hari tu 15 ogos 08 pengarah jawi hadir masa si sialfool angkat sumpah.hari ini si sialfool di panggil ke jawi pulak.mcm mana blh jadi org yang ada kes dgn JAWI blh bersama di masjid jln duta tempoh hari.huhuhu.........update dari beritaharian ;
KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan melarikan diri daripada wartawan yang menunggunya selesai memberikan keterangan dipercayai berhubung dakwaan liwat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini, tengah hari ini. Beliau dipanggil pegawai siasatan Jaip dipercayai berhubung dakwaan liwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mohd Saiful yang keluar melalui pintu belakang jam 1.15 tengah hari, terus menaiki Proton Waja yang sedia menunggunya dan dipecut laju.
antara tugas ustaz ramlang porigi adlh :
URUSETIA INDUK JAWATANKUASA PENGURUSAN JENAZAH ORANG-ORANG KENAMAAN shj bg masjid wilayah jln duta :
Bhg. Us. Ramlang bin Porigi H/P : 019-3569680 H/P : 012-5708143 dan
Pembantu Hal Ehwal IslamTalian Terus :03 62018780ext :158
3 ulasan:
salam aloha2..
sebonaqnya, mamat ramlang a.k.a imam celop ni pemuda ameno bahagian bukit mrtajam daa...dalam blog http://no2umno.blogspot.com/ ado cerito-nyo...hampeh toiii...
hentikanlah fitnah ni!
utk pengetahuan korg..
ustaz ramlang porigi mmg imam kt masjid wilayah..
x caya? g sana sendiri, tgk ngn mata kpl, tnya org2 sana..
pastu jumpa dia, jgn lupa minta maaf lol..
ttg jwtn dia sbg pembantu hal ehwal islam, ye mmg btul itu jwtn dia. tp tugas dia sbg imam..
tau kn apa beza jwtn dan tugas? klu xtau g skolah balik...
knp dia mngundi kt pmatang pauh?
ok..dia mmg pngundi bdaftar kt sana cos sblum jd imam masjid wilayah dia dok n bkerja kt sna..
mmg dia org sabah, tp dia membesar kt penang..n dia adlh x-student pondok penanti
mcamana akau tau kisah dia? aku classmate dia kt pondok penanti dulu!
so jgnlah nak fitnah dia lg!!!
Ramlang Porigi pulak jadi popular. Padahal dia hanya sekadar saksi untuk sumpah Saiful Bukhari. Saksi bukan pengadil. Saksi juga bukan penghukum. Salah atau betul sumpah saiful bukhari, peduli apa bagi diri saksi seperti Ramlang.
Kita juga saksi yang menyaksikan sumpahnya Saiful Bukhari. Bezanya, Ramlang menjadi saksi dengan mata kepalanya sendiri sumpah berkenaan. Sedangkan kita hanya menjadi saksi berdasarkan rakaman di TV.
Orang kata, angkara politik manusia sanggup berbunuhan. Sanggup pulau memulau. Sanggup bercakaran sesama sendiri. Sanggup lakukan apa sahaja.
Hakikatnya bukan politik saja, tapi sikap taksub dan melampau itulah puncanya. Dalam apa halpun, sikap melampau dan keterlaluan boleh membawa bala. Org cerdik boleh jadi dungu. Sikap tidak rasional akan menguasai diri.
Ramlang, sebelum ini hanya dapat kita lihat wajahnya di kaca TV setiap sebelum khutbah Jumaat dibacakan. Dia duduk sebaris dengan imam-imam lain dan sidang jumaat yg hadir. Dia tidak buat apa-apa kecuali duduk diam. Kamera TV akan bergerak sepintas lalu dan wajahnya sepintas lalu juga akan muncul di TV. Ramai orang tidak perasan akan kewujudannya pun.
Sekarang ini Ramlang sudah popular. Dipopularkan oleh sebahagian portal politik dan blog-blog politik. SMS tersebar di sana-sini menyebut2 namanya.
Puncanya mudah.
Kerana terlalu marahkan Saiful Bukhari, bukan setakat Saiful Bukhari yang dimarahinya, malah saksi yang menyaksikan sumpah mubahalahnya pun turut diseret sama. Habis latarbelakang Ramlang disiasat dan dilondehkan. Kemudian beliau dikait-kaitkan dengan pelbagai andaian. Ada yang mengaitkannya sebagai sebahagian dari konspirasi.
Dikorek-korek oleh mereka, dia ini imamkah. Atau menyamar sebagai imamkah. Atau dan atau..
Oleh kerana Ramlang berasal dari Sabah yang dan menjadi pengundi Permatang Pauh, maka dikaitkan bahawa beliau dihantar dari sana ke Permatang Pauh sebagai pengundi hantu atau sebagai agen untuk menjayakan konspirasi.
Kebetulan Ramlang adalah ahli UMNO, maka macam-macam benda yang diandaikan.
Saya fikir, sewaktu Saiful Bukhari bersumpah itu, kalau kebetulan mereka melihat ada seekor semut yang lalu di situ, maka sudah pasti semut itu juga akan dikatakan sebagai salah satu ‘barua’ yang sedang menjayakan konspirasi terhadap DS Anwar.
Sudah tentu semut itu dituduh sebagai pengundi hantu atau dihantar khas dari hutan mana entah untuk menghapuskan DS Anwar.
Juga mereka akan menyiasat siapakah semut itu? Mereka akan mempertikaikan tahap ke’semut’an semut itu. Semutkah semut itu. Atau semut-semut kah semut itu. Atau semut yang disemutkan sebagai semut kah? Atau yang disemut-semut-kan sebagai semut-semut kah?
Saya Kenal Ramlang
Dirinya, abangnya dan adik-adiknya cukup saya kenali. Isteri Ramlang juga saya kenal. Abang dan adik-adik isterinya juga saya cukup kenali.
Saya yakin, tuduhan-tuduhan jahat ke atas beliau adalah tidak benar dan tidak berasas samasekali.
Wahai kawan-kawan, bersederhanalah dalam segenap hal. Sikap melampau membawa padah!
petikan dari http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=90120
Catat Ulasan