Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Rabu, 25 Mac 2009

NAK TUNJUK JAGUH TAPI DAH LAMBAT LA BRO...-malaysiakini

Pembahas dari pulau pinang yang disiarkan dalam Malaysiakini serta pembahas-pembahas yang bercakap kononnya mereka pejuang yang membela agama,bangsa & tanah air bunyinya macam sampah...naik loya aku dengar...dia ingat undang-undang UMNO pegang ka yang dok cakap kononnya UMNO SILAP BEBAS ANWAR ?..geli la bro....

Selasa, 24 Mac 2009

PERAK MASIH NEGERI PAKATAN RAKYAT - malaysiakini

Berita asal:
He [Najib] said there was a need for the party to examine its strengths and weaknesses, especially in the five states ruled by Pakatan Rakyat.

“We cannot accept the current status quo and be satisfied with just holding the post of an Umno division head in a state that is ruled by somebody else,” he said, adding that the next general election would be a great test apart from the upcoming by-elections.

TERJEMAHAN

Beliau [Najib] berkata parti [umno] perlu menilai semula kekuatan dan kelemahan, terutama di dalam lima negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

“Kita tidak boleh menerima status quo semasa dan berasa puas dengan hanya memegang jawatan ketua bahagian Umno di dalam sebuah negeri yang sedang dikuasai oleh orang lain,” katanya, sambil menambah bahawa pilihanraya umum akan datang merupakan ujian hebat selain daripada pilihanraya kecil yang bakal mejelang.

Sila baca posting awal untuk memahami konteks perkara ini.

KUALITI KERETA KELUARAN MALAYSIA DI MATA DUNIA - malaysiakini

WADUH...WADUH....

PERHIMPUNAN BANTAH PERGANTUNGAN AKHBAR ALTERNATIF PARTI - malaysiakini

Pimpinan KEADILAN dan PAS akan menghantar memorandum bantahan terhadap pengharaman Suara Keadilan dan Harakah kepada Suhakam pada jam 2 petang esok (25 Mac).

Delegasi tersebut akan diketuai oleh Ketua Penerangan KEADILAN Tian Chua,Timbalan Ketua AMK, Sdr Faris Musa , Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS Salehuddin Ayub.

Sekian, terima kasih.

GANTUNG SUARA KEADILAN & HARAKAH,BN TAKUTKAN RAHSIA TERBONGKAR- malaysiakini

Pergantungan dua akhbar politik yang digeruni oleh Kementerian Dalam Negeri menunjukan kerajaan Barisan Nasional takut dengan pengaruh besar akhbar ini.

Jelas Ketua Penerangan Tian Chua, pengantungan ini seperti menghalang sesuatu maklumat yang sangat digeruni BN disebarkan kepada rakyat melalui dua akhbar ini.

“Ini mungkin arahan dari pemimpin yang lebih tertinggi, ia seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari diketahui oleh rakyat,” jelasnya di Parlimen pagi ini.

Perkara ini, menurut Tian pernah berlaku ketika di zaman pemerintah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan pergantungan dua akhbar ini seperti mengulangi peristiwa berkenaan.
“Kerajaan sekali lagi mengunakan kuasa mereka untuk menindas media,” katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan BN mengantung permit kedua akhbar ini menandakan satu kejayaan besar buat Pakatan Rakyat.

Jelasnya ianya menunjukan kedua akhbar ini sangat berpengaruh sehingga berjaya mengubah minda rakyat dan seterusnya membuatkan ianya digeruni oleh Barisan Nasional.

“Pergantungan ini adalah pengitarafan akhbar sangat berpengaruh dalam mengubah minda rakyat, walaupun BN mempunyai pelbagai media, namun kami lihat pegantungan ini memberi lonjakan lebih besar kepada pakatan rakyat,” katanya lagi

Mahfuz juga menegaskan bahawa syarat-syarat permit yang diberikan oleh KDN tidak terdapat peraturan mengatakan Harakah perlu dijual kepada ahli-ahli parti.

Tindakan pengantungan Suara Keadilan dan Harakah ini, tegas Mahfuz merupakan satu tindakan terdesak kerajaan BN menjelang pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

“Apa yang dilakukan ini adalah cubaan untuk meyekat rakyat daripada memperolehi maklumat sebenar menjelang pilihanraya kecil di tiga-tiga tempat tersebut,” tegas Mahfuz.

BN MASIH TIDAK BERUBAH - malaysiakini

Barisan Nasional (BN) masih tidak berubah sikap zalimnya sepertimana yang disaksikan dengan cara pihak polis menangani ceramah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sungai Petani semalam (23 Mac).

Demikian dikatakan Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Ahmad Kassim mengenai tindakan keras pihak polis menembak meriam kimia terhadap orang awam secara rambang sehingga mengancam keselamatan kanak-kanak, wanita dan orang tua semalam.

“Mereka yang datang mendengar ucapan Ketua Pembangkang tidak melakukan apa-apa jenayah tetapi telah dilayan seperti penjenayah.”

Ahli parlimen Kuala Kedah itu dalam satu kenyataan media hari ini menegaskan, kebiasaannya meriam air bertekanan tinggi digunakan bagi menyuraikan orang awam dan bukan meriam kimia yang mungkin mengakibatkan kematian.

“Apakah pihak polis bertindak profesional dalam perkara ini jikalau benar-benar ingin menyuraikan orang ramai? Ataupun pihak polis berpihak kepada BN untuk menindas mereka yang menyokong Pakatan Rakyat?”

Ahmad juga menjelaskan bahawa pihak polis tidak mempunyai sebab untuk menghalang ceramah tersebut kerana tempat ceramah terletak di lokasi lapang dan bebas dari gangguan trafik.

“Pihak polis tidak wajar menggunakan alasan tiada permit ini untuk menyekat aktiviti Pakatan Rakyat khasnya menjelang pilihanraya kecil Bukit Selambau.”

“Kami berharap agar pengundi-pengundi Bukit Selambau tidak menyokong BN selepas kejadian ini kerana cukup kecewa dengan BN yang masih tidak berubah.”

Isnin, 23 Mac 2009

TERKINI....GEMPAR DI BUKIT SELAMBAU-malaysiakini

Polis bru sebentar tadi melepaskan gas pemedih mata di kawasan ceramah di taman ria jaya yang di hadiri YB Dato Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang serta Y.A.B Dato Seri Ust Azizan Razak MB Kedah.

Permit polis yang telah di luluskan sebelum ini telah ditarik serta merta petang tadi tanpa alasan,tembakan tadi telah menyebabkan orang tua,kanak-kanak serta wanita terperangkap dalam kekalutan tersebut.

Tembakan tersebut dilakukan oleh pasukan FRU tanpa memberi apa-apa AMARAN sebelum sempat Dato Seri Anwar berucap tatkala Dato Johari Abdul baru hendak berbincang dengan Ketua mereka.Tembakan pertama water canon dilepaskan dan seterusnya gas pemedih mata selama hampir 1/2jam tanpa henti.macam tembakan bunga api.

Sekali lagi pasukan yang sepatutnya bertindak secara profesional di pergunakan kerana ketakutan pihak BN/UMNO agar pengundi cina,india serta melayu takut untuk bersama Pakatan Rakyat.

Ayuh para pengundi Bukit Selambau,Bukit Gantang serta Batang Ai buktikan PRK ini medan terakhir bagi menguburkan Najib/UMNO/BN.Sebagai rakyat,kamu punya maruah!Para pendokong,ayuh turun ke medan pertembungan ini...jgn berdiam diri,buktikan rakyat sudah tidak tahan lg dgn penipuan,kezaliman BN/UMNO

Terkini yang ditahan seramai 18orang Amk Kedah termasuk YB Senator Ir Zamri,Sdr Hafiz Ketua Amk Kuala Kedah serta Ibrahim Yakob pegawai Dato Seri Anwar Ibrahim.kehadiran di jangka 10ribu orang

TERKINI,SERAMAI 32 ORANG DITAHAN DAN TIDAK AKAN DIBERI JAMINAN BEBAS PADA MALAM.INI MEMBUKTIKAN ISU CALON YANG DIMAINKAN BN KONONNYA TELAH MENYEBABKAN MASYARAKAT INDIA SERTA PENGUNDI BUKIT SELAMBAU BERPECAH ADALAH TIDAK BERASAS.APA YANG BERLAKU PADA MALAM INI ADALAH BUKTINYA!

'masyarakat india dan pengundi Bukit Selambau, "SOKONGAN MASYARAKAT INDIA DAN PENGUNDI BUKIT SELAMBAU PADA PAKATAN RAKYAT BERPECAH ADALAH TIDAK BERASAS"
--Sent from my mobile device
Related Posts with Thumbnails