Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..
Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..
Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah
Layan Dulu Sih
UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!
Nak Relek Klik Kat Video Bawah
PC CM & PEMUDA PR P.PINANG
Sabtu, 23 Ogos 2008
Aku Akan Sertai UMNO-Zamil Ibrahim???
Aku skrg berada di Rumah PKR Negeri Pahang kawasan mengkuang berkongi rumah penginapan bersama PKR Bahagian Nibong Tebal..Aku rasakan perlu sgt utk updatekan blog aku nih sebab aku menerima satu sms pagi tadi dari Ketua AMK Kuala Kedah yang berbunyi....
'Makluman.Majlis Lompat Perti Ke UMNO akan di adakan pada 24/8/08 di Kelab Cinta Sayang,Sg Petani pd Jam 3ptg.Tempahan bilik dan bayaran sudah di jelaskan.Di Diketuai Sdr Zamil (Merbok) yang dipecat keahlian PKR dan akan di hadiri sama ialah Sdr Ezam.War Warkan !!!.
Hairan bin ajaib...sebab aku kenal zamil nih sewaktu aku berada dalam pilihanraya kecil lunas...sewaktu tuh dia menjaga hal keselamatan di pilihanraya kecil LUNAS...apa yg menjadi persoalan sekarang ialah...dia adalah individu yang telah lama di ketahuai isu dia di pecat & mgkin juga setelah dia tidak lagi bersama dgn parti mgkin hal ini tidak di sedari sesetengah pihak bahawa akan menjadi kempen2 terakhir BN...
Aku juga tidak terkejut bila ramai teman2 yang mengatakan beliau sekarang telah mempunyai merc 'S' class....waktu riuh dalam media dia saman hospital kerna tertinggal tiub dalam perut isterinya yang mengadu sakit...hospital pula kata dia & isteri larikan diri dari hospital...
Zamil juga bekas ketua AMK Kedah & bekas Exco AMK Pusat yang sealiran dgn teman saya yang kononnya mempunyai 6 kotak rahsia yang belum terdedah sehingga skrg..
Jadi...sama2 kita saksikan drama bersiri adegan2 dalam episod terakhir di PMTG PAUH...wallahualam
Jumaat, 22 Ogos 2008
Harga Minyak Turun-23 Ogos...Dah Terdesak Ke?
AYUH PENDUDUK PERMATANG PAUH!!!
Suasana Forum Ehwal Islam Apabila Di Politikkan
Sorang lagi pula cikgu farish musa yang letak jawatan bertanding di parlimen kemaman baru2 ini...tapi nasib tak menyebelahi dia sebab klau cikgu faris menang hari tuh....tak dapet la kita nak tgk menteri yang berbuih mulut debat dgn Dato Seri Anwar Ibrahim tempoh hari....sekurang2nya wa respek lu la bro...berani sebagai anak jantan debat dgn DSAI....
Yang lagi sorang nih cikgu juga...masih lagi mengajar sekarang nih....aku tak boleh la nk highlight kat sini....kupasan depa malam nih mengenai tuduhan liwat siri ke-2 DSAI...tuduhan anwar Agen yahudi serta konspirasi basi terhadap 2 exco negeri perak....
Kesemua nih pernah berceramah sepentas dgn aku...ucapan depa mlm tadi mmg berapi2...klau yang nk lena tuh terus terjaga...kalau hat tak berapa dengar mungkin akan dengar...sebab orang muda katakan....jadi aku pun sempat la tangkap gambar 1 forum yang di buat betul2 sebelah bilik gerakan PKR di Yayasan Aman nih....kerusi adalah dalam 2000 biji...yang tak di isi aku jangkakan hanya sekitar 1820 sahaja...ok tak?
Terfikir juga aku...awat la time2 mcm nih nk gunakan forum mcm nih untuk kepentingan politik...kesian kat ahli panel & pengerusi majlis malam tuh...pak zahid hamidi pun ada sebagai tetamu VVIP....aku rasa kali nih ada sedikit perbezaan bila isu agama nak dipolitikkan oleh UMNO....aku pun sempat la tangkap gambar gunakan henpon aku...tapi aku dok cuba nk bluetooth...tapi tak buleh nak connect pun lagi...pening aku...maklumla tepon murah....
