Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Ahad, 29 Mac 2009

TERKINI DARI BUKIT SELAMBAU -malaysiakini

LIVE.....LEBIH 20 RIBU PENYOKONG PAKATAN RAKYAT BERADA DI KAWASAN PENAMAAN CALON DARIPADA PELBILANG BANGSA DENGAN MENYANYIKAN LAGU 'ALTANTUYA' 'NAJIB' 'ALTANTUYA'

Khamis, 26 Mac 2009

SIAPA CAKAP UMNO SEKARANG BERJUANG UNTUK AGAMA,BANGSA & NEGARA-PAKLAH? - malaysiakini


Semakin ramai yang menyertai Umno bukan kerana apa yang dapat mereka sumbangkan kepada Umno tetapi lebih mirip kepada apa yang bakal mereka harap untuk memperoleh.

Mereka mengharapkan jawatan, mereka mengharapkan projek, mereka mengharapkan gelaran, mereka mengharapkan kepuasan duniawi. Semangat berkorban, semangat berjuang, semangat berkhidmat untuk bangsa, untuk negara semakin tipis, semakin lemah.

Sedarilah! Di luar Dewan Merdeka ini, ramai yang berpandangan bahawa jika Umno, dan jika Barisan Nasional tidak berubah, maka pilihanraya ke-12 pada 8 Mac 2008 merupakan kemenangan terakhir kepada Barisan Nasional menubuhkan kerajaan.

Selepas ini, rakyat di luar dewan ini, tidak akan mengundi kita lagi.

Di peringkat negeri, Barisan Nasional turut menghadapi cabaran yang sama.

Di kalangan kita juga, malah di kalangan yang duduk di atas pentas ini, turut menyuarakan bahawa "Umno wajib melakukan perubahan". Apa yang saya ingin dengar, adalah suara yang menyatakan "Aku akan berubah" lalu disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan itu dalam diri sendiri.

Betapa malangnya Umno jika ramai yang gagal memahami bahawa Umno itu adalah kita, selagi kita tidak berubah, Umno tidak mungkin dapat berubah.

Umno kini berada di persimpangan jalan. Laluan yang kita pilih akan menentukan sama ada kita kekal relevan sepanjang masa atau akan hanya menjadi satu sejarah masa lalu.

Ada juga yang masih berpendirian bahawa kita tidak perlu melakukan perubahan. Mereka mempercayai bahawa Umno akan kembali mencapai kemenangan jika kita kembali kepada cara lama, kepada order lama, dengan menyekat kebebasan warga, dengan menghalang warga dari menyuarakan kritikan.

Mereka berpandangan bahawa Umno itu boleh terus berkuasa dan kekal kuat dengan kaedah menjaga kepentingan beberapa individu tertentu, dan memenuhi tuntutan-tuntutan kumpulan tertentu.

Masih terdapat di kalangan kita yang lebih tertarik dengan cerita-cerita yang menyeronokkan hingga kita menjadi leka, lena dalam ulitan mimpi bahagia.

Jika laluan lama itu yang dipilih, saya berpandangan bahawa kita telah memilih laluan yang salah; laluan yang membawa kita ke belakang. Saya bimbang laluan tersebut akan lebih mempercepatkan berakhirnya talian hayat Umno.

Jika kita tidak melakukan perubahan berani, selaras dengan transformasi masyarakat yang begitu dinamik dan perkembangan global yang begitu radikal, kita akan menyaksikan hari-hari berakhirnya parti Umno yang kita kasihi ini.

Jika kita terus bertanding begitu hebat, bermati-matian untuk merebut jawatan, tetapi apakah ertinya jawatan tersebut kepada Umno yang telah tinggal rangka yang terbujur di kuburan.

nak baca lagi...klik kat {sini}

DESAKAN UNTUK MENGHALANG NAJIB MAKIN KUAT - malaysiakini




BEBERAPA GAMBAR YANG DIKIRIMKAN KEPADA BLOG INI BAGI MENJELASKAN PENOLAKAN TERHADAP NAJIB SEBAGAI PM


UMNO MAKIN BERGOLAK - malaysiakini

Dari blog BERANIKAN HATI :

ADIOS! UMNO PARTI CELAKA YANG MENCELAKAKAN MELAYU

UMNO celaka dipimpin oleh pemimpin perasuah yang celakaSaya dibesarkan dalam keluarga UMNO. Saya menjadi ketua pemuda UMNO cawangan pada usia 20an tahun. Saya menjadi AJK pergerakan pemuda bahagian selama 3 penggal. Apabila UMNO lama diharamkan saya yang menubuhkan UMNO baru dan menjadi ketua UMNO cawangan selama 2 penggal kemudian saya melepaskan jawatan secara sukarela dengan menyerahkannya memandangkan saya tidak lagi boleh memberikan komitmen sepenuhnya.

Pada ketika itu dalam UMNO tidak jelas ada berlakunya politik wang. Kita memegang jawatan hanya kerana tanggungjawab. Tetapi parti UMNO sekarang ini telah dicelakakan oleh orang-orang melayu sendiri. Kerana kepentingan peribadi mereka menjual bangsa dan agama. Jiwa ahli-ahli UMNO sekarang telah boleh dijual dan dibeli. Inilah keadaan UMNO yang celaka dicelakakan oleh pemimpin-pemimpin ketika ini.

