Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Rabu, 6 Ogos 2008

Teori R.A.H.M.A.N?


ARTIKEL BERNAS diulas 'Liang Lahad'


Saudara ku yang berilmu.


Anda sebagai pembaca mesti ingat bahawa ini bukanlah satu ramalan tetapi ianya lebih merupakan satu 'formula' seperti kebanyakan formula politik yang lain.


Kita sentiasa faham 'formula' adalah simbol yang terbaik lagi mustajab dalam menyelesaikan apa juga masalah. Formula matematik menyelesaikan masalah matematik, formula sains menyelesaikan masalah sains maka begitu juga formula politik menyelesaikan masalah politik.


Apakah Teori "RAHMAN" ini?


Teori "RAHMAN" mengikut tafsiran orang UMNO adalah Tunku Abd Rahman (R), Tun Abd Razak (A), Datuk Hussein Onn (H), Dr. Mahathir (M), (A) ..masih kosong dan (N) ..tak tahu siapa.


Inilah andaian orang UMNO dan hari ini orang UMNO yang ada huruf "A" atau "N" pada pangkal namanya sedang berangan-angan, kononnya ada harapan akan jadi PM satu hari nanti.


Percayalah, Liang Lahad amat yakin sepenuhnya yang angan-angan mereka ini hanya tinggal angan-angan. Impian tidak akan terlaksana.


Saya pernah berdebat sesama rakan dalam UMNO di PWTC lapan tahun dulu bahawa tafsiran mereka itu salah dan mereka mempertikaikan saya. Mereka ketawa. Mereka mempermainkan saya. Pernah saya katakan kepada mereka "Memang Anwar akan jadi PM tetapi Anwar tidak boleh jadi PM di dalam UMNO kerana landasannya tidak serupa." Mereka terus ketawakan kata-kata saya. Tetapi bermula September 1998 apabila Sdra Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO, orang-orang yang sama berdebat itu datang berjumpa saya dan minta saya jelaskan kembali "Teori RAHMAN" menurut pandangan saya. Lalu saya kupaskan kepada mereka satu persatu dengan jelas dan terperinci.


Di artikal yang ringkas ini saya perturunkan tafsiran saya mengenai "Teori RAHMAN" menurut pandangan saya untuk memperkuatkan semangat semua rakan-rakan reformis dan seluruh rakyat Malaysia yang mahu "Tumbangkan kezaliman tegakkan keadilan mempertahankan kebenaran" bahawa kita semakin hampir kepada kejayaan dan kemenangan.


APAKAH TAFSIRAN SAYA?Sila ikuti selanjutnya...


Cara mereka (orang UMNO) mentafsir 'RAHMAN' menggunakan huruf-huruf roman sedangkan 'RAHMAN' adalah bahasa Arab dan merupakan perkataan dalam Al-Quran. Ternyata sudah bahawa orang-orang UMNO ini amat buta dalam agama. Mana bisa satu kalimah Al-Quran bertulisan Arab diterjemah dalam tulisan rumi. Memang manusia di dalam UMNO adalah jenis manusia yang mengabaikan Al-Quran.


"RAHMAN" bukanlah ejaannya R.A.H.M.A.N tetapi di ambil sepenuhnya "AR-RAHMAN". Ia adalah bahasa Al-Quran, kalimah Allah swt maka mestilah ejaan Arabnya ialah "Alif", "Lam", "Ra", "Ha", "Mim", "Nun".


Lihat mana ada huruf "Alif" selepas "Mim". Jadi Abdullah Ahmad Badawi janganlah berangan-angan menjadi Perdana Menteri selepas Mahathir. Kalau pun awak jadi PM hanya seketika, kerana kamu tidak layak kerana "Alif" lain yang lebih layak menurut tafsiran Liang Lahad. Kamu cuma sekadar mengisi "kekosongan" sementara "Alif" lain mempersiapkan diri menjadi PM yang sebenarnya.


Rahman bererti "Pemurah" dan sememangnya negara kita lahir dari sifat Pemurah Allah swt. Kita menikmati kemewahan, kemakmuran, kekayaan, kekuasan adalah disebabkan oleh sifat Rahman Allah swt kepada hambanya.


Huruf-huruf Ar-RAHMAN untuk pemimpin UMNO seperti berikut, "Alif", "Lam" "Ra" adalah untuk dua orang Abd Rahman dan Abd Razak, "Ha" nama Hussein dan "Mim" nama Mahathir. "Nun" tidak ada nama bagi sesiapa pun selepas Mahathir. Kenapa pula? kerana "Nun" ianya bermakna "NAZAK". Iaitu UMNO yang sebelum ini diterajui oleh pemimpinnya sebagai pemerintah negara ini sudah NAZAK. Ia juga membawa makna 'tenat'. Umno menjadi tenat dan kemudiannya UMNO akan "MATI".


UMNO bukanlah seperti yang dislogankan oleh pengikutnya "dulu, kini dan selamanya". Bagi hamba Allah yang memahami Tauhid dan kejadian makhluk maka sudah cukup yakin UMNO adalah bersifat 'baharu' seperti kita juga. UMNO bukan 'qodim'. Setiap yang bersifat baharu sudah pasti ada awal dan ada akhirnya. Kata-kata di dalam sebuah kitab lama "Awal bermulanya kita, TIADA, khudrat Allah swt menjadikan, ADA, tetapi akhirnya TIADA. Kita inilah yang tiada. Maka Allah swt jualah yang ada.


"Oleh itu kalimah "UMNO: Dulu, Kini dan Selamanya)" itu adalah sesuatu tanggapan bahawa UMNO bersifat "Qodim" dan ini bertentangan dengan ajaran Islam yang mengatakan hanya Allah swt sahaja yang bersifat Qodim. Kalimah slogan UMNO ini sudah cukup menjadikan orang syirikkan Allah swt. Oleh itu apabila kita berjumpa orang-orang UMNO yang mengatakan atau lekatkan sticker "UMNO: Dulu kini dan Selamanya". Yakinlah secara tidak sedar mereka telah mensekutukan Allah swt.


Dosa yang tidak diampunkan oleh Allah swt adalah dosa orang yang mensyirikkanNya.


Oleh kerana UMNO bersifat 'baharu' maka dia pastinya akan musnah. Berbalik kepada teori "rahman" ini iaitu selepas "Mim" maka "Nun" akan menjelma yang membawa maksud NAZAK. Memandangkan keadaan terkini, UMNO hari ini memang nyata UMNO cukup NAZAK. Maka tidak mustahil setiap yang nazak pasti akan mati.


Habis selepas UMNO siapa pula akan ambil alih negara ini?


Ar-Rahman adalah sifat 'Pemurah' Allah swt yang Maha Agong, Maha Kaya, Maha Bijaksana lagi Maha Perencana yang Terbaik. Atas sifat Ar-Rahman inilah maka kita dikurniakan oleh Allah swt dengan rezki yang melimpah, kemakmuran, kekayaan, kesenangan, kesihatan, kejayaan dan lain-lain lagi. Anugerah yang kita terima ini disalurkan oleh Allah swt kerana tiga pemimpin yang terdahulu yang menaburkan benih dan menanam usaha yang murni.


Tunku Abdul Rahman membuat pelantar atau 'tapak usaha' bagi penggantinya memulakan benih-benih kemakmuran dan kejayaan. Kemudiannya Tun Abdul Razak sebagai pengganti mengusahakan benih kejayaan atas nama pembangunan negara. Tanah-tanah baru diteroka dan ditanam dengan berbagai tanaman 'bumi hijau', perut bumi dikaji untuk diketahui isi khazanahnya, laut diselami untuk menggeledah kekayaannya dan berbagai lagi. Impian Tun Razak hanya satu iaitu supaya rakyat mendapat manfaatnya.


Ketika Datuk Hussein Onn mengambil alih teraju negara segala 'benih kejayaan' yang ditinggalkan oleh Tun Razak belum lagi berbuah dengan lebat. Kalau ada pun hasilnya baru sekadar berbunga dan berputik. Hasil dari 'benih kejayaan' yang ditinggalkan oleh Tun Razak tidak sempat dipetik oleh Datuk Hussein Onn kerana dia meletakkan jawatan akibat tekanan Timbalannya.


Ini seumpama nenek yang menanam di dusun durian. Dia dan anaknya tidak sempat memakan dan memetik hasil tetapi sebaliknya cucunya yang akan puas memakan buahnya, menjual berbakul-bakul dan akhirnya hidup bermewah.


Maka begitu jugalah dengan Mahathir. Dia tidak payah berusaha keras. Apabila sahaja dia memegang teraju pemerintahan segala 'benih-benih kejayaan' yang diusahakan oleh Tun Razak telah membuahkan hasil. Mahathir hanya memetik dan membelanjakannya saja. Dia hanya perlu menyediakan lori. Sebab itu di zaman Mahathir, rakyat merasa sedikit kesenangan kerana semua asas kesenangan telah diusahakan oleh Tun Razak dahulu.


Ketika Mahathir mengambil alih kuasa, Felda mengeluarkan kelapa sawit dan getah, Petronas semakin melimpah ditumpahi minyak, anak-anak Melayu sudah pun pandai menulis dan membaca, kelas dewasa telah berjaya membasmi masyarakat buta huruf, mereka yang keluar negara di zaman Tun dan Datuk Hussein mula balik menabur bakti. Ini cukup memudahkan Mahathir mengutip hasil dan bermewah dengan hasil itu.


Inilah sifat Rahman Allah swt yang kasih kepada kita rakyat Malaysia.Oleh itu Mahathir jangan mendabik dada kononnya kejayaan Malaysia hari ini atas usaha dan kegigihannya. Kemewahan Malaysia di zaman Mahathir sebenarnya adalah ditetapkan atas perancangan Allah swt kerana usaha gigih pemimpin yang terdahulu. Allah swt mentakdirkan "Mim" itu adalah MUNAFAAT. Dan MUNAFAAT ini untuk rakyat MALAYSIA kerana Tunku meletakkan Islam agama rasmi Malaysia.


Bermakna "Mim", MUNAFAAT untuk MALAYSIA, majoriti rakyatnya MUSLIM beragam Islam yang menurut sejarah mula bertapak di MELAKA. Sejarah Islam itu berkembang di MADINAH selepas berhijrah dari MEKAH yang dibawa oleh Nabi MUHAMMAD saw. Lihatlah betapa banyaknya huruf "Mim" pada perkataan yang dinyatakan di atas. Inilah betul-betul RAHMAT Allah swt yang mentakdirkan untuk kita. Kejayaan kita bukan kerana Mahathir tetapi kerana adanya RAHMAT Allah swt.


Kita kembali kepada 'Teori Rahman' selepas "Mim" akan berganti oleh "Nun". NAZAK. UMNO menjadi NAZAK selepas Mahathir jatuh atau dijatuhkan. Sudah jelas sekarang pengganti Mahathir bukanlah mampu dibawa oleh orang di dalam UMNO lagi. Kenapa pula?


Teori RAHMAN sudah berakhir selepas Mahathir. Oleh itu siapa pula yang mengambil alih teraju negara?Mari kita kembali kepada perkataan yang teratas sekali di dalam Kitab Suci Al-Quran Nul Karim iaitu "BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM". 'Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani'.


Seperti yang saya nyatakan di artikal saya sebelum ini di laman-laman web pro reformasi bahawa abad ini adalah abab kebangkitan Islam sedunia dan rantau Asia Tenggara. Ini bermaksud abad ini adalah zaman orang MUKMIN mentadbir negara dengan penuh adil dan kasih sayang kerana orang Mukmin sentiasa taat kepada perintah Allah swt dan akan berusaha menjadikan dirinya hamba Allah.


Kasih sayang adalah sifat AR-RAHIM Allah swt seperti yang dilafazkan di hujung kalimah Bismillah...


Kalimah AR-RAHIM bermula dengan huruf "Alif". Ini membawa maksud selepas Teori Rahman iaitu berakhirnya Mahathir, UMNO mati. Nazak dan Noktah "Nun".


AR-RAHIM pula muncul. Rakyat bangun menuntut dilaksanakan "Alif" petama iaitu ISLAH (reformasi).Mereka mahukan kerajaan yang adil yang IHSAN kepada rakyat. Negara yang AMAN pemimpin yang IKHLAS.


Kemudian keseluruhan rakyat mahukan ISLAM ditegakkan kerana ISLAM adalah agama ALLAH bagi orang yang berIMAN.


Cuba lihat betapa banyak "Alif" yang muncul pada maksud kalimah AR-RAHIM ini.Antaranya ialah ISLAH, IHSAN, AMAN, IKHLAS, ISLAM, ALLAH dan IMAN. Inilah tuntutan kehendak rakyat Malaysia kepada pemimpin pengganti selepas Mahathir nanti.


