Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Sabtu, 2 Ogos 2008

Menuju Ke Putrajaya !!!




Program Lawatan ke Negeri Pulau Pinang


Masa Aturacara


9.00pm ~ 11.30 pm


DSAI berucap di Ceramah Perdana Menuju Ke Putrajaya

Di Tapak Ekspo Pertanian Seberang Jaya, Pulau Pinang
Penceramah:

1)YB Husam Musa

2)YB Azmin Ali

3)YAB Lim Guan Eng

4)Datuk Seri Wan Azizah

5)Dato’ Seri Anwar Ibrahim


Untuk maklumat boleh Dihubungi:


En. RoziTel: 019-5252552

Tour Merdeka-Cerok To'kun & Gambar Pemfitnah (Si Seyeyfool)

Sepanjang program ceramah Tour Merdeka-Cerok To'kun liputan daripada wartawan rasmi laman reformasi

http://wrlr.blogspot.com/2008/08/dua-sahabat-ezam-berceramah.html

Kalau kena liwat (tutuh pungkoq) buleh senyum macam nih...rakyat malaysia jadilah hakim

http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/08/01/3612/

http://us2.malaysia-today.net/2008/content/view/10614/1/

Hat ni juga kita jangan lupa untuk apa pertemuan baru2 ini di 619 concorde hotel ini berlaku serta pembabitan Rodwan dalam setiap kes DSAI 1998-2008

http://us2.malaysia-today.net/2008/content/view/10560/84/

Aku juga mendapat berita daripada informer aku,katanya dia mendengar khabar siasatan BPR dah forwardkan kepada SFC terhadap mangkok 2 ekor tuh dah siap & BPR mengesyorkan untuk mendakwa 2 ekoq tuh.BPR juga syor agar ianya di dakwa oleh peguam luar bukan daripada Pejabat Peguam Negara.

Aku baru mendengar khabar angin...kesahihan fakta ini akan aku cuba dapatkan agar ianya bukti nyata.

Apakah Ini Kabinet Bayangan Malaysia??

Salam semua,

Aku tadi sempat melayari beberapa web news serta blog teman2,ada yang dh kena locked macam blog abang mat kita http://matsamankati.blogspot.com kesian2...macam tuh la nasib insan2 yang nak bercakap fakta serta kebenaran...dalam malaysia adalah 1 jenayah jika mahu bercakap benar.

Aku terjumpa 1 senarai kabinet menteri penuh mengenai kabinet bayangan baru dalam malaysia selepas 16 september ini...hmm,mungkin 65% ada kebenarannya...cuma aku sikit berkeyakinan jika

Tempat Timbalan Perdana Menteri II
Mungkin YB Datok Anisah Aman (Jangkaan jika bukan YB Datuk Abdul Ghafur Salleh)

Tempat Y.A.B Lim Guan Eng berkemungkinan peguam YB Fong Po Kuan (Batu Gajah)
sebab Y.A.B Lim Guan Eng sudah menjadi KM Penang

Tempat YB Zulkifli Noordin (petisyen pilihanraya kulim/bandar baharu) berkemungkinan YB Johari Abdul ( Sungai Petani)

Tempat YB Gobinh Singh akan di isi oleh Prof Jomo Sundram (di lantik senator untuk Menteri kewangan II)

atau ada kerusi menteri tambahan kerana ianya akan memantapkan pentadbiran baru dalam kerajaan rakyat yang baru...yang lain2 dalam senarai kemungkinan sama dengan dalam otak aku...Wallahualam

Tour Merdeka-Harapan Baru Anak Muda Malaysia

Hari ini banyak hal yang di uruskan mengenai persiapan menghadapi pilihanraya kecil di Parlimen Permatang Pauh serta aktiviti program malamnya di cerok to'kun Tour Merdeka yang bermula di Pulau Pinang...

Paginya,di selesaikan urusan2 pejabat yang memerlukan penyelesaian sebelum aku bergerak ke kelantan ahad ini bagi beberapa perkara yang telah di rancang sebelum Tour Merdeka,selepas selesai waktu paginya urusan2 pejabat aku bergegas pulang ke rumah untuk menyalin pakaian & ke masjid untuk menunaikan solat jumaat...

Daripada awal pagi,aku terfikir sejenak dengan pengumuman kawasan pilihanraya yang Dato Seri Anwar akan bertanding...adakah sekarang ini tahap keselamatan Dato Seri serta keluarganya terjamin atau akan berlakunya perkara yang tidak diingini...tapi aku tak ambil pusing sangat sebab jika apa2 berlaku dalam waktu itu pun,apa perkara yang dapat aku buat sebab aku di penang...jadi aku fikirkan jam 3.30pm bersama YB azmin ali di pejabat yayasan aman pmtg pauh serta program Tour Merdeka pada malam harinya...

Selesai solat jumaat,aku bergegas ke yayasan aman bersama beberapa teman2 yang turut sama mendengar taklimat pilihanraya yang di sampaikan oleh YB azmin ali selaku Pengarah Pilihanraya PKR Pusat...dalam perjalanan aku menerima sms dari ijun yang menyatakan atas sebab2 faktor keselamatan sekarang ini,DSAI sekeluarga di minta untuk bersama kerana serba kemungkinan akan berlaku...terfikir pula aku,Dato Seri malam ni di Bagan Datoh...so YB Izzah akan berada di cerok to'kun atau akan berada di kuala lumpur bersama Datok Seri Wan Azizah?

Setibanya di yayasan aman,isu keselamatan menjadi pokok perbincangan di setiap ruang di yayasan aman oleh rakan2 yang hadir...macam diberi skrip pula untuk membicarakannya...rupa2nya berita sejauh mana pun,kita telah mendapat info sepantas kilat.mungkin kerana ia kecanggihan teknologi yang ada sekarang memungkinkan maklumat tersebut sampai cepat hingga ke segenap masyarakat...

Aku di sapa oleh teman lama dari bahagian aku...'macam mana pilihanraya kali nih?betol2 sengit'...betul ka apa ayat dia nih...pertandingan sengit atau otak dia yang senget?Calon PR dah tau DSAI...BN pula sapa...yang kalut sgt dia kata akan jadi sengit tuh?terpikir sejenak aku...

Aku mendengar lagi...'la nih kita nk tengok dia berani turun lawan dengan Dato Seri atau tak...kalau dia anak jantan...usaha la bagi dapat calon BN di Pmtg Pauh'...lagi aku konpius...

