Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..
Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..
Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah
Layan Dulu Sih
UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!
Nak Relek Klik Kat Video Bawah
PC CM & PEMUDA PR P.PINANG
Isnin, 4 Januari 2010
Penjelasan YB Taib Azamudden Mengenai Isu penggunaan perkataan 'ALLAH' di dalam Parlimen
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri serta permintaan sahabat-sahabat. Saya terpanggil untuk bercakap ini bukan dia atas bermaksud dengan kepartian. Akan tetapi, lebih fokus kepada kesucian Islam itu sendiri. Itu terpulang kepada tafsiran oranglah kalau dia hendak meletakkan kedudukan di mana yang sekali gus juga menghormati pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat Bintulu.Sebenarnya persoalan ini mungkin kita tidak begitu selesa sangat perbahasan danpenghujahannya kita gunakan dalam Dewan ini.
Kalau pun ia selepas kita dapat hadamkan di luar, di tempat lain bahawa kita confirmkandi Dewan tetapi walau macam manapun, saya faham daripada apa yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor dan sahabat-sahabat yang lain.Sekarang ini yang sebenarnya perlu kita dapat penjelasan, Allah yang mana yang kitaperbincangkan ini tapi kalau Allah S.W.T yang berkonsepkan tauhid dengan Allah hus samad...Dia tauhid As-samadiah dengan tauhid al-ahadiah yang bergantung rapat dengan yang lain-lain, uluhiah dan rububiah hanya ada pada Islam dan tidak ada pada yang lain.
Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat juga sababul nuzul dan kalau kita nak buka mengenai Allah kepada yang lain-lain, Al-Quran juga pernah mendedahkan dalam surahtul Taubah... [Membaca sepotong ayat Al-Quran]“Orang Yahudi dia kata, Uzir anak Allah. Orang Kristian dia kata Al-Masih anak Allah”.Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah tauhid kita.
Allah yang dimaksudkan oleh orang-orang Masihi dan orang-orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam sebab ketauhidan as-samadiah dan alahadiah itu tidak menjadi suatu tonggak kepercayaan kepada yang lain daripada Islam. Sebab itu bagi yang agama lain tadi dia mendakwa itu sedangkan kita Allah bukan ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak. Jadi, ini persoalannya. Jadi yang saya rasa ialah pihak kementerian, pihak kerajaan mesti menegaskan Allah dalam bentuk mana.Kalau kita cakap Allah dalam bentuk umum, betullah kita boleh dakwa.
Orang Hindu,orang Kristian, orang lain pun dia kata kita tuhan Allah juga. Jadi Allah yang mana? Jadi mungkin di sini kita perlu mendapat suatu garis panduan yang jelas yang kita kata tak boleh digunakan oleh orang lain itu Allah dalam kedudukan mana tapi kalau Allah dalam kedudukan Islam yang ahadiah dan as-samadiah, memang tak boleh orang lain guna yang saya rasa ini wallahualamlah. Apa yang saya nampak daripada sudut itu, jadi kalau itu kita boleh terima, sebenarnya kita tidak ada pertelingkahan apa-apa.
Cuma yang kita hendak sekarang ialah penegasan daripada pihak kerajaan daripada sudut mana, Ilah kita dan saya rasa dalam perbahasan ini agak tak berapa munasabah kalau kita bawa daripada segi bahasa.Bahasa Ilah, bahasa... hak itu panjanglah isu kita. Sebab itu kalau kita lihat dalam kitab-kitab yang sempat dirujuk, pertelingkahan ini berlaku atau khilaf ini berlaku di antara ulama-ulama yang lebih muktabar daripada kita sekarang tetapi semuanya memberi hujah-hujah yang kenapa mereka kata boleh dan kenapa ada yang mereka kata tak boleh.
Dalam kita menangani di antara dua perselisihan pendapat ulama muktabar ini, maka apa yang perlu bagi kita sekarang ialah kita perlu memahami wakik. Wakik kita di Malaysia mahu tidak mahu dengan ketimuran kita, dengan budaya Melayu kita sebelah sini dan juga budaya orang kita lain daripada yang berlaku di Eropah atau berlaku di dunia lain.Wakik kita yang saya yakin setakat hari ini, wallahualam akan datang akan menjadi satuconfuse, akan menjadi suatu pertelingkahan dan perbalahan yang mungkin sengit apabila benda ini dibuka ke mana-mana.
Misal kita katakan, minta maaf kepada saudara-saudara kita yang bukan Islam sama ada dalam agama Buddha, dalam agama Hindu ataupun Kristian dan sebagainya, andai kata saya bertanya kepada sahabat saya yang beragama Hindu,“Sahabat, kamu nak pergi mana?” “Saya nak pergi sembah Allah”. Tanya pula sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat ataupun Yang Berhormat Sri Gading, mana nak pergi “Saya nak pergi sembah Allah”.Jadi ini confuse kepada anak dan keturunan kita. Allah yang mana ini?... [Tepuk] Allah yang nak pergi kah, ini kah Allah, yang mana?...Saya rasa penjelasan ini sangat segar dan meyakinkan dan malah tepat dan selaras sebagaimana pandangan Tuan Guru Presiden PAS dan Tuan Guru Mursyidul Am.
Sumber
Kenyataan Akhbar Mengenai Isu Penggunaan Perkataan 'ALLAH'
PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH"Merujuk kepada rentetan pelbagai kontroversi berterusan yang masih wujud berhubung penggunaan kalimah 'Allah' oleh pelbagai agama selain dari agama Islam di negara kita Malaysia sekarang ini, maka BIPPA PKR sukacita menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.Kami berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada.
Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan “over react” dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini. Sesungguhnya, kami melihat bahawa fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani sejak dari azali lagi bahawa kesemua manusia memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmanya yang bermaksud: "Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Al Quran, Az-Zumar (39):38).Adalah jelas bahwa penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam telah berlaku sejak dari dahulu lagi, khususnya bagi para penganut agama samawi.
Sebahagian dari kitab suci mereka memang menggunakan kalimah Allah (terutama di Timur Tengah). Di dalam kehidupan harian mereka hari ini, penggunaan Bismillah, Alhamdulillah, Masya Allah, Astaghfirullah, Wallahi dan sebagainya bukanlah suatu yang pelik dan janggal. Di Indonesia, penggunaan kalimah Allah di gereja-gereja memang telah lama menjadi kebiasaan. Begitu juga bagi bagi penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak. Adalah jelas bahawa menggunakan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Hak ini perlu dihormati dan tidak boleh dihalang.
Bukankah Allah itu Tuhan untuk semua - Rabbul `aalamiin atau Lord of the Universe?Maka itu, kami melihat fenomena ini adalah bertepatan dan serasi dengan wadah dan perjuangan KeADILan selama ini.
Malahan, perjuangan untuk menegak yang makruf dan mencegah kemungkaran akan menjadi lebih mudah dan selesa sepertimana firman Allah:"Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)" (Surah Ali `Imran(3):64). Sekian. Terima kasih.
Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti KeADILan Rakyat.
22 November 2009
Rabu, 16 Disember 2009
AHLI PARLIMEN PR GAGAL CIPTA SEJARAH KALAH 3 UNDI
Ketika menanti temu janji di ibu negara malam tadi, seorang Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) dengan tenang berkata, “kita kalah tipis untuk menolak Bajet 2010.”
“Ini peluang terbaik, jika tidak esok kita akan ada Menteri Kewangan yang baru. Kami kurang bernasib baik.” Sambung wakil rakyat berkenaan.
Apabila mengulas lanjut, anggota Dewan Rakyat itu memberitahu, jika ucapan bajet ditolak bermakna ia petanda undi tidak percaya terhadap kerajaan.
Jika ia berlaku pihaknya boleh akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan agar diberi peluang bagi membentuk kerajaan baru. Mengambil kira pandangan beliau memang ia menjadi amalan House of Commons.
Ia biasanya mudah dilakukan apabila sesebuah kerajaan mempunyai majoriti mudah atau tipis. Malah ia juga akan melibatkan siri proses yang rumit.
Dalam keadaan semasa Barisan Nasional (BN) masih ada majoriti besar walaupun bukan dua pertiga di Dewan Rakyat. Walau apa pun kemungkinan-kemungkinan itu tidak boleh ditolak begitu sahaja.
Pokoknya apa yang berlaku semalam merupakan satu lagi senario politik yang tidak pernah disangkakan oleh mana-mana pihak bahawa apa yang lazimnya kita saksikan berlaku di luar negara juga boleh menjadi realiti di Malaysia.Ini sebahagian kesan landskap politik baru di Malaysia.
Tahun lalu ada diutarakan idea supaya dikaji kemungkinan agar sidang Parlimen diadakan sepanjang tahun. Bukan setiap hari tetapi lebih kerap berbanding sekarang, yang diadakan pada jumlah hari tertentu yang bilangannya kecil dalam selang beberapa bulan.
