Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Isnin, 20 Oktober 2008

BEBASKAN KEBELENGGUAN RAKYAT

Salam sejahtera....

Alhamdulillah...selesai sudah ibadat puasa selama sebulan...menjelmanya eidul fitri hampir ke penghujungnya...walaupun kemeriahan serta rumah terbuka masih lagi ada di buat sebelum berakhirnya bulan oktober ini....

Dalam pada itu,27 oktober ini akan berlangsung pula sambutan pesta cahaya bagi penganut agama hindu....ucapan happy deepavali kepada semua mereka yang akan menyambutnya...

Teringat pula aku,dalam kesibukan serta keseronokan kita menyambut hari raya ini serta deepavali pada akhir oktober nanti....lupakah kita pada mangsa ISA?Darul Islamiah,Jemaah Islamiah,Raja Petra,Hindraf serta beberapa tahanan tanpa bicara yang digunapakai dahulunya oleh penjajah,masih di praktikkan oleh pemerintah sekarang kononnya mengelakkan negara dari kucar kacir...

Kucar kacir kah negara jika pemerintah yang sedia ada di tegur atas sikap menzalimi rakyat serta menidakkan hak rakyat dengan menggunakan akta zalim ini?kucar kacir kah negara jika rakyat menegur & melihat rasuah yang berleluasa & apabila rakyat menolak rasuah pemerintah..mereka ini di lihat sebagai cubaan mencetuskan ketidaktentuan dalam negara tercinta ini?


Apakah alasan ini boleh digunakan oleh kerajaan untuk menangkap sewenang2nya rakyat sendiri,sedangkan ianya bukan sahaja di tentang oleh PR tetapi oleh komponen parti di dalam pemerintah yang sekarang ini bertuankan UMNO di dalam Barisan Nasional (B-End),mungkin menteri botak boleh mendabik dada dengan mencela mereka kononnya atas dasar mengganggu tugas kementeriannya...Ahli Parlimen k***k pula si berahim ali boleh bersetuju pengekalan akta zalim ini walaupun sikit pindaan bagi cadangan fikir logik si gemuk tuh.tetapi persoalannya,apakah logik menahan mereka hanya bersandarkan maklumat atau sumber yang tidak sahih,menafikan mereka dari di bawa ke muka pengadilan sehingga ada yang telah di kurung sehingga lebih 7 tahun lamanya?

Mungkin jika kita lihat dari pemberontakan dalaman rakyat,tidak perlu menyalahkan rakyat jika ada suara2 penentangan terhadap pemerintah dengan menahan tanpa bicara...kita dapat sendiri mengkaji...penangkapan rakyat ini di buat ketika rakyat menyoal hasil negara yang telah di boroskan sewenang2nya dengan rasuah oleh pemimpin kerajaan...rakyat mempersoalkan sistem kehakiman yang begitu meruncing daripada lantikan ketua hakim (correct....correct...correct)...hinggalah isu2 rakyat seperti kenaikan harga minyak,elektrik serta bahan bekalan keperluan yang sikit pun kerajaan tidak melihat kesengsaraan rakyat.

Sekarang ini,di lihat daripada pemilihan dalam parti2 politik terutamanya komponen parti pemerintah...media memainkan isu pemilihan ini lebih penting daripada isu sebenar rakyat dalam menghadapi krisis ekonomi global...isu minyak di lupakan terus walaupun ada sedikit penurunan..walhal kenaikan mendadak tatkala harga minyak dunia $125 setong...sekarang sudah bawah paras $75 setong,penurunan hanya sekitar tidak sampai 50sen keseluruhannya...

Apakah rasionalnya jika rakyat memberontak dalam diam,manakala akta zalim sebegini di gunakan bg mengaburi mata seluruh warga negara dengan tuduhan2 keagamaan,bangsa,keselamatan & lain2 tuduhan yang dianggap cukup melampau bertujuan menutup isu sebenar kesengsaraan rakyat hadapi & kita cukup yakin,jika ianya tidak di ambil serius...hal ini akan berlalu tanpa pembelaan sewajarnya oleh pemerintah yang di beri mandat oleh rakyat terutamanya golongan pertengahan & rendah.

Tarif elektrik pula,dulu di naikkan beralasankan harga diesel naik serta kos pengeluaran naik akibat kenaikan bahan bakar...bila sudah turun bahan bakar ini...apakah rasionalnya mengekalkan harga tanpa menurunkan kembali tarif elektrik?berapa orangkah yang layak menerima subsidi RM20 pengecualian bayaran elektrik dalam keadaan sekarang ini?itupun sudah ada ura2 cadangan menaikkan lg harga tarif elektrik...astaga...dari hari ke hari,rakyat makin di asak dengan pembohongan...rakyat makin di tipu dengan lakonan pemimpin...jadi apabila pemberontakan senyap rakyat berlaku,kita menolak sepenuhnya penggunaan akta yang zalim serta kita menuntut agar kerajaan akur dengan pentadbiran yang telus,adil & saksama...

Jadi,pengharapan rakyat kali ini adalah...jika sistem & dasar kerajaan masih lagi mendabik dada dengan mahukan rakyat mengikut telunjuk para pemimpin...yakinlah kamu bahawa...BN akan hancur dalam sikit masa lagi...waktu itu,para pemimpinnya akan bertempiaran lari membawa karung2 guni yang berisi wang hasil rompakan ke atas rakyat itu sendiri..
BEBASKAN TAHANAN ISA,BEBASKAN RAKYAT DARI KEBELENGGUAN HIDUP,BEBASKAN RAKYAT DARI PENIPUAN,BEBASKAN RAKYAT DARI KEPALSUAN PEMERINTAHAN

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails