Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Sabtu, 1 November 2008

PERINGATAN-AKIBAT TIDAK MENGGUNAKAN SEAT BELT






Aku menerima email dari seorang teman mengenai kemalangan akibat tidak memakai talipinggang keledar...harap ianya menjadi teladan kepada anda semua...nak mati mmg tak boleh elak...tetapi beringat sekurang2nya sudah ada usaha untuk mencegah...selebihnya tawakkal & berdoa ke hadrat ALLAH S.W.T agar di cabut nyawa secara mudah & elok..tidak ngeri mcm nih...AMIN

Khamis, 30 Oktober 2008

BAGAIMANA MAHU NAK TAHAN LAMA???

Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo......... Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya? Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'.


KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2003.
Dan sebelah lagi pada 1 January 2004.
Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi.
Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.
Nak tahan lama Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.
Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.
Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama
PINJAMLAH B AJ U MEMBER... B AJ U SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj.
tutup elok2. jangan bagi angin masuk.
jangan bagi abuk masuk.. jangan bagi wap air masuk.
cabut kepala bateri..bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.

KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa Akhir makan -
doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum,
jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!!
(bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah... ...!!!!,
letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat hahaaa....

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!


Last word: SELAMAT BERTAHAN LAMA... ............. ...sentiasa terbuka dan rasional.

Rabu, 29 Oktober 2008

MABUK BERSAMA KJ

Hampa Tgk Betol2...Kot2 mata aku mata juling...Hmm...siapa biasa beli angkat keyboard..hehehe




Sama tak botol minuman dalam gambar di atas td dengan botol minuman yang ada dekat depan KJ dalam gambar dekat atas tu???Dengan ini, aku Isytiharkan KJ sebagai Khairy "Jack" Daniel's!!!Cheer's...!!!Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmm seng...!!!Saya cadangkan kita buat debat terbuka.Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmm seng...!!!Tajuk debat: Minum (minum ape tu?) bersama akar umbi untuk menguatkan parti.Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmm seng...!!!
nk tgk lg...hampa masuk kat [SINI] & [SINI]

Ubat Batuk Merbahaya

UBAT BATUK DAN SELSEMA KITA RUPANYA MERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN OTAK PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE

(Mesej asal oleh Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital Gleanagles)

Kepada Semua, Luangkan masa untuk menghantar mesej ini atau mengedar risalah ini kepada orang yang disayangi, keluarga dan rakan-rakan.

Cetakkannya dan letakkan di pejabat agar boleh dibaca oleh semua. PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK ANDA DAN ORANG LAIN YANG ANDA KASIHI!

Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik. Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat dan bertanyakan tentang bayaran balik.

Sila baca dengan TELITI, kerana sesetengah daripada anda menggunakan ubat-ubat ini (salah satunya ialah Alka Seltzer Plus). BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE .

Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18-49 dalam masa tiga hari selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasuk kanak-kanak) mencari alternatif lain.

UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE :
Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant
Plus Dietary Supplements
Acutrim Maximum Strength
Appetite Control Alka-Seltzer Plus
Children's Cold Medicine Effervescent
Alka-Seltzer Plus Cold medicine (perasa ceri atau oren)
Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original
Alka-Seltzer Plus Cold & Cough Medicine Effervescent
Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine Effervescent
Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent
Alka Seltzer Plus Night-Time Cold Medicine Effervescent
BC Allergy Sinus Cold Powder
BC Sinus Cold Powder
Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief
Comtrex Flu Therapy & Fever Relief
Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules
Contac 12 Hour Caplets
Coricidin D Cold, Flu & Sinus
Dexatrim Caffeine Free
Dexatrim Extended Duration
Dexatrim Gelcaps
Dexatrim Vitamin C/Caffeine Free
Dimetapp Cold & Allergy Chewable
Tablets Dimetapp Cold & Cough Liqui-Gels
Dimetapp DM Cold & Cough Elixir
Dimetapp Elixir
Dimetapp 4 Hour Liquid Gels
Dimetapp 4 Hour Tablets
Dimetapp 12 Hour Extentabs Tablets
Naldecon DX Pediatric Drops
Tavist-D 12 Hour Relief of Sinus & Nasal Congestion
Triaminic DM Cough Relief
Triaminic Expectorant Chest & Head Congestion
Triaminic Syrup Cold & Allergy
Triaminic Triaminicol Cold & Cough

Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan secara sukarela menarik semula ubatan berikut kerana mengandungi campuran yang menyebabkan stroke dan serangan mengejut kepada kanak-kanak : Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu) 3D Cold & Cough Berry 3D Cough Relief Yellow 3D Expectorant

Hubungi mereka di nombor 1-800-548-3708 dengan menyatakan nombor lot pada kotak untuk membolehkan mereka menguruskan pemulangan ubat tersebut dan mereka akan memberikan bayaran balik kepada anda.Jika anda mengenali sesiapa yang mempunyai anak kecil,

SILA CETAK RISALAH INI.INI ADALAH SESUATU YANG SERIUS. EDARKANNYA KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA KENALI AGAR MEREKA BOLEH MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA UNTUK MENGELAK TRAGEDI KEPADA KELUARGA MEREKA.

Selasa, 28 Oktober 2008

RENUNGAN PENUH TRAJIS SEBUAH KEMATIAN

Salam....

Dalam kemeriahan menyambut pesta cahaya,2 keluarga di kampung aku di 1 mukim di kariah yang sama terdapat peristiwa yang boleh menjadi renungan & tatapan buat semua pembaca....

Pada ahad 2 hari lalu,sehari sebelum sambutan deepavali yang di rayakan oleh mereka yang beragama hindu...berlaku kemalangan yang mengakibatkan kematian di kawasan sungai dua seberang perai pulau pinang....mungkin perkara nih menjadi biasa apabila berlaku kemalangan yang meragut nyawa...tetapi mungkin tidak bagi keluarga arwah...

Pada malam sebelum berlaku kemalangan,rakan2 di kampung berborak di tempat biasa kedai mamak Mohamad di taman fajar di nibong tebal...mcm biasa,sembang2 kosong menantikan perlawanan bola 'live' liga enggeris...lupa pula aku pasukan mana yang bertembung sekitar jam 11 mlm hari sabtu malam ahad baru2 nih...aku jarang sangat nk hafal perlawanan liga enggeris nih walaupun aku cukup minat dengan pasukan liverpool....

Teman2 di kampung berbicara juga kisah dalam bulan ini saja,di dalam kariah kami sudah berlaku 4 kematian...ada juga cakap2 bila mana orang tua2 cakap klau dalam 1 kariah ada kematian dalam sebulan selalunya no ganjil...1,3,5 dan sebagainya...jadi kami pun saja la dok cakap...klau mcm kata orang tua2,kariah kita baru 4,siapa yang nk jadi no ganjil sebelum habis bulan nih?

Persoalan tersebut berlalu dengan begitu saja...menjadi seribu persoalan yang di ketahui hanya yang MAHA ESA....

Abang Cha...bapak kepada amir pulang awal kerana mahu menonton bola di rumahnya & mahu berbincang dengan sedara mara lain berkaitan dengan persiapan kenduri pernikahan anak lelakinya iaitu amir...

Aku di maklumkan oleh abang cha,sewaktu arwah amir keluar buat kali terakhir pada malam tersebut lepas perlawanan bola sepak apabila menerima panggilan telifon dari rakannya...jarum jam sudah menunjukkan jam 1 pagi...

"hang nk keluar lewat malam nih,pukui berapa hang nak balik?"

"Ceq balik lewat malam nih abah,esok ceq tidoq 2 hari puas2 sebab cuti ahad dengan deepavali isnin nih"

Keluarlah amir dengan temannya rakan sebaya yang baru dapat kerja 2 minggu dengan syarikat yang dapat kontrak pembaikan talian telekom....malam sebelum tuh,amir & rakan sebayanya ini sudah membeli stor burger secondhand dari kawan di kampung yang sama...di usung malam tersebut dgn niat nak berniaga burger lepas deepavali nanti....

Mereka memandu kereta pada malam tersebut...pada malam itu juga adalah malam terakhir abang cha & bapak rakan amir ini melihat kelibat mereka berdua bernafas seperti kita sekarang...

Keesokan paginya,sekitar jam 8 pagi...rumah abang cha di datangi sebuah kereta peronda polis...

"Kami nk maklumkan pakcik harap bertenang & bersabar...kami nak maklumkan,Amir anak pakcik meninggal dunia jam 5 pagi di hospital seberang jaya kerana terlibat dalam 1 kemalangan jalanraya di sekitar kawasan sungai dua...."

Abang cha yang malam itu tidor lepas subuh sesudah selesai perbincangan dengan ahli keluarga mengenai persiapan kenduri amir terus terduduk mendapat berita berkenaan kematian amir bersama rakannya yang sama2 keluar menaiki kereta pada pagi itu....

Kereta Peronda tersebut terus ke rumah Haji Halim,bapa sedara kepada rakan Amir yang tidak jauh daripada rumah Abang cha juga ingin memaklumkan berita yang sama kerana bapak rakannya tidak berada di rumah sebab awal2 pagi sudah melakukan tugasnya memberi makan lembu yang di ternak....

Dalam keadaan berita yang mengejutkan tersebut,adik kepada arwah rakan amir ini yang berumur 13 tahun brkemungkinan terkejut secara tiba2,emaknya melihat anak gadisnya tidak lagi bernafas & mungkin meninggal dunia.Apabila doktor datang membuat pengesahan di rumah...ternyata tepat jangkaannya...anak gadisnya itu juga telah pergi menemani abangnya dalam keadaan yang tidak di sangka...

Memanglah sehari sebelumnya anak gadis ini mengadu sakit dalam perut,Doktor mengesyaki berkemungkinan ususnya luka di jangkiti kuman...

Bayangkan,si bapa kepada rakan amir ini masih tidak mengetahui kematian 2 anaknya kerana mungkin beliau tidak punyai handphone atau handphonenya tertinggal di rumah,Wallahualam...yang pastinya..apabila dia pulang ke rumah...di lihat,orang cukup ramai & kenderaan juga tidak kurang hebatnya banyak mcm ada kenduri...

Sampai saja di rumah,bapak rakan arwah amir dimaklumkan tentang kematian anaknya...bayangkan perasaannya waktu itu?aku cuba nk menyelami hati & perasaannya,tapi hanya rasa hiba yang aku boleh gambarkan....aku juga punyai anak,aku juga seorang ayah...walaupun mereka bukanlah saudara mara aku...tetapi mereka adalah saudara seagama dengan aku.....

Dalam jam 1 petang aku keluar dari masjid betul2 di hadapan rumah jenazah rakan amir iaitu masjid kampung simpang tiga kerna urusan membuat keranda & mengorek 3 liang kubur sudah siap selesai dengan bantuan seluruh anak muda kariah secara beramai2 gotong royong...aku terus ke markas keadilan yang juga pada hari yang sama membuat jamuan rumah terbuka aidilfitri...ramai jentera muda tidak berada di sana...masing2 menguruskan kerja mengorek kubur & menyiapkan papan keranda utk jenazah nanti...program rumah terbuka tertunda dari jadual asal kerana masing2 baru tiba dari masjid simpang tiga selepas selesai tugas di sana...

Jam 1.30 aku mendapat panggilan telifon,2 jenazah iaitu amir & rakannya sudah tiba daripada hospital seberang jaya...manakala 10minit kemudian menerima pula panggilan memaklumkan jenazah adik perempuan kepada jenazah rakan amir tiba daripada hospital sungai bakap setelah post mortem di lakukan walaupun jenazah meninggal di rumah tetapi perlu membuat post mortem untuk membuat pengesahan sebab2 kematian kerana umurnya masih muda 13 tahun....