Abang din tujukan pada sapa nih?saya tak berapa paham la...sapa dia calon BN tuh?
'Cit,hang nih kawan lama pun buat tak kenai ka'...aku tanya lagi..'kawan lama'?Ustaz sepak tong tuh ka?dia bukan kawan aku...dia Bekas Imam Masjid Negara yang paling pandai skill penyepak hebat...cuma dia jadi imam tak jadi striker bola sj...

'Bukan hat tu laa..Abang hang si ezam tuh'...aku pun angguk kepala tanda paham,kenapa plak ezam?abang din nih dulu pernah dok dalam umno...saya tak biasa dok dalam umno,undang2 dia bukan saya reti sangat pun....setahu saya yang mana keluar parti atau di pecat dari umno...hina serta hentam parti,tempoh 'EDAH' 5tahun tak boleh bertanding sebarang jawatan...apa lagi nak jadi Ahli Parlimen...aku menjawab

'Lor,abang hang tuh kan mcm sesumpah,apa nak heran sgt takat nak mengemis minta jadi calon di pmtg pauh...paling tidak dia nk sebariskan nama dia dengan nama DSAI'...di perincikan abang din

'Ewah2,dari tadi dok kata abang saya...abang saya...bila dia menikah dengan kak saya'...aku buat2 serius...muka aku ni,nampak lagi lawak kalau serius...'biaq pi dia nk mai sini...kita tgk sikit sampai tang mana hebat dia sebagai raja sumpah atau tok keramat' (dok sumpah keramat kerap-kata YB gobalakrisnan tadi dalam ceramah).'klau dia tak tau jalan mai permatang pauh...tolong bagi tau dia kot lorong mana nk ikut'...aku lagi buat2 serius...

Abang din tau aku melawak dengan dia,jadi klau orang yang tak kenal kami...mungkin kata kami bergaduh dah waktu tuh...abang din tanya lagi sambil di hulur kueh keria dengan karipap...'dengar katanya Izzah tak jadi mai ya malam nih?sebelum semua ahli keluarga dato seri balik n berkampung dalam pilihanraya nih di pmtg pauh,semua di minta berada di kl ya'?aku kata kemungkinan tuh besar...tapi belum dapat confirmation lagi dari Azra P.A YB Izzah...

Setelah puas bersembang,aku menuju pulang ke rumah sebelum malam nanti ke cerok to'kun pula bagi Tour Merdeka ini...dalam jam 6petang aku menerima sms dari Azra yang berbunyi YB Nurul memohon maaf kerana tidak dpt bersama dalam sesi Tour Merdeka mengikut perancangan awal berikutan ianya perlu diubah memandangkan dsai kemungkinan beliau di tahan serta perkembangan pilihanraya kecil Permatang Pauh... jadi benarlah cakap kebanyakkan mereka yang sudah mengetahui berita ketidak hadiran nurul...aku tak kisah sebab program malam ini tetap perlu di teruskan walaupun tidak dengan kehadiran YB Nurul Izzah...

Tepat jam 8.30,aku keluar menuju ke cerok to'kun untuk program jelajah Tour Merdeka-Harapan Baru Anak Muda Malaysia...setibanya aku dengan teman2 di sana,amat terkejut dengan kehadiran yang begitu ramai sekali mencecah lebih 3ribu hadirin yang kebanyakan ingin mendengar persiapan PR dalam pilihanraya kecil nanti...

Ceramah bermula bicara oleh pengerusi majlis yang cukup popular iaitu Amizudin Ahmat-Exco Angkatan Muda KeADILan Malaysia dengan panggilan Din Binjai,penceramah yang mengisi ruang hingga jam 12tgh mlm ialah YB Ong Chin Wen-Timbalan Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang,Zulkifli Ibrahim-Exco Angkatan Muda KeADILan Malaysia,YB Ravin ADUN Batu Uban,Chegu Badrul Hisham Saharin-MPT KeADILan Malaysia (Bekas Calon Rembau lwn K.J),YB N.Gobalakrisnan-Ahli Parlimen Padang Serai

Dari awal ceramah hadirin tidak berganjak mendengar kupasan isu serta persiapan menghadapi pilihanraya kecil di pmtg pauh...pilihanraya kecil amat penting sebagai ahli parlimen bagi membolehkan DSAI berada di dalam parlimen serta mengambil alih tampok kepimpinan di putrajaya daripada UMNO/BN.sejarah akan terukir dengan ternobatnya seorang PM yang bukan daripada kalangan parti yang sudah memerintah lebih 50tahun di malaysia ini.tarikhnya 16 september 2008

Rakyat sekali lagi akan di jamu dengan skrip di zaman Dr Mahathir iaitu Anwar sebagai Agen Yahudi,Agen Amerika,Agen Cina,Agen Hindraf,kaki pungkoq dari zaman remaja & lain2 lagi...walhal...tuduhan yang di lemparkan ini tak ubah seperti fakta yang tidak layak di printkan di A4 paper,selayaknya dia buat tisu tandas kerana mereka yang membawa serta menjaja skrip ini adalah orang yang punya mata tetapi melihat tanpa menggunakan akal...telinga dengar tetapi sekadar menerima tanpa menggunakan akal...mulut bercakap tetapi dengan skrip fitnah yang telah di mainkan dalam tv,internet tanpa hujah,bukti bertulis serta fakta kukuh yang boleh di sanggah dengan fakta serta bukti yang ada pada PR serta DSAI itu sendiri...sebab apa?macam abang MSK kata,otak ada tapi tadak akal...orang sebegini adalah lebih teruk dari orang buta,orang yang pekak serta yang bisu...malang yang lebih teruk sekali mereka ini bukanlah bodoh tetapi kurang pandai serta kurang bijak sebab pandainya terlebih...orang tua2 cakap...biar pandai tak pa...jangan pandai-pandai...lembu makan rumput cerdik lagi sebab dia tau makanan hat dia makan warna hijau namanya rumput...

UMNO/BN lebih suka bincang skrip tersebut daripada masalah utama rakyat

Melayu & Rakyat Malaysia...Melayu & Rakyat Malaysia...Melayu & Rakyat Malaysia...Melayu & Rakyat Malaysia...

Hidup Melarat....Hidup Melarat....Hidup Melarat....Hidup Melarat....

Minyak Naik....Minyak Naik....Minyak Naik....Minyak Naik....

Kena Tipu...Kena Tipu...Kena Tipu...Kena Tipu...

Esok Tour Merdeka akan menuju ke Taman Keladi Sungai Petani Kedah...boleh hubungi wak di sana 0175203055...jam pun dh jam hampir 4.30..aku nk lelap jap sebelum subuh...esok ada kesempatan kita jumpa lagi...chaw cin chaw....Lu ada Otak...Lu Pikir La Sendiri...

