Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Sabtu, 9 Ogos 2008

KEMPEN RM 1 DI PMTG PAUH



Salam....


Di harap semua yang telah sedia maklum dengan kempen ini buleh terus menyumbang dalam hal ini terus menerus...kempen ini amatlah bermakna kerna ianya di sarankan oleh teman2 yang tidak berkesempatan untuk datang berkempen & membantu sebagai jentera...


Sumbangan anda dalam bentuk wang amatlah kami hargai & di ucapkan Jutaan terima kasih...Moga sumbangan yang cukup bermakna dari anda di murahkan rezeki anda & di balas oleh yang maha ESA....wallahualam

Riwayat Temanku 2

Di usia 26 thn aku masih blum mendaftar menjadi ahli umno,kenapa??????mungkin belum ada yang mai serah borang pada aku kot....hehehehe,

Kita berpatah balik di kala usia aku meniti dewasa..bertemu seorang teman,insan yg aku maksudkan teman aku kini bergelar exco amk malaysia.pada waktu itu aku banyak berdiam diri dlm soal politik...kenapa??siapa???biar lah rahsia...hehehe.

Di usia 23 thn,sekitar tahun 2005,perkenalan aku dengan si polan teman aku ini atas dasar rakan sepermainan badminton...perkenalan kami mengheret aku utk mengetahui selok belok kancah politik malaysia.walaupn pada mula hanya mendengar dan tidak berani melawan (lawan ngan dia berdebat mampuih aku,dia ni lawan sampai kena buang u...aku set dalam kepala,nanti blk baca buku baru bleh lwn ngan dia ni..hehe).waktu itu aku hanya mengia dan menghangguk kepala.banyak perkara yg dia sering bicara tentang insan yg bernama anwar ibrahim,

Mulanya aku tak laa karan sgt,biasa ja...dia ni nama pun penyokong anwar ibrahim,takkan nak kutuk anwar ibrahim kot.ada saja dia cerita tentang insan bernama anwar ibrahim.(sebut nama bg jelas).............aku pun mula terdetik ketika melihat vcd di mana ketika anwar mula di bebaskan di mahkamah,bermula waktu itu...aku begitu tersentuh ketika mendengar bacaan doa oleh ust. badrul amin memohon petunjuk kebenaran dari allah s.w.t...

Walau terpaksa berlantaikan simen...ehh ehh ramai plak org kat sana...hairan bin ajaib,hanya kerana batang tubuh anwar,yg di pecat dari jawatan timbalan perdana menteri,atas tuduhan salah laku seks dan rasuah,ramai lg yg masih mahu memberi sokongan.mungkin semua ni saudara mara dia kot...(aku tak percaya lg)

Hai sampai beribu org ni,pelik betul..selepas anwar di bebaskan kerana kes salah laku seks digugurkan ke atas beliau,yg bermaksud beliau tdak meliwat sesiapa pun.lepas tu tunjuk plak video kawasan lapangan terbang KLIA...fuh terkejut betol aku...ribuan lautan manusia,yg pakai lebai,yg pakai sngkok,yg pakai sari,yg pakai kot pun ada...rmai sgguh saudara anwar.rakan aku time ni panjat tiang KLIA aku dpt maklumat..sokong sungguh2 dia ni,,kenapa???????

Persoalan mula timbul di benak fikiran aku yg hampir benak.kenapa ramai sgt yang sokong anwar????dalam suratkhabar utusan,berita harian,tv 1 sampai 7 tak tunjuk pun..yang tau bebas dan kerjaya politik anwar ibrahim sudah terkubur...kerna tiada sokongan lg.

Alih2 berpuluh ratus ribu org dtg ke KLIA utk mengucap selamat jln kepada anwar ibrahim ke munich,jerman utk mendapat rawatan sakit tulang belakang.aku pun mintak la dekat si polan ni pinjam vcd dia.dekat nak berasap aku wat kajian,kot2 palsu ke.......

Masih ku ingat ketika ini,perdana menteri malaysia pd waktu itu menjawb soalan wartawan,kenapa anwar dibebaskan ketika itu,ketika paklah memerintah ayat dia lebih kurang la)paklah jwb,saya bukan jenis orang yg suka msk campur hal mahkamah hal undang2.jika terbukti anwar tidak bersalah,apa lg yg hendak kita persoalkan..terpukau sejenak aku waktu itu,ya la,ayat SAYA BUKAN JENIS SUKA MASUK CAMPUR HAL MAHKAMAH.

Mebuat aku terfikir,,adakah perdana menteri dahulu suka msk campur hal mahkamah??atau mempengaruhi mahkamah?????(time ni goyang tahap teruk dah aku kat umno)selepas itu bermacam vcd ceramah aku tengok,yg pasti semua pembangkang laaaa...menteri kerajaan tak dak vcd pun,semua ucapan depa bleh tgk kat tv...........

Time ni balik kg aku bawk sekali vcd ceramah ni.....terutama ceramah anwar ibrahim,bg mak ayah aku tgk sama...tetibaayah aku nak pinjam..nak bg kawan tgk plak.aku apa pun tak kata,tetiba nak pinjam,sejak bila minat dengar politik ni???org mcm ayah aku ni mana fanatik parti mana2 pun,tp dah dok kawasan kubu kuat,pangkah umno la,kerna pada ayah,negara dah aman elok,dok kalut cari pasai buat apa....jangan pandai cari salah orang saja keja tak jalan.(wah dasyat gak ayat ayah aku)

Lupa plak nak bagitau,aku waktu ni kerja kat pulau lagenda,berniaga kecil-kecilan.jumpa si polan pun kat pulau laa....tme ni yg paling best bila ayah aku keluar aja minum kat kedai kopi di tunjang...bersembang sentuh ja bab anwar ibrahim...cepat2 dia jawab..'semua ni konspirasi untuk jatuhkan anwar ibrahim..'ewahh ewah konspirasi plak ayah aku ni.heheheheh..

Persoalan lg,kenapa mudah ja ayah percaya kata2 anwar sedangkan hanya tengok vcd saja?????bila di tanya...ayah jawab,ceramah anwar tdak mengata orang tanpa fakta dan bukti,ckp ada isi.,tidak memfitnah orang lain....wah bleh tahan ayah aku...........tapi ayah berpesan pada aku,apapun jgn taksub kepada manusia,cukup hanya sekadar mengkagumi atau menghormati,.............manusia tetap ada salah dan silap...

Ya memang ada salah dan silp...silap aku kerna hanya mendengar berita dan maklumat dari satu pihak saja.jadi pada waktu ituaku ula mencari di mana realiti nya perjalanan politik malaysia....ala tgh best ni ngantuk da.....sambung lain nanti,skrg dh lewat jam 4am...maklumla meniaga kedai aku tutup jam 1am,tara nk makan ngan org rumah,nk balik n on9 lg...jd sabar la ye

Jumaat, 8 Ogos 2008

Tarikh Laluan Ke Putrajaya Tetap 16 September

Aku menerima email laporan lengkap sidang media yang di buat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim 8 ogos 2008....Ringkasannya

PETALING JAYA:Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR),Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi tuduhan meliwat semalam yakin akan dapat membentuk kerajaan menjelang 16 September ini. Kami berada di landasan yang betul ketika ini.

Insya Allah kita akan bentuk kerajaan Pakatan Rakyat menjelang 16 September," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.Sebelum ini,bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkali-kali melaungkan keyakinannya bahawa terdapat ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan melompat menyertai Pakatan Rakyat pada tarikh tersebut.


Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah ahli Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat parti menyertai kerajaan Pakatan Rakyat itu.
“Yang penting jumlahnya mencukupi untuk membentuk kerajaan menjelang 16 September depan,” ujarnya.

Dengan ini setiap hak rakyat Malaysia akan dianggap sebagai suci dan akan dilindungi oleh kehakiman yang bebas dipandui oleh prinsip-prinsip yang selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.


Perbicaraan bermotifkan politik yang dibuat ke atas saya, dengan izin Allah merupakan yang terakhir.

Maknanya...maksud DSAI itu ianya mengambarkan kepada kerajaan skrg...hayat perasuah,serta mereka yang selama ini memfitnah semakin pendek menjadikan 1 titik tolak kepada mereka2 berusaha sedaya mungkin menafikan lalaun DSAI ke Putrajaya...oleh itu...lihat la sekalian alam DENGAN IZIN ALLAH S.W.T. RAKYAT MALAYSIA AKAN MENGECAPI KEMERDEKAAN SEBENAR JIWA SELEPAS TARIKH 16 SEPTEMBER 2008.AMIN...

4 Hospital Tidak Mahu Palsu Laporan Perubatan LIWAT

Salam...

Alhamdulillah,setelah kita semua di sajikan 1 drama bersiri pendek...rata2 buleh menghurut nafas lega apabila kebenaran sekali lagi terhasil setelah pendedahan laporan perubatan lengkap Dr Mohamed Osman dari Hospital Pusrawi serta maklumat setakat hari ini dari YB Azmin Ali Ahli Parlimen Gombak (Calon Menteri Penuh PR) bahawa ke semua 4 hospital yang terlibat untuk di palsukan laporan perubatan agar membolehkan DSAI di sabitkan dengan isu liwat GAGAL....hospital2 terbabit ialah:-

1.Hospital Pusrawi
2.Hospital Besar Kuala Lumpur
3.Hospital Selayang
4.Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

Bagi aku sikap profesionalisme doktor2 tersebut amatlah harus di puji kerana mereka bukan saja mengangkat martabat dalam bidang kedoktoran tetapi telah menunjukkan mereka ini mempunyai maruah yang cukup tinggi sebagai pengamal dalam bidang perubatan...SYABAS & TAHNIAH....

Setelah beberapa info yang di perolehi sejak pagi tadi termasuklah pembebasan seorang bloggers yang cukup terkenal dengan blognya penarik beca a.k.a bakaq haq jam 4 yang di tahan malam semalam di kediamannya di gombak...ini semua menunjukkan sikap sang penguasa menggunakan ruang yang masih sedikit tinggal untuk mereka mempertahankan kuasa.golongan desprate ini amat risau dengan kebangkitan rakyat bahkan mereka sendiri tidak lagi menaruh kepercayaan 100% kepada kakitangan awam setelah mereka ini di lihat telah bertindak memihak kepada rakyat terbanyak...mereka mengikut arus gelombang kebangkitan rakyat...

Sewaktu tengah hari tadi,sempat aku ke kedai kak pah melihat juadah lauk untuk di jamah lepas solat jumaat nanti...setibanya aku di sana...salah seorang pekerjanya menyapa..'Kak Pah pi mesyuarat jentera keadilan di Permatang Pauh'...

Geli hati pun ada,bukan kerna kak pah pi mesyuarat...tapi bila di lihat saja muka aku...dh tau jenis geng budak jahat atau geng budak baik...dlm 12 tahun yang lalu,se inggat aku bila nk mengaku ahli parti yg berlawanan dari pada pemerintah ni...payah la...silap2 kena kutuk rapat...aku juga teringatkan rakan sekelas aku Saudara Zalmi yang cukup kuat dengan PAS di Prt. Buntar...

Bila terserempak dengan aku di sebuah bank baru2 ini,aku dengan baju wajah DSAI,dia terus memelok aku dalam orang ramai di bank berkenaan...semangat dia pelok aku...ingatkan kerna lama tak jumpa...dia bersuara 'Alhamdulillah bekas ketua kelas aku & salah seorang pelajar terbaik di sekolah penyokong pembangkang'...aku trharu tapi kontrol la dalam bank...ramai orang la beb...begitulah keakraban kami di akar umbi sebagai penyokong yang mengharapkan 1 perubahan untuk rakyat marhaen seperti kami di bawah ini...

Berbalik pada ceta kak pah...bila pekerjanya menyapa mcm tuh,aku pun bertanya 'dah tu kedai nih sapa jaga'...

'Abang desa la laki dia..sebab turn dia,semalam ceramah YB saifudin di mengkuang titi turn dia pi tgk' jwb pekerja kak pah...

Ish,bayangkan sampai mcm tu skali semangat & komitmen rakan2 kita mengharapkan kemenangan berpihak kepada DSAI kerna janji2 beliau amat di tagih oleh rakyat sekarang...

Klau dulu kedai yang menyokong pro pembangkang nih tadak orang nk masuk,sekarang sejak jamuan kemenangan PR di buat di kedai kak pah...rezeki dia makin bertambah...makin ramai pelanggan dia...

Aku cuma risaukan pengundi pmtg pauh dalam kalangan wanita umur 55thn ke atas...jenis yang dok laki bini,anak2 pakat kerja di kl,johor,kltn & lain tpt di malaya atau sama waktu dengannya...mereka ini tiada tpt utk di luahkan perbincangan mengenai politik hanya semata2 berita tv3 suku,utusan meloya & beberapa media yang tidak beretika ketika membuat laporan..

Semalam sebagai contoh terbaik...aku menonton berita Edisi 7 di NTV7 jam 7mlm...laporan lengkap dengan penangkapan penarik beca a.k.a bakaq serta laporan perubatan penuh serta akuan bersumpah Dr Mohamed Osman mengenai saiful tidak di liwat sebab tiada kesan lgsung...laporan berita tersebut juga memaklumkan Dr Mohamed Osman terpaksa membuat akuan bersumpah kerna 'tidak mahu lagi keselamatan keluarganya di ancam oleh pihak polis'

Bila berita jam 8 tv3 suku...lepas gambar naruto...tak sebut walau sikit pun mengenai laporan tuh...yang sibuk depa tunjuk menteri kepala botak tengah tuh komen...mcm budak tadika...

Tapi mmg inilah nilai yang di buat oleh menteri kepada penyokong2 depa yang mmgnya benak,bengap,bengong,bangang & mana2 lagih yang rasa bersesuaian dengan otak kayu depa tuh...Aku cukup berharap kali ini para pengundi PR yang amat mahukan perubahan tinggal di luar pmtg pauh atau penang aku minta...pulanglah...pulanglah...aku rayu sungguh2 PULANGLAH untuk mengundi di parlimen P-44 pmtg pauh...hanya 26ogos ini adalah penentu bukan sahaja untuk penduduk parlimen permatang pauh...Undi anda adalah untuk Nasib Seluruh Rakyat MALAYSIA..SEMENANJUNG,SABAH & SARAWAK...

klau yang duduk di sabah dgn sarawak...ambik la tiket airasia...pulang untuk mengundi atau berkempen kat maklong,tokwan,pakngah serta lain2 kenalan...kiraan aku cukup mudah

Tambang air asia pi balik (Return Tiket) = RM800
Anwar Menang Besar/September tukar kerajaan
harga minyak turun 70 sen (jimat Minyak)
= RM2.00 x 50liter x 4 sebulan = RM 400
= RM 540 (harga minyak BN 2.70)-RM400=RM 140
= RM 140 x 12 bulan = RM 1680 (jimat wooo)

Bayangkan minyak saja dh jimat RM 1680 setahun nak bandingkan harga tiket tuh...belum lagi prasarana hat lain2...inflasi (harga barang) turun,anak2 sekolah dengan bantuan penuh kerajaan baru,lain2 caj bil di turunkan serta tol di turunkan...jadi...klau kita tahu ada rakan2 kita penyokong PR atau pengundi atas pagar yang sikit mirip kepada PR...bagi la tambang suruh dia balik mengundi...aku harap sgt2 kejayaan di permatang pauh cukup bergaya serta PR jejak kaki ke putrajaya dengan penuh mandat pengharapan yang tinggi...hat BN tak suruh balik pun takpa...wallahualam

Khamis, 7 Ogos 2008

Laporan Perubatan & Akuan Sumpah Dr. Mohamed Osman

Laporan nih dah di dedahkan dalam web malaysia-today pagi2 tadi...so nk baca korang klik la kat surat tuh...sat lagi aku upload akuan sumpah Dr. Mohamed Osman

ni pula link nk baca akuan sumpah Dr Mohamed Osman...

http://us3.malaysia-today.net/2008/content/view/10901/84/

Riwayat Temanku 1

Di sini aku paparkan email yang di terima dari seorang teman karibku apabila dia menghubungi aku untuk minta di siarkan sejarah beliau yang mahu menjadi seorang pejuang dalam arena politik bagi menaikkan taraf Islam,membantu bangsa,mempertahankan negara,serta menaikkan ekonomi agar semua rakyat malaysia bersama2 mengecapi nikmat kekayaan negara dalam memilih perjuangan gagasan parti politik negara ini...sama2 kita renungkan

salam....

