Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Ahad, 9 November 2008

Perginya Mereka Yang Bernama Insan


Hukuman ke atas Imam Samudra, Amrozi Nurhasyim dan adiknya Ali Ghufron telah dilaksanakan tengah malam tadi, beberapa kilometer dari penjara dikawal ketat di pulau Nusakambangan island.


“Sekitar pukul 12.15 tengah malam tadi (waktu tempatan) ketiga-tiga mereka yang didapati bersalah iaitu Imam, Amrozi dan Ali menjalani hukuman mati dengan ditembak oleh pasukan penembak,” kata jurucakap Jabatan Peguam Negara, Jasman Panjaitan.

“Hasil bedah siasat menunjukkan ketiga-tiga mereka sudah meninggal dunia,” katanya.
Jabatan Peguam Negara dijadual mengadakan sidang akhbar untuk memberi butiran lanjut…..


Moga ALLAH meletakkan roh mereka bersama para solehin & para ambiak...AMIN

Jumaat, 7 November 2008

BEBAS SUDAH

Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi memutuskan bahawa penahanan Raja Petra Kamarudin dibawah ISA adalah salah dan memerintahkan beliau dibebaskan dengan segera.

Hakim Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata bahawa penahanan Raja Petra adalah bertentangan dengan perlembagaan.

Beliau berkata bahawa Menteri Dalam Negeri tidak mengikut prosedur dibawah Seksyen 8 dalam penahanan tersebut.

Hakim juga memerintahkan Raja Petra, editor Malaysia Today, dibawa kemahkamah sebelum pukul 4 petang ini untuk dibebaskan serta merta.

Raja Petra pada masa ini ditahan Di Kem Tahanan Kamunting, Perak.

Raja Petra di tangkap pada 12 September dan ditahan disatu lokasi rahsia sebelum dihantar ke Kamunting pada 23 Sept.

KEMENANGAN PERTAMA ANWAR


Mahkamah Rendah telah memberi hak kepada Anwar Ibrahim pemimpin Pakatan Rakyat untuk dibicarakan di Mahkamah Rendah yang sama.


Hakim SM Komathy Suppiah telah memutuskan permintaan pertukaran mahkamah yang diminta oleh Peguam Negara Abdul Gani Patail tidak sah.


Ini adalah kes tuduhan yang dibuat oleh Saiful Bukhari. Mahkamah akan bersidang Jumaat depan untuk menetapkan tarikh bicara. (TT)

Anwar Ibrahim's Statement on Raja Petra Release


The release of Raja Petra Kamaruddin from ISA detention is a victory for the people of Malaysia. In its ruling against the Home Ministry, the High Court of Shah Alam has exposed yet another crack in the steadily eroding wall of justification surrounding the ISA.

I commend the courts which have come to the rescue, as they must do, when citizens are rendered helpless before arbitrary authority and its inclination to the abuse of power. It is through the judge's commitment to justice that Raja Petra will once again experience the freedom that is the birthright of all Malaysians.

This episode underscores the fact that the government of the day is unfit to lead. By the sheer arrogance of its perceived grip on power, it has failed to recognise and respond to the Malaysian people's desire for democracy, freedom and adherence to the rule of law.
Those BN leaders and particularly cabinet members who expressed staunch support of the ISA should feel remorseover the hardship that has been foisted upon Raja Petra, his family and the many others still detained without hopes of trial.

To those members of Parliament who have been silent in response to Pakatan Rakyat's efforts to initiate a debate on abolishing the ISA, I urge you to reconsider your position. The Court's decision today offers a new opportunity to work together to rid Malaysia of this unjust law once and for all. Many others still languish in prison under the draconian ISA, including members of Hindraf and individuals allegedly involved with radical groups such as Jemaa Islamiyah.

They all deserve the right of judicial review. I reiterate my call for their immediate release and that any credible charges against them should be made in a court of law.

ANWAR IBRAHIM

Mahkamah Perintah Raja Petra Di Bebaskan...!!!


Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini mengisytiharkan bahawa penahanan blogger Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA adalah tidak sah dan memerintahkan supaya beliau dibebaskan segera.


Berita lanjut akan menyusul...


- sumber berita dari Malaysiakini

BAWA DUIT RM750JUTA DENGAN PESAWAT PERIBADI

SEBAIK Parlimen berhenti rihat tengah hari tadi, seorang kawan ajak untuk makan tengah hari di luar. Pekena kepala ikan kari. Mula janji nak makan dengan seorang ahli Parlimen Pas, kebetulan YB itu kena uruskan bininya, temujanji itu dibatalkan.

Tempat kepala ikan bukan jauh sangat. Tetapi kerana jam, perjalanan memakan masa hampir satu jam. Dalam tempoh satu jam, macam-macam yang sempat dibualkan.Kawan itu bertanya apa yang saya postkan dalam blog hari ini (semalam). Rupanya kawan ini belum lagi jenguk blog saya. Dia adalah antara penjenguk setia blog saya. Begitulah dakwanya."Belum baca lagi?" tanya saya dan terus memberi tahu bahan yang dipostkan pagi tadi sebelum turun rumah menuju Parlimen. "Umno sebuah universiti rasuah," kata saya.

Kawan itu ketawa besar. Ketawa ala orang Umno, kaya, berkuasa dan tidak hairan kepada sesiapa. Kalau nak dengar gaya orang Umno ketawa silalah ke coffee house. Dia ahli Umno yang tegar dan tebal dengan cauvinis Melayu. Dua lagi kawan hanya diam membisu. Kawan di sebelah tersenyum, dia sudah membaca catatan saya pagi ini. "Betul yang kau tulis, Umno sudah teruk," balas kawan di sebelah mengiyakan apa yang saya luahkan dalam tulisan."Memang Umno sudah berada di peringkat paling (dia menekankan suaranya) palinggggg....parah.! Parah... Ti..." katanya terus memandu di celah-celah kesesakan lalulintas.

"You tahu berapa wang yang digunakan pada setiap persidangan Umno bahagian," kata kawan itu. Semua telinga tertumpu kepada cerita kawan ini."Ha berapa?' tanya kawan yang berada hadapan penuh minat."Banyak... *** **, banyak. Untuk satu kawasan di Kelantan dia orang minta RM150.00 untuk seorang perwakilan. Cuba kali dengan 500 perwakilan, sudah jadi RM75,000. Kalaulah semua bahagian meminta jumlah itu berapa yang harus kena bayar?," katanya."Itu harga paling rendah, tetapi ada sesetengah perwakilan dibayar hingga RM500 sampai RM1,000 seorang. Bayangkanlah..." katanya kawan itu lagi kesal."Iya ke...!?" tanya kawan itu hairan."Iya... I tahu I terlibat.

Dalam satu bahagian I berjumpa dengan orang bahagian, setiausaha ada, ahli jawatakan kuasa PUN ada. Mereka berterusn terang kalau bagi sekian-sekian baru mereka akan calonkan... kalau tak dak... maka tak daklah," jelas kawan itu lagi yang mengakui telah turun ke 80 bahagian Umno sejak dua tiga bulan Lepas kagi. Apa yang dicakapnya mungkin betul sebab dia adalah pengurus kempen kepada seorang calon jawatan tertinggi."Kalau macam ni teruklah Umno," tekan kawan di hadapan bimbang."Memang sudah teruk. Umno sudah punah jahanam," kata kawan itu lagi. Saya dan kawan di belakang hanya jadi tukang dengar.

"Dari mana dia orang dapat duit begitu banyak?" tanya kawan di hadapan buat-buat tidak tahu.
"Inilah *** **, kerja Umno. Umno sudah nak menjual negara ini. Semua pakai duit..." dia berhenti kerana sebuah kereta melintas liar di hadapannya. "Cis.... ha ini orang Umnolah ni... kalau orang Pas dia tak bawa kereta macam ni...," sumpah kawan itu marahkan kereta yang tidak beradat.

"Macam mana you cam orang Umno," tanya saya.

"Hai... Ustaz.... takkan tak kenaL!" kawan itu memperli saya dan terus bercerita."*** ** tahu macam mana dia orang bawa balik duit dari luar negera? RM750 juta....duit dari Switzerland dibawa balik.... " Kawan itu terngangga dan saya juga terkejut. Percaya dengan tidak bercampur gaul.
"Macam mana tu? Mana boleh bawa begitu saja?" tanya kawan di sebelah saya yang hanya diam membisu. Sejak tadi asyik menggaru-garu gatal dibetisnya.

"Dia orang ada kemudahan *** **. Duit itu diangkut ke Singapura. Semua duit dalam not Singapura. Dibawa masuk dengan menggunakan jet tentera!"

"Ha..." kawan itu terkejut beruk sekali lagi.
"Jet tenteraaaa....*** **. Kalau dah masuk dengan jet tentera.... sapa nak ganggu? Begitu juga orang yang ke Switzerland tu pakai jet persendirian..... Ini Umno... bukan Pas!" jelasnya lagi.
Saya tidak terbayangkan dengan apa yang diceritakan kawan itu. Dalam hati berdoa semoga ianya tidak benar. Kalaulah begitu lagak Umno tidak ada apa yang boleh diharapkan lagi. Suara untuk menghapuskan politik wang hanya sia-sia sahaja. Ia hanya sebuah retorik yang panjang saja.

Kalau dengar cerita para taukeh judi melambakkan duit kepada tokoh-tokoh tertentu yang hendak bertanding dalam pilihan raya memang biasa dan pernah nampak dengan mata sendiri. Kerja angkut duit dalam karung guni macam penyamun memang dibuat oleh Umno pun. Sesampai di restoran kepala ikan kami baham dua ketul kepala ikan sebesar buah kelapa muda. Kelazatan dan kesedapan kari kepala ikan menyebabkan cerita tentang bagaimana wang sebanyak RM750 juta dikatakan dibawa masuk itu sudah tidak ingat lagi. Sambil makan terbetik dalam hati saya, jangan-jangan wang yang hendak dibayar kepala ikan itu nanti juga termasuk wang RM750 juta itu. Jangan!


-MSO

Khamis, 6 November 2008

EUROCOPTER A.K.A EURO-KA-PUTAR

Helikopter Nuri atau Sikorsky S-61A-4 kali pertama diterbangkan pada tahun 1959. Pada tahun 1961 ia telah mula digunakan oleh tentera laut Amerika. Pada tahun 1968 Angkatan Tentera Malaysia telah membeli beberapa unit Helikopter terpakai Sikorsky S-61A-4 ini dan dengan sedikit pengubahsuaian dan kemudian diberi gelaran Nuri. Sememangnya satu ketika Helikopter ini antara yang tercanggih dan pernah digunakan oleh Presiden Amerika. Namun sesuai dengan perkembangan teknologi, maka peranan 'Nuri' dalam Tentera Amerika telah diambil oleh SH-60 Sea Hawk pada sekitar 1990-an.

Nuri milik Malaysia burung besi yang dibeli '2nd hand' sudah terlalu uzur. Sejak dibeli sehingga beberapa bulan lalu ia makin kerap memakan nyawa prajurit negara. Negara hilang prajurit bukan lagi kerana 'syahid' di medan perang tetapi dikorbankan kerana uzurnya peralatan pertahanan negara. Pernah diceritakan oleh seorang, Yusri, teman bekas tentera yang sama menjadi Guru Pelatih di Maktab Perguruan Raja Melewar (kini IPRM) menceritakan bagaimana tentera Australia yang menjalankan latihan bersama menggigil ketakutan ketika menaiki Nuri semasa operasi latihan bersama. Tentera asing itu tidak langsung terfikir bagaimana helikopter uzur itu masih digunakan oleh angkatan tentera.

Berikut merupakan kemalangan-kemalangan yang melibatkan helikopter Sikorsky S-61A-4 Nuri milik TUDM. Data didapati dari Bernama.com

25 April 1969 - Kejadian Nuri terhempas pertama apabila 4 anggota TUDM terbunuh di Kuching, Sarawak.

11 Mac 1972 - 4 terbunuh dalam kemalangan di Gambang, Pahang.

26 April 1976 - 11 anak kapal dan penumpang terbunuh apabila helikopter Nuri ditembak jatuh oleh pengganas komunis di Gubir, Kedah.