Khamis, 31 Julai 2008

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN KEADILAN

--- PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE ---
31 JULY 2008, PETALING JAYA, MALAYSIA

After deliberating with my family, the Keadilan party leadership and our partners in the Pakatan Rakyat, I have officially submitted my resignation as Member of Parliament of Permatang Pauh to the Speaker of Parliament YB Tan Sri Datuk Pandikar Amin Bin Hj. Mulia today to make way for my husband, Anwar Ibrahim, to contest as a candidate for Pakatan Rakyat in a by-election as soon as possible.

This is consistent with our goals towards securing a Parliamentary majority and forming a new government within this year.

This decision is the right decision for Malaysia.

The nation now faces some of the greatest challenges it has encountered since gaining independence. The UMNO-led Barisan Nasional government has mismanaged the economy and steered the nation towards a catastrophe. It has allowed the integrity of the justice system to fall into deeper infamy.It has stroked the flames of racism and driven a wedge of mistrust between Malays, Chinese and Indians,while thoroughly neglecting the needs of the indigenous peoples of Sabah and Sarawak.

Anwar Ibrahim has articulated a vision for Malaysia that has brought hope to the people. He has the experience and intelligence to reinvigorate our economy, and the charisma and integrity to unite the Malaysian people and restore credibility to our institutions of governance.

I will continue to serve as president of Parti Keadilan Rakyat and as chairperson of the Yayasan Aman (Peace Foundation).

I whole-heartedly thank my supporters in Permatang Pauh who have stood by me in the most difficult of times since September 1998 and have shared in the joy of victory we all experienced on March 8th. The future of our nation lies in the dedication and commitment to justice and freedom that I have experienced as your representative in Parliament and I look forward to many more years of serving you with sincerity and with humility.


DATUK SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
President Parti Keadilan Rakyat



-----------------------------------------------------------------------



--- KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA ---
31 JULAI 2008, PETALING JAYA, MALAYSIA

Selepas berbincang dengan keluarga saya, kepimpinan Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya dengan ini secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada YB Tan Sri Speaker Dewan Rakyat Datuk Pandikar Amin Bin Hj. Mulia hari ini, memberi laluan kepada suami saya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil secepat mungkin.

Ini adalah konsisten dengan matlamat kami untuk mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan baru dalam tahun ini.Keputusan ini adalah yang terbaik buat Malaysia.

Negara ini sedang berhadapan dengan cabaran yang paling getir semenjak mencapai kemerdekaan.

Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO terbukti telah gagal mengurus ekonomi negara ini dan membawa negara ini menuju kehancuran. Kerajaan ini telah menyebabkan integriti sistem keadilan hancur ke tahap yang memalukan. Ia membiarkan api perkauman semakin bernyala-nyala dan membuatkan etnik Melayu, Cina dan India saling tidak mempercayai satu sama lain di samping sengaja mengabaikan keperluan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.

Anwar Ibrahim telah mengungkapkan visi untuk Malaysia yang telah pun membenihkan harapan buat rakyat. Beliau mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan untuk membangunkan kembali ekonomi negara ini, juga karisma dan integriti untuk menyatukan rakyat Malaysia serta mengembalikan kewibawaan institusi-institusi kenegaraan.Saya akan terus berkhidmat sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat dan pengurusi Yayasan Aman.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyokong saya di Permatang Pauh yang selama ini sentiasa teguh di belakang saya di dalam melalui saat-saat sukar semenjak dari September 1998 dan saat-saat manis kemenangan 8 Mac 2008. Masa depan negara kita bergantung kepada dedikasi dan komitmen terhadap keadilan dan kebebasan yang saya lalui selaku wakil anda semua di Parlimen dan saya akan sentiasa berkhidmat untuk anda pada masa depan seikhlas mungkin.


DATO' SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat

Anwar Mahu Di Tangkap 48jam Dari Sekarang???

Di Khabarkan dalam tempoh 48jam dari sekarang sewaktu tersendnya tulisan ini,Dato Seri Anwar Ibrahim akan di tahan oleh pihak berkuasa....

Kita doakan ianya hanya 1 khabar angin yang tidak akan berlaku dalam keadaan gelombang kebangkitan rakyat membara.....

Teruskan untuk menumpukan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh....Kemenangan yang sangat kita harapkan...Wallahualam

Sah Anwar Bertanding Di Permatang Pauh

Dato Seri Wan Azizah Dato Wan Ismail,mengesahkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Ketua Umum Keadilan bertanding.

Dato Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh dalam masa terdekat ini,menurut laporan melalui sms ADIL.NET.

Berita sepenuhnya nanti boleh di layari di http://www.suarakeadilan.com/sk/category/berita-semasa

Dato Seri Anwar Ibrahim Tanding Parlimen Permatang Pauh?

Salam,

Kemungkinan jam 3 nanti 1 pengumuman Dato Seri Wan Azizah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan Dato Seri Anwar Ibrahim bertanding di sana....


Update :

KETUA Umum KeADILan, Anwar Ibrahim dan Presiden Dr Wan Azizah akan membuat satu pengumuman peting dalam sidang media petang ini di Ibu Pejabat KeADILan.
Muktahir ini, beberapa perkara penting yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim akan diumumkan bila tiba masanya kelak.

Diantaranya adalah mengenai penyertaan beliau dalam Pilihan Raya Kecil yang dijangka akan berlaku dalam masa terdekat.

Selain itu, isu yang lebih ditunggu oleh rakyat ialah mengenai kemasukan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menyertai Pakatan Rakyat.

http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/07/1198

Saiful Ke PUSRAWI Bukan Kerana LIWAT???

Ketika aku berjumpa teman2 sekampung,sempat aku menjengah ke kedai Kak Pah untuk mendapatkan kepastian dari kawan aku mengenai beberapa pembangunan ekonomi di kampung aku....

Di lanjutkan cerita dengan mendeguk teh O gelas besar,tiba2 kawan aku menyampuk...'semalam berita kata seyeyfool ker PUSRAWI bukan check pasal liwat tapi pasal sakit perut,aku hairan betol tetiba laporan perubatan tuh dok cerita pasal punggung tadak kesan luka,tadak kesan liwat,tadak kesan nanah'....

Habis tuh ko nak heran apa...?

'Iya la,aku pun biasa sakit perut,tapi tadak la pula sampai check punggung aku ada kesan liwat atau pun x'...aku menyampuk lagi...'kot2 hang ada buasir atau sembelit,pasal tuh dia nk check punggung hang...'

Melenting kawan aku...'awat nak check punggung pun sampai kena 2 doktor?tu yang doktor pompuan sorang lagi selain Dr Mohamed Osman tuh buat apa?kenapa nama kena rahsia?'

