Salam semua....
Sekali lagi isu di mainkan media apabila memutar belitkan kenyataan Tok Guru Nik Aziz mengenai si seyey fool yang bersumpah...klau kita lihat media cetak seperti SINAR,STAR & NSTP menyatakan Tok Guru secara jelas mengatakan sumpah yang di buat oleh seyey fool salah & dia tak setuju langsung....
Media Mingguan Malaysia serta Berita Minggu (utusan meloya & berita hairan) melaporkan pula versi seolah2 tok guru setuju & menyalahkan Anwar dalam isu sumpah...sehinggakan Tok Guru menafikan laporan akhbar tersebut di dalam harakah di Ipoh ketika Muktamar PAS ke-54 berlangsung....
Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.
Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.(komen tok guru lg dari teman2:sumpah orang Islam dengan meletakkan Quran di atas kepala dan bukannya di atas tangan. “Sumpah seperti itu (letak kitab atas tangan) adalah meniru amalan orang Kristian. Ini karut.)Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi
Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.
Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.
Katanya, orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam.
Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam.
Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat.
Beliau amat berharap pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful.
"Saya berdoa dan berharap Dato' Seri Anwar diberikan kemenangan," ujarnya
Kenyataan Tuan Guru Haji Hadi
16 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan,Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.
Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama. "Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam," katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini
Kenyataan Datuk Harun Din
16 Ogos (Hrkh) -Isu liwat yang membabitkan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan merupakan suatu keganjilan.
"Apa yang berlaku dalam konteks Saiful Bukhari bersumpah memperlihatkan keganjilan,bilamana sepatutnya yang bersumpah adalah pihak yang kena tuduh,tetapi apa yang berlaku adalah pihak yang menuduh," katanya.
"Mendengar Saiful melibatkan memohon kepada Allah melaknatinya beserta keluarga dan keturunannya tanpa menyebutkan berapa lama seolah-olah sampai ke hari kiamat,mana ada sumpah yang meminta Allah melaknati keturunan?"
"Tidak sepatutnya keturunan yang akan mewarisi kita dilaknati Allah bersama atas permintaan kita sedangkan mereka (keluarga) tidak melakukan kesalahan," ujarnya. Beliau turut mempertikaikan dalang di sebalik majlis angkat sumpah semalam oleh Saiful.
.....Kenapa la media nih tak habis2 nk putar belit fakta....hampa tak takut ka dengan azab ALLAH S.W.T?hampa fitnah berapa juta orang yang tengok....?hampa ingat apa yang hampa buat nih buleh terlepas macam tuh saja....
Nih lagi 1 mengenai isu Kouta 10% bukan bumiputera di UITM...yang hairannya kenapa depa sanggup putar belit fakta yang mana mereka sendiri tahu fakta sebenarnya...mengapa mereka sanggup untuk wujudkan suasana tidak tenteram & mewujudkan sentimen kaum yang menular syak wasangka di antara 1 sama lain...lihat sendiri buktinya dalam laporan akhbar STAR...
Akhbar yang bertarikh 16hb August 2008.Dato Ong TEE Keat,telah menyatakan kehairanan nya mengenai isu kouta 10% di UITM nih.Sebab beliau tidak faham apa yang UMNO dan VC UiTM bising2 kan.Sila rujuk akhbar tersebut.Beliau menyatakan....yang kemasukan bukan Melayu ke dalam UiTM telah pun di luluskan oleh kerajaan UMNO, ketika beliau masih menjadi Timbalan Menteri Pelajaran lagi.
Ini cerita lama,klau tak silap Dato menjadi Timbalan Menteri Pelajaran pada Zaman PM APANAMA dia?lupa plak aku....Beliau juga menyentuh tentang kemasukan pelajar2 dari luar negeri di UiTM.Kata beliau kalau pelajar luar negeri boleh masok belajar di UiTM, mengapa pelajar bukan Melayu Rakyat Malaysia tak boleh.Rakyat sendiri di diskriminasikan, tetapi rakyat luar negeri di susukan,klau nk Again sila rujuk pada akhbar berkenaan. Apa lah buat bising pada sesuatu yang UMNO dah luluskan.Kalau nak kutok maka kutok lah UMNO yang telah meluluskan 10% tu."
Adik2 kita di UITM pun sambut la dengan berdemo seolah2 depa pandai & kononnya perjuangkan bangsa...jadi ada akal...mcm kata nabil 'korang pikir la sendiri'....
Oleh itu aku sarankan hampa semua...JOM BOIKOT BERITA YANG PUTAR BELIT DALAM MEDIA BERKAITAN PR & ANWAR DARI HARI INI HINGGA 26 OGOS...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan