Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Jumaat, 12 September 2008

GEMPAR..Raja Petra Di Tahan ISA..!!!


Blogger Raja Petra Kamaruddin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA), kata isterinya Marina Lee Abdullah.Menurutnya, 10 anggota polis datang ke rumah mereka di Sungai Buluh pada kira-kira jam 1.10 tengahari tadi untuk menahannya.
Maklumat lanjut boleh di dapati di [SINI]

Khamis, 11 September 2008

EMPAT PEMIMPIN PKR (AHLI PARLIMEN) KE TAIWAN


Terkini

Empat pemimpin Parti Keadilan Rakyat akan terbang ke Taiwan esok untuk bertemu dengan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional. Mereka ingin menemui para YB yang terdahulu telah bersetuju untuk meninggalkan Barisan Nasional dan masuk ke dalam Pakatan Rakyat.

Mereka yang dijangkan pergi ke Taiwan esok ialah Naib Presiden PKR Dr Lee Boon Chye, YB Saifuddin Nasution, YB Fuziah Salleh dan Ketua Penerangan PKR Tian Chua.


Kemaskini

Empat ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat akan berlepas ke Taiwan pada jam 2.00 petang esok hari Jumaat.

Mereka akan mengambil pesawat udara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Delegasi PKR ini akan menginap di Hotel Sheraton Taipei 12, Chung Hsiao East Road, Section 1, Taipei 100, Taiwan.

Ketua Penerangan PKR, Sdr Tian Chua telah memberi tahu Tukar Tiub bahawa 49 ahli-ahli parlimen Barisan Nasional akan juga menginap di hotel yang sama.Menurut Tian Chua , beliau telah mula berhubung dengan beberapa ahli parlimen tersebut.

Bila Tukar Tiub meminta siapakah YB yang dihubungi, Ketua Penerangan PKR ini telah enggan memberitahu nama-nama mereka.Sdr Tian Chua juga memberitahu bahawa 'pertemuan' antara delegasi PKR dengan 49 YB Barisan Nasional itu pasti akan berlaku.(TT)

sumber daripada
[TUKAR TIUB]

Buat Laporan Polis...


Dalam sibuk2 aku dok search dlm internet nih....tetiba aku terjumpa la benda nih...


Aku rasa mcm best plak kalau ramai2 rakyat malaysia buat repot polis...nescaya x lena tido atau tak tenteram mamat mangkok nih....hehehehe....korang nk tau aku ambik dari mn...klik kat [SINI]

Minyak Oh Minyak


salam....

Apa punya turr jadi rakyat malaysia ntah la....bukan kecewa lahir di malaysia,tapi kecewa pentadbiran yang sanggup menipu rakyat sendiri...

Minyak dunia hari nih dh jatuh hingga bawah $105 dh...harga minyak naik 70sen sewaktu harga minyak dunia $125,bila turun sampai $118...gomen umum la harga minyak turun 15sen...bengong tol....

Wei,tak habis2 nk menipu...klau waktu tuh nk amik hati pengundi pmtg pauh pun...nih dh hampir bawah $100 pun...bahkan jangkaan harga pada bln oktober nih akan turun di bawah nilai $100 1 tong barrel...rakyat kita masih lagi kena byr minyak dgn harga yg mahal...bayangkan brp hari depa punya tahan harga...untung nk pelari pi mn?

Kita nih bukan la mcm menantu Robert Quak naik sampai RM10 seliter pun dia tak rasa apa pasal dia tuh dh mmg raja gula negara....aku rasa klau ada golongan yang nk pertahan lagi kerajaan BN yg sedia ada skrg...otak org tuh bkn takat dok kat lutut...tetapi dok kat bawah tapak kaki...menggong

klau hampa tgk kat blog penarik beca,dia ada tulis ada beberapa pimpinan PR jumpa PM dekat mines 8 sept baru2 nih...apa kata hampa pi kt blog [dia]

Ustaz Ramlang-Di Tukar


Oleh: Jimadie Shah Othman (malaysiakini)

Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi telah ditukar ke bahagian pentadbiran dan kewangan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya, berkuatkuasa 9 September lalu.

Surat bertarikh 8 September itu ditandatangani oleh pengarah bahagian berkenaan, Abdul Murat Abdul Wahab.

Surat tersebut tidak menyatakan sebab-sebab Ramlang ditukar ke bahagian berkenaan.
Bagaimanapun, surat itu menyatakan Ramlang dikekal pada Gred 17.
Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Ahmad Nizam Hamid ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Pada 15 Ogos lalu, Ramlang adalah antara empat imam Masjid Wilayah Persekutuan yang diarahkan menghadiri majlis angkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid tersebut yang mendakwa dia diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun.

Ramlang kemudiannya muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat pada 24 Ogos lalu - dua hari sebelum hari pengundian pilihanraya kecil Permatang Pauh - meminta supaya beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah laknat Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

Ramlang juga menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah Saiful itu tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.
Sementara itu, Ahmad Nizam berharap tindakan Jakim itu tidak bersifat ‘pemecatan konstruktif’.

“Ini bukan pemecatan tetapi memberi tekanan kepada pekerja. Dalam kes ini kadang-kadang mereka bagi meja dan kerusi tapi kerja tidak ada.

“Saya harap Jakim tidak melakukanm perkara itu (terhadap Ramlang),” katanya.

Menurut Ahmad Nizam lagi, sudah tentulah anak guamnya kini dalam keadaan sedih.
Katanya, walaupun gred jawatan Ramlang adalah sama tetapi dia tidak lagi menjadi imam.

Macam2 Ada-Hot...Hot


salam...

Tak sempat nak update pasal tukar hp lain..x leh nk login pasal xleh nk guna hp baru buat broadband....

Dalam pada tuh mcm2 ceta jadi 2-3 hari nih....ada 1 mamat nih cakap dulu 'saya takkan sertai UMNO selagi paklah jadi presiden....tetiba terhegeh2 mcm b*** dok sondoi UMNO blk...apa punya turr...keja nk menipu tak habis2....

Hat mamat gemok sorang tuh kena gantung 3 tahun sj dlm UMNO,sebab apa?pasal Pakatan Rakyat ignore & buat dunno saja api perkauman yang depa tiup...tak mcm dulu 1987...aku pelik pasal mamat gemok nih yang di ambil tindakan oleh UMNO...malaysia nih tadak polis ka?klau puak PR yang buat onar...aku pasti dh kena ISA pun sebab cubaan utk mewujudkan keadaan tegang antara kaum...keselamatan negara la konon...

Cerita lagi ada pula mamat yang tak konpiden dgn 16 september 2008...bahkan dh keluar statement pun takkan berlaku pertukaran kerajaan...yang peliknya,orang lain runding...orang lain pula yang tak yakin...tuh bukannya 'pandai' tetapi 'pandai2' buat2 tau...sedar la sikit...harapan rakyat...pasal tuh org muda lari dari nk rapat dgn hampa...lapaq nk jadi menteri kot,tapi dh tak laku...

Bertiup kencang juga khabarnya ada golongan yang tak sign surat utk pembentukan kerajaan baru...klau hat kaki lompat mcm si raja katak tak kisah la,semua orang sedia maklum,dia tuh org kuat tengku razali....nih org penting dalam komponen PR...waduh,orang mcm nih patut di singkirkan saja...pasal apa?sebab utama ialah kepentingan diri letak no 1,tapi bila bercakap kononnya ianya kepentingan agama...

Aku terpanggil untuk ulas sikit bila aku lihat golongan yang di bibir asyik sebut islam,pakaian jubah meleret ke tanah,serban besar bakul...tapi percayalah,di dunia arab...golongan ini lah yang menjadi fraksi & mengikut telunjuk amerika...bahkan,golongan yang menampakkan diri & pemerintahan seolah2 mcm islamnya teratas...tetapi menjadi boneka barat...

Lihat lah Erdogan-Turki,Ahmeddinijat-Iran nampak simple,moderat,tidak berjubah...tetapi bukan saja islam di terapkan sedikit demi sedikit di turki walaupun pemerintahan sebelum ini sekular...bahkan iran pula skrg di takuti & digeruni oleh amerika & israel...sehingga nk ugut serangan besar2an walaupun dunia mengecam tindakan tersebut...

Begitu jugalah dgn Dato Seri Anwar Ibrahim,belum apa2 lg...suara sumbang mcm lutong atas pokok riuh rendah mempersoalkan pentadbiran kerajaan baru...tiada motif yang lebih besar mereka isukan...hanya berpaksi atas nama islam...kebimbangan mengenai islam...walhal niat hati dalam perut hanya ALLAH yang tahu...hitamnya lebih teruk dari hati ayam yang dh di goreng...golongan subversif ini akan menentang dgn apa cara sekali pun...ego,sombong,angkuh....bahkan mereka tetap dgn hujah...mereka lebih pandai kerana ilmu agamanya tinggi tanpa mempedulikan apa yang akan berlaku dgn tindakan mereka..sebab bagi mereka...hujah mereka amat maksum klau nak di bandingkan dgn orang lain yang tiada latar blkg agama...

Sebab masing2 yang mahukan Anwar sebagai PM ialah seperti ali hassan Al-Oxford,amir shaari Al-cambridge,syed amirudin Al-georgetown...golongan ini tiada pula di blkg nama mereka Al-iraqi,Al-tantawi atau apa2 lagi Al yang menampakkan mereka berlatar blkg dari Universiti yang berpendidikan agama di Arab...walaupun arab itu kebanyakan diktator,boneka amerika dll...

Sebab itulah org seperti Husam musa,Dr hatta,Dr Dzulkifli ahmad,Datok KJ dll yang tak pakai jubah,di kritik hebat.tetapi mereka ini mendapat tempat di hati Tok Guru Nik Aziz...sebab itu Tok Guru Nik Aziz mendapat sanjungan dari kawan & lawan...di hormati oleh golongan islam & bukan islam...inilah contoh yang perlu kita pelajari...bukan otak letak kat lutut persoalkan soalan & andaian bodh lagi menyempitkan...

Dunia....dunia....macam2 ada....lu ada otak...lu pikir la sendiri...wallahualam

Isnin, 8 September 2008

Ramlang Kembali Bertugas Hari Ini


Imam Masjid Wilayah Persekutuan,


Ramlang Porigi telah kembali bertugas hari selepas bercuti sejak sebelum pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.


Menurut Imam Besarnya, Abdul Malek Salleh, Ramlang (foto) datang bertugas pagi tadi.Ketika ditemui di masjid berkenaan, Malek memberitahu Malaysiakini bahawa bahawa Ramlang telah pergi bertemu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan tersebut.Pagi tadi, peguamnya, Ahmad Nizam Hamid juga mengesahkan bahawa Ramlang akan kembali bertugas hari ini.

Ramlang menjadi tumpuan ramai apabila beliau muncul di pentas ceramah Pakatan Rakyat sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh untuk memperjelaskan mengenai kehadiran di majlis sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dilihat oleh penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.




ni pula sms aku dgn ustaz ramlang pada 29 ogos 2008 sewaktu dalam bas perjalanan niat mahu berjumpa dgn ustaz ramlang


Aku : Assalamualaikum,ana *** E*** A******* M*** K******* P****.ana nk mohon maaf sgt2 pd ust sbb kelancangan mendedahkan status ust d dlm blog sewaktu 4 hari lepas sumpah saiful.Bkn niat ana nk aibkan ust,ana juga dh tulis dlm blog minta maaf pd semua pembaca mlm 24hb lepas.ana tahu,ust rasa resah.ana bangga kehadiran ust mlm 24hb dlm munajat.hanya tuhan dapat balas jasa ust utk 27 juta rakyat.u are a hero,ana nk jumpa ust juga nk minta maaf tp F**** (Topeng_perak/blog perisik-rakyat) & n*** (blog matcomot) nasihatkan situasi n takut tindakan terdesak utk trace lokasi ust skrg.blog ana http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/


Ust Ramlang : w,slm.Ana maafkan.Insyaallah kalo semua dah selamat dan aman,kita akan berjumpa jua.ok


Aku : ok,apa pn ana n teman2 bloggers nk jumpa face to face dgn ust,tambahan ana tak tenteram selagi tak jumpa ust.bg ana keikhlasan ust ana balas dgn kejujuran.t.ksh sudi maafkn ana walaupn sms,simpan no tel ana jika nk tukar no tlg sms.insyaALLAH ana akan jumpa juga ust.t.ksh byk2.skali lg ana bangga dgn ust.


Ust Ramlang : Ok


Ada lg,tapi cukup la sekadar ini...apa2 pn bersyukur & di doakan keselamatan Ust Ramlang sekeluarga setelah memulakan tugas hari ini...


Balasubramaniam...yenggey porenggey?lagi tarak jumpa maaaa...Ust Ramlang dh bertugas...Dr Mohd Osman dh buat sidang media...tapi bala juga hilang...aney...yenggey?

Email Teman 1


salam sejahtera


Untuk semua rakyat malaysia mcm aku nih......mungkin luahan saya ini agak terlewat namun dari menahan luapan api yang membuak-buak ini memakan hati dan membakar jiwa lebih baik saya luahkan saja dalam tulisan saya ini......


Ini semua berpunca dan berkisar mengenai wartawan tanahair yang tercinta ini......memang telah diketahui umum kalau wartawan utusan meloya...walau dibubuh buluh dalam pungkuq takkan ada cerita pakatan rakyat elok atau anwar ibrahim baik....


Ya la suratkhabar puak umno,nak mampuih dok puji pakatan rakyat....yang aku nak komen wartawan utusan meloya oleh saudara zulkefli hamzah pada tarikh 310gos 2008....bertajuk KEANEHAN PERMATANG PAUH..........


Aku bukan baca sangat utusan meloya ni,,tp dah pak mentua aku dapat free(bos jabatan kerajaan)aku baca la jugak time aku free,,,,sebelum ni aku tak ambik kisah sangat apa aku baca kat utusan meloya ni,,,tapi tulisan ni menarik jugak pada mata kasar aku.....


Antara tulisannya 'Aneh,kerana anwar yang dibebani dengan dakwaan salah laku moral dan jenayah tetap dipilih oleh penduduk permatang pauh,kawasan yang ditinggalkannya sejak 10 tahun lalu sungguhpun ia hanya merupakan kubu terakhir penasihat pkr itu,dalam sejarah politik malaysia,tiada pemimpin sekebal anwar-tetap disanjung dan di puja-walaupun apa yang didakwa dilakukan oleh bekas timbalan perdana menteri itu menjadi pantang larang berpolitik dan dosa besar bagi umat islam'.........


Aneh bagi aku wartawan ni puji ka kutuk anwar ni????kalau dia puji kira dia nak mampuih laaaa,tp ni ayat awai ja,,hat lain dia kata mcm2 kat anwar....aku bukan taksub kat anwar tapi hampa tu kira nak tipu..apa pn aku nak kata kat dia ni,nak aneh apanya...orang dah meluat dengar puak umno,puak wartawan meloya macam hang dok hentam anwar,semua tak elok pada mata hampa,semua jahat ja anwar ni..ni mangkuk hayun oii,nak bagitau kat hang,bagi hang cerdik sikit,anwar ni bekas timbalan perdana menteri malaysia,dah pangku jawatan PM pun..


Sejarah dia dipecat dulu kerana cuba nak halang kerakusan perdana menteri guna wang rakyat bantu anak dia yang lingkup meniaga...anwar dibebaskan kerana rayuan salah laku seks dia dibenarkan mahkamah & hujah pembebasan tiada bukti yang boleh mensabitkan dgn tuduhan...bermaksud anwar tidak bersalah dalam tuduhan liwat jadi anwar dibebaskan.


Tidak ada liwat meliwat...jadi dah terang trang tang tang anwar tak balun pungkuq sapa pun...yang jelas memang ada konspirasi menjatuhkan anwar...dah jelas sangat dah..jadi bila tuduh pulak liwat,sapa nak percaya?????


Lain pada puak mangkaq macam hang ja nak percaya....jadi bila anwar menang hang (wartawan zulkefli hamzah) dok buat tergejut beruk pulak,awat penduduk permatang pauh masih tak percaya sumpah laknat saiful...ya allah awat la mangkuk tingkat sangat hang ni..sumpah orang yang sanggup wat apa saja demi agenda jahat sapa nak percaya???pak dia tolong jelaskan kat kita ni fitnah,hang dok kata aneh..awat hang tak tengok tv3 tunjuk pak saipol ni kata dan cabar anwar supaya bersumpah sama demi menangkis fitnah liwat ini.....


Laaa dah fitnah nak tangkis apa lagiiiiiii..bodo punya ayat....wartawan oiii orang la dah tak takut dengan sumpah2 ni..nak heran apa yang dah murtad dan mintak tukar agama dari islam ke agama lain belambak...jadi setakat sumpah sepol yang dah kita tau jahat dia nak heran apa...


Maksud aku orang la dah tak takut dalam mempersendakan agama islam kerana balasan allah tidak diketahui bila,jadi berdusta dalam bersumpah bukan orang nak tau....lepas sumpah anak haram tu...pakat bersumpah pulak najib dan tajol rosli...laaaaaa hat ni hang tak kata aneh plak,,,jangan lepas ni samy vellu bersumpah sudah.....hat dalam jail pun lepas nih nk bersumpah...setel kes...


Jadi apa yang aneh bagi hang pada aku adalah sinar kebenaran yang bakal nampak kita lihat tidak lama lagi,kebenaran diatas kezaliman manusia menindas manusia demi kepentingan peribadi akan terbongkar satu persatu,,walau utusan meloya hang hari2 dok nafi 16 september...kita tunggu dan lihat...