Aku pun menggaru kepala yang tak gatal...betol juga cakap si malaun nih...bergeliga juga dia fikir sampai macam tuh...aku pun cuba usik lagi...

Hang nih,asal depa cakap semua salah,apa yang betoi...

'Ya la,sekurang2nya..depa cakap dh berbelit2,klau laporan perubatan tuh tak betol & palsu,kenapa sampai Pengarah HKL,Polis dok sibuk jawab...Awal2 tak berani nak nafi atau nk ulas...cuma kalut dok cari sapa yang bocor...'

Rupanya makin bergeliga otak kawan aku nih...dia sambung lagi cerita sambil nak habiskan teh tarik dia...nanti Teh O aku pun penuh tempias teh tarik dia...

'Nih si mamat setan nih,dia ingat diri dia besar sgt tahap presiden amerika ka?dari hari mula sampai la nih,yang jadi setiausaha khas jurucakap pihak dia pak menteri,loyar,polis dgn pak menakan dia...apa nama dia?pet ka apa ka,serupa nama kucing tuh...Awat dia tak tunjuk muka sampai la...Pirraaahhh...Ptuihhh'

Makin marah nampaknya pak lid kita nih...semangat dia cerita...h/p dia pun berdering...rupa2nya member dia tunggu dh 2 jam di lokasi yang lain...hehe,marah sampai lupa ada janji dengan kawan dia...

Kami pun membayar minuman tadi,aku terus bungkus lauk & pulang untuk juadah tengah hari di rumah nanti...

Rabu, 30 Julai 2008

Israk & Mikhraj

Alangkah indahnya jika di hayati kekuasaan ALLAH S.W.T dalam sejarah israk mikhraj...

Amat penting sebagai umat islam,belajar dari pengalaman Rasullullah S.A.W tatkala menaiki 'Buroq' dalam perjalanan naik ke langit...Renung2kan...

Perincian Laporan Perubatan Saiful Bukhari



KUALA LUMPUR, 28 Julai (SK)- LAPORAN perubatan dari doktor yang memeriksa tubuh Mohd Saiful Bukhari Azlan mengesahkan tiada sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat. Pada 28 Jun lepas Saiful menemui Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi mengadu dia merasa kesan sakit didubur ketika membuang air besar.


Tetapi laporan Doktor Mohamed yang dikeluarkan pada jam 2.14 petang, sebaik sahaja pemeriksaan dibuat ke atas tubuh Saiful mengesahkan tiada sebarang kesan liwat seperti yang didakwanya.


Laporan itu jelas menyatakan:

* Tiada kesan koyak pada kulit (skin tearing, zero)

* Tiada pendarahan aktif (active bleeding, zero)

* Tiada kesan nanah (traces of pus, zero)

MERAPU Lagi Hamba ALLAH ni,Fikir2kan


Makin Bercakap,Makin Terserlah kebodohan serta meraban tak tentu pasal hingga di fikirkan tak layak langsung jadi menteri...
Lihatlah komen beliau ketika di wawancara media yang di siarkan UTUSAN mengenai laporan perubatan kes liwat DSAI,atau pun UTUSAN putar belit fakta mamat nih?
Sama2 kita lihat,baca & fikir guna akal,jangan baca hanya takat kefahaman nampak di mata...
Laporan perubatan bukan asas gugur kes Anwar-Ish...Ish...Ish...dah tu nak pakai asas apa?Fitnah ye....?
29/07/2008 4:55pm
.
KUALA LUMPUR 29 Julai – Laporan perubatan sebuah hospital swasta yang mengatakan pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan tidak pernah diliwat tidak boleh dijadikan asas untuk menggugurkan sebarang dakwaan terhadap Anwar berhubung kes itu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, polis masih perlu meneruskan siasatan kes liwat itu sehingga kesemua bukti berkaitan dapat dikumpul dan dinilai.
Kata beliau, siasatan kes liwat itu perlu diteliti dan tidak boleh dihentikan berasaskan satu perkara sahaja.
“Lagipun belum ada dakwaan rasmi lagi (terhadap Anwar oleh pihak polis). Jadi mana timbul soal hendak menggugurkan apa-apa dakwaan lagi,” katanya pada sidang akhbar sempena Persidangan Antarabangsa Berkaitan Islam Di dalam Media di sini hari ini. – Utusan.
http://www.utusan.com.my

Selasa, 29 Julai 2008

APA DAH JADI TV3???

Aduh,tertunggu2 aku di depan TV menunggu berita perdana 8mlm di tv3 sebentar tadi mahu dilihat sejauh mana laporan mengenai perkembangan mengenai LAPORAN PERUBATAN SAIFUL BUKHARI DI PUSRAWI

Kenapa la hingga sudah termasuk laporan sidang media DSAI hanya di cakapkan Ketua Umum itu memperincikan mengenai laporan perubatan tersebut...

Susah betul kali nih TV3 nak sebut macam nih : DAKWA LAPORAN PERUBATAN TERSEBUT,SAIFUL BUKHARI YANG MENDAKWA DIRINYA DI LIWAT TIDAK MEMPUNYAI KESAN ATAU UNSUR2 BERLAKUNYA LIWAT WALAUPUN PENDEDAHAN TERSEBUT TELAH MELANGGAR ETIKA PERUBATAN...

Amat penting di sini rakyat nak tahu bahawa ada terdapat unsur penipuan dalam laporan polis seyfool terhadap DSAI...tadak kena mengena mengganggu siasatan...wooo...bab laporan polis mula2 dulu sibuk dh hampa hukum DSAI,tup2 bocor laporan perubatan kali nih,hampa bgtau ianya telah mengganggu siasatan pihak polis & sikap tidak profesional pendedahan laporan tersebut...

Kepada Hospital PUSRAWI,kita tahu kesahihan laporan perubatan yang tersebar dalam internet tersebut adalah BENAR jika di ikutkan pendedahan Timbalan Ketua Polis Negara bahawa Dr Mohamed Osman telah di panggil ke balai polis untuk di rakamkan percakapan...jadi sikap profesional kamu sekarang di nilai rakyat...abaikan jika ada ugutan untuk menarik semula lesen perubatan kamu...Rakyat Sekarang Menanti Peralihan Kerajaan Baru...Jangan Menongkah Arus Gelombang Kebangkitan Rakyat...

Sekali lagi TV3 menunjukkan sikap berdolak dalih & tidak beretika sebagai saluran maklumat & berinformasi...

