Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Selasa, 19 Ogos 2008

Kata Mufti Perak & Persatuan Ulama

…..Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pula berkata tidak wujud istilah sumpah dalam Islam dengan perbuatan menjunjung al-Quran tetapi cukup sekadar menyebut “Wallahi, Wabillahi, Wata’alahi”.


Beliau berkata sumpah juga perlu dilakukan di hadapan kadi di mahkamah bukan imam dan di dalam masjid.


Mohd Saiful juga, katanya, perlu mempunyai bukti yang kukuh untuk mensabitkan Anwar meliwat beliau sebelum bersumpah.


“Dia (Saiful) hanya melakukan sumpah secara relevan untuk membersihkan namanya sahaja, bukan membabitkan yang dituduh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tetapi mengikut hukum syarak dan qazaf, seseorang yang menuduh orang lain melakukan zina atau liwat, perlu menyediakan empat saksi,” katanya.


KOMEN LAGI NI..


Di KUALA TERENGGANU, Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata sumpah laknat yang dibuat Mohd Saiful sepatutnya dilakukan selepas proses mahkamah terhadap kes berkenaan selesai.


“Sepatutnya sumpah yang dibuat Mohd Saiful itu dilakukan jika mahkamah menemui jalan buntu dalam menyelesaikan kes berkenaan,” katanya.


PERMATANG PAUH: Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (PUMPP) berkata, kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak harus didengar di Mahkamah Sivil, malah sumpah yang dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jumaat lalu tidak wajar dilaksanakan sebelum proses kehakiman berlandaskan Islam diselesaikan.


“Kami berpendapat kes ini tiada kewajaran untuk didengar (sebab tiada empat saksi) dan ia juga hanya harus didengar di Mahkamah Syariah,” kata Yang Dipertua PUMPP, Dr. Wan Salim Wan Mohd. Nor pada sidang media di sebuah restoran di Seberang Jaya pagi ini


“Sumpah sebegini tidak wajar dilaksanakan sebelum proses kehakiman diselesaikan,” Kata beliau, budaya bersumpah ini akan memberi kesan buruk antara lain kepada pelaksanaan sistem kehakiman Syariah di negara ini apabila pada masa akan datang pelbagai pihak boleh menggunakannya sebagai precedent bagi mendahulukan sumpah sebelum proses kehakiman dapat dilakukan.


“Dalam Syariat Islam, kes ini diklasifikasikan sebagai kes Hudud dan pendakwa wajar membawa bukti mengikut Syarak bahawa perlakuan liwat berlaku dan perkara ini akan dibicarakan di mahkamah selaras kaedah feqah, dan pihak pendakwa perlu mengemukakan bukti empat orang saksi manakala yang menafikan dikehendaki bersumpah,” katanya.


Isu bersumpah Saiful bukan sahaja menjadi perhatian pihak bukan politik, malah mendapat fokus sebagai bahan kempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.


KOMEN
wahai umno..kata le mufti dan majlis ulama ni manipulate sumpah saiful kalu berani.Lepas ni kalau buat menipu sj,sumpah...mendahului mahkamah...korang cakap la yang di tuduh tu buat salah...munafikla kamu ni...ulama pun kamu tak percaya

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails