Sah lagi benar...itulah yang boleh aku ungkapkan sebentar tadi pengumuman yang telah dibuat oleh TPM yg dok ketaq lutut lagi beberapa hari InsyaALLAH PR nak ambil alih kerajaan persekutuan....Datuk Ariff Shah adalah individu yg telah di umumkan sebentar tadi di Sunway Seberang jaya sebagai calon Bee End yang akan menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim merebut kerusi Parlimen Pmtg Pauh P-44
Dalam Pada itu juga,beliau berumur 52 tahun yang juga YB kerusi ADUN Seberang Jaya di dalam Parlimen Pmtg Pauh...bukan menjadi amalan dalam BN untuk seseorang wakil rakyatnya menjadi Anggota Parlimen dan ADUN secara serentak, Najib berkata tidak ada yang boleh menghalang pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan itu kerana ia tidak bertentangan dengan perlembagaan negara dan parti pembangkang juga berbuat demikian...
Kalau di lihat dari respon Datuk Jalil,membelakang Datuk Ariff Shah (Gambar) yang tidak sehaluan dengan keputusan yang di umumkan sebentar tadi akan memberikan tekanan kepada mereka yang berada di kem berbeza dengan Datuk Ariff Shah...
Bagi aku la,bukan kesan kepada pengumuman ini yang kita ingin ketahui,cuma yang perlu kita tahu...pemilihan yang bakal di buat oleh penduduk di parlimen Pmtg Pauh bukan setakat menentukan siapa yang bakal menduduki kerusi parlimen Pmtg Pauh...tetapi ianya merupakan pemilihan untuk Bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru...
Kalau Datuk Ariff Shah menang atau pun hanya mengurangkan majoriti DSAI...kita kena ingat bahawa,kesengsaraan rakyat akan terus menular dari dulu hingga perubahan kerajaan di peringkat pusat di lakukan...percaya lah...penderitaan menanti di hadapan dengan kemenangan kepada Datuk Ariff Shah...tiada apa perubahan yang dapat dibuat jika memberi undi kepada Ariff Shah..tapi........
Kepentingan ini yang kita perlu faham dan peka...pembelaan rakyat dapat di buat dengan membawa kemenangan besar di Parlimen Pmtg Pauh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-6 setelah Abdullah Badawi...klau Dr Mahathir telah menyatakan akan berhjrah ke luar negara jika Anwar menjadi PM...ianya sebagai 1 perancanaan Dr Mahathir melarikan diri dari semua kesalahan yang telah dia palitkan 22tahun pemerintahannya...Mahkamah menunggu beliau....jangan nak lari chedet...
Undi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim = Perdana Menteri Malaysia Ke-6 harga minyak turun serta merta...kehidupan rakyat terbela
Undi Kepada Datuk Ariff Shah = Tiada perubahan..kekal BN & yang paling penting penderitaan terhadap rakyat akan terus menerus...
Ingatlah semua....bukan aku cakap tau...Najib umum sebagai menifesto BN pilihanraya ke-12 baru2 ini...'Minyak tak akan naik tahun ini'...tiba2 lepas election 8 Mac 2008...harga minyak naik 78 sen petrol...diesel Rm1...jadi masih adakah harapan kepada kerajaan BN dengan memenangkan Ariff Shah...oleh itu...saranan aku kepada semua pengundi Permatang Pauh....tolonglah...Undi Anda untuk masa depan anak cucu anda sekalian.....
Oleh itu...Undi Lah DATUK SERI ANWAR IBRAHIM untuk nasib seluruh rakyat MALAYSIA bagi menukar kerajaan baru Negara kita yang tercinta ini....MALAYSIA TANAH AIR KU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan