Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Rabu, 14 Januari 2009

TOLONG SEBARKAN

PROGRAM Ceramah Solidariti Ummah Bersama Rakyat Palestin di Masjid Ar-Rahman, Sg Petani, Kedah-malaysiakini

Program Solidariti Ummah Bersama Rakyat Palestin anjuran AMK Kedah,DPP Merbok, Teras dan Yayasan Aman pada 16 Jan 2009.

Aturcara Program

Selepas solat Jumaat : Demonstrasi dan sebaran risalah di beberapa masjid utama di Sungai Petani

Malam, jam 9mlm : Ceramah Perdana,

Tayangan Video Kekejaman Israel di Tebing Gaza serta kutipan derma Tabung Palestin bertempat di Masjid Ar Rahman (Masjid Pekan) Sungai Petani, Kedah.

Penceramah:
1.Sdr Ustaz Zahir-Ketua DPP Merbok,
2.Sdr Saiful Izham Ramli-Ketua AMK Kedah
3.Cikgu Haji Azmi Abdul Hamid-Pengerusi TERAS
4.Timb Pres Persatuan Pengguna PPinang
5.wakil dari Palestin.

Mohon sebarkan dan datanglah beramai-ramai

Selasa, 13 Januari 2009

MENGAPA ADA MELARANG BOIKOT BARANGAN YAHUDI???

Oleh rozmal

"Ketika pimpinan PAS dan UMNO juga Ulama serta Sultan menyeru rakyat memboikot barangan Israel dan Amerika Syarikat, ada juga suara orang Melayu yang mengatakan kalau boikot nanti ramai yang berhenti kerja. Kenyataan begini adalah kenyataan Melayu yang berfikiran sempit dan kolot. baca lagi...

Kenyataan media Sheikh Mahdi Akef-Mursyidul Am Ikhwan Muslimin

Dengan nama Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang berwala' kepadanya.

Firman Allah swt bermaksud, “Allah menetapkan, ‘Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Mujadalah: 21).


“Sesungguhnya Kami akan memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari dibangkitkan saksi-saksi” (Ghafir:51).Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian’. Sahabat bertanya, ‘Di manakah mereka’. Rasulullah saw menjawab, ‘Mereka di Jerusalem dan di sekeliling Jerusalem (Palestin).


"Wahai pendokong Dakwah ini ! Wahai mereka yang bersiap siaga di Palestin ! Wahai mereka yang di kepung di Gaza dan di Al-Khalil (Hebron) ! read more....

Isnin, 12 Januari 2009

BILA KEZALIMAN AKAN BERHENTI DI PALESTINE???

BENARKAH ADOLF HITLER BENCI YAHUDI?
Baginda SAW pernah bersabda tidak kan berhenti peperangan ini selagi Masjid Al Aqsa berdiri..Biarkan! Biarkan!

Kerana mereka tahu SELAGI SOLAT SUBUH DI MASJID TIDAK SERAMAI SOLAT JUMAAT DI SELURUH DUNIA, MEREKA TIDAK AKAN TEWAS!!Itu saja ukurannya..tak usah cerita pasal Jihad..bangun subuh pun amat memeritkan!!!..............aku pun!!



nak baca lebih lanjut masuk...


nukilan Kulupsakah

KERJASAMA BAIK DARIPADA EXCO KERAJAAN NEGERI KELANTAN


Salam sejahtera,

Berada di kelantan dengan urusan kerja serta beberapa perjumpaan termasuk antara Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan YB Datuk Husam Musa bersama para bloggers amat bermakna...

Aku rasakan,memang cukup bertuah rakyat kelantan mempunyai pemimpin yang cukup berkaliber serta mempunyai visi yang jelas dengan hala tuju pentadbiran negeri (sebagai exco kerajaan negeri) serta dalam parti PAS (selaku Naib Presiden Parti)...bukan calang2 kupasan beliau mengenai beberapa soalan serta ketika wawancara antara Bloggers bersama dengan beliau di Rumah Tamu Pej Daerah & Tanah pasir Putih Kelantan...