Nukilan ini aku nk tuju agar sedikit sebanyak tercatatnya sejarah kecil bagi diri aku dalam bersama2 memperjuangkan agenda yang di inginkan untuk di kecapi oleh semua rakyat...

Apabila pulang saja ke kg halaman tercinta dgn membawa rakan2 satu sek sekitar tahun 1998 aku berasa amat berbangga...diusia berganjak remaja...kenapa?????kerana kg halaman ku berada dlm daerah kubang pasu.

Kenapa???kubang pasu???parlimen kubang pasu???hehehehe aku di gelar orang kuat mahathir,,dt sri dr mahathir.....perdana menteri malaysia...bangga betol aku..rakan sek aku datang dari pelbagai daerah...aku tnggal d asrama sek men teknik jln stadium alor star.....

Sampai saja di muka pintu kg aku,kg chegar mukim jeram...aku dengan kembang kempis berbangga menunjuk pintu gerbang yang tertulis...'SELAMAT DATANG KE KAMPUNG CHEGAR,,KINI ANDA BERADA DI KUBU KUAT UMNO'...kepada rakan2 ku...berpinau mata mereka semua (sakit mata tgk),terutama yg datang dr daerah pendang...

Almaklum la kawasan PAS,masa tuh Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor MP situ.cian diorang kwsn tak maju.kuah kuah kuah......ketika itu bangganya tidak terkira........maklumla kawasan dr mahathir......

Ketika itu,bertekak sampai kluar lidah pun aku sanggup demi memperkatakan unmo parti memperjuangkan rakyat malaysia...manakala PAS????bagiku waktu itu,mereka hanya tahu cari salah org itu dan org ini..itu salah ini salah.....semua org salah...mereka ja betul.hehehehe

Hebat aku pada ketika itu...umur 16 sdh tahu serba serbi tentang politik terutamanya dalam UMNO...

Ketika gelombang reformasi 1998/1999 aku d ambang peperiksaan spm...namun tetap berpegang teguh sokongan sebagai penyokong tegar UMNO,kalau dah mahkamah kata anwar salah...kita hat baru nak ambik spm ni dok kalut apa,awat (kenapa) kita ni pandai lg drpd hakim ka???

Menanah telinga rakan2 ku yg cuba mempertahankan anwar ibrahim....................................................................................kini diusia 26 tahun....jam dh 3.40am,kita bersambung daa.....aku ngantuk sgt nie...

Calon P-44 (Bee END)

Aku di hubungi seorang wartawan harakah sebentar tadi meminta komen andaian calon BN di P-44 nanti...aku tak pasti,tetapi ianya tetap menjadi sebutan rakan2 di kalangan UMNO

1-Datok Abd Jalil Majid
(Ketua UMNO Monyet Bhg Pmtg Pauh)

2-Datok Ahmad Saad
(Menawarkan diri utk pemilihan Umno kali ini sebagai Ketua UMNO Monyet Bhg Pmtg Pauh)

3-Datok Pirdaus Ismail
(Calon P-44 2 penggal & calon Striker Pasukan Bola My-Team)

4-Datok Zainal Abidin Othman
(Bekas Timb Menteri Pembangunan Luar Bandar & Wilayah)

5-Ezam Md Noor
(budak kecik yang juga calon Raja Sesumpah 1998-2008)

6-Saiful Bukhari
(Pelakon terbaik 2008-Drama 'Punggungku Tatapan Dunia)

Jadi,aku dh bagi komen pada wartawan tadi aku dh istihar minggu sudah dalam ceramah,Siapa saja Calon yang bertempur dengan DSAI bukan sahaja lawan Pakatan Rakyat...mereka ialah Musuh & Lawan kepada kehendak rakyat,so sekarang dalam ramai2 tuh sapa yang layak korang pilih untuk lawan DSAI di Parlimen P-44
Related Posts with Thumbnails