Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Isnin, 13 Disember 2010

SOKONG CHEGUBARD TOLAK SEMUA JAWATAN LANTIKAN..TAPI APA MAKSUD SUA 'BERTINDAK BUKAN-BUKAN'?

Kenyataan Media

13 Disember 2010

RESPON KENYATAAN SETIAUSAHA AGONG YANG TERSIAR DALAM THE MALAYSIAN INSIDER

Merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agong KEADILAN meminta semua pihak yang membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) termasuk Badrul Hisham Shaharin — bekas calon jawatan ketua sayap Pemuda PKR yang tewas supaya jangan bertindak bukan - bukan.

Laporan yang di siarkan pada 10 Disember 2010, di link http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemilihan-pkr-minta-chegubard-sabar-jangan-buat-bukan-bukan/ adalah respon kepada kenyataan media che'GuBard yang disiarkan di http://chegubard.blogspot.com/2010/12/kenyataan-media-akur-tetapi-tidak.html

Pertama sekali saya tidak pasti apa maksud YB Setiausaha Agong dengan minta che'GuBard jangan buat yang bukan - bukan ? Saya mohon YB Setiausaha agong jelaskan.

Kedua saya berasa hairan, bila kita tampil bertanya kepada JPP atau menghantar persoalan kepada JPP, yang tampil ke depan menjawab ialah YB Setiausaha Agong, tetapi bila tak boleh menjawab bila ditanya butiran lengkap YB Setiausaha Agong akan jawab tak apa kita serah pada JPP..... apakah ini ?

Ketiga undang - undang keadilan apakah ini ? Yang diadukan antaranya ialah kepincangan JPP dan JPP diserahkan untuk menyiasat ?

Keempat beban membuktikan tergalas 100% ke bahu pengadu dan seolah pengadu sendiri perlu menyiasat dan membuktikan.... kita bayangkan aduan dibuat kepada SPRM kerana rasuah orang tertentu dan SPRM pula minta kita siasat untuk buktikan ? Aduan seharusnya diambil bagi memulakan kes dan siasatan harus dibuat termasuk memanggil pengadu.

Kelima ingin saya jelaskan saya selaku Penyelaras Kempen che'GuBard dan rakan - rakanya dalam Pemilihan KEADILAN 2010 dalam pengetahuan saya telah lebih dari satu surat dihantar kepada pihak pusat sama ada JPP, Presiden mahupun Setiausaha Agong sendiri, namun sehingga kini satu pun tidak berjawab. Surat aduan yang terakhir menyenaraikan beberapa aduan kes 'spesifik' yang harus dijawab.

Keenam, ramai sudah mula menyatakan memang ada kelemahan dan ada unsur tidak sempurna. Namun sebenarnya ia melibatkan penipuan bukan kelemahan. Kami mahu tindakan siasatan oleh badan bebas dan jika terdapat kesalahan tentu ada yang harus dihukum.

Saya menyokong tindakan che'GuBard dengan menolak semua perlantikan jawatan kerana jika menerima lantikan maka ia dilihat bersekongkol dengan kabinet yang dibentuk secara penyelewengan demokrasi. Tindakan ini seharusnya dilihat dengan aspek positif kerana dalam KEADILAN ada suara anak muda berani menegakkan keadilan demi menjamin proses demokrasi telus. Jauh dari itu ini bukan persoalan jawatan tetapi persoalan ketelusan.

Saya dan teman-teman juga sayang parti ini, kerana sayanglah kami tegas dalam membaiki dan menangani sebarang penyelewengan demokrasi dalam parti.

Zulkifli Ibrahim
bekas Exco AMK
Penyelaras Kempen
Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi

Rabu, 31 Mac 2010

Siaran Media & Laporan Polis Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang

Selamatkan Malaysia dari Regim Zionis!

Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) pada hari ini telah membuat laporan polis untuk menggesa siasatan menyeluruh dan terperinci kepada pendedahan mengejutkan seluruh rakyat Malaysia oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam. Pendedahan yang cukup teliti dengan fakta-fakta dan amat bertanggungjawab itu jelas membangkitkan kerisauan seluruh rakyat Malaysia terhadap tahap keselamatan di negara ini, yang selama ini diperintah oleh Regim UMNO-Barisan Nasional.

APCO Worldwide Sdn. Bhd., seperti yang didedahkan oleh beliau, bukan hanya sebuah syarikat perunding atau ’consultants’ yang biasa. Ia punya agenda dan dokongan individu-individu berpengaruh yang jelas mirip dan condong kepada agenda jahat dan terkutuk, regim haram Zionis-Israel. Ini terbukti, apabila salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO adalah Doron Bergerbest-Eilon yang merupakan bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral, yang jelas terlibat dalam agenda pembantaian dan pembunuhan massa ‘Massive Killings’ umat Islam di Palestin.

Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) juga menolak penafian yang dibuat oleh APCO Worlwide sebelum ini, bahawa APCO tidak terlibat langsung dalam penubuhan ‘gagasan 1 Malaysia’. Kerana ini jelas dibuktikan, APCO sudah bertapak di Kuala Lumpur, dengan pejabat operasi yang sama, dengan penggerak yang sama, dengan CEO yang sama, cuma mereka ini bergerak atas nama Mind Team Sdn. Bhd. Watak yang sama, Paul Stadlen kini memimpin APCO Malaysia, dan juga Margery Kraus; CEO APCO terlibat dalam perjanjian awal dahulu. Dan ini berlaku lama sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri lagi dan menerbitkan ‘gagasan 1 Malaysia’nya itu.

Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) mewakili seluruh rakyat Malaysia yang bimbang akan keselamatan negara, menolak sekeras-kerasnya ‘penjajahan’ jenis baru ini, turut menyeru agar semua rakyat bangkit menentang ‘Neo-Colonialism’ tajaan Zionis-Israel ini. Kami juga tidak rela, memperjudikan nasib dan keselamatan rakyat, dengan sewenang-wenangnya membiarkan Regim UMNO-Barisan Nasional melantik Regim Zionis-Israel yang terkenal dengan kezaliman dan kebinatangan mereka terhadap rakyat Palestin.

Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (SMPPRPP) juga menggesa Regim UMNO-Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak agar menghentikan sandiwara bermuka-muka mereka. Di satu wajah Regim UMNO-BN menampakkan lagak ‘hero’ mereka dengan menghentam dasar-dasar dan tindakan terkutuk Israel, tapi di satu wajah lain pula, Regim UMNO-BN sanggup menggadaikan keselamatan negara dengan mengangkat Regim Zionis sebagai penasihat negara dalam hal-hal dasar! Halau APCO Worlwide dari Malaysia! Kita Selamatkan Malaysia!

Kami Yang Membawa Suara Rakyat;

Rabu, 24 Mac 2010

M.Peros Dolu-Dolu 5


Sejak memegang jawatan berkenaan sejak 13 Mac 2008, Fairus gagal hadir walau sekali tanpa alasan munasabah ( termasuk alasan kononnya, kereta rasmi rosak) daripada tujuh (7) kali mesyuarat, termasuk dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perkara ini menimbulkan kemarahan Datuk Seri Wan Azizah Presiden PKR & juga kemarahan Y.A.B Lim Guan Eng Ketua Menteri P.Pinang

Isnin, 22 Mac 2010

M.Peros Dolu-Dolu 4



Laporan Kejadian Ugutan Untuk Penggal Kepala Amk Negeri Oleh Tkm 1 Mohammad Fairus Khairuddin Pada 16 Disember 2008...Pada 16 Disember 2008, kira-kira jam 2.00 petang saya menerima panggilan daripada HP Timbalan Ketua Menteri 1 Mohd Fairus Khairudin menanyakan sama ada benar AMK Negeri akan mengadakan demontrasi di pejabat beliau.

Saya memaklumkan tiada sebarang rancangan demostrasi akan diadakan cuma AMK Negeri akan berjumpa ketiga-tiga Exco dari PKR untuk menyerahkan memorandum serta berbincang bagaimana AMK Negeri dapat membantu dalam melancarkan urusan pentadbiran kerajaan negeri dan memberi pandangan untuk meningkatkan lagi keberkesanan pentadbiran potfolio semua exco.

Beliau menyatakan kurang puas hati dengan perjumpaan yang akan diadakan dan minta AMK cuma berjumpa dengan YB Abd Malik dan YB Law Choo Kiang.Kira-kira 2.45 petang Fairus menelefon sekali lagi dan menegaskan beliau mahu tahu apa ada dalam memorandum yang AMK menghantar kepada beliau. Saya mengiyakan sahaja apa yang diarahkan.

Kira-kira jam 3.00 petang beliau memaklumkan yang beliau tidak mahu berjumpa dengan AMK Negeri dan akan memenggal kepala AMK negeri jika datang berjumpa dengan beliau. Saya memaklumkan kepadanya, kami akan berbincang dengan AMK Negeri.

Saya telah meninggalkan telefon di pejabat untuk ‘charging’ dan bertolak ke KOMTAR pada jam 3.20 petang.

Sampai di KOMTAR saya dimaklumkan oleh Sdr Amir Ghazali Ketua AMK Permatang Pauh , TKM 1 juga telah mengeluarkan ugutan yang sama terhadap beliau ketika beliau dalam perjalanan ke KOMTAR.

Kira-kira jam 5.20 petang setelah pertemuan dengan YB Abd Malik dan YB Law Choo Kiang. Pertemuan dengan kedua-dua Exco PKR tersebut juga telah disiarkan dalam laman rasmi AMK P.Pinang di http://amkpenang.wordpress.com/2008/12/16/biro-politik-amk-pulau-pinang-bertemu-exco-kerajaan-negeri-ppinang-5/ .

Apabila peristiwa itu heboh diperkata, akhbar kemudiannya dalam media menafikan peristiwa ugutan tersebut.

Sdr Amir telah menunjukan SMS daripada Fairus meminta pertemuan kami diadakan pada jam 5.30 petang di Pusat Khidmat BAKTI Penanti.

AMK Negeri membuat keputusan untuk tidak hadir memandangkan pertemuan yang diatur adalah di KOMTAR dan pertemuan yang diminta oleh TKM 1 adalah dalam masa 10 minit dan dibuat di Penanti.


Sekian Laporan

Ahmad Azrizal Tahir ( 0124984556 )
Ketua AMK Bayan Baru
Naib Ketua 1 AMK Pulau Pinang.

M.Peros Dolu-Dolu 3







Belum sampai setahun saja dudah 2 biji kenderaan walaupun ada sebuah Rexton diberi pinjamkan oleh seorang dermawan


M.Peros Dolu-Dolu 2


Gambar motor sebelum beli Merc & BMW 5 Series belum sampai setahun bertugas di Komtar

M.Perus Dolu-Dolu








Gambar mengambarkan seribu wajah


Related Posts with Thumbnails