Dalam berita perdana tadi pun cuba di wujudkan permusuhan antara Ahli PAS dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz...Dari awal lagi beliau sudah menyatakan sikap dalam isu 'muzakarah' atau 'Muqabalah'.Ahli PAS serta Pendokong Pakatan Rakyat bergantung harap kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz serta sikap ketegasan beliau...Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah nyatakan HENTI segera 'muzakarah' atau RUNDINGAN UMNO-PAS.

TV3 sekali lagi mengulas seolah2 Tok Guru Nik Aziz salah sorang yang bersetuju dengan perjumpaan UMNO-PAS...Sedarlah semua,ini adalah usaha terakhir untuk hancurkan keakraban dalam PR.Nak runding apa?pasal ISLAM,MELAYU?dah tak reti nak jumpa DSAI,ABIM,JIM,PKPIM,TERAS & banyak lagi pertubuhan bukan kerajaan kalu benar nk bincang pasal Islam & Melayu.

OOooOOoo,Runding2 ek...ceq nak tau juga sebab YBhg. Hanipa Maidin & YB mahfuz kata melalui surat terbuka & penulisan di dalam blog bahawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS PUSAT pun di rahsiakan mengenai adanya rundingan,hanya individu tertentu rancang tentang rundingan nih...Hat nih bukannya Pandai...tapi Memandai2...

Biar sekarang Ahli PAS sedar,UMNO sekarang main isu bahawa PAS-UMNO nak bergabung...klau cerita teman dalam blog matsamankati mengenai macam mana haji bakhil kena tipu naik keretapi.kes nanya segelintir pimpinan PAS kena perkuda jadi lembu dengan UMNO,dia tak kupas dah Tok Guru suruh bubar PAS-UMNO...yang dia dok kata PAS nak gabung dgn UMNO dalam BN...

Dengar betul2 tadi Tok Guru cakap lain tapi TV3 beri komennya berbeda...jadi korang ada akal...kata nabil...LU PIKIR LA SENDIRI

KAMU TETAP YB DI HATI KAMI


A'km to all.


Sejarah dicipta di Kulim malam semalam apabila hampir 20ribu rakyat Kulim Bandar Bharu turun di Dewan Chinese Recreation Center (CRC) untuk mendengar ucapan DSAI.


Ada yang terpaksa meletakkan kenderaan sehingga 5km jauhnya dan berjalan kaki ke Dewan CRC. Program yang dipengerusikan oleh YB Johari Abdul (Sg. Petani) dimulakan dengan ucapan YB Lim Su Nee (ADUN Kulim-Ketua Bahagian PKR KulimBB). Ini diikuti oleh ucapan YB Yakob Husin (ADUN Bandar Bharu-YDP PAS Kawasan KBB) dan YB Senator Zamri Yusof (Ketua Perhubungan PKR Kedah). Turut berucap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang (DAP) YB Prof. E.Ramasamy & Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang YB Fairuz.


Kesemua mereka mengalu-alukan kesediaan DSAI untuk bertanding dalam pilihanraya kecil sebagai langkah pertama menuju Putrajaya.


Ketibaan DSAI ke Dewan CRC diberi sambutan luar dugaan. Pukulan kompang, tarian naga & india mengiringi DSAI masuk ke dewan dengan laungan gemuruh Reformasi oleh puluhan ribu rakyat yang hadir. Waktu kemuncaknya tiba apabila DSAI mengejutkan para hadirin dengan mengumumkan bahawa "Kulim hari ini mencipta sejarah dengan melahirkan bakal Perdana Menteri Malaysia ke 6..saya Anwar Ibrahim mengumumkan bertanding di Parlimen Kulim Bandar Bharu apabila kerusi ini dikosongkan nanti..'. Pengumuman mengejutkan ini disambut sorakan hebat rakyat dengan laungan takbir & reformasi oleh hadirin semua.


Gelombang kebangkitan rakyat kembali melanda. Dalam tempoh tak berapa lama, berita pengumuman tersebut tersebar keseluruh dunia melalui web TV dan internet.


Tetiba sahaja telefon saya dihujani panggilan telefon & sms yang tak hentinya sehingga saat saya menulis ini. Ramai yang bertanya mengapa saya sanggup korbankan kerusi empuk yang telah saya duduki. Jawapan saya mudah: pengorbanan saya terlalu kecil berbanding dengan masadepan rakyat & negara.


Negara memerlukan pemimpin yang boleh memacu bukan sahaja ekonomi negara.. bahkan membawa rakyat dan negara ke ketamadunan yang hebat. Pada saya, hanya Anwar Ibrahim yang mampu berbuat demikian. Ramai juga yang tanya apa habuan yang dijanjikan kepada saya..ramai yang terkejut bila saya katakan tiada apa-apa.


Saya serahkan kepada ALLAH. Rezeki datang dari ALLAH. Insya ALLAH saya yakin pengorbanan kecil saya ini tidaklah hebat berbanding pulangan yang akan diperolehi oleh rakyat dan negara. Moga ALLAH memberkati usaha-usaha kita yang tidak seberapa ini.


Ameen..


Adios.."


Coretan YB ZULKIFLI NOORDIN

Beliau Tetap YB Di Hati Rakyat

Bantal dan Anda

1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4 ) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita ² .Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi... Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal
Kesian betul mereka nih... pegi la kedai beli satu... bknnya mahal sgt pun... kedekut ke pemalas...........

renung2kanlah.....Anda dimana???? adakah no 1 @ 2 @ 3 @ 4 @ 5 atau mungkinkah no 6
Di Cedok
Teman2 Yang Kirim Email

Syaitan Oh Syaitan...Pergi Kau Dari Sini !!!

KAMI BERLINDUNG KEPADA ALLAH DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAMMMM....


9 jenis anak setan...

Bacalah sebaik2nya dan sebarkan pada rakan2 anda sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka.Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat,Insya'Allah.Umar al-Khattab r. a berkata,terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan > tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk(SCROLL DI BAWAH)...








10. Isetan.--->Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....

Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindustan--->Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang,maseh menyonggol depan tv.....kepala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah setan !!!

12. Santan--->Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak. Pun begitu kalau berlebihan boleh menyebabkan kolestrol tinggi.


Nukilan

Regards & Thanks,
Zahida,
EOL Mfg Bga / Mold / Marking SupervisorShift B,
Plant 1Tel : 04-632xxxx Ext 8xxx

TIRU!!!

Malaysia sebuah negara yang sedang membangun,walaupun kebanyakan dari pembangunan yang di jalankan kurang seimbang dengan pendapatan perkapita rakyat yang boleh di katakan masih ramai golongan yang berpendapatan rendah.

Kalau tangga gaji kemiskinan rakyat di naikkan dari RM800 kepada RM1500,peratusan kemiskinan rakyat meningkat secara mendadak melebihi 24% walaupun kita sudah merdeka 50tahun.

