya kecoh kerana kononya ia wanita warga China. Azmi Khalid, Menteri ketika itu 'berlari' ke China memohon maaf. Namun Suruhanjaya Diraja berjaya mengenal pasti wanita tersebut adalah warga negara Malaysia dan pegawai terbabit dikenakan tindakan. Hubungan antara 2 negara baik tetapi peliknya regim ini tidak pula minta maaf dari rakyat Malaysia seperti mana seriusnya Regim ini mengejarkan seorang menteri untuk mohon maaf ke China. Begitulah regim takut dengan rakyat asing sebaliknya berani membelasah rakyat sendiri.

Najib takut wujudkan Suruhanjaya Siasatan Di raja ! Ini bukan sekali desakan untuk mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Di raja diutarakan kepada Najib. Beliau prnah dicabar untuk wujudkan Suruhanjaya Diraja dalam mencari siapa terlibat menjadi dalang dan mencari cerita sebenar misteri pembunuhan Altantuya, namun Najib tidak berani menubuhkannya. Sebaliknya Najib hanya menggunakan kuasa menggugut , membelasah rakyat yang cuba mencari kebenaran dalam isu Altantuya.

Kita biasa melihat budak bermain masak - masak, kelihatan serius dan bersungguh namun ia hanya memasak daun dan rumput di belakang rumah dan berilusi dapur punya api malah sesekali mulut membuat bunyi menggoreng. Maka dari jauh pasti nampak 'real' tetapi ramai yang buat percaya kerana nak jaga hati budak - budak. cheGuBard sekali lagi mengajak rakyat menolak pengumuman Inkues dan Suruhanjaya diRaja yang seperti budak main masak - masak.

MAKSUD NAMA-NAMA BULAN ISLAM - malaysiakini

Nama bulan Islam

Berikut adalah nama bulan Islam dan asal-usulnya (yang kebanyakannya muncul sebelum Islam lagi). Kebanyakan nama tersebut timbul sempena cuaca ketika suatu peristiwa besar berlaku ataupun sempena peristiwa besar tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana semuanya adalah nama bulan dan bulan berubah 11 hari lebih awal setiap tahun, maka, musim atau peristiwa asal tidak begitu mempengaruhi nama sesetengahnya kini.

Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
Bulan ini mengambil perkataan "Haram" yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.

Safar (ﺻﻔﺮ)
Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.

Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.

Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/'ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim bunga.

Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
Bulan pertama musim panas. "Jumada" bermaksud kering.

Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.

Rejab (ﺭﺟﺐ)
Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.

Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
Bulan ini terbit dari perkataan "syu'ba", bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.

Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.

Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan "haji" sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.

SUMBER

Rabu, 22 Julai 2009

MALAS NAK KOMEN LEBIH-LEBIH - malaysiakini

PEWARIS CUBA WUJUDKAN KETEGANGAN DI KUALA LUMPUR - malaysiakini

Pendukung Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga akan berarak beramai-ramai ke Istana Negara seperti kumpulan penentang akta kontroversi itu pada 1 Ogos, demikian diputuskan malam tadi.

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) bersama sepuluh NGO Melayu, yang bermesyuarat tentang perkara itu malam tadi, memutuskan untuk mengumpulkan tandatangan di Dataran Merdeka dan kemudian ke istana.

Ribuan penentang akta itu yang menganjurkan Himpunan MANSUH buat pertama kali bersemuka di jalanan dengan penyokong ISA yang mengadakan perhimpunan bertemakan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu." Malaysiakini


P/S:Ini ada perkara yang sengaja dirancang untuk mewujudkan 1 pertembungan serta kekecohan di kuala lumpur....sudah beberapa kali mereka/UMNO cuba mewujudkan ketengangan bagi menyelamatkan UMNO/BN.Kali ini mereka akan menggunakan perhimpunan ini bagi menghalalkan segala tindakan Pihak Berkuasa nanti.AWAS...!!!

Isnin, 20 Julai 2009

FORUM PERDANA MENYOKONG KEADILAN UNTUK TEO BENG HOCK - Malaysiakini


Tarikh : 21.7.2009

Masa : 8.00 Malam

Tempat : Kompleks Masyarakat Penyayang,Jalan Utama 10450 Pulau Pinang

Bersama :

Y.A.B Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang

Y.B Mansor Othman
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang

Y.B Prof Dr. P. Ramasamy
Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang

Y.Bhg Ustaz Salleh Man
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang

Serta Ramai lagi pimpinan Pakatan Rakyat.Anda semua dijemput hadir...
Related Posts with Thumbnails