Apabila pandangan itu dikemukakan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat ia tidak mendapat respons menggalakkan. Akhirnya idea itu terkubur begitu sahaja. Mungkin ada kebenaran mengapa idea tersebut ditolak begitu sahaja termasuk oleh sebahagian besar wakil rakyat yang dipilih menganggotai Dewan Rakyat.
Selepas kira-kira setahun alasan mengapa idea tersebut ditolak terbukti benar. Situasi yang dialami oleh BN dan PR malam tadi dengan sendirinya mencerminkan sebab kepada penolakan tersebut.
Buat julung kali sesuatu bajet diluluskan dengan majoriti tipis. Bajet 2010, yang merupakan belanjawan sulung buat Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri hampir-hampir ditolak. Boleh dikatakan bahawa nasib menyebelahi Najib selaku Pengerusi BN.
Pada Oktober 2008 Najib yang dilantik sebagai Menteri Kewangan telah membentangkan bajet pertamanya sebagai ketua perbendaharaan.
Pada tempoh masa yang sama tahun lalu kepimpinan BN mengambil langkah cukup berhati-hati ini apabila sebaik sahaja Projek 16 September Anwar gagal mencapai kenyataan.Keseluruhan jentera begitu cermat dalam menghadapi cabaran sidang Parlimen.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen menerusi pilihan raya kecil Permatang Pauh. Dua hari selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen beliau mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat iaitu akhir bulan Ogos — dua hari sebelum Bajet 2009 dibentangkan.
PR meneruskan strategi untuk terus menjayakan Projek 16 September mereka dengan mencuri ruang yang sama yang dialami semalam.
Disebabkan BN berwaspada dengan kemungkinan-kemungkinan tersebut suasana cemas dilalui semalam telah dapat dielakkan.
Selepas setahun semua pihak terlupa. BN gagal mengambil langkah berwaspada. PR pula gagal dalam menyuntik semangat tahun 2009.BN terselamat manakala PR keciciran peluang.
Seorang Ahli Parlimen dari DAP yang dihubungi memberikan pandangan beliau bahawa mereka sepatutnya berjaya dalam menolak Bajet 2010.
Beliau memberikan beberapa senario. Antaranya sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri, yang disempurnakan oleh timbalan menterinya sengaja dilewatkan bagi membolehkan kehadiran beberapa wakil BN termasuk Najib sendiri yang menghadiri satu majlis di ibu negara — kira-kira 15 kilometer dari bangunan Parlimen.
Selain itu katanya, Speaker Dewan Rakyat mengambil giliran bagi membolehkan dua timbalannya mengundi. Kedudukan mereka sudah cukup untuk mengimbangi kehadiran wakil rakyat PR.
Apa pun dia mengakui kesilapan dan kelemahan di pihak PR sendiri yang tidak bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. PR mempunyai 82 wakil dan tiga wakil Bebas.
Bermakna ada 19 wakil PR tidak berada di Dewan Rakyat ketika Bajet 2010 dibacakan buat kali ketiga.
Wakil DAP ini juga berpendapat sebahagian wakil PR merupakan muka-muka baru yang masih belum memahami selok belok perjalanan Parlimen. Mereka datang ke Parlimen untuk tujuan mencatatkan kehadiran dan tidak serius dalam urusan perbahasan.Malah itu juga masalah di sebelah BN.
Di pihak BN yang mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat, jika hanya 66 orang mengundi bermakna seramai 71 orang tidak berada semasa kehadiran sangat diperlukan semalam.
Ini termasuk sebahagian anggota Kabinet sama ada menteri ataupun timbalan menteri. Di manakah mereka ketika itu?
Pada Julai lalu, BN juga berhadapan dengan suasana cemas seperti itu semasa membahaskan Rang Undang-undang DNA di peringkat jawatankuasa. Pada satu peringkat ia diluluskan dengan perbezaan satu undi.
Mengambil kira perkembangan masa lalu, BN dan PR masih belum belajar daripada pengalaman-pengalaman lama.
Ketika Najib sedang membuat penilaian Indeks Prestasi Utama (KPI), beliau mempunyai alasan kukuh untuk berbuat sesuatu yang drastik — sama ada menggugurkan mereka daripada Kabinet ataupun tidak menurunkan semula ketika pilihan raya umum akan datang.
Begitu juga bagi PR. Ini antara indeks yang boleh digunakan sebagai kad penilaian.
Malangnya, kita sentiasa lupa dan terus lupa. Jika pemimpin BN dan PR boleh terlupa apa yang berlaku kira-kira setahun yang lalu, apakah ia akan dijadikan panduan dan peringatan apabila pilihan raya umum ke-13 dipanggil dalam waktu terdekat ini? -G.Manimaran
Ulasan GB
Cakapnya berdegar-degar tetapi tidak berakhlak/berdisiplin. Mutu kerjanya tahap Pak Lah. Itulah hakikat yang ada pada ahli parlimen Pakatan Rakyat!
