
Just nak ucap SELAMAT TAHUN BARU 2009...Moga di berkati dan di murahkan rezeki...Tahun Baru, Azam Baru, Harapan Baru & Ketua Baru...
--Sent from my mobile device
MELAWAN KETIDAKADILAN KEPADA RAKYAT
Salam Sejahtera,
Peminat budu sekalian….infooooooooo..... Makanlah budu sblm terlambat!!!
Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakkan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat.-sumber dari blog zul mamak.
Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak asyik fikir POLITIK, REFORMASI dan lapar dahaga sahaja, apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni...
WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam ‘WCOK’ telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.
cuba jawab soalan nie..
Salam sejahtera...
Sekarang rakyat sudah dijamu dgn penurunan harga minyak buat kali ke-7, kita masih lupa pada tambang bas ekpres? Tak ambek peduli..??? Kerana anda punyai kenderaan sendiri? Bagaimana golongan pertengahan dan bawahan menghadapi situasi masalah ekonomi global ini jika kita tak endahkan harga yang juga sepatutnya perlu d umumkan turun...???
Jangan lupa tiket feri ke langkawi juga telah di naikkan hingga Rm23 dari Kuala Kedah - Langkawi...seingat aku dulu dari Rm15 naik ke Rm18 dan seterusnya sekarang dah Rm23.Nak tunggu sampai harga Rm50 baru nak sedaq mahai..??? Siapa cakap feri rugi jika harga Rm15, travel ejen dan ulat tiket boleh menerima upah hingga 10% diskaun atau 1 free tiket utk jumlah group 10 org...kalau rugi, takkan dia boleh bagi mcm tu? tak kira la hampa nk ckp ni bisnes...setahu aku, sekarang feri langkawi full sentiasa di setiap trip perjalanan pergi dan balik.
Bagi feri ke langkawi, aku beri cadangan agar tiket hanya di buat sehala dgn harga munasabah...contohnya, jika perjalanan dari Kuala Kedah -Langkawi, harga tambang Rm35..mereka pula perlu tunjukkan semula tiket yg di beli dari Kuala Kedah ketika menaiki dari Langkawi...manakala yg membeli tiket di Langkawi perlu berbuat demikian di Kuala Kedah...
Siapa cakap tak boleh? Pelancong yang masuk Langkawi takkan tak keluar2..??? Manakala penduduk Langkawi yg keluar urusan di tanah besar, takkan tak balik ke Langkawi (kecuali mati di tanah besar)... Buatkan syarat tiket sah utk sebulan ke, 2 bulan ke atau 3 bulan ke dari tarikh dibeli...Di Penang contoh terbaik, naik feri atau jambatan hanya bayar sekali saja...balik confirm free...apa? Langkawi banyak laluan? Kuala Perlis, Pulau Pinang, Kuala Kedah & Thailand?
Jangan la jadi BONGOK...selaraskan la, mana2 individu yg masuk dari kuala perlis nak keluar ikot pulau pinang di kecualikan tiket return...dia ambil la one way ticket..tp jgn harga Rm23 dari kuala kedah, cukup setakat Rm18 one way...bagi laluan masuk dari Pulau Pinang, Kuala Perlis & Thailand ke Langkawi...runding harga dulu, sebelum 2x kenaikan dgn pengusaha feri..
Hampa exco kerajaan negeri kedah pikiaq la, takkan tu pun aku nak bagi cadangan, kalau semua aku habaq...baik aku jadi exco, hampa pi masuk hutan cari tgk kawasan balak dan kuari...tak pun pi danok jumpa 'penghulu'-abg LID utk runding2 lagi macam mana nak tukar kerajaan negeri...maklumlah percubaan yang lepas dah gagal..!!!
Mengenai tiket feri ni, tipu sangat la kalau pengusaha cakap rugi...mereka semua'taikun' besar dari Klang, Sarawak dan Sabah dlm perkhidmatan feri...kecuali 'seraya bayu @ seri bayu' (kalau tak silap) taukey bumiputera dari Pulau Pinang...lupa namanya, maklumlah lama dh tak ke Langkawi...dulu tahu la pasal aku kerja lebih dari 4 tahun di sana, info ini pun aku terima dari teman aku yg selalu komplen mahal harga tiket walaupun minyak dah turun banyak kali...
Berbalik pada tambang one way..ada ka org parking kereta kat kuala perlis masuk langkawi, tapi bila nak keluar, ikot Kuala Kedah dan naik bas dari 'sahab perdana' Alor Setar ke Kuala Perlis, ambil semula kereta? hehehe, mungkin dia sewel kot...so, ada akal dan otak, lu orang pikir lah sendiri..!!!
--Sent from my mobile device


Menurut berita tidak rasmi Adun Bota dari BN Datuk Nasaruddin Hashim (gambar sebelah) telah mengumumkan keluar parti dan menyertai PKR. Pengumuman rasmi akan dilakukan dalam masa terdekat diikuti oleh penyokong-penyokong beliau.
Bayangkan, jika ada kenderaan laju memandu, tambahan pula tadi hujan renyai2...aku yg memandu perlahan hanya perasan kelibat motosikal, tidak sampai 10 meter dgn kelajuan keretaku sekitar 50Km/j...andai kata aku memandu 80Km/j? belum tentu aku dpt elak, memanglah dlm kawasan kampung perlu memandu di bawah 60Kmj, tapi bukan semua nak patuhi..andai kata sudah tersodok kenderaan besar dari depan atau belakang dengan kelajuan melebihi 80Km/j? apa yg mampu anda buat saudaraku?
salam sejatera....
Daripada kesesakan harapnya pihak2 yang berwajib dapat mengambil inisiatif ataupun satu rancangan agar ianya tidak akan menyesakkan lagi keadaan yang telah sesak di Pulau Pinang....So kepada yang inginkan kelainan,datanglah ke Pulau Pinang,kalau sesak masih tak dapat di atasi...aku tak tahu nak cakap apa dah...cuma,hampa ada otak...hampa pikir la sendiri.....hehehe


Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.
Salam Sejahtera
Aku tontoni dgn linangan air mata,begitu juga dalam kongres nasional...tanpa kusedari,airmata mengalir di pipi sewaktu tayangan yang mengimbas kembali detik Gerakan Reformasi 98 hingga lahirnya para penggerak yang tanpa jemu meneruskan perjuangan bagi menyatakan kebenaran...aku terkenangkan kenangan 10tahun lalu,semasa aku masih di kampus Universiti...waktu itu Gerakan Reformasi hanya di pimpin oleh seorang yang di lahirkan punya semangat & iltizam cukup tinggi...wanita ini tidak pernah jemu....inilah Sri Kandi Penggerak Harapan Rakyat...Datuk Seri Dr Wan Azizah Dato' Wan Ismail...DSAI juga di lihat menahan daripada sebak pada hari pertama kongres nasional sewaktu menyampaikan ucapan...