Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih

UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!

Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Rabu, 20 Ogos 2008

Konspirasi Politik Untuk Jatuhkan Kerajaan Perak

Kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak membabitkan kes 2 orang EXCO Parti KeADILan Rakyat hari ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat Perak menegaskan bahawa wujudnya 1 konspirasi politik tertinggi dengan tujuan cuba menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sekeras-kerasnya menafikan kewujudan Projek Perumahan yang dikatakan bernilai RM180juta di Sri Iskandar.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak juga TIDAK PERNAH MELULUSKAN apa-apa projek perumahan di Sri Iskandar seperti yang diwar-warkan setakat ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak juga menegaskan bahawa mustahil bagi YB Jamaluddin dan juga Kapten Osman meluluskan apa-apa projek perumahan kerana ianya adalah DILUAR BIDANG KUASA MEREKA.

Sebagai sokongan kepada kedua-dua EXCO yang ditahan berkenaan dengan kes yang disebutkan, 1 KEMPEN SOLIDARITI telah dilancarkan untuk YB Jamaluddin dan juga YB Osman.

Sebagai langkah pertama KEMPEN SOLIDARITI, 1 perhimpunan akan diadakan pada jam 9:00 pagi esok di perkarangan Mahkamah Majistret Ipoh.

Seterusnya pada jam 2:30 petang 1 lagi perhimpunan akan diadakan di Mahkamah Tinggi dimana Hakim akan membuat keputusan untuk menilai semula perintah tahanan reman kedua-dua tertuduh.

4 ulasan:

kulatlapok berkata...

salam Bro..

Bidang kuasa dah tak sama dengan apa yang didakwa..?? macam mana YB ni boleh cross tugas MB..pelik jugak...apapun rasuah tiadk boleh berkmpromi kerana ianyalah menjahanamkan negara dan bangsa.. tapi kali ini BPR buat kerja macam KILAT.. moga2 kes yang melibatkan aduan dari PR...juga kena action yang sama..!! BN dah dapat modal di Permatang Pauh...Seks Dan Rasuah memnag amalan PKR..kata demele..gamaknya..

aloha2 berkata...

kulatlapok...

aku setuju sangat...aku bukan takat exco tuh rasuah.....klau DSAI rasuah pun kita tgkap....

tapi di perak nih buat keja mcm kilat...exco bukan bidang plak tuh...pelik2....rasuah BN semua sapu bawah tikar yee...nanti lepas 16 sept kita ambik action...

kepada YB PR...jgn hampa ingat buat mcm BN kami nk lepas...jail dok ternganga....buat keja huduh...kami juga yang akan tumbangkan hampa

akuatik berkata...

caya la...BPR memang cekap dan pantas..

MacyKoh berkata...

hahaa...lawak betul, yesterday tangkap today bicara. org diapa hari ini tangkap 4~5 tahun bicara??? lu ada otak, pikirlah sendiri.....

Related Posts with Thumbnails