Lepas tuh aku ke rumah penginapan kelantan dgn S/U AMK Kedah untuk mengambil barang yang aku pesan dari ketua AMK Kelantan...kebetulan aku kena melalui di pejabat UMNO utama Permatang Pauh...sampai di bilik gerakan kampung tok elong....aku tgk ramai unit polis dgn siap trak & jip depa dpn tuh...FRU dgn belantan skali...aku pun heran pasai apa...tgk la sorang yang berpakaian preman ada di situ dgn muka bengis mengarah sesuatu kepada anggotanya...aku agak2 dia tuh pegawai...muka pun dah tak berapa elok...aku pun sempat tangkap gambar...nanti klau bley aku bluetooth masuk...aku update gambarnya...
Benda yang aku pelik ialah...bebudak tuh mai la bagi peramai kat forum di tepi yayasan...dari hampa asyik dok nak timbul masalah kat kampung tok elong tuh...yang aku heran...situ pejabat besar UMNO permatang pauh....yang di depan tuh hanya bilik gerakan utama WANITA PKR saja...takkan nak jadi isu di situ selalu...takat nk tunjuk lagak kat bilik gerakan wanita pkr...lepas tuh panggil polis mai setel ramai2...rasanya puak2 nih berani dgn rakyat bila berselindung di balik polis rasanya....berani ker depa nih??????wassalam
Konspirasi BPR-BN Perak
Perbincangan dengan usaili adalah untuk membina sebuah pusat membina kapal di Bagan Datoh dan kertas kerja beserta profil syarikat telah diserahkan kepada Usaili.
Khamis, 21 Ogos 2008
Seronoknya Fitnah...!!!
Lagi Konspirasi Jatuhkan Kerajaan Perak-Perisik Rakyat
Bodohnya si Tajol Rosli dalam isu muzakarah terserlah bilamana sibengong itu tanpa segan silu, tanpa sedar duduknya sebagai pembangkang, menawarkan kerusi MB kepada Ir Nizar yang dah sedia memegang jawatan MB Perak.Bodoh & Bengong itu memang sesuai diberi pada pencacai yang masih tak sedar akan duduk dirinya yang pada dasarnya tak punya apa-apa kelebihan tapi berhati besar bagai hati lembu menawarkan sesuatu yang dah jadi kepunyaan & hak Ir Nizar.
Kalau aku tawarkan kedudukan pembangkang pada sibengong Tajol ni mesti dia melatah mengata aku menghina dia walhal memang duduk dirinya disitu & sayugia juga disitulah sibengong ini pasti tak sedar duduk dirinya waktu ini.
Gagal menyunting PAS dengan umpan "demi melayu" maka diaturkan 1 janji konspirasi & matlamatnya mana-mana & apa cara sekalipun sibengong Tajol ni mahu juga dia jatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat yang diwakili masyarakat berbilang kaum.Mungkin airmata sibengong Tajol ini masih belum berhenti bercucuran sedari malam 9 mac lalu.menitis-nitis dipipi dambakan jawatan terdahulu.bengong ni rupanya fikir jauh kehilangan itu tak ada dalam hidup agaknya?
Habis kering idea dalam kepala lutut maka dicipta 1 perjumpaan yang tak sape pun tau apa tujuannya.hantar 2 orang pelakon dengan bekal 1 beg berisi ongkos tunai & tunggu...yang dijanji datang tanpa tahu apa tujuan perjumpaan diadakan terus dicekup penguasa senget yang sedia menunggu.Tuduhan?meminta RM5000 untuk luluskan projek perumahan.
projek perumahan apa?Sri Iskandar?apa ada di Sri Iskandar?Kerajaan Negeri Perak pun tak tahu wujudnya projrk perumahan di Sri Iskandar.macam mana pulak BPR boleh tahu?yang dituduh pula kalau diikutkan, bukan bidangkuasa mereka untuk luluskan projek...ini gila...gila yang ini mengalahkan gila sibengong Tajol.
Mungkin sibengong Tajol ni dah sampai tahap meroyan gila talakkan kuasa MB.entah...aku tak tau...mampuih pi la dia...TAPI......Dari pemerhatian aku, usaha bersungguh-sungguh untuk jatuhkan Kerajaan Negeri Perak ni bersebab.sebabnya masih dalam siasatan kami & aku yakin sangat-sangat, ada sesuatu yang puaka-puaka ni takutkan.mungkin puaka-puaka ni pernah buat sesuatu PENYELEWENGAN YANG BESAR semasa puaka-puaka ini mentadbir negeri Perak.Puaka-puaka ni mungkin terdesak takut selewengan depa ni lambat laun dikehui oleh Kerajaan negeri Perak sekarang...jadi sebelum terbongkar...usaha menjatuhkan Kerajaan Perak sekarang mesti dibuat.
MESTI ADA UDANG SEBALIK BATU..!
Tunggu...bangkai hangpa tak leh tutup dengan daun pisang...pasai satu hari nanti pasti Tok Wan yang meniaga nasik lemak akan jumpa...kalau dah Tok Wan jumpa bangkai tu...hangpa tunggu la...1 kampung geger..!
Perisik Rakyat
untuk layari ke matsamankati
Rabu, 20 Ogos 2008
Konspirasi Politik Untuk Jatuhkan Kerajaan Perak
Kerajaan Pakatan Rakyat Perak menegaskan bahawa wujudnya 1 konspirasi politik tertinggi dengan tujuan cuba menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.
Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sekeras-kerasnya menafikan kewujudan Projek Perumahan yang dikatakan bernilai RM180juta di Sri Iskandar.
Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak juga TIDAK PERNAH MELULUSKAN apa-apa projek perumahan di Sri Iskandar seperti yang diwar-warkan setakat ini.
Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak juga menegaskan bahawa mustahil bagi YB Jamaluddin dan juga Kapten Osman meluluskan apa-apa projek perumahan kerana ianya adalah DILUAR BIDANG KUASA MEREKA.
Sebagai sokongan kepada kedua-dua EXCO yang ditahan berkenaan dengan kes yang disebutkan, 1 KEMPEN SOLIDARITI telah dilancarkan untuk YB Jamaluddin dan juga YB Osman.
Sebagai langkah pertama KEMPEN SOLIDARITI, 1 perhimpunan akan diadakan pada jam 9:00 pagi esok di perkarangan Mahkamah Majistret Ipoh.
Seterusnya pada jam 2:30 petang 1 lagi perhimpunan akan diadakan di Mahkamah Tinggi dimana Hakim akan membuat keputusan untuk menilai semula perintah tahanan reman kedua-dua tertuduh.
Ramlang Naik Pangkat-TAHNIAH
LALUAN KE PUTRAJAYA-27 HARI
Selasa, 19 Ogos 2008
AKHIRNYA....
(Klik Pada Imej Untuk Besarkan Carian)
Klik untuk dalam laman no2umno
Dan ini pula friendster ramlang http://profiles.friendster.com/43341251
sakan juga imam intrested nak friendster lagi...mgkin untuk mudah org buat aduan serta berdakwah kot...
Kata Mufti Perak & Persatuan Ulama
Arif Shah Ada PHD???
Could it be that Grabel International is one of those unaccredited private colleges located in one those shophouses in Chow Kit Road and could it be that Edison University of Technology one of those many diploma mills churning out Bachelors, Masters and Phd degrees at prices ranging from US$100 to US$1,000?
KAMI POHON PENUH HARAPAN
Ramlang
Masih Cerita Ramlang Porigi-Imam Waktu Sumpah
Aku menerima 1 panggilan serta melihat dari sorang komen dari blog MSK
Snowflake said:
Assallamualaikum
Nama : Ramlang bin Porigi
Tarikh Lahir : 26 Jul 1979
Jantina : Lelaki
Lokaliti : 044 / 12 / 06 / 005 - Pondok Penanti MK 20
Daerah Mengundi : 044 / 12 / 06 - Penanti
DUN : 044 / 12 / - Penanti
Parlimen : 044 - Permatang Pauh
Negeri : Pulau Pinang
Satu kebetulan si Ram yang malang ni.Wassallam
Jadi tertanya2 plak aku...klau benar sama ramlang porigi pengundi di pmtg pauh di dun penanti itu dengan yang di maksudkan imam dalam acara sumpah seyeyfool tuh...Adakah dia ada sangkut sedara mara dengan yang terajang TONG tu?klau tak silap aku korang search kat SPR dapat la lokasi dia mengundi melalui no I.C Ramlang Bin Porigi...ni No I.C dia 790726125443 seperti yg member aku sms tadi...klau kod 12 mcm aku hitam kan tuh beranak di Sabah...tak tahu la plak kot2 dia pindah kat pondok penanti....
Kes nih dah makin menarik nih....patut la TOK GURU...TGHH,Datuk Dr Haron Din serta ulamak2 Muktabar kata tak ikut cara islam...mcm upacara kristian sj...jadi...harap hampa paham la noooo..... klau tak faham klik SINI dan SINI
MUSA HASSAN DI HANTAR KE ICU HUKM???
email dari : hide
Sebenarnya bukan TS Musa yang koma tetapi ada sedara dia yang koma di hospital yang sama. Saya telah mendapatkan info ini dari saudara yang rapat dengan keluarga ini.
Jadi berita mengatakan TS Musa Hassan koma adalah tidak benar.
Harap Maklum Terima Kasih kepada pemaklum.Jadi, Kes selesai... BUKAN MUSA HASSAN koma tapi salah seorang saudara Musa Hassan...KLIK
Ketua Polis Negara selamat jalani pembedahan pintasan jantung di IJN 19/08/2008 4:41pm
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan selamat menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
Beliau menjalani pembedahan tersebut pada pagi ini, atas nasihat doktor yang merawatnya selepas melakukan pemeriksaan rutin minggu lalu.
Beliau kini dilaporkan dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan keluar dari IJN kira-kira pukul 12 tengah hari.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu dan berkata, Musa kini sedang bercuti rehat.
“Beliau selamat menjalani pembedahan pintasan jantung dan sedang berehat,” katanya.
Alhamdulillah panjang lagi umur ni…..kalau tak sedaq tak mau nak betaubat lagi tak tau lahhh…
Seperti yang teman2 di minta mengikuti anak kepada Ustaz Hassan Azhari...Adik beradik dengan Fuad Hassan serta Jalaluddin Hassan kononnya ada masalah jantung....
Jam 11am tadi aku menerima panggilan dari seorang teman dari KL...dia maklumkan jika boleh tolong dapatkan maklumat tuan empunya cerita nih dah di masukkan ker ICU HUKM...dlm kritikal...aku pun tak sahih lagi...cuma klau ada info dari mana2 pihak mahu pn teman seuniform...info2 la yeee....klau nk baca lanjut...korang klik la kat SINI
INFO SIAPA RAMLANG PORIGI-IMAM SUMPAH !!!
Hampa Juga Mungkin Mencari Gambar Ini...
Comel jer dia kan...masih gunakan baju biru PKR...
Us Sham ngan Us Aziz yang dok cabar utk DSAI sumpah pun ada
HANTU DARI BLOG UMMI...WuuoOOooo
Hantu-hantu yg tidak sesuai digunakan sebagai pengundi hantu:
Toyol
Toyol didefinisikan sebagai “hantu kanak2 bogel yg digunakan untuk mencuri. Undang2 mentakrifkan “kanak2” sebagai orang yg berusia bawah 18tahun, manakala umur yg layak mengundi pula adalah 21tahun. Oleh itu, walaupun toyol itu hantu, beliau tidak layak menjadi pengundi hantu kerana tidak cukup umur.
Orang Minyak
Orang minyak badannya diselaputi minyak. Selepas menyerahkan kad pengenalan, kertas undi yg beliau ambil akan terpalit kesan minyak yg hitam dan pekat. Secara automatic undi beliau akan menjadi undi rosak. Ia tidak membawa faesah kepada mana-mana parti (kecuali PUNDAK)
Pocong
Pocong, walaupun hantu yg cukup umur dan tidak berminyak , tidak sesuai digunakan sebagai pengundi hantu. Ini adalah kerana tubuh beliau yg dibungkus ketat tidak mengizinkan menggunakan tangan. Tanpa tangan, beliau tidak dapat memangkah kertas undi.
Hantu Jepun
Hantu jepun adalah bayangan makhluk yg berpakaian seperti tentera jepun. Selalunya beliau dikaitkan dengan tempat yg pernah dijadikan markas tentera jepun semasa jepun menawan Malaya. Tempat yg selalu disebut-sebut adalah bangunan sekolah berasrama dan pejabat kerajaan. Walaupun hantu jepun itu hantu, mereka tidak layak menjadi pengundi hantu kerana mereka Pendatang Asing Tanpa Izin...atau PATI warga Negara jepun.
Hantu galah
Hantu galah dikatakan besaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Oleh kerana pusat mengundi biasanya di sekolah, dan pintu bilik darjah hanya sekitar 7 kaki, beliau tidak dapat digunakan sebagai pengundi hantu. Ketinggian beliau tidak mengizinkan beliau masuk ke bilik mengundi.
(hang ingat dunia aje ada politik mengundi..hantu pun ada..lagi2 sekarang..ghost month)
Untuk peringatan..!!
Dah kita semua dalam suasana PRK Permatang Pauh ni..marilah kita berjaga2 dengan hantu yang paling bahaya mutakhir ini..jenis hantu ni tak tau nak masuk katogeri mana..bak kata pepatah cina..''nang bo ti nang..kui bo ti kui.. ''maksud bahasa antarabangsanya "nak kata human bukan human..nak kata ghost bukan ghost..".
jadinya janganlah anda diselubungi MISTERIIIIII......
wallahualam...jangan lupa baca ayat Kursi sebagai pendinding...
Isnin, 18 Ogos 2008
Anda Kenal-Gambar Siapa Ini ???
salam....
Aku baru sampai rumah setelah beberapa urusan di selesaikan di permatang pauh...aku juga ke bilik gerakan AMK Malaysia serta berbincang dengan Pengarah Pilihanraya Kecil AMK Sdr. Farish Musa serta Ketua AMK Samsul Iskandar....sebelum aku pulang...sempat aku menjengah Saudara Hishamuddin Rais,Amin Iskandar/Black serta teman2 pemantau bebas pilihanraya kecil di satu lokasi yang mungkin ada segelintir golongan amat berhajat memantau kerja mereka...bukan saja mereka nk pantau kerja pilihanraya....ada juga pihak yang nak pantau mereka...hehehe...mcm tu la putaran roda...
Lebih kurang jam enam...aku bergerak di 1 lagi lokasi...aku berjumpa dengan Chegu Badrul untuk berbincang mengenai beberapa program yang telah di aturkan di Pmtg Pauh...lepas makan...aku pun pulang & menerima sms dari beberapa teman mengenai kedudukan terkini di Pmtg Pauh...
Skrg aku di depan Laptop..aku melayari beberapa artikel teman2 bloggers...ketika aku masuk ker blog perisik rakyat...aku terjumpa la picture yang di katakan di ambil dari Skuad Dun Batu Caves
Lepas tuh aku terjumpa lagi benda nih dlm blog Matcomot serta dari benda yang berkaitan dalam blog yang sama iaitu Perisik Rakyat mengenai benda yang sama persoalannya dengan blog Matcomot...jadi korang klik la sendiri & tanyakan kesahihannya & emailkan pada tuan empunya blog tersebut...
Aku nk ingatkan kepada semua yang melayari blog ini...ingatlah..hingga 26 ogos ni,takyah bazir duit beli paper...hampa belanja aku minum teh lagi baguih...klau yg nk tgk tv tuh...berita jam 8 tv1,2 & 3 suku tuh...korang tutup...jimat juga bil elektrik rumah hampa...mengadap depan komputer...maklumat dalam sejam...hampa dapat pelbagai info termasuk la tak payah nak beli paper sbb nk tgk keputusan no ekor (HARAM di sisi Agama)...
