Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Isnin, 3 November 2008

KISAH YB KULIM BB-ZULKIFLI NOORDIN

Pertamanya saya memohon ampun dan maaf dari para pengkagumnya di seluruh negara, apatah lagi ketika ini didendangkan betapa ia seorang pejuang Islam yang amat berani. Namun saya terpaksa menerima cemuhan mereka yang juga sealiran pemikiran dalam perjuangan politik ini atas dasar perlu diberitahu kepada umum siapa sebenarnya manusia bertopeng ini.

Bukanlah suatu yang pelik dan aneh apabila ia begitu disanjung terutamanya memandangkan gelaran ustaz yang sering dipangkalkan pada namanya serta kopiah/ketayap yang tak lekang di kepala. Sanjungan itu bertambah darjahnya memandangkan akan kebolehan beliau membaca khutbah sekali gus menjadi imam bersembahyang. Memang hebat lakonannya!

Namun hakikat sebenar, Zul ini memang manusia pembelit, penipu serta pembohong yang amat sangat. Para peguam yang membela kes petisyen tempoh hari sudah pun mengenali siapa Zul sebenarnya. Ia terkenal sebagai tangkai jering yang menggenggam rapat wang yang masuk ke tangannya. Bagi tempoh lapan kali mereka turun ke Alor Setar menghadiri perbicaraan kes yang kemudiannya ditarik balik, mereka berenam hanya dibayar RM1000 setiap orang. Dan mereka juga tahu banyak rahsia jahat serta kotor Zul sepanjang tempoh itu. Mereka juga tahu sikap pecah amanah Zul semasa mengutip derma dan infaq dari golongan kaya yang mengerjakan umrah lewat Ramadhan yang lalu.

Semasa mahu berpergian mengerjakan umrah di penghujung Ramadhan lalu, Zulkepliarq telah memujuk mereka menggunakan perkhidmatan Agensi pelancongan kawannya dengan pujukan syarikat kawannya itu memberikan diskaun 60 peratus. Rupa-rupanya mereka telah dikenakan siut itu, mereka terpaksa membayar penuh juga. Jika menurut jati diri puaka duit dalam dirinya, kita boleh berspekulasi yang bahagian diskaun itu telah disebatnya dari syarikat pelancongan tersebut!

Sebenarnya pun, jentera parti daripada awal-awal lagi dapat menghidu sikap buruk Zul di sebalik perwatakan zuhud yang ditampilkan di khalayak. Bedebah ini manusia bermulut celupar dan mudah memfitnah orang melarikan duit serta kununnya menghilang atau menjual bendera parti. Bab duit memang tak boleh dipercayai. Menurut sumber, wang peruntukan parti yang dikhususkan untuk pilihan raya DUN YB Lim Soo Nee turut dikebasnya menjadikan RM20,000 semuanya. Akan tetapi yang luruh kepada jentera hanyalah ciput sahaja.

Apabila jentera bertanya tentang bajet untuk pilihan raya, ZulKipeliarq akan memaki dan mencarut yang bukan-bukan sehingga menimbulkan rasa malu di kalangan mereka. (Kalau aku yang kena, mampoih dia hari tu!!) Siut yang sekor ini akan mereka-reka cerita kununnya beberapa pegawai parti menyelewengkan duit pilihan raya. Rata dijajanya cerita bohong itu tanpa rasa bersalah sedikit pun. Memang dahsyat. Ketua Bahagian serta Rosli yang juga Pegawai Penerangan yang merupakan salah seorang pengasas parti Bahagian itu menjadi mangsa ‘Ustadz’ yang berkepala botak itu! (Betul!! itu sebab ia memakai ketayap atau topi baretta).

Atas sikap buruknya yang begitu serta sering pula mengenakan orang yang berada di sekelilingnya, ramai yang telah meminggirkannya. Seorang bernama Dato’ Azlan yang membawa dia semasa awal kempen telah angkat kaki, begitu juga seorang guru dari Kelantan. Ramai daripada kalangan jentera penting parti mula mengetahui sikap buruknya, namun mereka bertahan demi perjuangan parti yang jauh lebih besar dan penting. Bukan setakat di kalangan pemimpin PAS malah juga PKR sendiri.

Hanya dua tiga kerat aktivis parti yang masih membodohkan diri seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Pembantu Peribadi beliau yang bercita-cita tinggi menjadi Ketua Bahagian serta Penolong Setiausaha Kak Ros dan beberapa orang lagi masih terpesona dan fanatik kepada Zulkipeliarq. Mereka ini sering menjadi jongos serta tukang sebar cerita bohong siut yang sekor itu. See No Evil, Hear No Evil and Talk No Evil. Penulisan serta komentar yang dibuat orang perihal kisah Zulkipeliarq yang mempunyai janji sulit dengan Najib demi mengekalkan jawatan yang juga bermakna elaun RM12,000 terus masuk ke tangannya bukanlah suatu dongeng! Ia adalah benar dan sahih. Khabarnya nilai perjanjian Syaitan itu ialah RM3 juta dengan ia terus menjadi Ahli Parlimen di bawah UmnoBn.

Menurut sumber yang amat kredibel, Zul dikatakan telah berjumpa sebanyak 5 kali dengan Najib si Timbalan PM. Ia akan terus menjadi Ahli Parlimen di bawah wadah Umno dengan hanya menjadi ahli biasa Umno. Peruntukan pembangunan akan luruh melalui Zul dengan kawalan pemimpin Umno Bahagian.

Seperti mana yang ditulis Tinta Merah, memang benar insiden Majlis Peguam, slot meluas untuknya dalam debat Parlimen serta medan di dada akhbar adalah ruang serta petunjuk yang ia akan melompat masuk Umno. Mangkuk ini akan mewujudkan suasana supaya ia dipecat daripada PKR dan Pakatan Rakyat.

Memang itu lakonan sahaja apabila ia menyebut tentang perjuangan Islam serta bangsa Melayu. Perjuangan apa bendanya apabila ia membiarkan saja wakil calonnya Ustadz Ismail terkial-kial memenuhi keperluan hidup. Jangan tidak, selepas menjadi Ahli Parlimen si puaka duit ini hanya membayar RM1000 sahaja atas tugas yang dibuat. Itu pun setelah berkali-kali SMS dihantar merayu bantuan kewangan. Walhalnya hamba Allah itu dengan patuh memikul tanggungjawabnya di kawasan Parlimen itu. Ustadz Ismail juga akhirnya angkat kaki apabila merasakan dia telah dipergunakan oleh si cabuk itu.

Begitu juga dengan segala janji serta berita dalam blognya. Hampir kebanyakan itu hanyalah pembasuh mulut sahaja dan bertaraf halwa telinga. Apa yang ditulis itu kebanyakannya dibuat oleh pecacai tersohornya yang bernama Fadhil. Entah sampai bila hamba Allah itu akan sedar! Mungkin pada hari Zul isytiharkan yang ia menjadi Wakil Rakyat Umno! Bab duit ringgit ni memang satu kepantangan besar bagi Tangkai Jering ini. Yang terbaru ialah kisah ia memungkiri janji untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir kawasan Bandar Baru di Masjid Junjong dengan alasan tiada wang!! Amat memalukan sekali sehinggakan Zul dilarang dari datang membaca khutbah di Masjid tersebut!

Bab berbohong ini, cukuplah dengan kita mengamati apa kata para peguam yang membela kesnya, “Apabila Zul bercakap, kita tak tahu yang mana satu benar dan yang mana satu bohong”! Oi, dahsyat kalau peguam yang kata begitu. Apatah lagi yang diperlecehkan itu juga seorang peguam. Dalam kata lain, Zulkipliarq adalah seorang ‘pathological liar’. Dalam bahasa kampong, dikatakan yang cakap-cakapnya tak boleh pakai. Kaki kelentong atau pelebong kata orang Terengganu.

Sekali lagi saya memohon maaf kepada pengkagum Zul. Namun ini adalah kebenaran yang harus diketahui semua orang. Tidak adil kebenaran itu hanya membebani mereka-mereka yang lurus dan ikhlas dalam perjuangan. Sekali gus juga menyebabkan mereka yang menaikkan ia tertipu dengan topeng ustadz dan watak zuhudnya.

Kita mahu penduduk Kulim serta rakyat seluruh negara tahu dan bersedia mental serta kukuhkan pegangan politik mereka tatkala Zul mengisytiharkan dirinya AP UmnoBn.Paling lewat tatkala Najib memegang jawatan PM kerana memang tujuannya ialah untuk memalukan Anwar Ibrahim. Manusia opportunis sebegini akan celapak ke hadapan mendabik dada sebagai pejuang rakyat jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan. Kita bersyukur kerana ditakdirkan tahu awal akan kemakaran Zul melalui sumber yang sahih.

Cepat-cepat lah keluar Zulkipeliarq oii!!!!

Memang hang layak berada dalam kem UmnoBn yang penuh dengan sepsis penipu, penyangak serta pembohong seperti kamu.
MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

- Mi Itik

02.11.2008 (5356)-Laman Marhaen
WALLAHUALAM

ROSMAH PEMBUNUH SEBENAR ALTANTUYA

Saya mendapat maklumat terbaru ini semalam semasa sedang menanti kawan di Mid Valley. Tiba-tiba saya mendapat panggilan talipon dari seorang kawan.Panjang pula cerita kawan saya ni.

Penat berdiri, saya mencari tempat untuk merehatkan kaki yang letih.Saya duduk di kerusi paling tepi di sebuah coffee house. Setelah selesai berbual dengan kawan melalui handphone, saya menikmati ‘cappucinno’ sambil menyedut racun ‘Sampoerna’, racun berjadual kegemaran saya.

“Razak Baginda dah lepas bebas“

“Aku dah agak, ini semua sandiwara Najib”

“Dua ekor kambing hitam tu pun sebenarnya bukannya Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar”

“Engkau biar betul”

“Betul, kalau si Bala tu pun, Rosmah bolih umpan 5 juta dan hantar dia ngan family dia ke India. Ini setakat Azilah dengan Sirul, Rosmah kentut je lintang pukang dia orang lari” “Engkau ingat Najib tak boleh buat kerja ni semua ke? Dia ada kuasa, beeb. Apa Rosmah cakap mana Najib berani nak beta”
“Sial betul si Rosmah tu. Takde ati perut”

“Apalah kau ni. Apa pulak si Rosmah tu takde ati perut. Ada! Hati ada. Perut pun ada. Tapi pekong macam bangkai anjing”

“Kesian Azilah ngan Sirul, tak pasal-pasal jadi mangsa”

“Hello kawan, yang dua orang tu bukan Azilah dengan Sirul lah. Entah mamat gian mana entah dia orang cekup, jadikan mangsa. Ini semua berlakon je beeb”

“Iya ke”

“Dah betahun kes ini, muka dia dua orang tu berselubung memanjang.Idea siapa ni kalau bukan idea Rosmah?”

“Betullah. Kenapa yek? Kenapa dua orang tu tak pernah nampak muka dia kat paper?”

“Itulah aku cakap, ini drama. Bukan kat paper je tak nampak muka dia. Engkau bayangkan dalam mahkamah pun muka dua ekor tu berselubung. Aku pergi mahkamah, aku sendiri tengok dua ekor berselubung. Kalau wartawan pun tak nampak, camana kau nak nampak. Yang bunuh Altantuya tu sebenarnya si Rosmah sendiri. Orang kampong aku kat Ulu Bendul pun tau kes ni.

Memang dia orang sendiri dengar cerita sahih dari member-member polis dia orang”.

“Celaka punya Najib, bini dia buat kerja camni dia biarkan. Macamana nak jadi PM ni?”

“Sebab dia nak jadi PM tu yang dia sanggup buat camni. Kalau tidak bini dia telan bola dia dengan dia-dia sekali. Engkau tau tak, Rosmah tu yang gila sangat nak jadi bini perdana menteri”

“Razak Baginda dah selamat. Abis tu Azilah dengan Sirul nak jadi apa?. Kena hukum bunuhke?”

“Memang dua orang tu kena hukum gantung sampai mati. Tapi yang digantung sampai mati tu bukannya Sirul ngan Azilah. Mamat yang dia orang hayak ke hulu ke hilir tu bukan Sirul. Bukan Azilah. Mamat tu dah memang kena hukum jantung pasal kes lain. Malaysia beeb, semua bolih. Kes mati pun dia orang bolih pusing terbalik”

“Memang puaka betul si Rosmah ni. Apa punya Najib dapat bini camni”

“Engkau marah, caci maki si Rosmah buat apa?. Dah betullah apa yang dia buat tu. Orang dah bagi laki dia kuasa. Dia gunakanlah sepenuhnya. Yang patut engkau marahkan ialah orang UMNO yang bebal macam keldai tua. Buat apa orang UMNO pegi sokong dia?. UMNO tu yang celaka”.
Dailog di atas saya curi-curi dengar dari perbualan dua lelaki yang duduk di meja sebelah saya.Kepada yang amat saya kasih, Datin Seri Rosmah Mansor, perempuan yang solid molid dan Datuk Seri Najib Razak, itulah persepsi rakyat terhadap apa yang berlaku. Sekarang adalah menjadi tanggungjawab kalian berdua untuk membesihkan nama kalian.

Membersihkan nama bukan dengan cara menangkap penulis blog atau rakyat yang bersangka buruk terhadap kalian. Bukan dengan cara menghadiahkan ISA kepada rakyat yang menuntut keadilan. Kalian wajib dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah berkaitan segala pertuduhan yang telah dibuat oleh Raja Petra terhadap kalian.

Rakyat telah benar-benar percaya angkara pembunuhan Altantuya ini adalah plot cerita yang dilakonkan oleh kalian berdua.

Di bawah ini saya perturunkan titipan dan persepsi pengunjung kerajaanrakyat.com dalam isu ‘Pembunuhan Altantuya’ dan rancangan pembelian ‘Eurocopter’ terhadap Rosmah Mansor, Najib Razak dan system perundangan Malaysia seluruhnya.








Dipetik dari: kerajaanrakyat

NAJIB,ALTANTUYA & INTERNET

(MELIHAT KEMBALI)

Najib Razak berkata ada banyak tohmah dan fitnah dalam blog dan laman-laman internet. Adakah Najib ini memang seorang ‘joker’ atau dia tidak mengetahui tentang apa yang sedang berlaku dalam alam siber ketika ini.

Pada awal dahulu ketika internet mula muncul, hujah utama yang digunakan oleh orang seperti Najib ini ialah tentang merbahaya internet kerana terlalu banyak laman lucah. Kini kelihatan agenda’ ‘laman lucah’ ini tidak lagi menarik perhatian umum.

Untuk sesiapa yang menjaring internet pasti tahu bahawa keinginan untuk melihat ‘laman porno’ ini hanya untuk sementara waktu sahaja. Untuk saya orang yang menggunakan ‘laman porno’ ini adalah mereka yang sedang menghadapi sakit jiwa.Saya tidak tahu sama ada si Najib ini masih melayari laman jenis ini. Saya berharap TIDAK kerana saya gusar nanti dia akan diherdik oleh Datin Rosmah.Saya telah banyak menulis tentang peranan internet.

Saya telah menerangkan kepada umum bahawa dengan munculnya internet maka hegemoni penyebaran berita yang dahulu dimiliki dan dikawal oleh daulah telah pecah. Kesampaian internet telah membawa satu budaya penyampian maklumat yang baru bukan sahaja di Malaysia malah di saentero dunia.

Internet telah membuka ruang untuk warga sesebuah negara untuk menjadi pembaca berita, penyampai berita, pembuat berita dan memberi segala bentuk pandangan. Ini kebebasan baru yang dahulunya tidak pernah dapat dirasakan oleh warga.

Malaysia yang telah mengamalkan sistem yang menekan kewartawanan bebas dan melahirkan media berlesen kini telah menghadapi satu keadaan baru. Internet telah dapat melintasi semua bentuk-bentuk halangan – tanpa lesen, tanpa modal, tanpa saringan – berita boleh disebarkan. Suasana inilah yang masih belum disedari oleh orang ramai terutama ‘orang-orang politik’ dari parti pemerintah.

Harus diakui bahawa BUKAN semua berita dari laman-laman internet ini masuk akal. Bukan semua yang ditulis dalam blog-blog itu adalah tentang politik semasa. Malah majoriti blog dan laman, tidak langsung mempedulikan apa yang berlaku dalam politik harian.Jika dibuat kajian rapi pasti akan ditemui 90% blog-blog yang wujud dalam laman siber di Malaysia ini adalah hampeh - luahan perasaan Mat Jiwang, Mat Bunga dan Minah Ranggi.

Tetapi kenapa Najib dan sekutunya terus menyerang internet dan blog-blog. Mari kita kaji latar belakang yang memunculkan kenyataan Najib ini. Untuk saya kes pembunuhan Altantuya perempuan dari Mongolia itu adalah latar belakang utama. Salah seorang yang dituduh dalam pembunuhan Altantuya ialah Razak Baginda. Razak Baginda ialah ‘jurufikir’ dan rakan niaga Najib Razak.

Melalui laman-laman blog, rakan niaga Najib ini ‘dikatakan’ telah mendapat duit komisen yang lumayan hasil dari jual beli senjata. Menteri yang bertanggungjawab dalam hal beli senjata ini ialah Najib sendiri. Laman-laman blok telah menunjukkan hubungan intim diantara Najib dan Razak – mereka intim seperti anak dan ayah.

Hubungan ‘intim anak dan ayah’ ini telah diberi komentar oleh beberapa laman web dan blog. Berita duit komisen berjuta-juta dollar ini hanya dilaporkan oleh akhbar dan majalah luar negara. Penulis blog hanya mengutip dan mengulangi laporan-laporan ini sambil bertanya apakah betul semua ini. Jika laporan ini betul, bermakna ada kong kali kong diantara ‘anak dan ayah’. Dari apa yang saya baca di laman blog, duit komisen ini cukup besar. Jika dicongak duit komisen ini membolehkan semua orang Islam dalam negara ini pergi membuat umrah tiga kali ulang.

Di mana pula tersepitnya Altantuya? Dari awal lagi laman-laman blog telah menulis bahawa Altantuya ini adalah kekasih Razak Baginda. Saya pada awalnya menganggap ini tidak betul kerana Razak Baginda ini ialah penasihat Najib yang bakal menjadi Perdana Menteri. Justeru wajiblah perangai dan tingkah ‘jurufikirnya’ mencerminkan ketrampilan bossnya.

Anggapan saya ini meleset. Tiba-tiba melalui affadavit, Razak sendiri telah mengakui bahawa dia pernah ‘bertogel’ dengan Altantuya.Lihat bagaimana sahehnya tulisan dan laporan dari blog. Saya terpaksa gulung tembakau Siam kerana hormat dengan penulis blog yang terbukti lebih cekap dari Johan Jaafar, Rejal Arbee, Nazri Aziz. Atau Kadir Jasin. Dalam kes ini, wartawan berbentuk Rehman Rashid dan Tengku Fraud Adnan tidak akan diambil kira.

Kini kes Altantuya sudah jelas, seperti terberak di padang pasir. Semua rakyat Malaysia melihat bahawa dalam kes jual beli senjata ini ‘Cik Mek Mongolia ini ada memainkan peranan. Setidak-tidaknya mengurut-urut batang opps… badan Razak Baginda setelah Razak berbuih-buih mulut bertengkar dengan peniaga komunis Russia dan peniaga kafir Peranchis yang tidak mahu menurunkan harga peluru.

Bayangkan jika tidak ada Altantuya ini siapakah agaknya yang akan menteteramkan Razak Baginda semasa tawar menawar di Paris atau di Moscow. Inilah contoh yang di war-warkan oleh Najib sebagai Melayu Unggul dan Melayu Glokal. Pastilah ‘jurufikir’ yang bernama Razak Baginda ini lebih cekap lagi bijak dari jeneral-jeneral kita yang terdidik di Sandhurst atau di West Point. Kalau tidak pasti urus jual beli senjata akan dilakukan oleh para jeneral?

Disini saya ingin mengingatkan orang Melayu yang mudah lupa tentang pertanyaan seorang Bengali yang bernama Karpal Singh di Parlimen. Bengali ini telah bertanya kenapa Altantuya sesudah ditembak mati badannya dibom? Adakah ini untuk memusnahkan anak dalam kandungannya. Soalan Bengali murtad tanpa serban ini agak masuk akal tetapi berita ini tidak pula diusik oleh media berlesen. Hanya blog dan laman-laman yang memberi laporan lanjutan. Ini satu kehebatan blog. Mereka tahu menghidu jenis berita.

Mungkin persoalan dari Bengali ini hanya akan terjawab apabila kes ini bermula. Tetapi ada satu pekara yang saya hairan – siapa mata-mata gelap yang diupah oleh Altantuya. Mereka juga ditahan untuk sementara waktu oleh pihak polis. Siapa mereka ini? Mana asal usul mereka. Di sinilah saya lihat blog memiliki sedikit kelemahan. Penulis blog tidak melakukan kaji selidik mencari sudut baru untuk memecah dan mengolah berita.

Banyangkan kalau si Mamat mata-mata gelap swasta ini dapat ditemubual dalam blog atau dalam tv blog pasti kredibiliti blog itu melonjak. Penonton akan menyerbu masuk lebih hebat dari Afundi.(1)

Pada hemat saya Najib meminta orang ramai agar tidak percaya kepada laman internet dan blog ini kerana dia merasa terancam yang bisul di punggungnya yang akan meletus. Kalau saya Najib, saya pun akan merasa risau. Banyangkan apabila pihak polis ingin melakukan ujian DNA terhadap anak Altantuya di Ulan Bator telah ada blog yang bertanya – DNA anak Razak atau cucuk Razak?

Saya hanya ada satu cadangan untuk Datuk Seri Najib yang bakal menjadi PM kita semua. Kenapa tidak buat blog sendiri dalam internet. Tidak perlu banyak modal. Tidak semahal harga buang tahi lalat di pipi. Jangan kita kacau blog orang lain. Jawab dengan tulisan di blog dan bukan ugutan atau tangkapan.

Kerana ‘jurufikir’ Datuk Seri sekarang ‘berehat’ di Sungai Buluh, maka saya menawarkan diri untuk memberi pandangan tentang nama blog itu. Namakan blog ini - Saya Tak Minat Ziana Zain - jika nama ini digunakan, saya jamin dalam masa 3 bulan blog ini akan mendapat lebih dari satu juta pelawat.

1 ) Mata Mata gelap swasta itu ialah P.Balasubramaniam yang mengeluarkan Surat Akuan Bersumpah pada 1 Julai 2008

Tulisan ini pernah keluar dalam Malaysia Today dan MalaysiaKini pada Januari 2008.Tulisan ini juga terkumpul dalam buku Keganasan,Penipuan & Internet May 2008-TUKARTIUB

Ahad, 2 November 2008

Allahyarham Omar Tan Dalam Kenangan

Salam Sejahtera....

Pagi2 ini aku menerima sms daripada teman reformis Sdr Nasir Isa,

"AL-FATIHAH,Hari ni 2hb.NOV genap 2thn Allahyarham Hj Omar Tan meninggalkan kita....perjuangan dalam ingatan & tetap di hati kita...Moga rohnya dlm rahmat ALLAH,Amin..Majlis ziarah ke pusara Arwah pd hari ini ahad 12 T.Hr-N.ISA"

Terkenang aku kpd arwah omar tan...setiap kali klau ker pulau pinang...dia tetap akan menghubungi aku utk ajak pekena teh tarik,rokok kegemaran arwah pula Gudang Garam Surya...dalam sebulan sekali...sudah menjadi rutin Arwah utk hubungi aku tanyakan perkembangan sebagai ingatan rakan2 sesama reformis....begitu juga dgn Abg Nasir Isa & pakdin ISA/Suaram...perbincangan sekitar masa depan & hala tuju Parti & Barisan Alternatif (masa tuh)...

Begitu rapatnya teman2 reformis ini hingga sudah menganggapkan antara satu sama lain adalah sedara...oleh itu...sedikit mengenai kronologi pemergian arwah....