Ku akhiri dengan nasihat buat wartawan meloya...hang cari makan menjamu anak dan isteri dengan menulis fitnah dan membuat laporan bohong,jadi sumber rezeki yang tidak halal dimakan oleh anak dan isteri,yang halal bakal menjadi kes anak tak halal bertambah halal dimalaysia?????apa ni?????lu pikir la sendiri......assalamualaikum....


tarabasmy

Kenyataan Media Pakatan Rakyat



Kenyataan Akhbar

MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

8 September 2008

Pakatan Rakyat Menjunjung Prinsip Perlembagaan Persekutuan.Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersidang pada hari ini 8 September 2008 dengan ini menegaskan penolakan kami terhadap usaha-usaha menyemarakkan politik perkauman yang sedang dilakukan oleh UMNO akhir-akhir ini. Kami amat bimbang isu ini sekarang digunakan untuk mengelabui pandangan rakyat yang sebenarnya merupakan usaha terdesak untuk menyelamatkan kepentingan segelintir golongan elit politik dan kroni mereka.

Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

Berdasarkan prinsip-prinsip Perlembagaan ini kami menolak sekeras-kerasnya pendekatan politik perkauman sempit yang menjadi dasar UMNO-BN. Pendekatan inilah yang sengaja digunakan untuk memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.

Sehubungan ini kami membantah ucapan yang dibuat oleh Dato Ahmad Ismail yang disokong oleh semua pemimpin UMNO Pulau Pinang. Isi ucapan itu mencerminkan dasar perkauman UMNO yang sebenarnya bertujuan hanya untuk mempertahankan kepentingan segelintir golongan orang kaya Melayu serta suku sakat mereka yang menggunakan kuasa politik untuk mengambil kesempatan mengaut kekayaan negara dengan berselindung di sebalik membela kepentingan Bumiputera dan orang Melayu.

Sekian, terima kasih.
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum
KeADILan

YB Dato' Husam Musa
Naib Presiden
PAS

YB Lim Kit Siang
Ketua Ahli Parlimen
DAP

CERITERA RAJA LAWAK


terbalik pulak :

08 Sep 2008 12:08AM

DI TENGAH kerancakan isu peralihan kerajaan yang dicanang oleh 'boss' PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 September ini tiba-tiba muncul pula berita 'terbalik kot' yang mendakwa dua orang MP Pakatan akan melompat ke Umno.Khabarnya wakil rakyat ini mewakili parlimen di Kelantan. Satu dari PAS dan satu dari PKR.Menurut blogger 'Kapak Jangak' yang dikendalikan oleh Ramli Abdul Halim, dua ahli parlimen berkenaan akan sertai Umno dan pengisytiharan penyertaan mereka akan dibuat pada 1 Oktober nanti.Beliau yang juga penerbit akhbar Mingguan Wasilah mendakwa menerima satu panggilan yang memberikan maklumat terpeinci mengenai isu lompat tersebut.

"Pemanggil berkenaan memberikan nama dan biodata penuh kedua-dua ahli parlimen itu dengan seorang daripadanya adalah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun saya tidak akan menyiarkan nama mereka berdua buat masa ini", dakwa Ramli dalam blognya."Faktor yang mendorong kedua-duanya memilih menyertai Umno adalah bagi memastikan kedudukan kerajaan Umno/BN di pusat terus kukuh dan sekaligus untuk menidakkan dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan yang ada akan bertukar tangan kepada PKR dan beliau yang akan jadi perdana menteri", tambah beliau lagi.

Ramli turut mendakwa pemanggil tersebut memberitahu tidak ada sebarang tawaran harga, jawatan atau pujuk rayu dari mana-mana pemimpin Umno negeri atau pusat yang menyebabkan mereka terdorong mahu menyertai Umno.Sebaliknya keputusan itu dibuat atas pilihan sendiri demi masa depan agama, bangsa dan negara tercinta dan permohonan rasmi untuk menyertai Umno dikatakan telah pun dibuat dan keduanya kini menunggu keputusan sama ada permohonan mereka diterima atau ditolak."Dakwanya, selain dari kedua-duanya, beberapa orang ahli parlimen lain lagi, termasuk dari Pas akan turut sertai Umno, malah ada beberapa ahli dewan undangan negeri juga turut akan berbuat demikian", dakwa Ramli lagi didalam blog tersebut.

Beliau turut memberitahu antara faktor wakil-wakil rakyat berkenaan mahu masuk Umno ekoran kenyataan tentang kronisme dan nepotisme yang ditentang oleh Pas selama ini dikakatakan oleh pemimpin tertinggi parti itu bahawa kronisme dimulakan oleh Islam, malah Rasulullah s.a.w. juga dikatakan mengamalkan kronisme.Kenyataan itu dikatakan amat mengelirukan. Kononnya kalau benarlah kronisme dibolehkan oleh Islam dan Rasulullah s.a.w. juga mengamalkan kronisme, ertinya selama ini Pas menentang Islam dan Rasulullah s.a.w. dalam soal koronisme dan nepotisme.Sebagai sebuah parti yang dasar dan teras perjuangannya adalah Islam, tidak munasabah kalau apa yang dibolehkan oleh Islam dan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. ditentang, malah ianya menjadi sesuatu yang tidak halal untuk ditentang.

Kalau kenyataan itu dibuat oleh tokoh utama semata-mata untuk selamatkan kedudukan sendiri dan orang-orang di sekelilingnya, maka lagilah tidak halal untuk Pas terus disokong dan didukung.Ramli turut memberitahu pemanggil tersebut memberitahunya, banyak yang Umno/BN buat yang asalnya dianggap tidak boleh dan haram oleh Pas, termasuk dalam soal bekerjasama dengan kalangan bukan Islam kini sudah menjadi sesuatu yang 'boleh' dan halal menjadikan apa yang Umno buat nampak lebih 'makan siku' dengan hukum hakam.Sementara itu penulis politik terkenal Mohd Sayuti Omar yang mengulas isu ini didalam blognya Merah Tinta mendakwa alasan Ramli itu sedap didengar tetapi ada sedikit unsur retorik.

"Saya tidak perlu siasat mengenai laporan berkenaan. Sebagai seorang pengamal media dan menjadi penganalisa kecil politik, mudah saja untuk memberi gambaran atas laporan berkenaan.Walaupun laporan itu tidak mustahil, tetapi apakah munasabah dalam keadaan semua orang bersemangat tinggi untuk melihat BN jatuh tiba-tiba ada orang seperti dua ahli Parlimen itu hendak menyertai Umno", kata Sayuti didalam blognya.Sayuti turut menyangkal laporan tersebut dengan memberi alasan langkah menyertai Umno ketika ini adalah langkah songsang dan hanya mereka yang kabur saja bersedia untuk mengikuti Umno.

"Umno dalam keadaan seperti hari ini saya tidak fikir ada orang ingin mencemarkan maruahnnya untuk bergelumang di dalam parti berkenaan yang disifatkan oleh Rais Yatim sebagai tidak berbudaya Melayu lagi itu. Saya rasakan kalau rakyat begitu tinggi semangat dan keazamannya hendak lihat BN jatuh, apatah lagi dengan ahli-ahli Parlimen. Mereka tentu lebih bersemangat lagi untuk melihat realiti itu.", tambah Sayuti lagi.Beliau berpendapat orang yang memberi maklumat kepada Ramli ada agenda tersendiri. Mungkin beliau menggunakan ruang untuk mencuri tumpuan orang dan menimbulkan kegemparan kecil.

Di akhir tulisannya Sayuti tidak menolak kemungkinan pemberi maklumat kepada Ramli itu sudah pun menghubungi akhbar-akhbar dan media eletronik berkenaan.Namun kerana kesahihannya dan nilai beritanya boleh diketawakan orang maka ia tidak disiarkan.

Bodoh Punya Paper






Salam...korang mungkin sikit ribut bila dengar kononnya Tan Sri Khalid Ibrahim tak turun padang sewaktu hujan & banjir baru2 nih dgn alasan membazir kewangan & buang masa...


Bengong sebengongnya....aku rasa kalau nk attack pun...biar la tadak rekod atau bukti dia turun kawasan...nih tak...nih zaman teknologi maklumat la beb...kejap jer orang dapat akses...kat bawah tuh aku letakkan Tan Sri Khalid turun padang dgn Exco Kerajaan Negeri Dr Halimah Ali melawat mangsa banjir & memberi bantuan di selangor...


LOMPAT?


41 MP BN berlepas ke Taiwan hari ini

Sep 8, 08 12:26pm

Sejumlah 49 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyertai lawatan sambil belajar ke Taiwan mulai hari ini.Daripada jumlah tersebut, 41 orang berlepas hari ini manakala lapan orang lagi, akan di sana esok.


Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBC), Datuk Bung Mokhtar Radin, yang akan berlepas bersama 41 ahli Parlimen tersebut pada jam 1.45 tengahari ini, mengesahkannya ketika dihubungi Malaysiakini.


Katanya, jumlah tersebut terdiri daripada 10 ahli Parlimen dari Sabah, 12 dari Sarawak dan bakinya dari Semenanjung Malaysia.Mereka dijangka mempelajari secara dekat program pertanian yang dilaksanakan di Taiwan.


Bagaimanapun, lawatan mereka selama lapan hari ke Taiwan, telah dipersoalkan, kerana mereka akan berada di sana sehingga 16 September - tarikh yang didakwa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyaksikan ahli-ahli Parlimen BN melompat menyertai Pakatan Rakyat.


note:jumlah yang aku agak2 49 kerusi nk lompat...klau inilah MP yang nk lompat...apa bezanya umum lompat di taiwan sewaktu DSAI berada di sana atau pun DSAI menunggu ketibaan semua 49 MP di lapangan terbang KLIA atau mereka ini setibanya terus bergegas ker pejabat PKR di Petaling Jaya...tunggu 16 september....najib dah silap bg kelulusan lawatan...

MALAYSIAKINI

Persiangan-SABAH



Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini mengisytiharkan kemenangan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Seri Joseph Kurup bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihanraya umum 8 Mac lalu, batal dan tidak sah.

Joseph Kurup adalah timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Datuk David Wong Dak Wah yang membuka kemungkinan pilihanraya kecil diadakan di kerusi tersebut yang sebelum ini dimenangi oleh Kurup tanpa bertanding.

Bagaimanapun, pindaan pada undang-undang pilihanraya membolehkan Kurup mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Petisyen itu difail oleh calon PKR, Danny Anthony Andipai, yang juga calon bagi kerusi tersebut.
Beliau menamakan Kurup, pegawai pengurus pilihanraya Bubudan OT Majalu dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai responden.

Kurup menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon pada 24 Februari lalu apabila keras pencalonan Andipai ditolak kerana diserahkan selepas jam 10 pagi (masa tamat penyerahan borang).

Pada hari penamaan calon, Andipai dan seorang lagi calon, Saimeh Usau, terlepas masa menyerahkan borang dan mahu menyerahkannya selepas masa itu tamat.

Kedua-duanya mendakwa bahawa perjalanan mereka ke pusat penamaan calon telah dihalang.
Mereka kemudiannya dibenarkan berbuat demikian - borang pencalonan Andipai diterima pada jam 10.25 pagi dan borang pencalonan Saimeh lima minit kemudian.

Bagaimanapun, sewaktu tempoh bantahan, Kurup membuat bantahan dan ianya diterima oleh pegawai pengurus pilihanraya. Beliau kemudiannya membatalkan pencalonan Andipai dan Saimeh.

Kurup kemudiannya dilantik sebagai timbalan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah. Beliau juga merupakan bekas timbalan ketua menteri Sabah.

PKR Menang PETISYEN


8 September:Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini telah mengistiharkan kerusi Parlimen Pensiangan yang di menangi Joseph Kurup (BN) tanpa bertanding dalam pilihanraya umum lalu adalah tidak sah....


*lepas nih proses joseph nk buat rayuan...klau tolak juga...ada Pilihanraya Kecil la...waktu tu hampa sendiri mau ingat la...pilihanraya kecil lepas nih semua waktu tuh PR jadi kerajaan Pusat...mesti sengitkan??


*kerusi DUN Sanglang,Mungkin di Kulim Bandar Baharu,Persiangan dan lagi..dan lagi...dan lagi...

Ahad, 7 September 2008

Dah Lama Aku Pendam

Salam...


