Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Rabu, 1 Oktober 2008

PERUTUSAN RAYA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Saya, mewakili keluarga dan segenap lapisan kepimpinan & akar umbi Parti Keadilan Rakyat ingin mengucapkan Salam Eidulfitri kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya.Ramadhan kini menghampiri penghujung, Syawal bakal menjelang tiba.


Umat Islam selepas menunaikan ibadat puasa di bulan yang mulia ini pastinya menyambut kedatangan bulan Syawal dengan rasa penuh kesyukuran.Bulan Ramadhan ini, sebagaimana yang diulaskan oleh para ulama, adalah madrasah terbaik buat melatih serta mendidik kita umat Islam agar berani dan yakin mendepani segala cabaran yang mendatang. Ramadhan sentiasa mengajar kita betapa kesabaran menjadi paksi kepada kejayaan hakiki dan memperkukuhkan kekuatan ruh serta jiwa. Ini kerana jiwa dan ruh yang membentuk manusia, seperti yang diungkapkan oleh Abul Fath al-Busti:Perhatikan jiwamu, dan sempurnakan,Kamu insan kerana jiwa, bukan kerana jasad.Ramadhan pastinya mengingatkan kita akan kisah Pembukaan Kota Mekah(Fath Mekah).


Kejayaan Rasulullah S.A.W yang didokong para sahabat baginda wajar menjadi teladan. Kejayaan tersebut sudah tentu tidak datang sekelip mata. Dua tahun sebelum kejayaan membuka Kota Mekah, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyyah telah dimeterai di antara Rasulullah S.A.W dengan wakil kaum Quraisy.Tidak sedikit yang merasa ragu dengan perjanjian tersebut. Namun ternyata ada hikmahnya di sebalik kesediaan dan kesabaran Rasulullah S.A.W di dalam menerima perjanjian tersebut.


Rupa-rupanya ‘jalan kemenangan sudah jelas nyata.’ Selepas sahaja termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah, maka turunlah firman Allah S.W.T yang berbunyi:Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.Ayat ini menghilangkan keraguan umat Islam serta memperkuatkan lagi azam mereka bagi memastikan seruan untuk melakukan islah terlaksana.Rakan-rakan sekalian,Ketakwaan yang diadun bersama kesabaran dan kebijaksanaan adalah kunci utama untuk mengecap kejayaan. Janganlah keyakinan kita digugat tatkala kejayaan sudah hampir.


Saya menyeru pencinta kebenaran agar perkukuhkan tekad perjuangan. Ingatlah anjuran Al Quran yang berbunyi:Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!Perubahan yang ingin kita laksanakan bertapak di atas bongkah-bongkah yang kukuh, jauh sekali dari retorik kosong yang berasaskan kebencian dan persengketaan.


Kita harus menyedari negara Malaysia bukannya ekabudaya. Kita harus memastikan negara ini tidak ditelan api asabiyyah dan karam dengan sikap taksub melulu. Ingatlah “siapa yang menyemai angin akan menuai badai.”Sering saya ulangi pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi mana kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak yang bukan kepalang. Pertumbuhan ekonomi dan kekayaan harus difahami dan dimaknai dengan pengertian yang lebih luas. Kekayaan tidak boleh berlegar di kalangan segelintir sahaja, ianya harus menjadi pendorong untuk membebaskan masyarakat dari penindasan dan kezaliman. Inilah yang kita tegaskan sebagai ekonomi yang manusiawi.


Ekonomi yang dibangun di atas prinsip insan sebagai makhluk bermoral dan berakhlak, bukannya semata-mata homo economicus; yang hanya memburu kepentingan diri sendiri.Rakan-rakan sekalian,Syawal yang bakal menjelang pastinya disambut meriah oleh semua. Pun begitu hendaklah kita sentiasa wasatiyah dalam pendekatan, yakni bersederhana tanpa meminggirkan mereka yang tidak berkemampuan.


Syawal adalah bulan kemenangan, bulan memupuk ukhuwah.Kemenangan mengharungi Ramadhan dirai dengan jalinan ukhuwah yang utuh sesama ummah. Kemenangan ini bukan sekadar melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan, sebaliknya diterjemahkan jua sebagai kemenangan menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.InshaAllah kemenangan yang diredhai menjadi milik kita pastinya, sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al Quran,”ibarat pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit

(Ayat 24, Surah Ibrahim)”


Salam Eidulfitri 1429 Hijrah.Minal ‘aidil wal faiziin.Maaf zahir dan batin.



ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI


Selamat Hari Raya Eidul Fitri buat semua teman2 & pembaca,maklumla semalam sibuk bakar lemang sampai jam 3 pagi...pagi2 tadi dah ke masjid solat sunat aidilfitri...layan anak2 sedara & rakan taulan yang hadir...aku baru sempat nk update blog...tak lupa yang membaca aku nak mohon ampun & maaf mungkin selama ini posting atau beberapa posting tulisan yang menyinggung atau menyentak hati sesiapa secara sengaja atau pun tidak!!!pakat 0-0 ya!!!


Aku sibuk membakar lemang,rupa2nya di permatang pauh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang juga ADUN Bukit Tambun YB Law Choo Kiang sibuk bersama penduduk LAMANG CUKUP TUA membakar lemang...beliau bersama Datin Mahani & En Lim pemilik syarikat A1 Best One..hampa tgk picture bawah nih
YB Law Choo Kiang sedang memasukkan santan di dalam buluh lemang
YB taruh beras pulut baik2 ya...jgn banyak sangat,nanti padat lemang jd keras
Datin Mahani,En Lim A1 Best One & penduduk dok ushar YB masukkan beras pulut
YB,u tanya atau u ajar brader sebelah u cara bakar lemang?hehehe,pandainyerrr.....
YB law Choo Kiang bersama Datin Mahani...comelnye 2 putra nih
Hai cikgu,YB nk ambik kamera ker sampai pelok rapat nampak...
YB Law bergambar dengan penduduk setempat
Tauke Lim nih memang cukup murah hati...di mana2 saja tempat yang beliau hadir,pastinya ada buah tangan yang di hulurkan
Barangan Produk A1 Best One...YB kempen lepas nih belilah barangan buatan Malaysia edaran dari A1 Best One...aiseh...iklan sama A1 Best One nih...hehehe
Lagi Gambar Sekitar malam raya di Pmtg Pauh [Klik]


Isnin, 29 September 2008

AZMIN ALI LETAK JAWATAN????

BERITA TERGEMPAR SEBENTAR TADI NAIB PRESIDEN PKR YB AZMIN ALI LETAK JAWATAN????
Woi...tak sudah2 keja hampa nk burukkan imej PKR yer?dari 1 ker 1 hal sibuk mengada2kan cerita...bak kata orang tua2 'kuman seberang laut nampak,gajah depan mata x nampak'...hal2 sebegini sering di gembar gemburkan dlm keadaan semakin hampir peralihan kuasa,bukan dalam UMNO...tetapi dalam pentadbiran kerajaan persekutuan...

Semasa PRK permatang pauh,aku sempat berbual bicara dengan YB azmin sewaktu pelancaran bilik gerakan AMK Malaysia di samagagah...sikit pun tidak menggugat keyakinan aku mengenai taat setia YB Azmin kepada Ketua Umum PKR yang juga AHLI Parlimen Permatang Pauh YB Prof. Dato' Seri Anwar Ibrahim

Desas Desus kononnya sumber dari blog YB Azmin ali...dari mana korang tgk blog dia,mgkin blog dia d godam/hack?korang reti baca ker tak skrg dgn apa yang dia tulis dlm blog tuh?korang tak percaya,pegi masuk skali lg & buka mata luas2 atau g la cari kanta pembesar anak sekolah rendah kot2 laptop hampa saiz 12inchi...


Klik kat [SINI]

Jejak Fakir 4....Siri Pertama & Ke-2

Gambar Di Atas : YB Haji Abdul Malik Kassim Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Memberi
Kata2 Semangat Sebelum Peserta Konvoi bergerak

Gambar Atas : YB Ong Chin Wee (Pemangku Ketua AMK Pulau Pinang) menyerahkan Bendera keADILan kepada YB Dato' Zaharin Hashim (Ketua Perhubungan keADILan Negeri Pulau Pinang) untuk pelepasan peserta konvoi Jejak Fakir 4 Siri ke-2 (Akhir-28 September 2008)




Atas : Pemilik Syarikat A1 (Berbaju Putih) yang turut menyumbang dalam Program Jejak Fakir 4 ini,menyampaikan sendiri bantuan kepada pesakit warga emas seorang nelayan

Mangsa Ribut,seorang nelayan pantai turut menerima sumbangan dalam siri menjejaki golongan fakir miskin

Gambar Atas : Pengerusi Program Azrizal Tahir berbincang sesuatu dengan jentera Unit Amal PAS P.Pinang yang membantu rumah mangsa ribut di perkampungan nelayan


Azrizal Pengerusi Program Jejak Fakir 4 (sebelah Pemandu) amat keletihan hingga terlelap seketika ketika Datin Mahani mengambil Gambar 'Candid'

Sebilangan tenaga program Jejak Fakir 4 daripada AMK Pulau Pinang,Unit Ehsan,UKP,AIC,Seri Mawar & Syarikat A1 serta Penderma daripada melayu,cina & india yang turut serta dalam Konvoi Jejak Fakir 4 ini.

Kenderaan Konvoi Jejak Fakir 4 sedang mengisi minyak di salah sebuah petrol stesen di balik pulau,Terima Kasih kepada insan yang menyumbang minyak kenderaan konvoi
Sebahagian Kenderaan Yang Bersama2 Dalam Program menjejaki golongan Fakir Miskin Di Pulau Pinang
Sebahagian rombongan Jejak Fakir 4 yang berada di salah sebuah penempatan nelayan di kawasan balik pulau...

Mazlan Ketua UKP (Duduk Sebelah Warga Emas) bersama Datin Mahani & Tenaga Unit Ehsan
Amboi...rancak abang2 AIC kita nih yer,serba hitam...hitam2 si tampok manis....Terima Kasih segala bentuk sumbangan & tenaga kalian

Datin Mahani sewaktu bersama keluarga fakir miskin tegar,berlindung hanya di sebuah kontena usang..Dibawah keadaan kabin kontena yang di huni sebuah keluarga di teluk bahang
Di bawah adalah sebahagian gambar sewaktu Program Jejak Fakir 4 Siri Pertama 21 september 2008

Hai,Saudara Amizudin Ahmat Exco AMK Malaysia yang juga Ketua AMK Bhg Kepala Batas bawa delegasi Ketua & AJK AMK Bhg di P.Pinang nk runding dgn Paklah kerrrr.....????hehehe

Kedaifan golongan warga emas yang mungkin kita terlepas pandang jika tidak di jejaki di manakah mereka utk meringankan beban setakat terdaya dengan sumbangan rakan2


Akhirnya...Program Jejak Fakir 4 melabuhkan tirai menjejaki golongan2 fakir tegar di Pulau Pinang Sejak 21 september 2008 (Seluruh Kawasan Seberang Perai) & 28 September 2008 (kawasan Pulau)...secara keseluruhannya,seramai 125 keluarga di jejaki dengan sumbangan para dermawan yang memberikan sumbangan termasuklah Yayasan Aman (Pengerusi Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dato' Wan Ismail) untuk di agihkan kepada golongan miskin dalam menghadapi lebaran yang bakal menjelma dalam beberapa hari lagi...

Ucapan Terima Kasih ini juga di ucapkan kepada seluruh tenaga Angkatan Muda KeADILan Pulau Pinang,Perhubungan KeADILan Negeri Pulau Pinang,Yayasan Aman,Unit Ehsan,UKP Permatang Pauh,AIC Pulau Pinang,Seri Mawar,AMK Bahagian2,Unit Amal,JKKK,Syarikat A1,Datin Mahani yang tidak jemu mengikuti program JF4 dari awal hingga akhir & teamnya,para dermawan serta mereka2 yang turut menyumbang secara langsung atau tidak langsung yang tidak sempat aku sebutkan di sini...I Love U All...

Setiap tahun di adakan program ini,idea Bekas Ketua AMK Negeri P.Pinang yang lalu Sdr. Amizuddin Ahmat menjejaki golongan kurang upaya & daif ke seluruh pelusuk negeri Pulau Pinang...walaupun sumbangan yang terhad setiap tahun tidak melebihi RM15,000...di harapkan usaha kecil ini dapat berterusan & kepada JKKK yang baru di lantik & di berikan amanah oleh kerajaan negeri menjejaki golongan2 miskin ini agar sedikit sebanyak meringankan beban mereka dalam meneruskan hidup menyara keluarga & diri masing2.

Aku harapkan sumbangan ini dapat berterusan dengan para dermawan tidak jemu memberi sumbangan sekadar termampu,dan aku juga di khabarkan Syarikat A1 bukan sahaja akan memberikan bantuan dalam bentuk sumbangan barang keperluan makanan untuk Eidul Fitri ini...bahkan dengan usaha kali pertama beliau bersama peserta konvoi menjejaki golongan miskin ini,beliau turut bersemangat bersama Angkatan Muda KeADILan negeri untuk meneruskan memberi sumbangan pada perayaan Deepavali serta Gong Xi Fa Chai...Thanks Bro,kasi sama orang susah,tuhan kasi rezeki lebih lagi sama kita....

Di masa akan datang atau dalam usaha menjejaki golongan fakir miskin ini di harapkan penglibatan sumbangan daripada pihak swasta amatlah di alu2kan kerna ianya akan di agihkan dari masa ke semasa...anda boleh menghubungi pihak Angkatan Muda KeADILan Negeri Pulau Pinang atau mana2 Ketua Angkatan Muda Bahagian untuk menyalurkan sumbangan.Anda juga boleh terus menghubungi Sdr Azrizal Tahir 012-498 4556 setiap masa...Terima Kasih Semua

Lagi Gambar klik [SINI] & [SINI]

Related Posts with Thumbnails