Masih ingat tentang cerita yang kami siarkan pada 7 October yang lalu…yang bertajuk Penjual Karpet, Tukang bawa beg Rosmah dan banyak lagi? Kalau dah lupa, ini sebahagian dari ceritanya.
Tetapi saya berminat dengan hanya seorang daripada pengarah/pemegang saham yang bernama Deepak…berumur 37 tahun, masih bujang, dan cukup tampan untuk diambil berlakun dalam filem Bollywood.
Syarikat tersebut didaftarkan sepuluh tahun lalu pada 26 Ogos 1999. Akaun terakhir yang difailkan dengan Pendaftar Syarikat pada 24 November 2006 menunjukkan syarikat tersebut mempunyai aset berjumlah hampir RM90 juta, tanggungan keseluruhan kira-kira RM67 juta, dan jumlah simpanan yang lebih daripada RM12 juta.
Pendapatan syarikat pada tahun 2005 adalah RM122 juta dan keuntungan melebihi RM7 juta. Tapi jangan lupa, keuntungan RM7 juta itu adalah jumlah rasmi ataupun keuntungan yang diisytiharkan. Tidak ada syarikat di Malaysia mengisytiharkan jumlah keuntungan yang sebenarnya.Oleh itu, berdasarkan pendapatan berjumlah RM122 juta, anda boleh mengagak jumlah keuntungan sebenar ataupun keuntungan sebenarnya mungkin beberapa kali lebih tinggi daripada itu.
Tetapi itu adalah akaun pada tahun 2005, kira-kira empat tahun lalu. Berapa pula keuntungan yang telah diperolehi oleh syarikat tersebut sejak empat tahun kebelakangan ini, yang disembunyikan dari pengetahuan umum? Jangan terkejut, kalau jumlahnya mencapai ratusan juta ringgit.
Okay..dengan pengenalan tersebut, sekarang adalah masa untuk menyambung cerita tentang Penjual Karpet yang bernama Deepak Jaikishan dan mendedahkan apakah kenakalan yang telah dilakukannya.
Deepak Jaikishan diamanahkan untuk menjaga bekas seorang pegawai polis yang menjadi penyiasat bebas yang bernama P. Balasubramaniam. Masih ingat tentang Bala? Bala merupakan individu yang telah menandatangani Akuan Bersumpah yang mensabitkan Najib tun Razak dengan Altantuya Shariibuu.
Beberapa jam selepas Bala mendedahkan Akuan Bersumpahnya semasa sidang media pada 3 Julai 2008, dia didapati hilang. Pada hari berikutnya, dia menandatangani Akuan Bersumpah kedua yang bercanggah dengan Akuan Bersumpah pertama yang dibuat pada hari sebelumnya. Selepas itu, dia terus hilang selama-lamanya.
(Baca PI Bala missing, says nephew oleh The Star, 5th July 2008).
Perlu diingatkan, saya juga pergi ke Rawang untuk menemui sepupu Bala, R. Kumaresan, seperti yang disebut dalam laporan berita tersebut.
Apa yang tidak diketahui oleh orang ramai ialah, semasa Bala memberikan sidang media sebelum waktu makan tengahari pada 3 Julai 2008, beberapa orang pegawai keselamatan telah pun berada dihadapan rumahnya di Rawang. Mereka kemudiannya menculik keluarganya.Dan ketika Bala sedang menimkati makan tengahari, seorang yang bernama ASP Suresh telah menelefon beliau untuk berjumpa. Bala juga diberitahu bahawa keselamatan keluarganya terancam sekiranya dia enggan bertemu.
Sebenarnya, Bala sedang makan tengahari bersama saya pada masa beliau mendapat panggilan telefon tersebut.
Dan saya tahu apa yang terjadi terutamanya apabila saya melihat Bala tiba-tiba menjadi pucat dan panik. Dan sudah tentu ‘mereka’ tahu yang saya mengetahui apa yang berlaku dan itulah sebabnya mengapa mereka membuat keputusan untuk menangkap saya juga.
Selepas Bala menandatangani Akuan Bersumpah kedua (yang bercanggah), mereka melarikan dia keluar dari negara ini dan menyembunyikan beliau di India. Deepak kemudiannya membayar RM50,000.00 sebulan kepada Bala sebagai bayaran untuk tidak berkata apa-apa.
Bala sebenarnya tidak mempunyai pilihan. Sama ada RM50,000.00 dan ‘persaraan’ di India atau menerima akibat seperti Altantuya. Dan dia juga perlu memikirkan tentang keluarganya…dan sudah semestinya wang lebih baik dari C4.
Dan apabila semuanya selesai, Deepak merasakan bahawa dia dan ‘Wanita Pertama’ sudah boleh hidup aman selama-lamanya tanpa apa-apa masalah.
Tetapi mereka tidak mengetahui bahawa Bala hanya menunggu masa yang sesuai untuk membalas balik. Dan sekarang, dia kembali menyerang dan telah keluar untuk memberitahu apa yang sebenarnya berlaku sejak dia menandatangani Akuan Bersumpah pertama, dan diikuti dengan Akuan Bersumpah kedua pada hari berikutnya….16 bulan lalu.
Hari ini, kami akan menunjukkan kepada anda sebahagian kecil dari apa yang didedahkan oleh Bala. Ya…hanya sebahagian kecil. Dan banyak lagi akan didedahkan dalam beberapa bulan akan datang. Dan semuanya benar-benar menjejaskan mereka yang terlibat.
Buat sementara waktu, sehingga bahagian yang paling menarik yang akan didedahkan, biarlah kita membiarkan Seri Perdana di Putrajaya dalam keadaan saspen.Dan apabila tiba masanya kita mendedahkan semuanya, tidak seorang pun rakyat Malaysia yang akan percaya bahawa Najib tidak terlibat dengan Altantuya.
Sebagai pembuka bicara, marilah kita tengok beberapa salinan cek dibawah yang dibayar oleh Penjual Karpet kepada Bala. Sekiranya Bala menandatangani Akuan Bersumpah palsu… seperti yang didakwa oleh mereka… mengapa mereka perlu menyembunyikan Bala di India dan membayarnya RM50,000.00 sebulan?
Sebenarnya, mereka perlu melakukan semua ini kerana Akuan Bersumpah pertama yang ditandatangani oleh Bala adalah BENAR. Dan itulah sebabnya mengapa mereka perlu menyembunyikanya.
Ya..Penjual Karpet sudah pasti akan menghadapi masalah selepas ini dan tunggulah…sehingga semua pendedahan ini berakhir.
Selamat malam Putrajaya, dimana jua anda berada.
(Artikel diatas adalah terjemahan dari artikel asal Remember the Carpetman cum Bagman cum Toyboy story? tulisan Raja Petra seperti yang tersiar di Malaysia Today)
Oleh Penterjemahan PERAKEXPRESS.COM