Arwah Sdr Omar Tan Soi Kow @ Omar Tan Abdullah telah meninggal dunia di Hospital Putrajaya semalam 2 Nov pada jam 4.50 pagi kerana mengalami sakit jantung. Beliau berumur 53 tahun dan berbangsa Cina.

Inilah yang tertera pada slip 'permit menguburkan' yang ditandatangani oleh pegawai perubatan Hospital Putrajaya.Beliau merupakan aktivis reformasi/PKR, mengenali dan menghormati ramai aktivis JIM.Mana-mana program yang dianjurkan oleh GMI, PKR atau gerakan rakyat, maka beliau akan berada di situ menunjukkan sokongan dengan cara beliau yang tersendiri.

Siapa pun akan kenal beliau sebagai 'Tan' dan kemudiannya Omar Tan setelah beliau memeluk Islam lebih setahun yang lalu.Jenazah beliau hanya dibenarkan keluar dari hospital kira-kira jam 7 petang kerana masalah dokumentasi untuk menunjukkan beliau beragama Islam. Walaupun keluarga asal beliau tidak ada bersama (berada di Kedah), tetapi rakan-rakan Omar Tan ramai dari kalangan kaum Cina seperti Tian Chua, Ketua Penerangan PKR sendiri yang mahu menuntut mayatnya.

Difahamkan Omar Tan tinggal lama dengan Tian Chua. Masalah identiti Islam Omar Tan hanya dapat diselesaikan setelah didapati daripada dompet beliau resit zakat yang beliau telah tunaikan sebelum arwah mengniggal dunia.

Jenazah beliau akhirnya telah dimandikan dan disembahyangkan (2x kerana bilangan yang ramai) di rumah Sdr Zaki (Pak Lang - kerabat Anwar Ibrahim) di Kg Teras Jernang, Bangi pada kira-kira jam 10.00 malam. Jenazah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Kapok Bangi pada kira-kira jam 11.00 malam.

Aku yang berada di pulau pinang ini tidak dpt bersama mengziarahi kubur Arwah....Bagi yang tidak dapat ziarah...kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah...moga di tempatkan bersama mereka2 yang soleh & di rahmati ALLAH...Amin..

Sabtu, 1 November 2008

PERINGATAN-AKIBAT TIDAK MENGGUNAKAN SEAT BELT






Aku menerima email dari seorang teman mengenai kemalangan akibat tidak memakai talipinggang keledar...harap ianya menjadi teladan kepada anda semua...nak mati mmg tak boleh elak...tetapi beringat sekurang2nya sudah ada usaha untuk mencegah...selebihnya tawakkal & berdoa ke hadrat ALLAH S.W.T agar di cabut nyawa secara mudah & elok..tidak ngeri mcm nih...AMIN

Khamis, 30 Oktober 2008

BAGAIMANA MAHU NAK TAHAN LAMA???

Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo......... Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya? Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'.


KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2003.
Dan sebelah lagi pada 1 January 2004.
Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi.
Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.
Nak tahan lama Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama
PINJAMLAH B AJ U MEMBER... B AJ U SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj.
tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk.. jangan bagi wap air masuk.
cabut kepala bateri..bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa Akhir makan -
doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum,
jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!!
(bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah... ...!!!!,
letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat hahaaa....

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!


Last word: SELAMAT BERTAHAN LAMA... ............. ...sentiasa terbuka dan rasional.

Rabu, 29 Oktober 2008

MABUK BERSAMA KJ

Hampa Tgk Betol2...Kot2 mata aku mata juling...Hmm...siapa biasa beli angkat keyboard..hehehe




Sama tak botol minuman dalam gambar di atas td dengan botol minuman yang ada dekat depan KJ dalam gambar dekat atas tu???Dengan ini, aku Isytiharkan KJ sebagai Khairy "Jack" Daniel's!!!Cheer's...!!!Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmm seng...!!!Saya cadangkan kita buat debat terbuka.Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmm seng...!!!Tajuk debat: Minum (minum ape tu?) bersama akar umbi untuk menguatkan parti.Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmm seng...!!!
nk tgk lg...hampa masuk kat [SINI] & [SINI]
Related Posts with Thumbnails