Kalau kita lihat kepada tuntutan-tuntutan ini maka nama seperti Abdullah Badawi tidak mampu memikul apatah lagi melaksanakan tuntutan rakyat ini. Walau pun Abdullah Badawi juga mempunyai "Alif" (jika betul Alif) pada namanya tetapi "Alif" yang dia miliki tidak berupaya membawa kehendak rakyat Malaysia.Itulah sebabnya di awal tadi telah saya nyatakan bahawa Abdullah Badawi kalau pun menjadi pengganti Mahathir tetapi duduknya hanya seketika. Lagipun Abdullah bukan "Alif" mungkin dia "A'in".


Maka kalau Abdullah naik pun dia hanya duduk sementara menunggu "Alif" yang sebenar mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin yang sebenar-benarnya, yang menjadi pemimpin atas Izin, keHendak dan Redha Allah swt. Abdullah Badawi akan akan duduk sementara kerana dialah yang akan menguruskan pengkebumian UMNO yang kini Nazak.Jadi kalau bukan Abdullah Badawi maka "Alif" mana pula yang sebenarnya?Mari kita kembali lagi sekali kepada "Bismillahirrahmanirrahim". Berapa "Alif" yang ada dalam kalimah ini? Ada tiga (3) "Alif" bukan?


Kalau ada tiga "Alif" bermakna untuk tiga orang.Orang yang pertama Abdullah Badawi (kalau dia Alif lah: Alif pada namanya masih samar) hanya duduk sementara UMNO dikebumikan. Selepas UMNO dikuburkan oleh Abdullah Badawi maka Abdullah Badawi sendiri akan diturunkan dari kerusi Perdana Menteri.Selepas Abdullah Badawi diturunkan maka "Alif" kedua pula akan naik. "Alif kedua ini juga masih samar antara Alif dan 'Ain.Tapi tidak mengapa kerana dia juga bersifat sementara kerana "Alif" ke 3 iaitu "Alif" yang sebenar-benarnya masih di dalam proses untuk penyempurnaan haq.


Anda tentu bertanya siapakah "Alif" kedua itu? Maka jangan marahkan saya kalau saya katakan "Alif" kedua itu adalah AZIZAH. (Telahan saya berasaskan ejaan jawi Wan Azizah bermula Alif bukan "'Ain" yang dieja ruminya A'zizah).


Azizah juga naik menjadi PM hanya untuk sementara iaitu untuk menunggu selesai proses pilihanraya kecil salah satu kerusi parlimen yang dikosongkan untuk ANWAR IBRAHIM (ada dua "Alif" untuk Anwar dan Ibrahim). Selepas dua "Alif" ini ANWAR IBRAHIM menang mudah pilihanraya kecil parlimen maka berlakulah pertukaran kuasa yang sebenarnya.


"Alif" inilah yang mampu membawa Malaysia ke era yang lebih gemilang yang berteraskan kepada pedoman Al-Quran untuk memberikan kasih sayang (AR-RAHIM) kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum atas tuntutan ISLAH, IHSAN, AMAN, IKHLAS, ISLAM, ALLAH dan IMAN. Lihat semuanya "Alif".


Maka itulah ANWAR IBRAHIM merasakan penderitaan, penyiksaan, kezaliman, aib dan maruahnya dijatuhkan sebegitu hebat kerana ketika pelaksanaan Teori AR-RAHMAN semua perkara yang melibatkan kasih sayang (AR-RAHIM) diabaikan oleh Mahathir.


Semuga apabila ANWAR IBRAHIM (dua Alif) menerajukan negara ini nanti, INSYAALLAH, semua yang telah menyimpang jauh dari kasih sayang Ar-Rahim akan diperbetulkan termasuklah dalam semua bidang dan institusi kerajaan yang kini dilacur dan diperkosakan oleh Mahathir.


Betapa institusi ini dilacur dan diperkosa oleh Mahathir, ANWAR IBRAHIM telah melihat sendiri dengan matanya, merasai perit dengan tubuhnya, memegang dengan tangannya, melangkah dengan kakinya, mendengar dengan telinganya, berbicara dengan lidahnya dan menghidu dengan hidungnya. Semuanya ini memerlukan ISLAH yang besar dan saya yakin ANWAR IBRAHIM mampu melaksanakannya di bawah payung BA (Barisan Alternatif). Alif juga.


Tanda-tanda nilai-nilai AR-RAHIM, kasih sayang dan perpaduan antara kaum di negara ini telah berbuah di dalam Barisan Alternatif sekarang. Walaupun UMNO cuba merosakkan nilai kasih sayang ini dengan berbagai cara namun ianya tetap gagal dan akan terus gagal.


Kasih sayang dan perpaduan hanya akan wujud dilaksanakan di dalam Barisan Alternatif (BA). Mereka boleh laksanakan kasih sayang itu kerana mereka bukan berfahaman perkauman. Kalau kita kaji semula, berani saya mengatakan bahawa dalam parti-parti komponen Barisan Alternatif (BA) seperti PAS, keADILan, DAP serta PRM tidak satu pun parti-parti itu berfahaman perkauman. Semua parti-parti ini mempunyai ahli-ahli dari berbagai kaum. Tidak seperti UMNO dengan Melayunya, MCA dengan Cinanya dan MIC dengan Indianya.


Saya berdoa ke hadrat Allah swt dengan berkat kekasihnya Nabi Muhammad saw agar menjadikan negara ini dipimpin oleh seorang manusia yang bersifat insan penuh kasih sayang, taat kepada perintahNya, taqwa pada Allah swt. Pemimpin yang penuh tawaduk, zuhud dan mementingkan kehendak rakyat lebih dari kepentingan dirinya sendiri. Amin.


Sekian saya mengupas Teori Rahman yang sentiasa menjadi bualan dan panduan orang-orang UMNO hingga hari ini.


"KEMBALIKAN HAK KEPADA YANG BERHAK"

"ANWAR IBRAHIM: ADA HAQ PADA PERJUANGAN MU"




Klau teori mcm ni bley tak?hehehe


Teori RAHMAN ni guna pakai zaman UMNO je..


R = Rahman

A = Abd Razak

H = Hussein Onn

M = Mahathir

A = Abdullah

N = Sebutannya "END" (TAMAT lah zaman UMNO.. hehehe..)

Doakan,Jika Mampu...Menyumbanglah

Salam..

Ketua AMK Teluk Kemang, Sdr. Amirudin Abd. Wahab (012 3589872) akan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam perut (Stage 2) pada 07.08.2008 di Hospital Besar Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan. Mohon pada teman-teman seperjuangan agar mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau dalam menjalani pembedahan..Wasallam

Rehat Minda




Jawatan Kuasa Kabinet mengenai Istiadat telah mengeluarkan Surat Pemerintah mengenai adab dan cara bersalam yang betul mengikut semangat ke Malaysia-an.


Sila fahami ..... Cara bersalam yang betul


1. Badan perlu dibengkokkan 90 darjah.

2. Yang menyalam perlu memegang kedua belah tangan orang yang disalam.

3. Sengetkan kepala ke kanan sedikit untuk mendapat feel yang lebih.

4. Mulut cium tangan perlu dimuncung lebih kurang 1 inci. Seperti contoh di atas




CARA INI DI NAMAKAN 'BONAMAM' iaitu .. BODEK NAK MAMPUS !!! haha


Ehsan AMKNPP

Kes Mahkamah,Permatang Pauh 16-26 ogos

Pengumuman telah di buat pilihanraya permatang pauh akan menjadi medan pertembungan harapan rakyat dengan mempertahankan kuasa memperlekehkan kemahuan rakyat...

http://www.youtube.com/watch?v=irL3G8TYzj8

Dalam masa yang sama juga selepas SPR membuat pengumuman tarikh penamaan calon serta tarikh pembuangan undi menyaksikan agenda tersembunyi apabila dengan tiba2 notis untuk minta esok DSAI hadir ke mahkamah juga di hantar pada hari yang sama selepas pengumuman tarikh oleh SPR....

Klau di tanyakan janda timah,pastinya dia mengatakan kebetulan...tapi apakah rasionalnya kesemua yang menjadi kebetulan dengan melanggar ke semua etika undang2 yang patut di junjung dengan sekadar untuk mempertahankan kerakusan kuasa...?amatlah pelik...tapi perkara ini mungkin tidak difikirkan oleh wan chik yang keluar jam seawal 4 pagi untuk turun ke laut...

Yakin la semua,isu ini adalah cubaan mengalih pandangan tentang kesensaraan yang di hadapi oleh Leha yang meniaga nasi lemak di kampung sebelah,ah siang tokey kedai basikal ujung kampung...maniam yang sekarang menghadapi masalah untuk menoreh kerna musim hujan...

Klau agenda melayu yang di persoalkan...apakah yang bernama anwar ibrahim ini adalah seorang manusia dari mindanao...mungkin juga susuk tubuh anwar itu adalah sebagai bahan permainan setan kelompok2 BN dengan istilah Melayu...sedangkan yang mereka aibkan juga sebangsa dengan mereka...

Apakah tiada pegangan agama...atau mereka ini lebih percaya kepada akal logik dari janji Allah dengan kekuasaannya...

Insaflah rakan2 semua...Wallahualam

Selasa, 5 Ogos 2008

SAH!!!Saiful Bukhari Tidak Di Liwat!

Alhamdulillah,

Aku baru nk keluar...tetapi tiba2 informer dah hubungi untuk aku update...si mangkok Seyey Fool tiada kesan liwat....Laporan HKL sendiri...sekarang depa dalam usaha untuk paksa HKL ubah laporan agar menunjukkan Seyey Fool di liwat...

Ni Link dalam malaysiakini yang mengikuti deligasi Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang YB Pn. Zuraidah menuju ker HKL memberi 10 jambak bunga kepada petugas2 HKL yang hingga sekarang pertahankan Laporan mula TIADA KESAN LIWAT...patutla tak keluar report lagi...

Jadi,benarla khabar angin yang aku terima daripada seorang individu yang mengesahkan si mangkok tuh dapat RM2.5juta dalam akaun CIMB Branch di Johor...patut la Lembaga Hasil yang nk hantar surat cukai tetiba tak jadi takut jadi isu budak umur 23 ada RM2.5juta dalam akaun

Ni Link dalam Malaysiakini

http://www.malaysiakini.tv/video/16114.html

ni plak blog YB Ampang

http://www.p99ampang.com/

aku nak bergegas ker Tmn Cermai...bye...jumpa lagi...adios...amigos

Maaf Lama Tak Update

Salam...

Maaf sgt2 sbb lama sgt tak sempat nk update kerna teramatla sibuk....3hb jam 3.30petang aku ker taman cermai di samagagah utk hadir perbincangan & mesyuarat tertutup mengenai persiapan pilihanraya...aku puji geng2 unit ehsan yang berkawal di kedua2 pintu masuk bilik mesyuarat sepanjang di adakan...di pengerusikan oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin...Ketua AMK Malaysia....

Jam 6ptg mesyuarat tamat,selesai solat asar...aku sempat menyapa YB Azmin yang baru tida dari kl...

'YB,Bos dh ada mn?risau plak dengar kata hari depa nk tahan dia...'

'Bos dlm perjalanan sekarang,dia bertolak lepas asar dari segambut tadi...,persiapan mcm mana?'

'InsyaALLAH semuanya mcm di rancang,sapa calon BN...si ezam tuh ka?'

'Saya tak tahu lagi,tapi mungkin orang tempatan...budak kecik tuh tak payah sebut la...terkinja-kinja nak jadi calon,orang tak mahu sampaikan UMNO Pmtg Pauh pun tolak,awak masih terhegeh2...korang la dulu bersungguh jaga dia,aku nih semua jahat...apa pun aku tak cakap..aku diam tapi korang kata macam2 tambah2 din nih...now u see,i masih kt sini...'sambil berseloroh...

Pening aku sebentar,maklumla aku pun dulu sokong si budak kecik nih...tapi tuh kenangan lalu,sekarang move forward...

Aku terus ke kedai mamak subaidah lepas ucapan YB Azmin...aku tertarik 1 ayat dia 'Budak kecik tuh saya minta cermin dulu muka dia klau nk persoalkan akhlak orang lain...tak payah sampai 6 kotak dakwaan dia dari tahun 98 hingga sekarang...saya nk buka 2 saja kotak dia...1 kotak di jakarta...1 kotak di bangkok....' ucapan tersebut di sambut dengan teriakkan hadirin pada petang tersebut.

