Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Khamis, 5 Mac 2009

KES LIWAT DI PINDAH KE MAHKAMAH TINGGI - malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan rayuan pihak pendakwaraya untuk memindahkan perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah berkata sijil pemindahan kes yang dikeluarkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah sah, dan menolak bantahan yang dibangkitkan oleh peguam pembela.

Beliau mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen SM Komathy supaya kes tersebut dibicarakan di mahkamah berkenaan.

Kes tersebut akan disebut di Mahkamah Sesyen Selasa depan untuk menetapkan tarikh bagi memindahkannya ke Mahkamah Tinggi.

Peguam Anwar berkata mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini dan dijangka berbuat demikian esok.

Peguam Sankara Nair berkata beliau kecewa apabila dimaklumkan mengenai keputusan tersebut. MKini

Pada 7 November lalu, Hakim Komathy menolak permohonan untuk memindahkan kes tersebut, sambil berkata “kes ini menimbulkan situasi yang unik di mana sebarang pembabitan AG dalam kes ini akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kehakiman kes jenayah”.
Komathy juga dilapor berkata, terdapat persefahaman bahawa AG tidak akan terbabit dalam kes ini. Jaminan itu diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad selepas ditemui Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Abdul Gani masih disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR), ekoran laporan polis yang dibuat oleh Anwar yang mendakwa berlaku pengubahan bahan bukti dalam kes ‘mata lebam’ pada 1998.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara. Beliau kini dibebaskan dengan jaminan peribadi sebanyak RM20,000. Perakexpress

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perlembagaan Persekutuan dibawah Fasal/Article 145(3) sememangnya jelas memberikan kuasa budibicara kepada Peguam Negara dalam hal Pendakwaan. Budibicara dan kuasanya disahkan oleh banyak kes-kes (dulu lagi sehingga sekarang) yang telah diputuskan oleh Mahkamah Federal iaitu mahkamah tertinggi di Persekutuan Malaysia. Maka kuasa budibicara Peguam Negara tidak lagi perlu dipersoalkan.

Peguam Negara juga bertindak sebagai pendakwaraya dan dalam banyak hal Timbalan Pendakwa Raya dan Penolong Pendakwa Raya mempunyai juga kuasa yang terdapat pada Pendakwa Raya. Namun ada sesetengah kuasa hanya khas untuk kegunaan peribadi PendakwaRaya antaranya ialah memindahkan kes yang walaupun Mahkamah Rendah mempunyai bidang kuasa menentukannya, memandangkan minat orang ramai (high profile case) dan oleh kerana PendakwaRaya sendiri yang akan melakukan pendakwaan tersebut, adalah wajar kes didengar diMahklamah Tinggi sesuai dengan martabat dankedudkan Peguam Negara yang juga merupakan sebagai Pendakwa nombor satu negara.

Filosofnya mudah, kedudukan dan martabat nya melayakkannya contohnya tinggal ditempat hotel 5 bintang atau naik kapalterbang business - jika tidak, jatuh lah standard beliau sebagai Peguam Negara. ini sekadar perumpamaan sahaja.

Mahkamah Sesyen memang mempunyai bidang kuasa mendengar kes yang tidak membawa hukuman mati, maka kes liwat dibawa seksyen 377B sememangnya boleh didengar dimahkamah Sesyen. namun itu tidak bermakna Mahkamah Tinggi tidak boleh ambil kes itu kerana Mahkamah Tinggi lebih berkuasa dan lebih luas bidangkuasanya berbanding majistret dan Tuan hakim mahkamah Sesyen. Tuan hakim mahkamah Sesyen dan Tuan majistret tidak dipanggil "Yang Arif" berbanding Hakim Mahkamah Tinggi.

Maka sekarang mudah kita nampak rasionalnya kenapa kuasa diberikan kepada Peguam Negara memindahkan kes diMahkamah Tinggi sesuai dengan kedudukan dan martabat Peguam Negara itu sendiri.

Pendakwaraya mempunyai kuasa luas dalam hal pendakwaan dan budibicaranya tidak tertakluk kepada budibicara Perdana Menteri. Peguam Negara memegang jawatan diatas perkenan Yang DiPertuan Agung bukan atas perkenan Perdana Menteri. Maka kenyataan PM bahawa Peguam Negara sendiri tidak akan terlibat dalam pendakwaaan Dato Seri Anuar sebenarnya tidak mengikat Peguam Negara kerana PM tiada kuasa terhadap Peguam Negara.

Bahawa Peguam Negara mempunyai suatu laporan polis terhadapnya bersama IGP Musa Hassan atas tudohan Dato Seri Anwar `mengada-adakan' keterangan terhadap kes liwat yang lalu terhadap Dato Seri Anwar adalah isu berbeza dan tiada kaitan langsung dengan kuasanya melakukan pendakwaan terhadap Dato Seri Anuar. Oleh kerana Perlembagaan Persekutuan itu sendiri secara jelas memberikan Peguam Negara kuasa Pendakwaan, hujah "legitimate expectation' peguam En Sulaiman tidak boleh dipakai kerana suatu doktrin estoppel tidak boleh mengatasi suatu peruntukkan undang-undang yang jelas apatah lagi kuasa yang telah dianugerahkan dibawah Undang2 Tertinggi diMalaysia.

Sememangnya keputusan Tuan Hakim mahkamah Sesyen Komathy silap kerana memindahkan kes ke mahkamah tinggi memang didalam kuasa peribadi Peguam Negara. Apahal pula beliau tidak boleh tandatangan sijil perpindahan kes tersebut?

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

Related Posts with Thumbnails