Aku terpanggil memberi komen terhadap beberapa suara sumbang beberapa pemimpin pemuda di dalam PAS yang menimbulkan syak wasangka di kalangan ahli dalam PR...aku tak kisah jika ianya 1 perbincangan tidak formal antara kalangan ahli akar umbi...


Yang paling mengecewakan aku ianya di tulis dalam2 blog pimpinan tertinggi pemuda...apa yang merungsingkan,ianya mgkin sekadar luahan hati...telah lama aku diamkan diri...bila ada niat dgn cobaan melaga2kan pimpinan PR dgn posting komen YBhg Tn Haji Mohd Sabu dalam blog beliau...


Aku rasa 1 teguran yang perlu dia sedar...ustaz...jawab la dengan bernas...tulis juga la dengan bijaksana...apakah kebenaran cakap YBhg Tn Haji Mohd Sabu apabila dia kecewa dgn ulamak muda?jgn guna hujah yang dangkal & menampak terlalu radikal dalam masa yang sama,soalan para komentar amat mudah & ringkas kadang2 jawapan ustaz mcm budak sekolah...tapi klau hujah komentar bernas...ustaz hanya ignore dari menjawab...


Saya dah anggap anta otak mcm budak2...saya lebih suka sikap membisu Tn Haji kerana sebenar2nya beliau tidak tahu mengenai 16 september bertindak apabila realiti telah berlaku...jawapan mudah,komen cuma ianya khabar angin bukan takat di sarawak & sabah...tetapi ada juga dari kalangan UMNO...


Bila ada hujah saudara mengenai kononnya ramai bukan kalangan MP yang bukan islam akan lompat...menampakkan saudara menolak kaum lain dalam negara ini...aku tahu niat takut hilang kuasa majoriti & suara di parlimen...apa pula jadinya jika majoriti dgn MP UMNO Lompat nanti tak kira la dalam PAS atau PKR menjadikan majoriti melayu/islam itu lebih ramai?waktu tuh apa pula tulisan anta?


Kalau sudah tidak tahu lebih baik diam...ini belum lagi mengenai tulisan serta soalan2 kepada pembaca yang tidak menampak langsung kefahaman anta dalam sebuah parti politik...ana dah anggap pemahaman otak anta dh macam budak2...jadi ana anggapkan komen pada malaysiakini YBhg Tn Hj Mohd Sabu di tujukan kepada golongan ULAMAK MUDA mcm anta


Jangan berbelit dalam penulisan & fakta,Anwar tak pernah marah atau komen terbuka mengenai muzakarah yang kononnya pimpinan senama dgn anda berjumpa paklah selepas 2 hari pilihanraya umum 8 Mac,kata nak saman,paklah mengaku jumpa...mahfuz mangaku tak jumpa,tetiba dgn hati terbuka minta maaf kerana dia di arahkan menafikan & tidak tahu ada perjumpaan...akhirnya serang Anwar habis2an dgn cubaan menutup pekung & kemarahan akar umbi...


Bila nk di hujah dalam muktamar,kononnya melanggar disiplin parti...aku dh jemu dgn permainan nih...sedah lah dari realiti....aku dah muak permainan menampakkan mcm dh jd Fraksi UMNO (aku pinjam dari tulangbesi)...kalau tak suka,keluar saja tubuh parti lain...jangan rosakkan PAS...perjuangan yang murni dari Almarhum Ustaz Fadhil Noor...lahirkan kepimpinan seperti Almarhum & Tok Guru Nik Aziz...bukan takat orang islam hormat,di sanjung orang bukan islam..bahkan di hormati dan di takuti lawan


Betol kan dulu dalaman PAS yang wujudnya kononnya kumpulan Erdogan,Antihusam...Dll,bg aku bila ada tentangan kepada orang yang bg aku akan menjadikan PAS lebih kuat seperti Datuk Husam,YBhg Mohd Sabu,Datuk KJ,Dr. Hatta,Dr Dzulkifli Ahmad,Mahfuz Omar,Hanifa Maidin Dll...golongan mcm anta rasa terancam takut ketinggalan & takut hilang dari sebutan para ahli di peringkat akar umbi.


Bagi ana,klau tak ubah pemikiran anta,ana rasa ulamak muda mcm anta akan menyemakkan lagi pemikiran kritis pada penyokong akar umbi & akan lebih menjauhkan diri golongan muda dgn PAS...waktu itu,jangan salahkan mereka...


Semua ini adalah pandangan peribadi aku,tidak mewakili Parti & harap ianya dpt memberikan gambaran kepada pembaca lain bahawa ada golongan2 mcm nih dalam PAS.Kalau aku salah tafsir luahan YBhg Tn Hj Mohd Sabu...aku minta maaf,tapi aku tetap kecewa dgn komen,andaian & tulisan liar golongan pimpinan muda nih...Wallahualam



ULAMAK MUDA


dikemaskini


Barisan pelapis kepemimpinan ulama PAS kini berada dalam keadaan krisis – pengetahuan mereka yang berusia bawah 40 tahun "paling tidak memuaskan" dan tertumpu aspek keagamaan sahaja.



"Saya selalu dengar ceramah-ceramah ulama muda ini. Masih stereotaip (hujahnya). Daripada ucapannya, kita tahu sudut bacaannya, kefahamannya," kata Naib Presiden PAS Mohamad Sabu kepada Malaysiakini.



"Masih mengecewakan saya," jelasnya lagi, mengulas prestasi kepemimpinan ulama yang disokong beliau sejak ia diperkenalkan awal 1980-an selepas PAS terpengaruh dengan kejayaan Revolusi Islam di Iran.Berbeza dengan generasi tua pemimpin ulama parti itu, kata penceramah popular itu, barisan muda lulusan agama dalam PAS sekarang dilatih di negara-negara Arab yang tidak demokratik sehingga menyebabkan mereka hanya bertujuan lulus peperiksaan.



"Sebab kita lihat, latar pengajian mereka di Mesir, Arab Saudi, atau Syria. Negara-negara ini terkongkong daripada sudut politiknya, pendedahannya, dengan penindasan yang berlaku di sana.



"Sekarang ini, kalau di Mesir, Syria dan negeri-negeri Arab, semuanya negeri yang diktator. Jadi, aliran pengajian mereka (bergantung) kepada buku (sahaja) untuk lulus peperiksaan."(Keadaan) itu yang saya rasa rimas sedikit dengan perkembangan semacam ini," kata Mohamad sewaktu ditemui di kediamannya di Shah Alam semalam.



"Berlainan dengan ulama-ulama kita di tahun 1950-an dan 1960-an. Kebanyakannya lulusan (agama) dari India. "Jadi di sana, di universiti-universiti Aligarh, Deoband dan sebagainya, (orientasinya) lebih bersikap sains politik. (Misalnya) profesor Zulkifli Mohamad di zaman itu.



" Bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu menambah, barisan ulama di beberapa negara lain seperti Iran dan Lubnan mempunyai gabungan kepakaran ilmu-ilmu kontemporari dan ilmu agama.



"Kita harap ulama-ulama kita pun sampai ke peringkat itu. Ertinya, bukan hanya bidang fekah semata-mata tetapi boleh bercakap dalam pelbagai bidang.Mohamad bagaimanapun tetap menyokong kepemimpinan ulama PAS dan berharap pengetahuan barisan ulama parti itu menguasai lebih banyak pengetahuan semasa dan berani mengetengahkan khazanah ilmu Islam untuk diterapkan dalam politik Malaysia.



Beliau enggan mengulas saranan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang berhasrat menganjurkan seminar penilaian semula kepemimpinan ulama seperti ucapan dasarnya di muktamar dewan itu di Ipoh, bulan lalu


Teks penuh wawancara isu tersebut seperti berikut:


Malaysiakini:Bagaimana Tuan Haji melihat kepimpinan ulama sekarang ini dalam PAS?


Mohamad: Saya setuju kepimpinan ulama diteruskan. Ulama sendiri (bagaimanapun) perlu bersedia menimba ilmu dan berkecimpung dalam hal-hal politik, (kualiti kepimpinan ulama) mesti dipertingkatkan dari semasa ke semasa.Kepimpinan ulama timbul (dalam PAS) selepas Revolusi Iran 1979.


Cuma pada waktu itu, kerana (wujud konsep) kepimpinan ulama, pemeriksa kira-kira pun, di peringkat kawasan (PAS), kalau boleh mereka hendak (lantik) seorang ustaz. Itu salah kefahaman di masa itu.Kepimpinan ulama itu (bermaksud) parti dipandu sepenuhnya oleh sebuah majlis yang dipanggil Majlis Syura.


Di peringkat eksekutif, sesiapa pun boleh, asalkan bertaqwa. Macam kita lihat presiden Iran, boleh (lantik) seorang ulama macam Akbar Hashemi Rafsanjani, Mohammad Khatami - hujjatul Islam. Boleh juga seseorang yang latar belakangnya seorang guru, seperti Mohammad Ali Rajai atau latar belakang (aktivis pelajar) seperti sekarang ini, (presiden kini) Mahmoud Ahmadinejad. Jadi, semua mereka ini bekerja bawah satu panduan majlis ulama (Iran).


Kepimpinan ulama, apakah ia masih berkesan atau memerlukan banyak peningkatan?Perlu banyak peningkatan.


Ulama-ulama sendiri, kalau di Iran, mereka kadang-kadang ada kelulusan doktor falsafah (PhD) dalam bidang perancangan bandar (dari luar negara). Mereka pulang, belajar di Qom (pusat pendidikan agama terulung) tujuh hingga lapan tahun. Apabila berunding di peringkat antarabangsa, orang tengok seseorang (pemimpin Iran) ini berserban, tetapi latar belakangnya PhD dalam pelbagai bidang.


Misalnya, apabila mereka pergi ke Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berunding tentang nuklear (kontroversi pembinaan loji antara negara itu dengan Amerika Syarikat), (kalau) kita kata (tertanya-tanya), beliau dari pondok mana?


Padahal beliau seorang (pemegang) PhD yang kemudiannya belajar (di Qom) untuk mengambil peringkat hujjatul Islam. Jadi, ulama-ulamanya sampai ke peringkat itu. Kita berharap ulama-ulama kita pun sampai ke peringkat itu.


Ertinya, (mereka) bukan hanya (menguasai) bidang fekah semata-mata tetapi boleh bercakap dalam segala bidang. Jadi, kepimpinan ulama perlu dipertahankan tetapi perlu peningkatan.


Masalah utama sekarang, ulama kita tidak akses ilmu-ilmu luar (bukan agama)?


Ya, ia perlu. Kerana kegagalan-kegagalan gerakan Islam, saya nampak, antaranya garis panduan dan dasarnya tidak kuat. Jadi, dasar itu mestilah kuat, (dan) dipegang orang yang begitu hebat.


Tetapi di peringkat eksekutif, mungkin doktor, mungkin seorang ustaz, mungkin seorang ulama, tetapi mereka yang mengetahui serba-serbi untuk mempertahankan dasar-dasar Islam.


Di muktamar Pemuda PAS, (ketuanya) Salahuddin Ayub menyebut dalam ucapan dasarnya, kepimpinan ulama perlu "penilaian semula." Jadi, sebenarnya apa masalah utama?


Macam saya sebut tadi...


Masalah akses ilmu?


Masalah akses ilmu. Apabila seseorang itu mendapat PhD dalam syariah. Bagi orang kita, orang Malaysia ini, (kelulusan) macam itu dikira tamat pengajian. Tetapi bagi orang lain, (kelulusan) itu hanya satu permulaan.


Dia akan belajar lagi dan duduk di satu tempat (untuk mendalami lagi ilmu).


Sejauh mana seriusnya masalah ini (dalam PAS)?


Kita kena terus mendesaklah. Kita berharap generasi ulama muda akan memainkan lebih peranan. Misalnya kita bercakap (soal) peradaban Barat, etika Barat, ulama berkata kita mesti arif tentang perkara-perkara ini.


