Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Selasa, 17 Februari 2009

APA KAITAN GAMBAR INI DENGAN ISU PERAK ? - malaysiakini


RAKYAT LIHAT SEJARAH PERAK,FAKTA SULTAN IDRIS...BAGAIMANA JIKA SEKARANG RAKYAT MURKA - malaysiakini

Demikianlah juga Sultan Perak yang telah memerintah hampir 25 tahun sebagai Sultan yang dihormati, sekali beliau bertindak secara tidak adil rakyat Perak kiri dan kanan sudah mula mencemuh.

Dikatakan Sultan Perak dan Raja Muda begitu terkejut dengan reaksi rakyat Perak menentang tindakan baginda.

Baginda menyangka bahawa rakyat Perak akan akur dengan keputusannya, tetapi peristiwa di Kuala Kangsar ini sememangnya di luar dugaan baginda. Kedudukan baginda sama seperti kedudukan Dr Mahathir pada tahun 1998.

Baginda Raja Muda Nazrin yang menaiki takhta dengan melangkaui giliran pastinya terkejut keretanya telah dibaling batu oleh para penunjuk perasaan. Baginda yang sejak sehari dua ini bertitah dengan tulus dan mulus menyatakan peranan Raja yang mesti mendukung keadilan, dapat melihat sendiri apabila rakyat memberontak setelah dirasakan Raja tidak adil dan berpihak.

Sehari dua ini kalau baginda turun kepada rakyat, tidak mustahil peristiwa yang berlaku kepada Bush akan turut berlaku kepada baginda. Cuma rakyat Perak mungkin tidak baling kasut sebab ramai di kalangan mereka yang tidak berkasut cuma berselipar. Kalau rakyat Perak membaling selipar apalagi jenis selipar jamban, maka sudah tentu Raja Nazrin akan rasa lebih terhina.

Demikianlah juga ayahanda Baginda Sultan Azlan, baginda juga pasti terkejut apabila rakyat sudah berani mempertikaikan kewibawaan baginda. Dalam laman-laman web kutukan demi kutukan telah dilempar kepada Sultan Azlan. Malah lebih mengejutkan lagi dalam web rasmi Sultan Perak, rakyat telah mencaci nista baginda di dalam buku pelawat web tersebut.

NOTA : KOMPENI GAMUDA NI NAK BENGKRAP KE ?

TUKARTIUB

Isnin, 16 Februari 2009

UMNO LUPA SEJARAH,SULTAN MURKA TAK BERTEMPAT KEPADA PENDERHAKA SEBENAR? - malaysiakini

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.

Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden UMNO.” (Fuiyooooo)

Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.

Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban.Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian.Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:


DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

ARAB BERSATU

Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak.

Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak (Sultan pula jangan lupa yaa,oh lupa depa kurang baca blog).Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi 'punding’ antara Sultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak. (ISHAK TADIN JURUCAKAP TUN RAZAK...JURUCAKAP BAGI NAJIB PULA DALAM ISU NIH...?hehehe)

MENGANGKAT SUMPAH

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’. [wm.kl 11:45 am 09/02/09]


Penulis terkenal MSO

Hak dan kebebasan beliau menyuarakan pandangan harus dihormati. Mengapa UMNO pura-pura jahil dengan telatah melampau puak mereka menghina Sultan Terengganu, DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin dan sebelum itu meminda Perlembagaan menghakis kuasa Raja dan akhirnya meluputkan kekebalan Raja?

Lagi-lagi slogan Melayu, Melayu!

Alahai, bukit, pulau, empangan, balak, tanah, kontrak, saham kesemuannya bernilai ratusan bilion ringgit dirompak dan digadai oleh siapa?


ANWAR IBRAHIM

Ahad, 15 Februari 2009

SEBARAN MEDIA - malaysiakini

13 Februari 2009

Pakatan Bersedia Hadapi Cabaran BesarPakatan Rakyat akan mengadakan Bengkel Pakatan pada 15 Februari (Ahad) bagi memantapkan kerjasama sesama parti dalam Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan cabaran politik yang lebih besar di tanahair dalam masa terdekat.

Bengkel yang menghimpunkan kira-kira 100 orang pemimpin nasional, ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri daripada ketiga-tiga DAP, KEADILAN dan PAS ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan prestasi Pakatan Rakyat baik peringkat nasional mahupun pentadbiran negeri agar kepentingan rakyat sentiasa dijaga.

Bengkel tertutup ini akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden KEADILAN Dr Syed Husin Ali, Setiausaha Agung PAS YB Kamaruddin Jaafar dan Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz di Hotel Armada, PJ Selangor pada jam 9 pagi.Antara fokus program sehari ini adalah untuk mengenalpasti dan mengendalikan perbezaan sesama parti dalam Pakatan Rakyat supaya lebih efektif dalam menyampaikan mesej dan melaksanakan dasar Pakatan Rakyat.

Ahli panel yang akan hadir dalam bengkel adalah YB Dato' Ngeh Koo Ham, Dato' Salehuddin Hashim, YB Dato Mahfuz Omar, YB Saifuddin Nasution, YB Tony Pua, YB Dr Dzulkifli Ahmad, YB Tan Seng Giaw, YB Dato' Husam Musa dan YB Azmin Ali. Para wartawan dijemput hadir ke Majlis Perasmian Bengkel Pakatan pada jam 9 pagi hingga ke 9:30 pagi.

BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

Khamis, 12 Februari 2009

BEREHAT SEBENTAR - malaysiakini

Tersebutlah kisah..

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Aiman lalu dia pun mengangkat tangan...

Aiman : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Aiman : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Aiman : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Aiman : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Aiman : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.

...padan muka cikgu tue..huhuhu..

Selasa, 10 Februari 2009

Kenyataan Balas AMK Terhadap Karpal Singh

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia 8 Feb 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberi kenyataan balas ke atas apa yang telah dibangkitkan oleh Pengerusi DAP, YB Karpal Singh di dalam kenyataannya semalam.
Karpal dilaporkan menggesa Ketua Umum keADILan yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya berhenti daripada memimpin ikatan pembangkang berikutan Dato' Seri Anwar dilihat sebagai bertanggungjawab mencetuskan budaya melompat parti selain menjejaskan 'keharmonian' dalam Pakatan Rakyat.

AMK berpendapat bahawa sandaran fakta yang dinyatakan oleh Karpal adalah sangat samar dan tidak mengambil kira beberapa fakta penting di dalam kronologi kes yang berlaku seusai Pilihanraya Umum Ke-12 pada 8 Mac 2008.

Pendedahan yang dibuat oleh Saudara Fauzi Muda, Ketua KeADILan Bahagian Ipoh Barat bahawa ada usaha untuk membeli beberapa ADUN Pakatan Rakyat di Perak untuk menyertai BN dengan wang puluhan juta ringgit membuktikan bahawa usaha lompat parti ini dicetuskan dengan jijik oleh Umno-BN di bawah kepimpinan Najib Tun Razak.

AMK juga berharap agar Karpal tidak lupa bagaimana ADUN DAP di Tronoh yang juga Speaker DUN Perak, V. Sivakumar mendedahkan yang beliau pernah ditawarkan habuan sebanyak RM65 juta untuk melompat ke dalam BN agar BN boleh membentuk kerajaan di Perak.

Apa yang melibatkan Datuk Nasaruddin Hashim, ADUN Bota yang didakwa Karpal dipujuk oleh Anwar menyertai keADILan dan kembali ke dalam Umno 10 hari berikutnya, bukanlah inisiatif baik Anwar mahupun Pakatan Rakyat, sebaliknya sebagaimana yang diperjelaskan oleh Anwar bahawa Datuk Nasaruddin secara ikhlas menemui Anwar untuk menyertai keADILan.

Ini seterusnya diikuti dengan kehilangan Datuk Nasaruddin pada pagi 5 Februari 2009 dan dikhabarkan diculik untuk membuat pengakuan kembali ke dalam Umno sebagaimana yang disahkan oleh keluarga beliau. Karpal seharusnya dapat membezakan antara lompat parti yang berasaskan idealisme perjuangan ataupun berasaskan habuan kewangan dan ugutan.

Tidak timbul mana-mana usaha bahawa Pakatan melalui keADILan mahupun Anwar memujuk mana-mana Ahli Parlimen atau ADUN Umno-BN untuk menyertai Pakatan Rakyat, sebaliknya merekalah di peringkat permulaan yang datang mendekati Pakatan dan menawarkan diri untuk bersama Pakatan dalam perjuangan yang lebih realistik.

AMK percaya keluh kesah Karpal ini adalah berpunca daripada muafakat yang dipupuk oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat secara kolektif oleh kepimpinan ketiga-tiga parti yakni keADILan, DAP dan PAS yang menolak untuk hajat Karpal untuk menyaman DYMM Tuanku Sultan Perak. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat percaya bahawa apa yang berlaku sebenarnya ialah eksploitasi yang dilakukan oleh Umno-BN melalui Najib untuk membelakangkan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Justeru dalam hal ini, bukanlah DYMM Sultan Perak yang wajar menjadi sasaran, sebaliknya tindakan Umno-BN dan Najib yang sanggup menghalalkan pelanggaran undang-undang untuk membentuk kerajaan haram BN di Perak.

AMK berharap agar Karpal tidak mudah membiarkan diri beliau dimanipulasi oleh agenda jijik Umno-BN untuk mengganggu-gugat kestabilan Pakatan Rakyat seluruhnya yang telah terbukti mampu memecahkan hegemoni usang Umno-BN.

Karpal juga disarankan untuk tidak bertindak secara 'one man show' dalam mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan keputusan yang dicapai oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam beberapa isu yang berbangkit mutakhir ini. Dengan sokongan terbuka yang diberikan oleh DAP melalui Setiausaha Agungnya YAB Lim Guan Eng dan Ketua Whip DAP YB Lim Kit Siang ke atas kepimpinan Dato' Seri Anwar, adalah diharapkan agar Karpal dapat menarik balik kenyataan beliau di atas semangat muafakat Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui secara kolektif.

Muafakat yang dipupuk ini adalah muafakat yang diinginkan oleh rakyat untuk melihat Malaysia baru dijelmakan dalam konteks politik baru. Justeru adalah sangat malang sekiranya masih ada pihak yang sanggup dipasung minda mereka untuk mengikut arus politik songsang yang dimainkan oleh Umno-BN.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan Malaysia

Hot......Hot...Hot...Berita Dari Perak - malaysiakini

Y.A.B Datuk Seri Nizar Menteri Besar Perak akan ke Pejabatnya menjalankan tugas-tugas pentadbiran seperti biasa....



Di Pejabat SUK pasukan FRU sudah mengelilingi seolah-olah DS Nizar Jeneral yang akan menawan markas perang musuh....kah....kah...kah...kah...kah....

Terkini Juga



Jamaluddin & Osman Jailu tidak hadir ke mahkamah,Hakim sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka....mana mau lari ha?kah...kah...kah...kah...kah...kah..kah...



Confirm mamat 2 ekor tuh akan ambil MC hari nih,alasan sakit-sakit...kah..kah...kah...kah...kah...



Laporan dari ipoh oleh zul mamak penang
Related Posts with Thumbnails