Aku ke sana dengan Ketua AMK Kelantan,S/U AMK Kedah serta rakan2 Exco AMK Malaysia bagi mengikuti sikit pandangan yang mungkin perlu dlm perbincangan untuk agenda selepas pengumuman tarikh penamaan calon serta tarikh pembuangan undi di parlimen P-44 Pmtg Pauh...

Selepas Jamak Solat Maghrib Isyak kerna aku akan bergegas ke kelantan selepas program DSAI dlm pengumuman calon PR & Pengumuman Jalan Menuju Ke Putrajaya...aku terus ker Pejabat AMK kerna DSAI akan merasmikan pusat jentera AMK Malaysia...ni link dia di bawah yang aku songlap dari salah 1 laman blog

http://wrlr.blogspot.com/2008/08/anwar-rasmi-bilik-gerakan-amk.html

Malamnya di tapak ceramah,aku sempah berjumpa beberapa teman...kalau gaya malam nih kehadiran yang lebih daripada 50ribu orang...InsyaALLAH majoriti DSAI boleh bertambah dari DSWA...cakap2 beberapa teman sampai kami pekena Sup panas yang famous di mana2 ceramah...

Selepas ucapan bersemangat dari YB Azmin ALi-Ahli Parlimen Gombak (Ketua Whip Pembangkang),YB. Datok Husam Musa-Exco Kerajaan Negeri Kelantan,DSAI,Y.A.B Lim Guan Eng...aku sempat berbincang dengan teman lama aku YB Amirudin Shaari-Adun Batu Caves....Aku terus ker S.P sekejap tukar kereta kerna YB Datok Husam Musa nak pulang ker kelantan pada malam tu juga...

Aku terus ker Hotel Sunway di seb jaya ambik YB Datok Husam....bergerak ker kelantan melalui tol BKE Kulim...sampai di tempat hentian sebelum tol yang pertama kami menunggu YB Ir. Amiruddin Hamzah-ADUN Anak Bukit yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah...kami hanya menunggu di kereta,YB Datok Husam hanya berdua dengan YB Ir. Amiruddin berbincang...

Lepas perbincangan tersebut,kami pun terus ker kelantan...beberapa perkara sempat aku bertukar2 pandangan dengan YB Datok Husam,sesampainya di kawasan baling..aku lihat Datok keletihan & meminta dia berehat dulu...hingga la kami sampai di rumah beliau lebih kurang jam 5pagi...Lepas subuh,aku tido d umah Wan Khairul Ketua AMK Kelantan...Jadi nak ceta aku mimpi apa ka?takkan kot...hehehe...kita sambung lagi...aku nk makan nasi jap...lepas nih aku nk g bilik Gerakan AMK di Taman Cermai..semalam aku dh tiba d Penang selepas jumpa Zamakhsari bekas ketua AMK kelantan,sekarang nih beliau sebagai Bendahari AMK Malaysia...

Bersungguh2 dia ajak aku makan nasi berlauk di kelantan nih...mmg sedap mcm anak tuan kedai juga...hehehe...ok..org rumah aku dh berkali2 panggil makan...so...adios..amigos

Ahad, 3 Ogos 2008

Tour Merdeka-Sungai Petani Kedah




Semalam program terakhir di utara dalam sesi jelajah Tour Merdeka nih,sempat la juga aku kesana...


Fuh,padang yang di gunakan di taman keladi penuh sesak dengan kehadiran lebih 5000 orang yang memenuhi setiap sudut ruang dalam padang berkenaan...


Penceramah malam tersebut ialah


YB Tan Wee Tsu-Exco Kerajaan Negeri Kedah,YB Ir. Zamri Yusoff-Ahli Dewan Negara,Zulkifli Ibrahim-Exco AMK Malaysia,Amizudin Ahmat-Exco AMK Malaysia,Azman Nasruddin-S/U AMK Negeri Kedah serta di pengerusikan oleh Saudara Adam-Ketua Penerangan AMK Negeri Kedah


Terima kasih kepada semua jentera di ke-2 negeri dari Unit ehsan,UKP,Briged,AMK dll petugas yang terlibat secara langsung atau tidak langsung...


Siap sedia Hujah2 dangkal BN dalam pilihanraya umum nanti...di atas ada surat yang buleh kita renung2kan sejenak...adios..amigos..
Related Posts with Thumbnails