19 Julai 1980 - Helikopter Nuri terhempas berhampiran Ipoh, Perak akan tetapi 18 penumpangnya terselamat.

25 April 1981 - 2 anggota TUDM terbunuh sementara 13 orang yang lain tercedera apabila helikopter Nuri terhempas di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak.

11 Julai 1981 - Nuri terhempas berdekatan Batu Melintang, Perak. 11 penumpang terselamat.

14 November 1989 - 21 orang terkorban dalam kemalangan di antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan- Perak.

18 Disember 1989 - 16 orang terbunuh dalam kemalangan berdekatan Sungai Lundu, Sarawak.

28 Ogos 1990 - 9 anggota yang sedang menjalani latihan untuk sambutan ulang tahun Kemerdekaan terselamat dalam pendaratan kecemasan berdekatan Rawang, Selangor.

16 Januari 1991 - Helikopter Nuri dari Sungai Besi ke Kluang membuat pendaratan kecemasan di Kampung Parit Zin, Muar, Johor. 12 orang terselamat.

10 Jun 1991 - 6 orang terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas dan meletup di Banding, Perak.

11 Julai 1991 - 7 orang terbunuh apabila Nuri terhempas semasa mendarat juga di Banding, Perak.

16 Oktober 1996 - 2 orang terbunuh apabila Nuri terhempas di Muka Head, Pulau Pinang.

19 Mac 1997 - 11 anggota TUDM terbunuh apabila 2 buah helikopter Nuri terhempas berdekatan Gunung Lumaku, Sipitang di Sabah.

5 Mac 2004 - 2 orang terbunuh dalam kemalangan di Taman Udara, Butterworth.

30 Mac 2004 - 3 juruterbang terselamat semasa membuat pendaratan kecemasan di Bukit Kalam berdekatan Labuan, Sabah.

15 Ogos 2004 - 3 orang terbunuh dalam kejadian terhempas di Long Seridan, Sarawak.

13 Julai 2007 - 6 anggota TUDM terbunuh apabila helikopter Nuri terhempas di Genting Sempah, Pahang. Mayat mereka ditemui 4 hari kemudian.

10 Julai 2008 - Sebuah helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Taman Sinar Mentari, Bedong, Gurun, Kedah semasa ia sedang dalam perjalanan balik dari Kem Gubir, Sik menuju Pangkalan Udara Butterworth.[2]Maka kononya kerana menginsafi dan menyesali siri kejadian tersebut makamaka pada 18 Julai 2007, Kabinet bersetuju pesawat Nuri yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia sejak 1968 digantikan dengan pesawat baru dan proses penggantian itu akan mengambil masa antara dua setengah hingga tiga tahun.

Pada 27 September 2008, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa syarikat pengeluar helikopter, Eurocopter Malaysia Sdn. Bhd. telah memenangi tender terbuka antarabangsa untuk menggantikan helikopter Nuri dengan Eurocopter EC725 Cougar.

Pengumuman ini mungkin memberikan sedikit kelegaan kepada keluarga angkatan tentera khususnya kepada yang ahli keluarganya pernah terkorban dalam kemalangan melibatkan Nuri. Mungkin bagi mereka sekurang kurangnya pengorbanan keluarga mereka diberi perhatian dengan kerajaan mengambil keputusan tidak lagi menggunakan burung besi usang, Nuri.

Malangnya, regim Bn tidak pernah serius membela nasib rakyat, semuanya ada udang di sebalik batu. 'deal' pembelian EC725 Cougar pengganti Nuri dipenuhi najis Rasuah. ratusan juta wang rakyat akan hangus kerana deal ini.


Lim Kit Siang mendedahkan dalam sidang parlimen bagaimana India mendapatkan 197 unit EC725 Cougar pada harga yang sama sebaliknya Malaysia hanya mendapat 12 buah. Manakala Majalah Pertahanan http://www.defenseindustrydaily.com/ yang melaporkan mengenai pembelian Kerajaan Korea untuk model yang sama tetapi dengan harga yang juga lebih murah dari Malaysia. sila klik untuk baca

Hal ini mendapat perhatian sebagai skandal berprofail tinggi apabila pendedahan berserta bukti oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai terdapat skandal dibelakang pembelian ini. sila klik untuk baca

Mengenai harga yang dinyatakan juga bertingkah-tingkah macam hendak menipu. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata harganya RM1.6 bilion. Manakala Setiausaha Kementerian, Abu Bakar Abdullah berkata harganya RM 1.1 bilion.

