Ketika ini perdana menteri malaysia adalah dato sri abdullah ahmad badawi (betul ker aku eja ni)...aku sedikit kagumi,ya la kerna sejak paklah jadi pm,nampak betoi2 beliau menentang rasuah,,lancar konsep islam hadhari sampai menang besar pilihanraya 2004..
Namun ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan dah awai pagi,,,dah baru naik minyak ja.....dia naik pulak kali ni 30 sen (3 kupang) kenaikkan tertinggi dalam sejarah malaysia pada ketika itu tahun 2006,,,bila ditanya kenapa naik sampai 30 sen?kenapa tak naik secara berperingkat?perdana menteri malaysia yg tercinta menjawab,
BIAR KITA NAIK TINGGI TERUS,ORANG NAK BISING PUN SEKALI SAJA,,BILA DAH LAMA2 ORANG DIAM LA.KALAU NAIK DUA TIGA KALI LAGI ORANG BISING....
Fulamak dasyat betul jawapan pm kita,kalau hampa tak percaya cuba baca suratkhabar utusan time minyak naik 30 sen......lepas tu pulak bila peniga naik harga brg,harga makanan(termasuk aku skali la)pak lah bagi nasihat pulak,,,,,PENIAGA PUN JANGAN DOK KIRA UNTUNG SAJA,AMBIK UNTUNG SEKIT2 SUDAH LA.....
Berderau darah aku...berdetup detap jantung aku time ni...aku hat belajar tak masuk 'U' pun tau konsep berniaga mcm mana....kalau dulu pendapatan aku sebulan seribu,selepas kenaikan harga minyak,aku dapat sebulan rm800...takkan aku masih boleh dok kata biaqqq pi laaaaaa...orang meniaga pedapatan makin meningkat,bukan makin menurun,pendapatan bukan makin mengurang...
Pi tanya sapa nak pendapatan dia makin kurang makin dia seronok??????kalau kuantiti jualan mengurang takpa jugak kita tak naik harga makanan...ni kuantiti jualan tetap sama,tp duit dapat makin kurang....kemudian suruh peniaga jangan kira untung saja.......hat timbalan paklah cakap lagi syok,,dengan kenaikan harga minyak yang tinggi,kiita dapat mengurangkan pembaziran minyak di malaysia,selama ini rakyat banyak membazir minyak....ewah2,awat la hang cakap macam tu najib oiiiiiiii???membazir minyak arrrrr????Ubah gaya hidup???
Mungkin selama ini aku kalau nak pi beli barang keperluan kedai yang dalam lingkungan 2km...aku dah wat sampai jadi 20km...ya la kot2 aku pi ronda dulu,pusing satu pulau,baru aku sampai kat kedai,,,ataupun membazir minyak dengan cara aku p beli minyak petrol isi boh dalam botol...kemudian pi tuang merata tempat,tanpa arah dan tujuan.almaklum lah dulu minyak malaysia murah.....ada ka orang buat mcm tu???????
Jadi time tu punya tak mau membazir minyak petrol,lepas beli barang keperluan kedai,lagi 1 kilometer aku nak sampai kedai aku,aku dah off enjin kereta,panggil budak2 keja pakat tolak kereta tauke depa,kerna tidak mahu membazir petrol....jumpa puak umno waktu ni,aku kata syok la hampa no,boh minyak harga lama,tunjuk ja kad ahli umno dapat murah laaa,kes tu hampa tak kisah kerajaan nak naik harga minyak.....(aku kata pada yang kuat umno sangat2 ja)
Ada jugak yang jawab...nak buat macam mana,harga minyak dunia naik,bukan kerajaan malaysia tentukan semua ni,cewah2 jawab pulak...bila aku tanya ja berapa harga setong minyak hari ni???pakat dok dok telan air liur nak jawab...
Tadi bukan main bercakap....dah tak jwb soalan kita,habaq pulak minyak kita murah lagi dari minyak singapura,thaialnd......aku tanya pulak kat depa,bagitau kat aku telaga minyak kat thailand tang mana?kat singapura tang mana??berapa gaji polis yang pangkat dia sama ngan polis di malaysia???di thailand lebuhraya dia tang mana ada kena bayar tol????skali lg pakat dok telan air liur....(wah aku mcm pembangkang pulak time ni) pastu kata payah cakap ngan orang mcm hang ni..ehhhhh terkeluar landasan cerita pulak aku ni,,nak cerita tentang perjalanan hidup aku dari remaja ke dewasa.....mcm mana boleh berubah angin???
Ya la time ni baru sedar,pendang yang aku kutuk,la ni dah ada tol dah,dulu nak pergi pendang dr alor star mau dekat 2 jam,laaaa naik ja haiway alor star..setegah jam dah sampai pendang,,,jalan kawasan aku kubu kuat umno jitra kodiang tak juagk siap2 lg,,sakit pungkuq jalan lubang sana sini dok buat dekat 4 tahun tak siap2 lg..
Pendang dari dulu dah ada pasaraya,,,tunjang kubu kuat umno...baru ada mini market tunjang,tu pun tauke dia orang siam (mai mana pun tak tau) jadi pada waktu ni aku dah tau bahawa aku hanya di tipu oleh media masa arus perdana malaysia.....aku diumpan dan disogok dengan bermacam tipu helah.....
Tempat aku di tunjang pun ketua pemuda umno bahagian dah jd kontraktor besar...dulu bwk teksi ja,,bantuan orang miskin pun dia dapat...laaa ambik hang,rumah di kalah rumah yb,besar buakan main..tak pa la rezeki dia....jadi mulai pada waktu itu aku sudah bertekad dan berazam...(tapi tidak la sampai bersumpah,takut jadi manusia sesumpah pulak) tidak sesekali aku akan terpedaya dengan tipu muslihat mereka...
Aku akan cuba meyakinkan penduduk kwasan aku dengan hujah berdasarkan fakta yang jelas bahawa kita telah di perbodohkan sudah sekian lama...
Kita telah dizalimi sudah sekian lama,kita sudah di tindas sudah sekian lama....walau aku bukan ketua keadilan tunjang...namun sedikit sebanyak aku sudah mampu memberi informasi pada rakan2 aku....informasi yang tidak sampai pada mereka.....walau aku masih mentah dlm politik tp aku sudah mampu menilai fitnah yg cuba mereka (puak umno) sampaikan.............kini diusia 26 tahun...sewaktu mendengar berita di tv3 atau membaca utusan malaysia...
aku hanya tersenyum...membaca apa yang sudah ku tahu benar isi kandungannya......walau aku masih berniaga d pulau lagenda,harga minyak naik lagi 70sen (7 kupang)...kita dah masuk world record...
Teman sepermainan badminton aku kini sudah pulang ke kampung halaman (pulau mutiara) untuk berjuang kembali dalam arena politik tetap tidak lupa pada aku....vcd ceramah tetap aku pinjam pada dia.....temanku ini juga telah berjaya menyedarkan aku serta ramai rakan2 muda termasuk pekerja dia sewaktu berada di pulau lagenda ini...
Walaupun kini insan bergelar anwar ibrahim dilanda tuduhan yang sama untuk kali kedua..........aku dah dpt melihat pombohongan mereka tanpa perlu mendengar penerangan dari sesiapa...aku xkan tertipu lg........semoga kebenaran terbukti jua,,semoga allah memberkati perjuangan ini,,,,,berjumpa lgggggggggg (lepas ni jangan dok marah puak umno hat dok kot kampung,depa tak tau baca suratkhabar lain dah,jadi dok percaya apa hat depa baca,sian depa :)