Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Selasa, 5 Januari 2010

Pandangan Dr Asri Mengenai Penggunaan Perkataan 'Allah'

Firman Allah dalam ayat yang lain: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Ayat-ayat ini, bahkan ada beberapa yang lain lagi menunjukkan al-Quran tidak membantahkan golongan bukan muslim menyebut Allah sebagai Pencipta Yang Maha Agung. Bahkan Nabi Muhammad s.a.w disuruh untuk mengucapkan kesyukuran kerana mereka mengakui Allah. Apa yang dibantah dalam ayat-ayat ini bukanlah sebutan nama Allah yang mereka lafazkan, sebaliknya ketidak tulusan tauhid yang menyebabkan akidah terhadap Allah itu dipesongkan atau bercampur syirik.

Justeru, soal bukan muslim mengakui Allah tidak dibantah oleh Islam, bahkan kita disuruh bersyukur kerana pengakuan itu. Cuma yang dibantah ialah kesyirikan mereka. Umpamanya, jika kita mendengar bukan muslim menyebut “Allah yang menurunkan hujan, atau menumbuhkan tumbuhan”, maka kita tentu gembira kerana dia mengakui kebesaran Allah.

Baca Lagi.....

PENDAPAT MENGENAI NAMA PENGUNAAN NAMA 'ALLAH'

Tiada Larangan Mengunakan Nama Allah Bagi Bukan Islam Zaman Rasulullah
Untuk membahaskan perkara ini terus terang saya katakan bahawa saya tidak beriman kepada perlembagaan Malaysia. Dalam menghadapi kaum Nasrani, Yahudi, Majusi dan musuh-musuh Islam yang lain Allah swt berfirman dalam surat At-Taubah ayat 29;

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (yaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk.”

Dijelaskan disana bahawa mereka yang bersetuju duduk dengan aman dibawah Kerajaan Islam mempunyai pilihan utk mengamalkan kepercayaan mereka walaupun bertentangan dengan Islam asal sahaja membayar Jizyah. Jizyah ialah pajak atau cukai per kepala yang dipungut oleh pemerintah Islam dari orang-orang yang bukan Islam, sebagai imbangan bagi keamanan diri mereka.

Janji Allah ini selari dengan arahan yang dikeluarkan Rasulullah kepada panglima perangnya termasuk Khalid al Walid di mana sebelum perang berlangsung, mereka akan memberi 3 pilihan kpd musuh iaitu:

Masuk Islam
Bayar jizyah dan duduk dibawah naungan kerajaan Islam dengan bebas mengamalkan agama masing-masing.

Diperangi dan dirampas harta mereka jika kalah
Rasulullah juga tidak lupa akan ayat 120 surah A-Baqarah kerana ia lebih dulu diturunkan sebelum Perlembagaan Madinah dibentuk;

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.”

Tetapi semasa Perlembagaan Madinah dibentuk, Surah At-Taubah ayat 29 menjadi garis panduan dalam hubungan politik, sosial, ekonomi dan agama bagi umat Islam dan kaum Yahudi Nasrani yang bernaung dibawah Kerajaan Islam Madinah. Pilihan yang kedua itu (Jizyah) sentiasa ada walaupun Rasulullah sedar bahawa Nasrani mengatakan Allah tuhan mereka yang mempunyai anak kerana Rasulullah beriman dengan ayat 29 surah At-Taubah.

Surah Al-Kafirun ayat 6 memperjelaskan lagi dasar Islam kepada agama-agama lain: “Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku.”
Seterusnya Firman Allah s.w.t:

“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul (tali) yang amat Kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui. -al-Baqarah: 256)

dan;

“Katakanlah (wahai Muhammad): kebenaran itu datang daripada Tuhan kamu, maka sesiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman dan sesiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir…” -al-Khafi 18: 29

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud,

“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad), kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada menolaknya dan sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan, bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).”-Al-Ghasyiyah 88: 21-22

“Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekelian manusia yang ada di muka bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?”-Yunus 10: 99)

Islam bukan agama paksaan, dan orang-orang bukan Islam tidak dipaksa masuk Islam. Tetapi orang-orang yang masuk Islam dengan hati yang rela perlulah menerima segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan Islam termasuk hudud. Hidayah itu milik Allah dan Allah jualah yang akan membalas manusia-manusia yang kufur padaNya diakhirat kelak.

“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, kami akan membakar mereka di dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”-an-Nisa; 56

Jangan lupa juga kisah Saidina Umar Al-Khattab yang memasuki Gereja Yahudi ketika Baitulmaqdis ditawan juga tidak menyuruh tenteranya membakar gereja, bible dan salib. Umar membiarkannya sahaja, dan bersolat diluar bangunan kepada Allah tanpa sebarang pertikaian. Perkara yang sama berlaku bila Sultan Salahuddin al Ayubbi menawan Baitulmaqdis.

Dalam sirah perjuangan Rasulullah, sahabat dan tabien kita tidak menemui isu pengharaman nama Allah berlaku, hatta ketika Sultan Muhammad Al Fateh menakluk constantinople atau Instanbul pun baginda mengutarakan 3 pilihan diatas sebelum menyerang. Cuma zaman baginda Gereja Hagia Sofia ditawan dan dijadikan Masjid Aya Sofia setelah kaum Kristian kalah dan lari meninggalkan kota Constantinople.

—–>Saya mohon diperbetulkan fakta-fakta di atas jika ada bukti Rasulullah dan para sahabat pernah melarang agama lain mengunakan nama Allah.

Kenapa Zaman Rasulullah Nama Allah dibenarkan untuk kaum Nasrani?

Persoalan ini mendatangi saya sejak memikirkan isu nama Allah ini berkali-kali. Mungkin ulama’-ulama’ mengetahui lebih dalam hal ini. Tetapi berdasarkan kajian saya sendiri saya boleh membuat kesimpulan bahawa pada zaman Rasulullah dan sahabat, mereka menegakkan Al-Quran sebagai perlembagaan dan berhukum dengan hukum hudud.

Mana-mana umat Islam yang murtad kerana terpedaya dengan dakyah kaum kafir atau atas kehendak diri sendiri maka hukuman bunuh akan dijatuhkan ke atasnya setelah diberikan tempoh masa yang mencukupi untuk bertaubat tetapi masih mahu murtad. Rasulullah bersabda;

“Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia” -Riwayat Bukhari
Hadis ini selari dengan firman Allah yang mengecam orang-orang yang murtad iaitu:

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.” - al-Ahzab:36
dan;

“Sesiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya lalu mati dalam kekufuran, maka merekalah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat. Dan merekalah ahli Neraka yang kekal di dalamnya” - Surah al-Baqarah : 217

Maka, bila Al-Quran jadi perlembagaan dan undang-undang hudud diamalkan maka tiada seorang pun umat Islam yang berani untuk keluar dari Islam. Jika mereka keliru atau tidak faham termasuklah disebabkan oleh pengaruh agama Kristian Nasrani maka mereka akan merujuk kepada Rasulullah.

Rasulullah juga sudah banyak menjelaskan kepada para sahabat tentang beza kepercayaan kaum Kristian dan Islam. Antara yang menjadi rujukan adalah Surah Maryam ayat 88-91:

Dan mereka yang kafir berkata: “(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak”. Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya!. Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap. Kerana mereka mendakwa mengatakan: “(Allah) Ar-Rahman mempunyai anak”. (Surah Maryam)
Sahabat-sahabat tiada pertikaian dalam hal ini kerana mereka memahami kedudukan Allah dalam kepercayaan Islam dan kaum Kristian. Dan tidak timbul kerisauan terhadap isu-isu murtad kerana ada undang-undang yang menguruskannya.

Yang risau pada zaman Rasulullah adalah kaum Kristian sendiri sebab bila mereka gunakan nama Allah pengikut-pengikutnya akan membandingkan dengan Allah yang umat Islam percaya hingga akhirnya berbondong-bondonglah kaum Kristian memeluk Islam kerana yakin Allah itu tiada beranak dan tidak diperanakan.

Kaum Kristian ini membaca dalam kitab Bible dan makalah agama mereka dan terdapat ayat-ayat berikut yang membuktikan Allah itu Maha Esa sesuai dengan apa yang di syahadahkan oleh umat Islam:

“I (ALLAH) am the Lord, and there is no other; apart from Me there is no God.” – Isaiah 45:5.
Moses (pbuh) said: “Hear, O Israel: The Lord (ALLAH) our God, the Lord is one.” – Deuteronomy 6:4.

“This is eternal life, that they may know You, the only true God (ALLAH), and Jesus Christ whom You have sent.” -John 17:3

“How can you believe, when you receive glory from one another and you do not seek the glory that is from the one and only God (ALLAH)?” -John 5:44

“The most important commandments,” answered Jesus, “is this: ‘Hear, O Israel, the Lord our God, is one Lord (ALLAH)”-Mark 12:29

Akibat dari masalah ramainya umat Kristian memasuki Islam dan tiadanya undang-undang yang boleh menghukum kaum krsitian yang memasuki Islam, maka kitab-kitab Bilble dan ucapan serta penulisan kaum Kristian berubah mengunakan nama Allah kepada God atau Tuhan. Dahulunya nama-nama Allah tertulis dalam kitab mereka seperti yang saya catatkan dalam kurungan “(ALLAH)” diatas. Tetapi selepas zaman perluasan empayar Islam, mereka sudah tiada menggunakan perkataan Allah kerana mereka amat takut umat Kristian murtad dan peluk Islam ramai-ramai.

Isu Nama Allah Di Malaysia

Islam di Malaysia tidak seperti Islam dizaman Rasulullah dan para Sahabat. Islam di Malaysia disandarkan oleh Kerajaan Umno-BN yang beriman dengan Perlembagaan Malaysia ciptaan Lord Reid. Islam di Malaysia hanyalah Agama Rasmi bukan menjadi dasar Kepada Perlembagaan itu sendiri.

Dalam Perlembagaan disebutkan Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan

Hal ini dijelaskan lagi dalam Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

Kaum Kristian Malaysia bertegas dengan mengunakan fasal 3 (a)- Tiap-tiap kumpulan agama berhak – menguruskan hal ehwal agamanya sendiri .

Dan umat Islam bertahan dengan Fasal 4 -Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Sekali imbas, ramai umat Islam Malaysia fikir bahawa Perlembagaan itu sudah berjaya memberikan perlindungan kepada Islam.

Tapi saya tidak melihat begitu kerana Kaum Kristian Malaysia dalam kes Semakan Kehakiman akhbar mingguan The Herald-Catholic Weekly yang dikemukakan oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Datuk Murphy Pakiam berhujah bahawa akhbar berkenaan hanya diedarkan kepada orang Kristian Katolik sahaja.

Malah dalam Perlembagaan pun tidak sebut bahawa perkataan “Allah” itu hanya untuk umat Islam. Maka mereka menganggap larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan mereka mengunakan nama ALLAH bertentangan dengan Perkara 11 Fasal 3 (a) Perlembagaan Malaysia.

KDN pula mendesak dengan mengunakan kuasa di bawah Perkara 11 Fasal 4 Perlembagaan Malaysia atas kekhuatiran akhbar berkenaan bakal menimbulkan salah fahaman dan menyesatkan umat Islam.

Tetapi sedarkah kita bahawa melalui Perkara 11 Fasal 4 ini kita hanya boleh menghalang mereka menyebarkan akhbar itu kepada umat Islam tetapi tidak boleh menghalang mereka menyebarkannya kepada Kaum Kristian.

Kita terperangkap disini, kerana kita memang khuatir akan wujud penyebaran kepada umat Islam yang disengajakan secara diam-diam tetapi kita belum ada bukti yang kuat tentang hal ini melainkan dengan peningkatan kes-kes murtad yang berlaku. Tetapi itu pun mereka yang murtad ini menjawab dimahkamah bahawa mereka mahu murtad atas kerelaan sendiri bukan kerana pengaruh Gereja atau akhbar Kristian yang selama ini tidak pun mengunakan nama Allah.

Perlembagaan dan Undang-undang agama di Malaysia keseluruhannya tidak boleh menghalang umat Islam Murtad. Sebagai contoh, Enakmen Aturcara Mal 2004, Mahkamah Syariah Pulau Pinang membenarkan seorang yang ingin keluar agama membuat permohonan di Mahkamah adalah satu undang-undang yang ultra vires ( bertentangan ) dengan undang-undang Islam yang sebenar.

Memang lawak, bagaimana Mahkamah yang kononnya berdiri atas nama Islam boleh membuka ruang untuk umat Islam membuat permohonan murtad sedangkan zaman Rasulullah dan Sahabat dahulu kadi dan Mahkamahnya tidak pernah membuka ruang ini.

Jadi ketakutan umat Islam terhadap isu akhbar Herald sebenarnya berpunca kelemahan sistem perundangan yang tidak mengikut Islam. Undang-undang kita telah dimurtadkan sebelum adanya umat Islam memohon murtad.

Jadi tidak hairanlah bila ada sahaja usaha kaum Kristian dan bukan Islam lainnya untuk mendekati umat Islam secara halus kita tak mampu menghalang sebab mereka boleh bermain dengan undang-undang dan Perlembagaan yang terlalu lemah hingga memberikan ruang kepada mereka mengambil kesempatan.

Saya bertegas agar Kerajaan Malaysia kembali mengambil Al-Quran sebagai Perlembagaan dan menjadikan hukum Hudud untuk umat Islam sebagai undang-undang syariah rasmi bagi melindungi umat Islam dari serangan dakwah Kaum Kristian dan gejala murtad ini.
Nama Allah: Kenapa PAS Setuju dan Tidak Bersetuju

Ketika mula-mula kes ini dibawa ke Mahkamah, PAS melalui Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong permintaan Gereja Katolik ini atas alasan-alasan yang saya kemukakan diatas dan kita jelas bahawa Allah pada tafsiran umat Islam adalah Esa dan tidak sama dengan Allah pada tafsiran Kristian yang mana tuhan mereka itu ada anak dan isteri.
Namun melihat kepada pergolakkan dan politiking yang berlaku dalam isu ini hingga membuka ruang kepada perpecahan dalam masyarakat majmuk, maka PAS mengkaji hal ini kembali dan melihat bahawa mudaratnya lebih besar jika kita membiarkan nama “Allah” digunakan oleh Herald. Maka hukum mubah atau harus itu boleh bertukar menjadi haram demi menjaga kemaslahatan rakyat keseluruhannya.

PAS bukan berdolah-dalih dalam isu ini, tetapi kita mengkaji dari keseluruhan fakta dan sejarah. Kerana masalah ini timbul kerana kelemahan umat Islam Malaysia sendiri yang dipimpin oleh Kerajaan Umno yang enggan mengangkat Al-Quran sebagai Perlembagaan dan Hudud sebagai perundangan bagi melindungi kesucian Islam yang sebenarnya.

Maka, PAS memilih jalan keamanan dan menasihatkan agar Gereja Katolik kembali kepada pengunaan asal mereka itu ‘God’ atau ‘tuhan’ bagi sebarang penerbitan dan ucapan bagi mengelakkan ketegangan agama menjadi lebih buruk dinegara ini.

PAS tidak mahu kerana hal ini akan berlaku lagi Perang Salib versi abad ke-21 dan akhirnya Gereja-gereja bertukar kepada Masjid sebagaimana yang berlaku kepada Gereja Hagia Sofia yang menjadi Masjid Aya Sofia dizaman Sultan Muhammad Al-Fateh. Apakah kita mahu perkara itu berlaku?

Salah satu pihak kena bertolak ansur dalam hal ini dan saya lihat pihak Herald kena menarik balik tuntutan mereka kerana selama ini mereka tidak pernah mengunakan nama “Allah” dalam penerbitan mereka, tetapi ia masih dapat diedarkan. Jadi saya tidak melihat apa-apa masalah jika perkara ini tidak ditimbulkan mereka.

Walaupun ia berpunca dari kelemahan pentadbiran umat Islam tetapi ia bukanlah alasan untuk Herald menanguk di air keruh hingga boleh mencetuskan pergeseran antara agama.
Saya berharap agar Kerajaan mengkaji semula Perlembagaan Malaysia dengan meletakan Al-Quran sebagai Perlembagaan tertinggi yang mampu memberikan keadilan kepada semua. Saya juga mengharapkan agar undang-undang hudud dijadikan undang-undang syariah Malaysia bagi memastikan masalah murtad dapat ditangani dan sekaligus melenyapkan kerisauan umat Islam terhadap ancaman gejala ini.

Saya juga berharap Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam bagi negara ini memainkan peranan bagi menyelesaikan kemelut ini.-Herman Samsudeen

Isnin, 4 Januari 2010

Penjelasan YB Taib Azamudden Mengenai Isu penggunaan perkataan 'ALLAH' di dalam Parlimen

Berikut adalah petikan dari hansard Parlimen:

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri serta permintaan sahabat-sahabat. Saya terpanggil untuk bercakap ini bukan dia atas bermaksud dengan kepartian. Akan tetapi, lebih fokus kepada kesucian Islam itu sendiri. Itu terpulang kepada tafsiran oranglah kalau dia hendak meletakkan kedudukan di mana yang sekali gus juga menghormati pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat Bintulu.Sebenarnya persoalan ini mungkin kita tidak begitu selesa sangat perbahasan danpenghujahannya kita gunakan dalam Dewan ini.

Kalau pun ia selepas kita dapat hadamkan di luar, di tempat lain bahawa kita confirmkandi Dewan tetapi walau macam manapun, saya faham daripada apa yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor dan sahabat-sahabat yang lain.Sekarang ini yang sebenarnya perlu kita dapat penjelasan, Allah yang mana yang kitaperbincangkan ini tapi kalau Allah S.W.T yang berkonsepkan tauhid dengan Allah hus samad...Dia tauhid As-samadiah dengan tauhid al-ahadiah yang bergantung rapat dengan yang lain-lain, uluhiah dan rububiah hanya ada pada Islam dan tidak ada pada yang lain.

Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat juga sababul nuzul dan kalau kita nak buka mengenai Allah kepada yang lain-lain, Al-Quran juga pernah mendedahkan dalam surahtul Taubah... [Membaca sepotong ayat Al-Quran]“Orang Yahudi dia kata, Uzir anak Allah. Orang Kristian dia kata Al-Masih anak Allah”.Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah tauhid kita.

Allah yang dimaksudkan oleh orang-orang Masihi dan orang-orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam sebab ketauhidan as-samadiah dan alahadiah itu tidak menjadi suatu tonggak kepercayaan kepada yang lain daripada Islam. Sebab itu bagi yang agama lain tadi dia mendakwa itu sedangkan kita Allah bukan ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak. Jadi, ini persoalannya. Jadi yang saya rasa ialah pihak kementerian, pihak kerajaan mesti menegaskan Allah dalam bentuk mana.Kalau kita cakap Allah dalam bentuk umum, betullah kita boleh dakwa.

Orang Hindu,orang Kristian, orang lain pun dia kata kita tuhan Allah juga. Jadi Allah yang mana? Jadi mungkin di sini kita perlu mendapat suatu garis panduan yang jelas yang kita kata tak boleh digunakan oleh orang lain itu Allah dalam kedudukan mana tapi kalau Allah dalam kedudukan Islam yang ahadiah dan as-samadiah, memang tak boleh orang lain guna yang saya rasa ini wallahualamlah. Apa yang saya nampak daripada sudut itu, jadi kalau itu kita boleh terima, sebenarnya kita tidak ada pertelingkahan apa-apa.

Cuma yang kita hendak sekarang ialah penegasan daripada pihak kerajaan daripada sudut mana, Ilah kita dan saya rasa dalam perbahasan ini agak tak berapa munasabah kalau kita bawa daripada segi bahasa.Bahasa Ilah, bahasa... hak itu panjanglah isu kita. Sebab itu kalau kita lihat dalam kitab-kitab yang sempat dirujuk, pertelingkahan ini berlaku atau khilaf ini berlaku di antara ulama-ulama yang lebih muktabar daripada kita sekarang tetapi semuanya memberi hujah-hujah yang kenapa mereka kata boleh dan kenapa ada yang mereka kata tak boleh.

Dalam kita menangani di antara dua perselisihan pendapat ulama muktabar ini, maka apa yang perlu bagi kita sekarang ialah kita perlu memahami wakik. Wakik kita di Malaysia mahu tidak mahu dengan ketimuran kita, dengan budaya Melayu kita sebelah sini dan juga budaya orang kita lain daripada yang berlaku di Eropah atau berlaku di dunia lain.Wakik kita yang saya yakin setakat hari ini, wallahualam akan datang akan menjadi satuconfuse, akan menjadi suatu pertelingkahan dan perbalahan yang mungkin sengit apabila benda ini dibuka ke mana-mana.

Misal kita katakan, minta maaf kepada saudara-saudara kita yang bukan Islam sama ada dalam agama Buddha, dalam agama Hindu ataupun Kristian dan sebagainya, andai kata saya bertanya kepada sahabat saya yang beragama Hindu,“Sahabat, kamu nak pergi mana?” “Saya nak pergi sembah Allah”. Tanya pula sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat ataupun Yang Berhormat Sri Gading, mana nak pergi “Saya nak pergi sembah Allah”.Jadi ini confuse kepada anak dan keturunan kita. Allah yang mana ini?... [Tepuk] Allah yang nak pergi kah, ini kah Allah, yang mana?...Saya rasa penjelasan ini sangat segar dan meyakinkan dan malah tepat dan selaras sebagaimana pandangan Tuan Guru Presiden PAS dan Tuan Guru Mursyidul Am.

Sumber

Kenyataan Akhbar Mengenai Isu Penggunaan Perkataan 'ALLAH'

Kenyataan Akhbar

PENGGUNAAN KALIMAH “ALLAH"Merujuk kepada rentetan pelbagai kontroversi berterusan yang masih wujud berhubung penggunaan kalimah 'Allah' oleh pelbagai agama selain dari agama Islam di negara kita Malaysia sekarang ini, maka BIPPA PKR sukacita menjelaskan pendirian kami mengenai hal ini.Kami berpendirian bahawa, keinginan rakyat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang sangat positif dan perlu diterima secara terbuka dan berlapang dada.

Umat Islam di Malaysia tidak perlu menjadi gelisah dan “over react” dengan pelbagai andaian dan kemungkinan dengan fenomena yang dikata baharu ini. Sesungguhnya, kami melihat bahawa fenomena ini adalah manifestasi dari fitrah insani sejak dari azali lagi bahawa kesemua manusia memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT sebagaimana firmanya yang bermaksud: "Dan jika kamu tanya mereka (orang kafir) siapakah yang mencipta langit dan bumi? Mereka akan berkata Allah..." (Al Quran, Az-Zumar (39):38).Adalah jelas bahwa penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam telah berlaku sejak dari dahulu lagi, khususnya bagi para penganut agama samawi.

Sebahagian dari kitab suci mereka memang menggunakan kalimah Allah (terutama di Timur Tengah). Di dalam kehidupan harian mereka hari ini, penggunaan Bismillah, Alhamdulillah, Masya Allah, Astaghfirullah, Wallahi dan sebagainya bukanlah suatu yang pelik dan janggal. Di Indonesia, penggunaan kalimah Allah di gereja-gereja memang telah lama menjadi kebiasaan. Begitu juga bagi bagi penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak. Adalah jelas bahawa menggunakan kalimah Allah untuk mengiktiraf dan membesarkan Allah sebagai Tuhan, adalah hak asasi setiap insan. Hak ini perlu dihormati dan tidak boleh dihalang.

Bukankah Allah itu Tuhan untuk semua - Rabbul `aalamiin atau Lord of the Universe?Maka itu, kami melihat fenomena ini adalah bertepatan dan serasi dengan wadah dan perjuangan KeADILan selama ini.

Malahan, perjuangan untuk menegak yang makruf dan mencegah kemungkaran akan menjadi lebih mudah dan selesa sepertimana firman Allah:"Katakan wahai Ahli Kitab, mari tegakkan kalimah yang sama antara kami dan kamu iaitu bahawa kita tidak akan menyembah selain Allah dan tidak mensyirikkan (associate) Allah dengan satu apapun serta janganlah ada antara kita yang mengambil tuhan-tuhan selain Allah. Dan jika mereka berpaling maka katakanlah bahawasanya kami adalah orang Islam (menyerah diri pada Allah)" (Surah Ali `Imran(3):64). Sekian. Terima kasih.

Dr. Muhd Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)
Parti KeADILan Rakyat.
22 November 2009
Related Posts with Thumbnails