Berbalik kepada tajuk kita iaitu 'Tiru',lihat lah kereta nasional negara...bukan sahaja bentuk di tiru dari beberapa model kereta luar negara,bahkan enjin yang di gunakan hanya di upgrade dari beberapa model kereta seperti Mitsubushi,Renault,Citreon dll.Klau di 'Tiru' dengan enjin keluaran terbaru masih boleh la kita banggakan,tapi enjin zaman 70-an serta 80-an di upgradekan untuk kegunaan rakyat kita.

Itu bab kereta,ini pula bab hiburan...lihat saja rancangan2 seperti Jangan Lupa Lirik,Bolos serta Iklan CELCOM keluar dating dengan monyet...anda semua mungkin tidak perasan,tetapi hakikatnya kesemua rancangan yang di sebut tadi adalah dari negara jiran indonesia.Kenapa perlu meniru?Apakah rakyat kita tidak mempunyai idea atau hanya kerana pemikiran kita yang telah di ajar memikir dalam skop yang kecil?

Saya cukup yakin jika rakyat kita di beri peluang berfikir serta hak untuk bersaing,percaya lah rakyat kita akan menjadi pemikir yang terbaik dalam dunia ini yang boleh di banggakan termasuklah kera2 di dalam hutan yang akan mengaku mereka kera yang berasal dari hutan MALAYSIA...

Peralihan Kuasa?

Semakin ramai di kalangan rakyat yang di tanya mengenai jika berlakunya Peralihan Kuasa di peringkat kerajaan persekutuan...kesemua memberi respon yang positif...baik di tanya dari sudut mana pun,pastinya jawapan yang di terima mengembirakan para penyokong PR.

Apa tugas kita sekarang dalam menghadapi peralihan kuasa ini?Apa yang perlu di perkemaskan dari peralihan kuasa ini?Semuanya perlu di jawab segera...Jangan kita lupa,bukan senang peralihan kuasa ini akan berlaku...apakah golongan yang menanti jun 2010 boleh memberi laluan dengan mudah kepada PR mengambil alih tampuk pemerintahan ini dengan begitu mudah?Jawapannya pasti tidak...

Setiap insan yang sayangkan keamanan serta ketenteraman amat tidak suka jika peralihan kuasa ini di akhiri dengan suasana huru hara,haruslah para penyokong serta pendokong PR memberi satu suntikan kefahaman kepada teman2 kita yang mungkin sedikit kurang mendapat informasi terkini mengenai tujuan sebenar kita berkehendakan peralihan kuasa ini berlaku..

Justeru,seluruh rakyat di minta mengelakkan diri berada dalam kumpulan2 serta di lokasi yang boleh menimbulkan keadaan tegang serta huru hara kerana peralihan kuasa ini amatlah berkepentingan untuk kesejahteraan semua umat di atas bumi yang bernama MALAYSIA.

Ingatlah,menghuru hara negara adalah menyokong kepada penderitaan...penderitaan adalah menyokong kepada huru hara.Jangan beri mandat secara tak langsung kepada BN merampas kembali kesejahteraan sebenar oleh rakyat.Jadi fikir2kan lah

JADUAL TOUR MERDEKA-HARAPAN BARU ANAK MUDA MALAYSIA

Update:

TOUR MERDEKA 2008-HARAPAN BARU ANAK MUDA MALAYSIA

Bersama

YB Nurul Izzah Anwar,
(AHLI PARLIMEN Lembah Pantai)
YB Fairus Khairuddin
(Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
YB Manikavasagam
(AHLI PARLIMEN Kapar)
YB Kasaven
(ADUN Hutan Melintang)
YB Ong Chin Weng
(ADUN Bkt Tengah)
YBhg. Saiful Izham Ramli
(Ahli MPT KeADILan Pusat/Peguam DSAI)
YBhg. Chegu Badrul Hisham Shaharin
(Ahli MPT KeADILan Pusat)
Ybhg. Samsul Iskandar Mohd Akin
(Ketua AMK Malaysia)
YBhg. Faris Musa
(Timbalan Ketua AMK Malaysia)
YBhg. Amizuddin Ahmat
(Exco AMK Malaysia)
YBhg. Zulkifli Ibrahim
(Exco AMK Malaysia)
Ybhg Muzzaffar
(Exco AMK Malaysia)
YBhg. Ginie Lim
(Exco AMK Malaysia)
YBhg. Azrizal Tahir
(Naib Ketua AMK Pulau Pinang)
YBhg. Azman Nasruddin
(S/U AMK Kedah)

Serta ramai lagi kepimpinan muda Pakatan Rakyat



Tarikh : 1 Ogos 2008
Masa :Jam 9 Malam
Tempat :Galeri Pejuang Cherok To'kun,P.Pinang
Contact Person : Aidi Rafizul 016-436 2117


Tarikh : 2 Ogos 2008
Masa :Jam 9 Malam
Tempat :Taman Keladi,Sungai Petani,Kedah
Contact Person : Wak 017-520 3055


Tarikh : 3 Ogos 2008
Masa :Jam 9 Malam
Tempat :Dewan Rumah Rehat Telok Intan,Perak
Contact Person : Hj Yazid 019-480 4465



Tarikh : 8 Ogos 2008
Masa :Jam 5 Petang
Hi-Tea Bersama YB Nurul Izzah
Tempat :Markas PAS Chukai,Kemaman,Terengganu

Masa :Jam 9 Malam
Tempat :Markas PAS Chukai,Kemaman,Terengganu
Contact Person : Suffian 012-922 2769


Tarikh :16 Ogos 2008
Tempat :Kg. Semerbok, Kota,Rembau,N.Sembilan
Masa :9.00 malam
Contact Person: Azizi 0123696474


Tarikh :17 Ogos 2008
Tempat :Dewan Pay Fong,Melaka
Masa :7 malam dan di Alor Gajah 9.00malam
Pertanyaan 0126693453


Tarikh :23 Ogos 2008
Tempat :Lembah Pantai,Kuala Lumpur
Masa :9.00 Malam
Pertanyaan 0123191856

Sila Hubungi No Tel yang tercatat jika pengumuman pilihanraya kecil Kulim/Bandar Baharu

Isnin, 28 Julai 2008

EZAM CALON BN KULIM?

Terkejut juga melihat anak muda yang kononnya mahu mempertahankan kedaulatan melayu dengan menyertai semula UMNO baru2 ini...siapa lagi kalau bukan Ezam Md Noor telah menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi Kulim/Bandar Baharu menentang calon PR iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim bekas Bos lama dia la....

Masalah pengumuman tersebut bukanlah isu utama...yang buat terangkat Tudung kak Sharizat ialah,pengumuman mendahului parti serta MT UMNO mengenai calon pilihanraya mewakili BN...tak malu sungguh ya,udahla MT dh buat keputusan Ezam nak bertanding jawatan dlm semua peringkat di dalam parti pun tidak di benarkan...inikan pula mahu jadi desprate bertanding menagih jawatan Ahli Parlimen BN...

Rasanya makcik fidah meluat dah tengok muka si mamat nih,maklumla seantero malaya di jaja kak fidah rasuah masa jadi menteri mengenai pembahagian saham...tapi jenis raja sesumpah,tidak kenal erti malu,mungkin tiada sifat 'kemaluan' membuatkan dia mahu namanya menjadi sebutan serta menjadi sebaris dengan DSAI.

Secara peribadi,kepada ahli2 & Penyokong PR,jgn bimbang la kalau si mamat raja sesumpah ni mahu bertanding dlm pilihanraya kecil itu nanti...percaya la pada saya....HELLO org UMNO...hebat benar ya korang...dh jelajah seluruh negara mamat nih wal maki al hamun UMNO,tetiba tawar diri untuk di beri kepercayaan jadi calon BN...Boleh caya ker mamat nih?

Kepada semua petugas2 PR,selamat bertugas di Kulim/Bandar Baharu nanti...ingat,kemenangan ini adalah kemenangan rakyat...calon BN bukan sahaja musuh PR tetapi MUSUH RAKYAT yang akan menafikan rakyat mendapat kesenangan di dalam negara sendiri...MENANG BN bermakna menanglah kepada penderitaan...Wallahualam

Laporan Perubatan-TV3 tak beretika

Seluruh pelusuk pendalaman mahupun di tengah kesibukan kotaraya sebentar tadi di jamu dengan berita perdana TV3 mengenai laporan perubatan yang tersebar meluas di dalam internet...


Persoalan sekarang kenapa susah sangat pembaca berita nk menyatakan di dalam ulasan secara langsung tadi bahawa

-Laporan Perubatan Saiful Bukhari Yang Tersebar Di dalam Internet Di Dakwa Bahawasanya Saiful Tidak Mempunyai Tanda-Tanda Kesan Di Liwat.

Kenapa ianya tidak di sebut?susah sangat nak sebut ayat yang di nyatakan di atas?Jadi agak2nya kenapa?klau di sebut,maka akan menjadi berita panas la di kedai2 mamak kotaraya serta warung2 di kampung tak terkecuali di warung Timah Janda mengenai Laporan Awal seyfool tuh tak di Liwat.

Pak Leman dengan Pakngah Hamid akan jadi modal perbincangan membuka topik di warung Timah Janda...silap-silap haribulan,teh O dengan karipap yang di makan pun di bayar oleh pelanggan lain yang asyik mendengar hujah akal mereka...so...masih ada kah kreability TV3 nih?

Rasa2nya Excutive2 TV3 nih kena fikirkan semula...walaupun Pak Leman dengan Pakngah Hamid tak dapat Info penuh dari paparan serta ulasan TV3,harus di ingat...anak Pak Leman kerja di sebuah syarikat swasta sebagai Networking Enggineer...anak Pakngah Hamid pula kerja sebagai Pegawai Tinggi di Agensi Kerajaan...mereka ini terdedah dengan maklumat internet cukup untuk memaklumkan kepada Pak Leman & Pakngah Hamid seisi keluarga...

Jadi,kepada TV3..biar la lengkap sikit laporan anda...rakyat sendiri akan menilai kerja tak beretika kamu...

Laporan Perubatan SaiFool


Di atas adalah 2 Salinan laporan terhadap pemeriksaan yang di lakukan terhadap Saiful Bukhari Azlan oleh Dr Mohamed Osman Abd Hamid daripada Hospital Pusrawi.
Kepada anda semua kita teliti betul2 bahawa:-
Tulisan Doktor diatas:
-Mengadu sakit bont*t
-Sakit kat lubang dubur masa buang air besar selama seminggu
-Pesakit mengadu di"serang"..
Pemeriksaan fizikal am
-tidak pucat
-tidak demam
Pemeriksaan per rectum/ lubang bont*t
-Tiada pendarahan aktif
-Tiada parut
-Tiada lukatiada nanah
Diagnosis
Laporan Perubatan awal masa 2.14pm 28 jun 2008 bahawasanya saiful tidak pernah di liwat.

Bala Atau 'Bala'

Buat pertama kalinya saya mengucapkan tahniah kepada seluruh warga kerja Buletin Darul Tahzib yang brjaya menerbitkan keluaran pertama edisi bulanan untuk tatapan warga Pulau Pinang khasnya & umumnya rakyat Malaysia yang sering kali inginkan maklumat terkini atau pengisian dalam membandingkan maklumat-maklumat tersebut sama ada ianya benar atau diputar belit bagi pertimbangan pembaca sekalian.

Rakyat Malaysia serta seluruh hidupan di atas planet yang bernama bumi di gemparkan dengan satu akuan bersumpah (SD) dari seorang penulis blog www.malaysia-today.net yang cukup terkenal sehingga di lokap kerana beberapa artikel serta komen para pembaca di dalam blog beliau yang di katakan cubaan menghasut.Tubuh itu juga pernah di kurung selama 2 tahun di kamunting kononnya batang tubuh itu telah merancang untuk menggulingkan kerajaan Malaysia dengan persiapan bahan letupan & senjata bagi merancang peperangan dengan DYMM Yang Dipertua Agong.Mungkin kali ini bezanya serangan Raja Petra ialah Akuan Bersumpah yang di buat di depan pesuruhjaya sumpah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai pembabitan Rosmah Mansur bersama 3 individu lain dalam kes pembunuhan wanita monggolia yang menjadi perhatian seantero dunia kerana ianya kes berprofile tinggi & cara pembunuhan yang amat kejam dengan menggunakan bom C4.

Isu ini menjadi buah mulut semua orang walaupun bukan bertugas sebagai anggota tentera,pak man,hamid waima mak janda leha pemilik warung di hujung kampung tempat penduduk sekitar kampung bertemu & berbual kosong setelah penat turun ke laut atau membajak sawah padi.masing-masing sibuk memperkatakan apa itu C4 serta fungsi & cara-cara meletupkan C4 mengalahkan sarjan tentera di kantin dalam kementerian pertahanan.

