Sewaktu hendak membuat bendang, kerbaulah dikerah tenaganya menggalas tenggala menarik bajak. Berpeluh si kerbau berlumpur comot.

Kalau lambat dijerkah kalau malas dibelasah, birat bontot dibedal sang tuan.Kucing siam di rumah rileks saja tidur, makan, menggesel dan menggebukan bulu..

Bila padi masak dan menampakkan hasil, sang tuan membeli makanan sedap-sedap untuk si kucing siam, dipeluk diciumlah kucing siam yang semakin gedempol itu..

Kerbau kerbaulah juga..di kandang haring, makan rumput kuah lumpur dan tetap dibedal... -Kulupsakah

Layan Dulu Sih


UNDANG-UNDANG RIMBA DI CABUL BN & UMNO,RAKYAT TAK BODOH LA WEIIIII !!!!



Nak Relek Klik Kat Video Bawah

PC CM & PEMUDA PR P.PINANG

Rabu, 31 Disember 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2009


Salam,

Just nak ucap SELAMAT TAHUN BARU 2009...Moga di berkati dan di murahkan rezeki...Tahun Baru, Azam Baru, Harapan Baru & Ketua Baru...



--Sent from my mobile device

ANAK JANTAN KAH JIKA MACAM NI..??

Salam Sejahtera,

Aku lihat, sejak pilihanraya kecil P.036 yang akan diadakan 17 januari 2009...media massa DAH di peralatkan...pembaca berita di lakukan seperti percacai...Nah! kita lihat calon BN, Datuk Wan Farid selesa menggunakan media untuk kempen terus masuk ke rumah para pengundi..bagaimana pula dgn calon Pakatan Rakyat dari PAS?

Dalam isu ini, aku tidak mengatakan tiada sikit pun kesalahan yang dilakukan oleh pakatan rakyat, tetapi pelaksanaan kebaikan yang dilakukan oleh pakatan rakyat jangan di tutupi, rasuah pemimpin BN buat juga kenapa tidak di hebahkan? jantan kah macam ni? dalam gelanggang lawan di ikat tangan, jantan kah?

Sampai bila otak & minda akan di jajah serta di tipu oleh pemimpin BN yang secara terang merogol hasil kekayaan negara pada kelompok mereka. dasar yang tidak menampakkan hasil berkesan. hanya menampakkan kepentingan pada kroni. untuk rakyat marhaen?

Jadi, kepada para pengundi di Kuala Terengganu, buatlah pilihan yang paling bijak... Kami seluruh rakyat Malaysia mengharapkan undi anda pada calon Pakatan Rakyat daripada PAS. harap semuanya berakal dan berotak menolak Datuk Wan Farid daripada BN. Lu ada akal, Lu pikir la sendiri...


--Sent from my mobile device

Selasa, 30 Disember 2008

'Kebaikan BUDU...Elak BUDUS (BODOH!)..'

Peminat budu sekalian….infooooooooo..... Makanlah budu sblm terlambat!!!

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Terengganu dan Kelantan ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain.

Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya,kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.

Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dankembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,vitamin larut air(vitamin BKompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2(riboflavin), asidpantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).Saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yangdihasilkan oleh bakteria klebsiella pneum! oniae dan Citrobacterfrundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-manasumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain.

Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 parapengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikrodalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9,39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu.

Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksipembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekulyang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan,sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan didalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon! (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasiadalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.

Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,sertamakanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietaryfiber) yang baik.

Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan. So minumlah budu mcm minum air mineral ........he he he he he...Sunggohh..!!!

So, tunggu apa lagi, lepas ni carilah dan amalkan pemakanan sihat dengan Budu, nescaya kesihatan kita akan terjamin...dapatkan di pasaran terutamanya di negeri Pantai Timur...

Wallahu a'lam...



-sumber dari arkib blog Hijat Panjang..

Isnin, 29 Disember 2008

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MA'AL HIJRAH 1430

Alhamdulillah,kita masih lagi di beri peluang bernafas dalam tahun baru sambutan ma'al hijrah 1430

Dalam sambutan ma'al hijrah ini,kita di ratapi dengan pemergian Almarhum Y.T.Besar Negeri Sembilan,pemimpin yg berjiwa rakyat serta satu2nya pemimpin tertinggi negara yang tidak memperkenan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Baginda Menjadi Yang Dipertua Agong dahulu.moga2 roh Baginda di cucuri rahmat dan di letakkan bersama2 orang2 yang soleh serta beriman

Banyak suka duka tatkala sewaktu tahun lalu 1429hijrah bersamaan 2008 masihi,semuanya menjadi kenangan bagi seluruh hamba Allah di muka bumi ini.

Pada tahun baru ini,kita sambut dengan penuh semangat serta kita bakal berhadapan dengan ranjau kehidupan untuk bergelut mempertahankan serta mempertingkatkan ekonomi kita dan juga negara.

Tahun baru ini juga akan menjadi detik pengharapan baru rakyat bagi mengorak langkah lebih ke hadapan dari segi semua sudut agar tidak tertinggal dalam arus kemajuan yang mendatang.moga2 apa yang di inginkan dapat di gapai dengan pertolongan Maha Esa serta mendapat keberkatannya.buat anda semua

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1430,DENGAN HARAPAN 'BANGUN DENGAN KEKUATAN' MENEMPUH CABARAN MENDATANG.MOGA MENDAPAT PERTOLONGAN YANG ESA.AMIN



--Sent from my mobile device
Related Posts with Thumbnails