Walaupun kehadiran di rumah terbuka aidilfitri keadilan yang tidak jauh dari rumah jenazah cukup ramai & amat luar biasa dari tahun2 lepas...dengan kehadiran seluruh penduduk tak kira penyokong PR atau BN...suasana aku nampak dengan jelas skali...para petugas amat peka & bersimpati dengan kejadian yang berlaku di kariah aku hari ini...riuh rendah,tawa gurau senda seperti biasa tidak ada langsung...mungkin sikit rasa terkilan kerana abang cha adalah barisan hadapan jika ada program PR...

Jam 3.30,ramai petugas2 meninggalkan majlis untuk pergi ke rumah jenazah bagi memberi penghormatan terakhir pada keluarga jenazah...ramai org2 veteran & anak2 muda hadir sehinggalah jenazah di usung melintasi jalan dari rumah kerana masjid hanya beberapa meter di seberang jalan sahaja dalam jam 5 petang.

Ucapan sayu daripada bapak arwah rakan amir....

"Saya bapa pada 2 arwah jenazah ingin meminta kepada sapa2 yang ada jenazah anak saya terhutang,lepas nih boleh mai jumpa saya...kepada semua tuan2 yang membantu menguruskan jenazah anak saya daripada hospital seawal pagi tadi sewaktu saya sendiri tak tahu tentang kematian ini hinggalah jenazah nak di kebumikan nanti...saya ucapkan jutaan terima kasih banyak2..."

Aku lihat bapak arwah cukup tenang....relex...tapi dalam hatinya aku cukup dapat rasakan bagaimana pilu & hibanya hati seorang ayah...abang cha juga aku lihat di masjid begitu sugul sekali...Selepas diadakan 2 kali solat jenazah di adakan antara solat jenazah lelaki & perempuan...aku lihat cukup ramai tetamu di rumah Allah untuk menunaikan solat asar & solat jenazah untuk sekian kalinya di masjid kariah aku...

Aku terus pulang sebab tak puas hati bila ada di antara 'set2 tetap' yang selalu melakukan solat jenazah ntah dari kawasan kariah mana mai...dok bahagikan sampul berisi saguhati sembahyang jenazah sambil muka tersenyum n gelak ketawa...klau muda dari aku...cam nk boh penampaq saja...ni umur dah paras 60 atas...nk kata apa?baguih la tunjuk teladan mcm tuh kat kami anak2 muda kampung...

Kepada keluarga amir & keluarga Abang Ya...Takziah aku ucapkan...DARIPADA ALLAH KITA DATANG...KEPADA ALLAH KITA KEMBALI...sama2 la kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka & doakan mereka di jauhi seksaan kubur & di tempatkan dengan mereka2 yang soleh & solehah...AL-FATIHAH......AMIN....

SUMBANGAN DEEPAVALI DI KUIL BERTAM KEPALA BATAS

Ketua KeADILan Bahagian Kepala Batas En Zaini memberikan Ucapan Kepada Hadirin...Turut Kelihatan YB Fairus Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang,Datin Mahani & Pn. Noorsiah Ketua Wanita KeADILan Bahagian Kepala Batas.

YB Fairus Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Memberikan Sumbangan Deepavali kepada Penduduk India Di Bertam

Lagi Penerima Sumbangan Daripada YB Fairus

En Guna Naib Ketua Bahagian KeADILan Kepala Batas Menerima Sumbangan Bagi Pihak Penduduk Yang Tidak Dapat Hadir

Hadirin Penerima Sumbangan Sempena Menyambut Deepavali

Isnin, 27 Oktober 2008

ADA OTAK???LU PIKIR LA SENDIRI!!!

Kat sebelah ni print screen dari blog ANGIN PERUBAHAN.nampak tajuk, gambar dan jugak sikit komen dari blogger blog ANGIN PERUBAHAN?Aku taip balik kot-kot hangpa tak nampak - Seronoknya ayah dan anak memerintah Pulau Pinang.

Tanpa rasa bersalah diumumkan DEB sudah dimansuhkan.Menurut Perlembagaan, Perkara 10, Fasal 4, Perlembagaan melarang mana mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal hak keistimewaan.

Jadi bagaimanakah pendirian orang Melayu yang masih sokong DAP dan PKR?


Aku ambik sikit petikan berita tu : Bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau bersedia menamatkan layanan istimewa terhadap kaum majoriti orang Melayu - ikrar yang digunakan oleh pihak pembangkang, yang mengakibatkan parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu.


Bagaimanapun, program itu yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang diperkenalkan pada 1971, mesti ditamatkan 'secara beransur-ansur', kata Najib dalam wawancara dengan Televisyen Bloomberg yang disiarkan hari ini.


"Jika kita tidak berubah, rakyat akan mengubah kita," kata Najib, 55, di pejabatnya di Putrajaya."Dalam tempoh masa tidak lama lagi, kita akan menyaksikan semua elemen Dasar Ekonomi Baru (DEB) akan diganti," kata Najib tetapi beliau tidak menyatakan bila ianya akan dilakukan.

Lepas ni aku nak tengok apa komen-komen pencacai-pencacai UMNO/BN dan jugak tuanpunya blog ANGIN PERUBAHAN tentang kenyataan Najib semalam.Hangpa nak habaq apa pulak lepas ni?Jilat jangan tak jilat..!Khaakkkkkk Ptuuuiiihhhhhh!!!!!

Ahad, 26 Oktober 2008

Pemuda Pakatan-Najib Perlu Di Gantung Tugas

Eurocopter: laporan BPR terhadap Najib

PUTRAJAYA,24 OKTOBER (SK)- TIGA sayap pemuda Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai penglibatan Timbalan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Laporan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda KeADILan Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama-sama dengan Setiausaha PAS Ahmad Sabki Yusuf dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke susulan daripada laporan polis yang dikemukakan oleh Timbalan Ketua AMK Fariz Musa 20 Oktober lepas.

Laporan berkenaan dibuat berdasarkan pendedahan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Parlimen sewaktu perbahasan bajet 2009 di Parlimen 13 Oktober lalu.

Ianya berdasarkan kepada surat rasmi yang dihantar syarikat pembida helikopter, Mentari Services,yang memberitahu bahawa kerajaan telah bersetuju membeli 10 unit Eurocopter yang lebih mahal daripada pembida lain yang menawarkan helikopter yang berkeupayaan yang sama pada nilai yang lebih murah dan menjimatkan.


Ketika ditermui di luar perkarangan Ibu Pejabat BPR Shamsul turut berkata beliau yakin ada unsur penyelewengan yang berlaku di dalam pembelian berkenaan.

“Kita yakin ada unsur penyelewengan didalam didalam pembelian berkenaan,” katanya lagi.
Gantung Tugas Najib

Dalam kenyataan bersama, Shamsul turut mendesak agar Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menggantungkan tugas Najib kerana penyelewengan ini berlaku ketika Najib menjadi Menteri Kewangan.

“Pemuda PR juga menggesa agar Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi menggantung tugas Najib selaku mantan Menteri pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian Eurocopyer ini sehinggalah siasatan dan pendakwaan dilakukan, sekiranya ada,”katanya lagi.
Harga tender yang ditawarkan Eurocopter bagi 10 helikopter itu adalah RM2.317 bilion dan adalah harga yang paling tinggi. Mentari Services, melalui syarikat induk Kelowna Flightcraft menawarkan helikopter buatan Rusia Mi-172 KF pada harga RM898 juta, manakala syarikat pembuat Nuri, Sikorsky dari Amerika Syarikat, menawarkan helikopter alaf baru S-92 pada harga RM1.452 bilion.


Surau Atau Masjid?

Sebenarnya semua tempat ibadah bagi muslim adalah masjid...cuma disebelah benua arab dia tak panggil masjid..dia panggil jamek..( gamek )Dalam feqah..bila suatu tempat itu diadakan solat jumaat maka dia termasuk dalam masjid..walaupun bangunannya kecik sebesar surau dia tetap masjid..maka sahlah beriktikaf dalam masjid yg kecik itu..termasuklah menunaikan solat tahiyatul masjid boleh aje kalau disurau kalau nak buat kerana dia juga adalah rumah allah..


Kita tetamu allah maka kita memang patut tahiyat ( hormat ) pada tuan rumah (allah) Kita jugak kena ada kesedaran sebenarnya surau atau dalam bahasa arabnya musollah adalah kata nama tempat yg kalau diterjemahkan dalam bahasa malayu bermaksud tempat solat..

Maknanya satu ruang kecik untuk kemudahan muslim yg nak solat ditempat2 awam tertentu cthnya stesen ketapi ataupon lapangan terbang...sebab itu musollah atau surau ini dalam bahasa inggerisnya dipanggil prayer room dan bukan mosque...

Siapa yg cipta surau di kampung2 ini..?sudah tentulah penjajah yg bermula pada zaman stanford rafless (muballigh kristian) yg dihantar oleh kementerian tanah jajahan british untuk menyediakan laporan berkaitan sistem undang2 dan pendidikan islam yg kuat ditanah melayu ketika itu..setelah laporan dikeluarkan..


Satu kertas cadangan dikemukakan untuk british campur tangan dalam urusan pentadbiran undang2 dan pendidikan di tanah melayu..maka pendidikan melayu yg berteraskan islam dengan mengguna pakai sistem pondok meletakkan asas masyarakat bernukleuskan masjid..


Masjid menjadi pusat kegiatan masyarakat dan dekat dengan islam..setelah british menubuhkan sekolah pertama (penang free school) kemudian sekolah melayu maka sistem pendidikan agama diasingkan ke sebelah petang dengan pembiyayaannya adalah dari masyarakat itu sendiri berbeza dgn skolah melayu yg ditanggung belanjanya oleh british..itulah mulanya istilah sekolah agama rakyat..brtish mengorak langgah dengan mewujudkan sistem pentadbiran daerah, kemudian mukim dan kampung...

Automatiknya pentadbiran agama jugak dibahagikan mengikut negeri daerah mukim dan kampung..maka pejabat agama daerah yg kini kita pusakai adalah kesan dari jajahan british..brtish buat macam itu untuk control masjid jadi dibuat undang2 tentang jenis2 masjid..masjid negeri, daerah, mukim dan kampung...


Asas inilah yg meletakkan satu kamping hanya satu masjid dalam banyak2 kampung dalam satu mukim satunya dipilih sebagai masjid mukim dan dalam banyak2 mukim salah satunya dipilih sebagai masjid daerah dalam dalam banyak2 daerah..daerah yg merupakan pusat pentadbiran negeri dipilih sebagi masjid negeri dan untuk menghormati raja dipilih pulak satu masjid sebagai masjid diraja..

Sedangkan dalam islam hendaklah masyarakat membina masjid dahulu baru penempatan maka dalam sekuarang2nya 160buah rumah satu masjid..40rumah kiri masjid 40rumah kanan masjid 40rumah depan masjid dan 40 rumah belakang masjid...dalam lingkunagn 4hala itu mesti akan ada berpuloh2 rumah lagi..sebab itulah masjid dahulu berkesan mendidik masyarakat sebab pusat organisasinya dimasjid..apa2 hal pegi masjid...maka apa jadi pada masjid yg dianggap kecik dan tidak dipilih sebagai masjid kampung..british dgn mudah menanamkan pada kita bahawa itulah yang dipanggil SURAU...!!!


WALLAHUA'LAM.




*Klau benarlah,bermakna meroboh surau sama lah dengan meroboh masjid?wallahua'lam

PRINTER PROBLEM?

Call to technical support:



Caller : Hi, our printer is not working.


Customer Service: What is wrong with it?


Caller : Mouse is jammed.


Customer Service: Mouse? And how it is related to printer?


Caller : Mmmm.. Wait, I will send a picture.
Related Posts with Thumbnails