Sebab, kalau kita ingin melawan Barat ini, ... sedangkan etika (Islam) kita yang lebih baik tidak kita terjemahkan, ...


Tuan Haji melihat kebangkitan ulama muda ini, tokoh-tokohnya?


Masih mengecewakan saya.Misalnya saya ambil contoh sekarang. Yang menonjolkan (idea) hendak memerintah mengikut cara (khalifah Islam) Umar Abdul Aziz, (ketua menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng.


Kenapa? Sebab beliau tahu bagaimana (keadilan) pembahagian kekayaan antara harta kerajaan dengan harta peribadi – yang juga disebut oleh (menteri besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim.


Khazanah (ilmu) Islam ini yang ulama kita perlu tonjolkan -- pemerintahan yang baik pada masa akan datang.


Nampaknya tokoh-tokoh ulama dalam PAS, yang muda-muda ini...


Kurang menonjolkan perkara-perkara seperti ini.


Dan kurang berkualiti jika dimaksudkan dengan yang lama maksudnya?


Kalau dibandingkan dengan ulama kita, bukan soal pakaian maksudnya.


Kalau kita bandingkan dengan (pemimpin Hizbullah di Lubnan) Hassan Nasrullah. Bagaimana dengan serbannya itu beliau dapat memikat semua kumpulan – Kristian Druz, Sunni, Syiah, semua menghormatinya, pemikirannya dan kepimpinannya.


Ulama-ulama seperti ini yang saya hendak lihat muncul. Setakat ini saya...


Tidak ada? Kurang?


Hendak kata tidak ada... Itulah, paling tidak memuaskan.


Tuan Haji sebut kepimpinan ulama perlu peningkatan, tetapi Salahuddin menyebut "penilaian semula".


Itu pendapat peribadi beliau. Saya nampak begitu (seperti dijelaskan di atas). Saya selalu mendengar ceramah-ceramah ulama muda ini. Masih stereotaip (hujahnya).


Daripada ucapannya kita tahu sudut bacaannya, kefahamannya.


Antaranya Tuan Haji?


(KETAWA) Tidak boleh sebut namalah. Saya sebut secara umum. Jadi, saya nampak peningkatan itu ... (sangat kurang)


Mereka ini dapat lingkungan umur?


Bawah 40 tahun.

Mereka ini kurang (kewibawaan) berbanding ulama berumur atas 40 tahun?


Sebab kita lihat, latar pengajian Haji?(mereka di Mesir, Arab Saudi, atau Syria. Negara-negara ini terkongkong daripada sudut politiknya, pendedahannya, dengan penindasan yang berlaku di sana.


Tidak ada demokrasi, lebih teruk daripada (demokrasi) Malaysia. Berlainan dengan ulama-ulama kita di tahun 1950-an dan 1960-an.


Kebanyakannya lulusan dari India. Jadi di sana itu, universiti-universiti Aligarh, Deoband dan sebagainya, (orientasinya) lebih bersikap sains politik. Lepas itu mereka balik.


Misalnya (pemimpin PAS) profesor Zulkifli Mohamad di zaman itu. Tetapi sekarang ini, kalau di Mesir, Syria dan negeri-negeri Arab, semuanya negeri yang diktator.


Jadi, aliran pengajian mereka (bergantung) kepada buku (sahaja) untuk lulus peperiksaan. Itu yang saya rasa rimas sedikit dengan perkembangan semacam ini.


Istilah "penilaian semula" yang digunakan (Pemuda PAS) itu berat dan serius.Sebab, menilai semula boleh bermaksud menolak atau menerima (kepemimpinan ulama).


(Perkara) itu kena tanya Ketua Pemuda. Bagi saya, dasar itu sudah elok. Majlis Syura itu semuanya sudah elok. Cuma peningkatan perlu dibuat.


Apakah (kenyataan) ini menunjukkan Pemuda PAS tidak selesa dengan kepimpinan ulama?


Saya tidak mahu komenlah perkara itu. (Ketawa kecil) Kena tanya Salahuddin sendiri perkara itu.


Adakah kepimpinan ulama ini lebih mirip kepada pendekatan Syiah? Kalau dalam (politik) Sunni, perkara ini tidak berapa jelas.


Saya tidak nampak (isu) mazhab di situ. Sebab dunia Sunni ini, dan dunia Islam ini, kita tengok apabila kita merdeka, kembali kepada kediktatoran sebab garis panduan tidak ada. Masa revolusi itu, bagus, tetapi ia kembali kepada (pemerintahan) diktator.


Macam (bekas presiden Iraq) Saddam Hussein, sediakan anaknya (sebagai pengganti). Kemudian (bekas presiden Syria) Hafiz al-Asad, juga mewariskan (kuasa) kepada anak dia. (Presiden Libya) Muammar Gaddafi juga sedang menyediakan anaknya (sebagai pengganti). Dan kita balik kepada (kedikdatoran) itu.


Dan kita lihat, di negara-negara orang Islam, imejnya (demokrasi) tidak ada sebab garis panduannya tidak ada. Dalam kepimpinan ulama kita, dasar ini (demokrasi) saya pegang sungguh-sungguh. Tetapi saya kata, pengisiannya itu. Kalau (kepemimpinan ulama) itu kita kata (pendekatan) Syiah, dalam negara Sunni, manakah modelnya yang hendak kita tonjolkan?


Maknanya (kepemimpinan ulama) merentas aliran?


Maknanya merentas aliran.Jadi, dasarnya tidak salah. Yang saya sebut ini, pengisiannya itu.



SUMBER MALAYSIAKINI

Rehat Minda

Malaysia Hari Ini...

Get Vietnamese Worker......DOG Missing


Get Bangla......Malay GIRLS Missing


Get Foriegn Maid......HUSBAND Missing


Call The Police.....EVIDENCE Missing


Call The Witness......Whole FAMILY Missing


Found Medical Report......DOCTOR Missing


Government Changed......FUNDS & DOCUMENTS Missing


Choose Anwar as PM......MAHATHIR Will Be Missing


hehehe,ok x?klau tak ok...sorry ek....Malaysia apa2 pun Boleh....
Related Posts with Thumbnails