Lebih memeranjatkan lagi, ketika berucap di Parlimen Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop mendedahkan keputusan pembelian helikopter pengganti Nuri hanya dibuat hanya berpandu kepada katalog. Tetapi sebaliknya 'pelik bin ajaib' pembelian pakai tengok katalog ini dengan harga yang berlipat kali lebih mahal dari yang dibeli oleh kerajaan lain diiktiraf oleh Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negara (PAC) sebagai ikut prosedur.

Rakyat mula marah, nampaknya Regim Bn silap kira-kira ia tak semudah menghisap darah ketika membeli Sukhoi dan Scorpene. Ketika membeli scorpene rakyat senyap kerana terlelap. Ketika beli sukhoi rakyat mula merungut tetapi ditipu kononya mahal kerana termasuk harga hantar rakyat Malaysia membuat kajian angkasa walaupun sebenarnya Sheikh Muzaffar melancong ke angkasa.

Kali ini regim benar panik apabila rakyat sudah buka mata. 23 hari selepas umumkan pembelian Ec725 Cougar Abdullah badawi terpaksa umumkan 'penangguhan' pembelianya. Kononya kerana ekonomi antarabangsa tidak stabil. Katanya keputusan pembatalan itu dibuat dalam mesyuarat Eksekutif Majlis Ekonomi Kebangsaan yang bersidang dua minggu sebelum ini. Maknanya, sekitar 14 Oktober.

Pelik pengumuman pembatalan dibuat dua minggu selepas keputusan dibuat, lebih pelik ialah ia dibuat sehari sebelum PAC akan bersidang untuk menyiasat skandal tersebut.
Lebih pelik lagi 7 hari sebelum Abdullah mengumumkan pembatalan (21 Oktober) Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Najib yang mengatakan faktor ekonomi tidak wajar dijadikan pengukur tunggal untuk membuat keputusan perbelanjaan untuk pertahanan negara. Kenyatan tersebut seolah terus mempertahankan usaha pembelian Eurocopter.

Kalau benar Mesyuarat Eksekutif Majlis Ekonomi Kebangsaan pada 14 Oktober sudah membatalkan pembelian tersebut mengapa Najib masih mengeluarkan kenyataan mendukong usaha pembelian. Tidak mungkin Najib selaku Menteri Kewangan tidak tahu mengenai keputusan pembatalan. Siapa menipu Najib atau Abdullah ? Adakah ini menunjukkan krisis serius dalam pentadbiran negara...?

Ini 'high profile game' yang tak terjangkau dek penganalisis kedai kopi. Tetapi yang pasti ratusan juta wang rakyat jadi taruhan.

Malah bukan itu sahaja keputusan membeli pengganti Nuri tanpa ujian fizikal sepenuhnya yang serius umpama menggadaikan nyawa perajurit negara. Ingat idea membeli helikopter baru ialah kerana mencari pengganti Nuri kerana Malaysia sudah tidak sanggup kehilangan nyawa perajurit di luar medan perang lagi. Malangnya usaha pembelian yang kotor dengan korupsi umpama melarikan perajurit negara dari mulut harimau dengan meletakkan mereka ke mulut buaya.

Kini kerana skandal yang terbongkar pembelian 'ditangguhkan'. Ini juga bermaksud terus membenarkan Nuri si burung besi uzur terus membunuh nyawa perajurit negara.

Yang ditentang oleh rakyat ialah harga pembelian yang merapu dan proses pembelian tanpa ujian penuh ..... rakyat amat memahami keperluan memiliki pengganti Nuri..... tetapi yang difahami oleh regim Bn ialah setiap pembelian perlu ada komisyen, jika proses komisyen tertangguh tangguh dahulu.

sila baca juga posting lama mengenai Tragedi Nuri klik sini

untuk baca lanjut sila klik http://chegubard.blogspot.com/
Related Posts with Thumbnails