Dalam internet ni...korang bley dapat info awal dari keretapi peluru kat jepun tuh...bayangkan,raja petra yang botak tuh buleh perjelaskan dalam artikel dia mengenai dengan pembentangan rang undang2 mengenai DNA di parlimen agar boleh di gunakan untuk memaksa DSAI memberi DNA nya mengikut perundangan yang bakal di bentangkan & di guna pakai di Mahkamah...tetiba hari ini sudah terbukti....takkan si botak tuh AHLI NUJUM?bijak...bijak...korang tak caya cakap aku?tadi dalam TV3 pun ada tunjukkkan?kot tak reti...korang klik kt sini
So...skrg dok bz ceta pasal SUMPAH...sampai tak faham langsung...ni ceta dari Bapak Gus Dur plak...dulu aku dh tulis mengenai komen Tok Guru Nik Aziz...TGHH dgn Datok Dr Haron Din...tp taktau la kot hampa tak faham lagi...falsafah aku tetap mudah...mcm sang nabil...korang ada akal...lu pikir la sendiri....
NAJIB DI HALAU DI PERMATANG PAUH...!!!
Alahai Jeb
Kami Mahu UMNO keluar dari kampung kami
Ish...dah la tadi tak sempat nk lunch...kena jaga jeb pula
Aduh...malunya orang kampung halau...Ingat PR saja tak suka kat kami...Orang kampung pun meluat...Malu...Malu...Malu...makkkkkkk......abahhhhhhh....abang jeb.....
ORANG KAMPUNG NAIK ANGIN
Lawatan Dato’Seri Najib Razak menjadi kecoh apabila orang kampong keluar untuk menunjuk perasaan.Beliau yang dalam perjalanan pulang dari Seberang Jaya dan singgah untuk melawat bilik puteri UMNO di kampong tersebut telah disambut dengan tunjuk perasaan memprotes kehadiran beliau .Penduduk kampong mula berkumpul apabila kelihatan para pergerakan putera UMNO berkumpul beramai-ramai.
Mereka memprotes kerana mendakwa bahawa puteri UMNO telah membina khemah di atas tanah yang statusnya dimiliki oleh seorang warga Singapura dan tanah itu juga telah berpindah milik dari beberapa orang pemimpin UMNO sebelum ini sehingga terlepas ketangan orang asing.malah tidak ada seorang pun puteri UMNO berasal dari kampong tersebut begitu juga putera UMNO yang hadir. Mereka adalah dari luar kampong tersebut.Perasaan inilah yang menyebabkan orang kampong menjadi marah kerana menurut pendudk kampong Kubang Semang,tidak ada sedikit pun anak tempatan di bilik gerakan puteri UMNO tersebut.
Dato Seri Najib yang singgah selama 15 minit tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan bergegas lalu dari situ secara tergesa-gesa dan penduduk kampong mengejek beliau.Tunjuk perasaan selama hampir 30 minit sebelum dan selepas kehadiran Dato Najib itu berakhir apabila beliau beredar dari situ.Sebelum itu,orang kampong yang tahu akan kehadiran Najib mula berkumpul beramai-ramai sekitar jam 4.00 petang kerana melihat kelibat putera UMNO.
Beberapa kain rentang ditujukan kepada ahli-ahli UMNO yang berkumpul.Keadaan menjadi bertambah kecoh dengan masing-masing berkumpul.Hampir separuh anak-anak muda dan orang-orang kampong tersebut keluar untuk melihat kejadian tersebut kerana merasakan kehadiran bilik gerakan tersebut tidak harus ada dikampung mereka.malah ada yang menjerit “keluar dari kampong kami”,”jangan ceroboh kampong kami”.Kesesakkan jalanraya berlaku hampir 10 kilometer kerana masing-masing ingin melihat dan memperlahankan kenderaan dan kehadiran unit FRU.
Malah menurut orang ramai yang hadir,kebanyakkan putera UMNO seolah-oleh macam budak-budak sekolah yang dipergunakan.Mereka tidak seharusnya dipergunakan kerana musim cuti persekolahan ini...