Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Rabu, 2 Disember 2009

Kenyataan AMK 1 Disember

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan
1 Disember 2009



AMK mendesak kerajaan membuka kurikulum BTN untuk dikaji semula

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berpendapat bahawa pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Aziz berkenaan dengan keputusan kabinet minggu lalu untuk merombak kurikulum BTN adalah akibat daripada desakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Secara langsung, Mohamed Nazri juga mengakui bahawa kursus Biro Tata Negara (BTN) hanya tumpu kepada satu kaum sahaja dan bercanggah dengan konsep “Satu Malaysia” yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Najib.

Yang mengecewakan adalah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang masih terperangkap dengan “syndrome of denial”. Beliau hanya menolak semata-mata segala kritikan terhadap BTN khasnya yang dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Tindakan tersebut seolah-olah melindungi BTN dan bersetuju untuk terus menjalankan kursus yang berunsur doktrinasi propaganda UMNO serta elemen perkauman yang sempit.

Sebenarnya, masalah BTN hanya merupakan tip of iceberg daripada sistem perkauman atau lebih dikenali sebagai institutional racism yang diwujudkan oleh Barisan Nasional sejak dulu. Masih terdapat diskriminasi di antara kaum yang telah lama wujud akibat daripada layanan yang tidak adil di kalangan rakyat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kursus BTN merupakan salah satu puncanya yang memperkukuhkan persepsi negatif tersebut.

AMK amat kesal dengan pemimpin Barisan Nasional yang masih mempertahankan masalah BTN. Mereka sepatutnya insaf terhadap kesan-kesan buruk yang telah dihasil oleh BTN. Banyak kesan buruk tersebut telah diutarakan oleh bekas-bekas peserta BTN di dalam media internet seperti Malaysiakini, Malaysia Insider dan sebagainya. Mereka sepatutnya mendengar kepada pandangan orang ramai dan bukannya menuding jari kepada Pakatan Rakyat atau Lim Kit Siang.

AMK menyeru Jabatan Perdanan Menteri untuk membukan kurikulum BTN untuk dikaji semula oleh orang awam. Sekiranya Kerajaan Barisan Nasional tidak menyembunyi kurikulum BTN dan tidak takut dibuka kepada orang ramai, mengapakah sampai hari ini orang awam masih tidak pernah lihat atau baca sebarang buku teks, nota atau modul BTN?

Oleh itu, AMK percaya bahawa hanya melalui perbincangan di kalangan orang awam, satu kurikulum yang bertepatan dengan prinsip demokrasi, kebebasan, hak asasi serta kepelbagaian kaum boleh dihasil. Jikalau BTN hanya semata-mata berasaskan konsep “Satu Malaysia”, maka isi kandungannya masih serba kurang dan tidak berupaya mempertingkatkan kesedaran sivik di kalangan orang awam.

Lee Khai Loon
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
012-2258607

Isnin, 30 November 2009

Ayuh Ke Dewan Masyarakat Penyayang

Krisis Perak: Pengajaran Menuju Sistem Dua Party di Malaysia
Perak Crisis: The lessons for Two-Party System in Malaysia

Penceramah: YB Dato' Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak)
Tarikh: 4hb Disember, 2009 Jumaat
Masa: 8.30mlm
Tempat: Kompleks Penyayang,Jalan Utama, Pulau Pinang

Percuma! Semua Dijemput.
Bahasa Malaysia dan English

dianjur oleh:
Biro Komunikasi, Parti KeADILan Pulau Pinang

Khamis, 26 November 2009

Ganguan Seksual


Ganguan Seksual oleh jiran tetangga.Hati-hati para jiran sekalian.Ehsan email ASIDBURN

Drama Najib & Altantuya?


[BERITASEMASA] ...Bekas wartawan Susan Loone mengatakan bahawa Hong Kong akan menghasilkan sebuah drama siri berdasarkan pemberitaan seorang wartawan Perancis, Arnaud Dubus tentang pembunuhan Altantuya dari akhbar La Liberation.Drama bersiri tersebut akan dinamakan “Ulaanbaatar, Paris, Kuala Lumpur”.

Watak Altantuya akan dimainkan oleh Sonija Kwok, Najib Tun Razak oleh pelakon veteran Kwok Fung, Razak Baginda oleh Bill Chan Sek Sau dan Rosmah Mansur oleh Rebecca Chan. Sama ada berita harian ini akan direalisasikan atau tidak , yang pentingnya kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu mempunyai cukup untuk semua elemen yang diperlukan oleh sebuah filem. Cerita ini menglibatkan politik, skandal perempuan, senjata api, pembunuhan, sesuai untuk perfileman.

PERSOALANNYA, BENARKAH DRAMA INI AKAN DIBIKIN DAN DITAYANGKAN DI STESEN-STESEN TV DI SELURUH DUNIA? JIKA BENAR, CUBA BAYANGKAN IMPAKNYA!

Selasa, 24 November 2009

Usaha UMNO Kedah Untuk Merampas Kedah Daripada PR

Salam Sejahtera...

Mungkin ada yang tertanya,apakah PRK yang berlaku di kota seputeh akan mengembalikan kegemilangan kemenangan cemerlang kepada PR dalam pilihanraya kecil sebelum ini (tolak di Batang Ai & Bagan Pinang)?

Bagi aku sendiri,ini adalah medan yang pertempuran yang akan memanjangkan penguasaan semula era atau hayat politik keluarga Dr Mahathir setelah hampir disisihkan atau dipinggirkan oleh menantu Tun Abdullah iaitu Khairi Jamaluddin.

Sudah dijangka awal,jika kemenangan BN berlaku di PRK Pmtg Pasir setelah kematian ADUN Dato Haji Hamdan,sudah pastinya semangat itu akan di bawa di Kota Seputih.Malangnya kekalahan yang berganda serta tewas dengan majoriti yang tinggi (walaupun tidak melebihi daripada Majoriti 2008 akibat pilihanraya berlaku pada waktu bekerja).

Itulah yang menyebabkan kekosongan di DUN Kota Seputih tidak berlaku sehinggalah kemenangan bergaya BN di Bagan Pinang bagi menaikkan semangat petugas jentera BN ataupun isu penerimaan masyarakat di Bagan Pinang akan dibawa ke Kota Seputih.

Tujuan utamanya ialah bagi membawa Dato Mukriz Mahathir Ahli Parlimen Jerlun sebagai calon BN di Kota Seputih walaupun dinafikan oleh TPM Muhyiddin Yasin.Ini adalah usaha ataupun bakal digunakan kempen BN bagi memperingati jasa-jasa Dr Mahathir di Kedah ataupun sebagai mantan PM yang akan memberikan sedikit kelebihan kepada BN dalam sepanjang kempen nanti.

Kita juga perlu faham,dalam usaha BN merampas negeri yang dikuasai PR,Mukriz adalah calon terbaik di Kota Seputih memandangkan BN Kedah kena menonjolkan bakal Menteri Besar bagi pihak mereka supaya ianya dapat diterima rakyat negeri kedah.Ketahuilah,PR Kedah kena menilai kesemua aspek ini agartidak tergelincir daripada membaca taktik yang cuba dibawa BN di Kedah.Ayuh & Awas kepada pimpinan PR Kedah!!!

Isnin, 23 November 2009

Jemputan Pada Raya Korban

Salam Semua,

Dijemput semua sekeluarga ke kenduri Adil Adha yang akan diadakan pada 27.11.09 hari' Raya Pertama', bertempat di perkarangan surau Sungai Nibong Tengah (dibelakang Suny Char Kueh Teow),bermula jam 3.00 petang hingga ke malam.


Kita akan menyembelih 2 ekor lembu untuk digulaikan sepenuhnya,pada hari Khamis selepas Asar,pada malam gotong royong tersebut akan disediakan sup tulang....yang berminat sup,dijemput hadir bersama .

Khamis, 12 November 2009

BALASUNDRAM






Masih ingat tentang cerita yang kami siarkan pada 7 October yang lalu…yang bertajuk Penjual Karpet, Tukang bawa beg Rosmah dan banyak lagi? Kalau dah lupa, ini sebahagian dari ceritanya.

Tetapi saya berminat dengan hanya seorang daripada pengarah/pemegang saham yang bernama Deepak…berumur 37 tahun, masih bujang, dan cukup tampan untuk diambil berlakun dalam filem Bollywood.

Syarikat tersebut didaftarkan sepuluh tahun lalu pada 26 Ogos 1999. Akaun terakhir yang difailkan dengan Pendaftar Syarikat pada 24 November 2006 menunjukkan syarikat tersebut mempunyai aset berjumlah hampir RM90 juta, tanggungan keseluruhan kira-kira RM67 juta, dan jumlah simpanan yang lebih daripada RM12 juta.

Pendapatan syarikat pada tahun 2005 adalah RM122 juta dan keuntungan melebihi RM7 juta. Tapi jangan lupa, keuntungan RM7 juta itu adalah jumlah rasmi ataupun keuntungan yang diisytiharkan. Tidak ada syarikat di Malaysia mengisytiharkan jumlah keuntungan yang sebenarnya.Oleh itu, berdasarkan pendapatan berjumlah RM122 juta, anda boleh mengagak jumlah keuntungan sebenar ataupun keuntungan sebenarnya mungkin beberapa kali lebih tinggi daripada itu.

Tetapi itu adalah akaun pada tahun 2005, kira-kira empat tahun lalu. Berapa pula keuntungan yang telah diperolehi oleh syarikat tersebut sejak empat tahun kebelakangan ini, yang disembunyikan dari pengetahuan umum? Jangan terkejut, kalau jumlahnya mencapai ratusan juta ringgit.


Okay..dengan pengenalan tersebut, sekarang adalah masa untuk menyambung cerita tentang Penjual Karpet yang bernama Deepak Jaikishan dan mendedahkan apakah kenakalan yang telah dilakukannya.

Deepak Jaikishan diamanahkan untuk menjaga bekas seorang pegawai polis yang menjadi penyiasat bebas yang bernama P. Balasubramaniam. Masih ingat tentang Bala? Bala merupakan individu yang telah menandatangani Akuan Bersumpah yang mensabitkan Najib tun Razak dengan Altantuya Shariibuu.

Beberapa jam selepas Bala mendedahkan Akuan Bersumpahnya semasa sidang media pada 3 Julai 2008, dia didapati hilang. Pada hari berikutnya, dia menandatangani Akuan Bersumpah kedua yang bercanggah dengan Akuan Bersumpah pertama yang dibuat pada hari sebelumnya. Selepas itu, dia terus hilang selama-lamanya.

(Baca PI Bala missing, says nephew oleh The Star, 5th July 2008).

Perlu diingatkan, saya juga pergi ke Rawang untuk menemui sepupu Bala, R. Kumaresan, seperti yang disebut dalam laporan berita tersebut.

Apa yang tidak diketahui oleh orang ramai ialah, semasa Bala memberikan sidang media sebelum waktu makan tengahari pada 3 Julai 2008, beberapa orang pegawai keselamatan telah pun berada dihadapan rumahnya di Rawang. Mereka kemudiannya menculik keluarganya.Dan ketika Bala sedang menimkati makan tengahari, seorang yang bernama ASP Suresh telah menelefon beliau untuk berjumpa. Bala juga diberitahu bahawa keselamatan keluarganya terancam sekiranya dia enggan bertemu.

Sebenarnya, Bala sedang makan tengahari bersama saya pada masa beliau mendapat panggilan telefon tersebut.

Dan saya tahu apa yang terjadi terutamanya apabila saya melihat Bala tiba-tiba menjadi pucat dan panik. Dan sudah tentu ‘mereka’ tahu yang saya mengetahui apa yang berlaku dan itulah sebabnya mengapa mereka membuat keputusan untuk menangkap saya juga.

Selepas Bala menandatangani Akuan Bersumpah kedua (yang bercanggah), mereka melarikan dia keluar dari negara ini dan menyembunyikan beliau di India. Deepak kemudiannya membayar RM50,000.00 sebulan kepada Bala sebagai bayaran untuk tidak berkata apa-apa.

Bala sebenarnya tidak mempunyai pilihan. Sama ada RM50,000.00 dan ‘persaraan’ di India atau menerima akibat seperti Altantuya. Dan dia juga perlu memikirkan tentang keluarganya…dan sudah semestinya wang lebih baik dari C4.

Dan apabila semuanya selesai, Deepak merasakan bahawa dia dan ‘Wanita Pertama’ sudah boleh hidup aman selama-lamanya tanpa apa-apa masalah.

Tetapi mereka tidak mengetahui bahawa Bala hanya menunggu masa yang sesuai untuk membalas balik. Dan sekarang, dia kembali menyerang dan telah keluar untuk memberitahu apa yang sebenarnya berlaku sejak dia menandatangani Akuan Bersumpah pertama, dan diikuti dengan Akuan Bersumpah kedua pada hari berikutnya….16 bulan lalu.

Hari ini, kami akan menunjukkan kepada anda sebahagian kecil dari apa yang didedahkan oleh Bala. Ya…hanya sebahagian kecil. Dan banyak lagi akan didedahkan dalam beberapa bulan akan datang. Dan semuanya benar-benar menjejaskan mereka yang terlibat.

Buat sementara waktu, sehingga bahagian yang paling menarik yang akan didedahkan, biarlah kita membiarkan Seri Perdana di Putrajaya dalam keadaan saspen.Dan apabila tiba masanya kita mendedahkan semuanya, tidak seorang pun rakyat Malaysia yang akan percaya bahawa Najib tidak terlibat dengan Altantuya.

Sebagai pembuka bicara, marilah kita tengok beberapa salinan cek dibawah yang dibayar oleh Penjual Karpet kepada Bala. Sekiranya Bala menandatangani Akuan Bersumpah palsu… seperti yang didakwa oleh mereka… mengapa mereka perlu menyembunyikan Bala di India dan membayarnya RM50,000.00 sebulan?

Sebenarnya, mereka perlu melakukan semua ini kerana Akuan Bersumpah pertama yang ditandatangani oleh Bala adalah BENAR. Dan itulah sebabnya mengapa mereka perlu menyembunyikanya.

Ya..Penjual Karpet sudah pasti akan menghadapi masalah selepas ini dan tunggulah…sehingga semua pendedahan ini berakhir.
Selamat malam Putrajaya, dimana jua anda berada.

(Artikel diatas adalah terjemahan dari artikel asal Remember the Carpetman cum Bagman cum Toyboy story? tulisan Raja Petra seperti yang tersiar di Malaysia Today)


Oleh Penterjemahan PERAKEXPRESS.COM
Related Posts with Thumbnails