Mereka ini perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada para penyokong mereka sebelum mereka dihumban keluar dari parlimen di dalam pilihanraya akan datang:
Kwsn Kerusi Parti Nama
P008 Pokok Sena PAS Mahfuz Omar
P016 Baling PAS Taib Azamudden Md Taib
P043 Bagan DAP Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan DAP P. Ramasamy
P049 Tanjong DAP Chow Kon Yeow
P050 Jelutong DAP Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor DAP Karpal Singh
P052 Bayan Baru PKR Zahrain Mohamed Hashim
P057 Parit Buntar PAS Mujahid Yusof Rawa
P058 Bagan Serai PKR Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor PKR Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak PKR Mohamed Azmin Ali
P101 Hulu Langat PAS Che Rosli Che Mat
P103 Puchong DAP Gobind Singh Deo*
P109 Kapar PKR Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam PKR Nurul Izzah Anwar
P122 Seputeh DAP Teresa Kok Suh Sim
P124 Bandar Tun Razak PKR Abd Khalid Ibrahim
P171 Sepanggar SAPP Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau SAPP Chua Soon Bui
Sumber
Khamis, 10 Disember 2009
PERHIMPUNAN MEGA DI PERAK
Isnin, 7 Disember 2009
Harta Bekas Timbalan Ketua Polis Negara,Allahyarham Tan Sri Jaafar Abdul
Terpampang di dada akhbar hari ini pertikaian antara abang Jaafar dan anaknya Jeffri melibatkan harta peninggalan Jaafar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, yang bernilai RM47.3 juta.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20091204111611/Article/index_html
Pecahan RM47.3 juta ini antaranya adalah seperti berikut:
http://mmail.com.my/category/tags/tan-sri-jaafar-abdul
i) Hartanah di Muar bernilai RM9.7 juta.
ii) Simpanan Tabung Haji RM3.8 juta.
iii) Amanah Saham Wawasan RM6.5 juta.
iv) Amanah Saham Didik RM1.3 juta.
v) Simpanan Bank Rakyat RM2 juta.
vi) Akaun Simpanan Tetap (i) BSN RM1 juta
vii) Akaun Simpanan Tetap (ii) BSN RM1 juta.
viii) Akaun Simpanan Tetap (iii) BSN RM1 juta
Kita harus berbangga kerana ada khabarnya seorang Menteri Besar Melayu yang ada berjuta ringgit untuk dipindakan ke London bertujuan membeli hartanah.
Kita juga harus berbangga dengar khabarnya ada seorang Setiausaha Politik Melayu yang juga mempunyai jutaan ringgit.
Kita juga harus berbangga isteri seorang Menteri Melayu yang memindahkan jutaan ringgit dan kononnya seorang ketua eksekutif Melayu memindahkan RM18 juta ke London.
Kita harus bangga dengan kemampuan mereka yang sebangsa dengan kita ini.
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/45398-negri-mbs-rm10m-tip-of-hot-money-iceberg
Senarai Orang Kaya Di Malaysia
1. Robert Kuok - $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)
5. Lee Kim Hua & family - $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)
20. Mokhzani Mahathir - $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)28. Kua Sian Kooi - $195 million (Kurnia Asia, insurance)
Ahad, 6 Disember 2009
Kenyataan Media AMKPP Terhadap Teguran SMM
Ehsan : Laman Marhaen
Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) menghormati luahan mahasiswa melalui Presiden Soladiriti Mahasiswa Malaysia (SMM) iaitu Sdr Shazni Munir,yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya. Ini menunjukkan suara Mahasiswa masih lantang dalam menegur & prihatin dengan suasana yang berlaku di sekeliling mereka terutamanya daripada sudut hak kebebasan dan demokrasi rakyat. Perlu diberi penegasan di sini, bahawa AMKPP tidak pernah menolak mana-mana perhimpunan yang dilakukan oleh rakyat sebelum ini termasuklah yang dianjurkan oleh penduduk Kampung Buah Pala. Adalah tidak benar dakwaan tersebut jika dilabelkan AMKPP menolak hak kebebasan bersuara setelah Kerajaan Pakatan Rakyat mendapat mandat untuk mentadbir Pulau Pinang. AMKPP sedar bahawa sekiranya kami menolak perhimpunan secara aman, ianya bercanggah dengan apa yang kami perjuangkan selama ini.
Walau bagaimanapun, AMKPP menegaskan dalam sidang media yang dibuat baru-baru ini jelas bahawa kami tidak pernah menolak hak kebebasan bersuara mana-mana pihak bagi menyatakan pendapat terutamanya dalam isu-isu yang berkaitan rakyat termasuk perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak Pemuda BN di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Cuma, apa yang pasti adalah kami menolak isu yang dibangkitkan Pemuda BN seolah-olah Kerajaan Negeri tidak prihatin dengan penduduk Pulau Pinang. Jelas semua tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri di Kampung Buah Pala adalah jalan yang terbaik yang mampu dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam mendengar rintihan bagi mencari penyelesaian kepada isu berkenaan. AMKPP juga telah membangkitkan perbezaan di antara penyelesaian Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terhadap isu Kampung Buah Pala, berbanding dengan tindakan Kerajaan Negeri BN dahulu terhadap penduduk nelayan Kampung Sungai Batu Pulau Pinang. Itu perlu dijawab terlebih dahulu oleh Pemuda BN terutamanya Pemuda UMNO Pulau Pinang. AMKPP juga membangkitkan layanan 'Double Standard' pihak polis ketika berdepan dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh Barisan Nasional serta laporan berat sebelah berita TV3 terhadap perhimpunan tersebut yang hanya bersifat memburukkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Demonstrasi yang diadakan atau disertai oleh Pakatan Rakyat selama ini, adalah jelas mengenai isu besar yang mendatangkan kesan yang amat besar terhadap rakyat seperti isu kenaikan harga minyak yang membebankan, perhimpunan BERSIH bagi membersihkan Suruhanjaya Pilihanraya yang terpalit dengan ketidakpercayaan rakyat, pemansuhan akta ISA yang menzalimi rakyat dan pelbagai lagi. Berbeza dengan demonstrasi anjuran BN hanya lebih daripada memanipulasi pemikiran rakyat dengan tipu helah mereka yang jelas bukannya untuk kepentingan rakyat. Khairy Jamaluddin juga selaku Ketua Pemuda UMNO pernah mengeluarkan kenyataan bahawa para demonstran adalah seperti 'Beruk'. Khairy perlu dipersoalkan mengenai prinsip beliau dalam isu ini apabila yang terlibat dalam demonstrasi di depan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tempoh hari, majoritinya adalah di kalangan ahli yang beliau pimpin, di mana beliau juga Pengerusi Pemuda BN Malaysia.
Dalam laporan polis yang dibuat oleh AMKPP, jelas perhimpunan yang dikatakan aman tersebut telah menyebabkan kerosakan di pintu pagar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang boleh dianggap sebagai menghina persidangan Dewan Undangan Negeri yang sedang berlangsung pada waktu itu. Tidak cukup dengan itu, gambar YAB Ketua Menteri Pulau Pinang juga dibakar dengan sewenang-wenangnya. Kita tidak menolak hak bersuara, tetapi jika ianya dibuat berdasarkan pembohongan serta putar belit fakta yang jelas serta dengan sengaja merosakkan harta benda awam, perkara ini perlu diberi perhatian serius. Oleh yang demikian bagi menghormati pandangan Mahasiswa, AMKPP mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar menyediakan satu tempat bagi mana-mana pihak yang ingin menyatakan perasaan, suara serta pandangan mereka. Cadangan ini menunjukkan kita tidak menolak perhimpunan secara aman oleh mana-mana pihak, ia juga bagi mengelakkan kerosakan seperti yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang telah disenaraikan sebagai salah sebuah bangunan warisan. Kita mahu sejarah hitam tersebut itu tidak berulang lagi dan cadangan ini bakal menjadikan Pulau Pinang sebagai Kerajaan Negeri pertama yang menyediakan tempat untuk berhimpun. AMKPP juga mempelawa jika ada mana-mana pihak termasuk SMM ragu atau kurang jelas dengan apa yang dimaksudkan oleh kami ini atau mana-mana kenyataan media kami, adalah lebih baik untuk berdialog dengan AMKPP terlebih dahulu bagi memperjelaskan maksud sebenar kami.
AMIR HJ. GHAZALI
Ketua Angkatan Muda
KeADILan Pulau Pinang (AMKPP)
013-584 8386
YB SIM TZE TZIN
Timbalan Ketua Angkatan Muda
KeADILan Pulau Pinang (AMKPP)
012-606 8048
‘Rakyat Hakim Negara’.
amkpenang.wordpress.com
SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha Angkatan Muda KeADILan
Pulau Pinang (AMKPP)