Inilah next leader yang ada di dalam Pakatan Rakyat yang cukup sesuai untuk menjadi pemimpin bukan sahaja untuk rakyat kelantan sahaja,malahan buat rakyat Malaysia keseluruhannya...beliau juga menjawab isu mengenai urus tadbir kerajaan negeri,mengenai hudud,mengenai mendepani isu era global,ekonomi serta lain2 lagi.aku amat berpuas hati dengan jawapan,pandangan serta kupasan beliau...selepas daripada perjumpaan dengan beliau,kami makan tengah hari bersama sebelum aku ke program yang lain...


Untuk YB Husam,tabik spring 3x sama dia....

TOLONG BLOGGER INI

Aku setelah selesai mesyuarat sebentar tadi,ketika meronda dalam alam maya melihat berita atau isu2 hari ni yang terbaru...aku kesian pada blogger nih bila mana dia mencari seseorang...jadi sapa2 yang jumpa tolong hubungi dia di alamat blog di bawah...!!!






"Telah di dapati hilang dari Pejabat TKM1 mulai 16/12/08. Kelihatan di beberapa lokasi. Mohon kerjasama melaporkan dengan segera kepada kerajaan negeri Pulau Pinang"





http://chetokun.blogspot.com/2009/01/bantuan-mencari-tkm1-penang.html

Ahad, 11 Januari 2009

BUAT LAPORAN POLIS KALAU ALAHAI FITNAH



Salam sejahtera,

Hari ini aku berada di kelantan...ada urusan sebelum bergerak ke K.Terengganu 14hb nanti...dalam perjalanan ke kelantan,aku di kejutkan dengan 1 panggilan yang menyatakan kenyataan dalam Malaysiakini oleh Ketua AMK baru negeri Pulau Pinang YB Yusmadi Yusof (YB YY) bahawa apa yang tertulis mengenai YB Fairus Tim Ketua Menteri Pulau Pinang adalah FITNAH serta berniat jahat...

Kalau ianya sebagai fitnah,aku ingin cabar YB Fairus buat laporan polis terhadap penulis blog alahaifairustkmpenang.blogspot.com seperti mana laporan di buat terhadap malaysia today bagi menjejaki Raja Petra dengan dakwaan kononnya memfitnah...bahkan aku juga mencabar YB YY sebagai Ketua AMK yang baru (majoriti AMK tidak mahukan dia sebagai ketua) dengan kreabiliti sebagai seorang peguam untuk membuat laporan polis demi kepentingan PKR serta rakyat pulau pinang...bahkan aku mahu YB YY sendiri menjadi peguam bela kepada YB Fairus bagi membongkarkan kebenaran atau kepalsuan dalam penulisan di dalam blog ALAHAI FAIRUS...!!!

So,aku nak ulang skali lagi...klau tidak benar bagai di dakwa dalam ALAHAI FAIRUS...aku nak hampa repot polis segera !!!...tanya Obama tang mana balai polis,mungkin dia tau...hehehe...kalau taktau balai polis tang mana,aku nak tunjuk jalan...hampa tanya pak guard kilang atau mat bangla kat kilang kayu depan rumah aku...depa tau tang mana balai polis...!!!

Kepada seluruh AMK yang membaca...ayuh lihat kreabiliti yang kononnya hebat oleh YB YY dan kecekapan penipuan TKM1 penang untuk anda saksikan wajah pemimpin retorik ini.inikah wajah yang hendak di bawa dalam kepimpinan AMK...jadi,saksikanlah sendiri kebenaran dakwaan aku...aku ulangi cabaran untuk YB Fairus serta YB Yusmadi Yusof untuk membuat laporan polis terhadap blog ALAHAI FAIRUS....LU ADA AKAL,LU PIKIR LA SENDIRI...!!!
Related Posts with Thumbnails