Tiba-tiba tanpa di undang,hadir seorang manusia yang pernah bertugas dalam pasukan polis & menjadi penyiasat persendirian kepada Razak Baginda iaitu Balasubramaniam,di kad pengenalan beliau tercetak WARGANEGARA bagi setiap insan yang berstatuskan rakyat Malaysia.Hadir beliau kali ini dengan satu lagi akuan bersumpah yang membabitkan mangsa pembunuhan yang sama iaitu Altantuya.wanita ini tiada saudara mara di sini,datang ke Malaysia bersama teman & sepupu beliau dari monggolia,niatnya hanya mencari dua kenalan yang bernama Razak Baginda serta Najib Razak untuk menuntut baki komisen USD500,000 (hampir RM2juta).Hubungan dua orang tersebut bukanlah antara anak & bapa tetapi tak lebih daripada seorang pemikir yang bertugas kepada majikannya bagi menaikkan karrier politik bosnya.

Mangsa pembunuhan tetap sama cuma beza akuan bersumpah Bala dengan penulis blog Raja Petra hanya individu yang terlibat.Kalau Raja Petra membabitkan nama Datin Seri Rosmah Mansur,manakala Bala pula membabitkan nama Datuk Seri Najib Tun Razak.Berbeza pada nama tetapi hubungan mereka ini ialah suami isteri.Hubungan mereka ini akan membuatkan pegawai-pegawai pejabat agama akan di maki sekiranya menyerbu bilik hotel penginapan suami isteri Najib & Rosmah untuk di sabitkan atas tuduhan kes khalwat kerana mereka ini sah dalam undang-undang islam untuk duduk berdua-duaan dalam satu bilik.Cuma salah mereka dari segi undang-undang islam seperti tuduhan yang di lemparkan dalam kedua-dua akuan bersumpah tersebut iaitu RASUAH-SEKS-BUNUH.

Sehingga sekarang ini Rosmah tidak mengendahkan akuan bersumpah Raja Petra,bukan sahaja untuk menyaman atau mengambil apa sahaja tindakan untuk membersihkan namanya bahkan untuk jentik Raja Petra pun si isteri yang bernama Rosmah ini tak berani buat.Sehingga sekarang Raja Petra mengesahkan beliau mempunyai bukti yang cukup & penting untuk mengheret Rosmah ke mahkamah serta ke dalam sel Sg. Buloh atau ke penjara kajang.

Bala pula setelah membuat akuan bersumpah 1 bersama peguam beliau & Ketua Umum PKR Dato Seri Anwar Ibrahim dengan penuh senyuman yang boleh membuka hati gadis sunti terpikat melihat keceriaan Bala bahkan beliau cukup tegas menjawab soalan yang di ajukan oleh para wartawan di tingkat 1 ibupejabat parti keadilan mengalahkan peguamnya sendiri mengesahkan bahawa Akuan Bersumpah tersebut adalah benar.

Keesokan hari,Bala yang sehari sebelum itu sentiasa ceria & tersenyum tiba-tiba nampak cukup pucat,keletihan & amat sungul bagaikan terkena ‘BALA’ yang cukup dasyat hingga tidak menjawab sebarang pertanyaan dari wartawan seperti baru lepas di kejar jembalang,membisu seribu bahasa tampil dengan peguam baru & akuan bersumpah 2 dengan menarik kembali nama Datuk Seri Najib Tun Razak seperti tercatat dalam akuan bersumpah 1.Hairan bin Ajaib,rakyat Malaysia terus menerima kejutan demi kejutan,bukan sahaja penukaran akuan bersumpah tetapi Bala menerima ‘BALA’ kerana menghilangkan diri atau di hilangkan.Adakah Bala mengurungkan diri bersama anak isteri atau Bala menerima ‘BALA’ di kurung selepas nama yang dikaitkan dalam akuan bersumpah 1 adalah manusia yang menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu orang no 2 di Malaysia selepas Perdana Menteri.Rasanya sudah ramai yang hadir ke hospital membuat pemeriksaan jantung kerana tempias kejutan ini.

Bukan sahaja Bala yang terkena ‘BALA’,rakyat Malaysia & dunia terkena ‘BALA’ ugutan,’BALA’ kejutan,’BALA’ penipuan & segala ‘BALA’ yang entah berapa lama lagi akan rakyat terima.Sesungguhnya sebagai orang islam atau mana-mana individu yang berpegang teguh kepada agama yang di anuti,dekatkan diri kepada Tuhan & berdoa untuk di jauhkan dari semua ‘BALA’ ini terutamanya dari yang MAHA ESA kerana ‘BALA’ yang di turunkan olehnya tidak tertanggung oleh mana-mana makhluk ciptaannya.

Rakyat selepas ini akan berfikir panjang untuk membuat akuan bersumpah,rakyat tidak sanggup membuat akuan bersumpah jika tragedinya bakal di hadapi sama seperti Bala terima ‘BALA’ ugutan,’BALA’ hilang & lain-lain ‘BALA’ yang tak dijangka.Khabar angin sekarang ini bertiup cukup kencang Bala yang sedang mendapat ‘BALA’ telah di kurung di sebuah banglo milik kenamaan di Pulau Langkawi & di kawal lebih 30 orang daripada anggota keselamatan agar Bala ini tidak membawa ‘BALA’ pula kepada manusia yang bernama Najib Razak & Isteri atau Razak Baginda,Jadi jika ada yang ingin menjadi James Bond 007 menyiasat kebenaran tersebut harap lebih berhati-hati kerana ingin di ulangi sekali lagi,ianya KHABAR ANGIN entahkan benar…entahkan tidak...ENTAHLA

Harap-harap biarlah ianya hanya sekadar khabar angin kerana jika benar Bala & anak isteri berada di lokasi tersebut,rakyat mendapat lagi ‘BALA’ iaitu ‘BALA’ penipuan kerana Pengarah Jabatan Jenayah PDRM percaya Bala telah berada di Negara jiran dari maklumat rakan setugas di Negara jiran.Maklumat yang menipu & rakyat pula di tipu kerana Bala ke Negara jiran tanpa rekod imigresen sepertilah mangsa Altantuya yang terbunuh hilang rekod imigresen Malaysia yang boleh di gunakan di mahkamah untuk mengesahkan rekod perjalanan mangsa bersama siapa & ke mana waktu itu.

Oleh itu,terimalah satu-satu maklumat atau berita dengan penuh berlapang dada & berfikir menggunakan akal menilai dari semua aspek sebelum menelan mentah-mentah berita yang kita dengar agar tidak terkena ‘BALA’ salah maklumat.Sehingga sekarang bancian yang di buat oleh berita web no 1 Malaysia www.malaysiakini.com 92% pembaca mengundi untuk menerima pakai akuan bersumpah 1 Balasubramaniam.Jadi fikirkanlah.
Related Posts with Thumbnails