Kita kata kita mahu berubah tetapi perlakuan kita menunjukkan bahawa kita tidak akan berubah sedikitpun. Rasuah politik berleluasa. Para perwakilan celaka telah memilih calon celaka yang akan mencelakakan UMNO sepanjang hayat kita nanti. Kita akan lihat nanti dalam dalam 'by election' terdekat BN akan kalah lagi. Dan saya juga berharap supaya dalam PRU13 nanti UMNO akan terus lenyap dari ingatan orang melayu buat selamanya.

Nampaknya transformasi yang diingini orang melayu dan rakyat tidak akan menjadi kerana perwakilan celaka lebih mengutamakan duit dari kepentingan bangsa. Perwakilan celaka UMNO telah memilih pemmimpin celaka yang merasuah. Celakalah semua orang melayu hendaknya. Memang patutlah orang melayu dicelakakan oleh bangsa lain. Perwakilan celaka lebih megutamakan setia wang dari segalanya.

Saudara, nampaknya saya akan memilih jalan lain selain dari UMNO. Maafkan saya kerana saya tidak dapat menerima pejuang hipokrit menjadi pemimpin. Berdasarkan keputusan hari ini, pemuda dan wanita, percayalah bahawa esok Muhyidin juga akan tewas. Tewas kerana adanya perwakilan celaka yang memilih pemimpin yang memberi duit dari pemimpin yang tidak memberi duit.

Dulu saya rasa elok saja saya tidak sertai mana-mana parti sebagai protes, kini saya rasa saya harus tunjukkan dengan jelas tentangan itu dengan sertai parti lain selain UMNO. Adios UMNO yang tidak akan berubah sampai bila-bila. Adios UMNO parti celaka yang memilih pemimpin celaka oleh perwakilan celaka dan akan mecelakakan orang melayu. Apabila orang bersalah dan disahkan bersalah tidak dihukum dan kita lantik jadi pemimpin - ini asal kecelakaan kita.

Aku tak mahu komen apa-apa lagi. Cukup sekadar kita fikirkan bersama.

MACC INVESTIGATE FAIRUS - malaysiakini

JOHOR BARU, March 26 — PKR’s Mohammad Fairus Khairuddin, who has been embroiled in graft allegations in Penang, has been detained by the Malaysian Anti-Corruption Commission for questioning.

The Penang Deputy Chief Minister I was stopped by Immigration officers at the Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) complex at about 11 last night.He was subsequently handed over to Johor MACC officers.

Johor DAP deputy chief Norman Fernandez, a lawyer, was among Pakatan Rakyat leaders who rushed to the CIQ last night on hearing the news but was unable to speak to Fairus.
Fernandez said Fairus was taken to the Johor MACC headquarters in Air Molex at about 2.45am.

MACC investigating director Datuk Syukri Abdul told The Malaysian Insider that Fairus was detained only to facilitate investigations into allegations of illegal activities with quarry operators in Penang.

“He has not been arrested.”

He said MACC had been investigating Fairus since Tuesday and had alerted Immigration and the police to be on the look-out for him.

“Immigration officers alerted us when he arrived at the CIQ last night.”

Syukri added that MACC officers are currently recording a statement from Fairus in Johor.
Last Saturday, Fairus tendered his resignation as Penang’s deputy chief minister and state executive councillor for Entrepreneurial and Co-operative Development, and Information and Community Relations.His resignation is effective on April 8.

For the last four months, the 33-year-old Penanti assemblyman has been at the centre of controversy and more recently embroiled in allegations that he was one of two PKR leaders involved in illegal activities with quarry operators.

MALAYSIAN INSIDER

Rabu, 25 Mac 2009

NAK TUNJUK JAGUH TAPI DAH LAMBAT LA BRO...-malaysiakini

Pembahas dari pulau pinang yang disiarkan dalam Malaysiakini serta pembahas-pembahas yang bercakap kononnya mereka pejuang yang membela agama,bangsa & tanah air bunyinya macam sampah...naik loya aku dengar...dia ingat undang-undang UMNO pegang ka yang dok cakap kononnya UMNO SILAP BEBAS ANWAR ?..geli la bro....

Selasa, 24 Mac 2009

PERAK MASIH NEGERI PAKATAN RAKYAT - malaysiakini

Berita asal:
He [Najib] said there was a need for the party to examine its strengths and weaknesses, especially in the five states ruled by Pakatan Rakyat.

“We cannot accept the current status quo and be satisfied with just holding the post of an Umno division head in a state that is ruled by somebody else,” he said, adding that the next general election would be a great test apart from the upcoming by-elections.

TERJEMAHAN

Beliau [Najib] berkata parti [umno] perlu menilai semula kekuatan dan kelemahan, terutama di dalam lima negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

“Kita tidak boleh menerima status quo semasa dan berasa puas dengan hanya memegang jawatan ketua bahagian Umno di dalam sebuah negeri yang sedang dikuasai oleh orang lain,” katanya, sambil menambah bahawa pilihanraya umum akan datang merupakan ujian hebat selain daripada pilihanraya kecil yang bakal mejelang.

Sila baca posting awal untuk memahami konteks perkara ini.
Related Posts with Thumbnails