Universiti Teknologi MARA bermula sebagai Dewan Latihan RIDA yang beroperasi mulai November 1956 di Petaling Jaya, Selangor. Dewan Latehan ini ditubuhkan bertujuan sebagai pusat percubaan menawarkan kursus persediaan untuk remaja luar bandar aliran Inggeris. RIDA yang merupakan kependekan Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk bumiputera.
Tujuan asal ITM cukup murni iaitu untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar Melayu dalam bidang akademik.
Dewan Latehan merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951. Tidak lama kemudian, iaitu pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA diletakkan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan namanya ditukar kepada Maktab MARA. Maktab ini terus berkembang hingga menjadi unit terpenting dalam Bahagian Latihan MARA, hinggalah pada 14 Oktober 1967, Maktab MARA ini mendapat nama baru Institut Teknologi MARA (ITM)
Seterusnya pada tahun 1996, ITM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti. Namun begitu, namanya tidak ditukar hinggalah pada 26 Ogos 1999, Institut Teknologi MARA dengan rasminya dinamakan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Dalam Berita TV3 jam 1.30 pm tadi, pembaca berita menyatakan isu kuota pelajar UiTM dipolitikkan. Maksud asal berita tersebut adalah untuk memburuk-burukkan kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Mereka memetik kata-kata dari Prof Khoo Kai Kim.TETAPI Tembelang mereka pecah juga apabila mereka memperdengarkan kata-kata Prof Khoo Kai Kim.
Prof Khoo menyatakan bahawa semasa pemerintahan UMNO-BN, UiTM telah dibuka kepada bukan bumiputra seramai 200 orang.Tetapi ia tidak mendapat sambutan dari kaum bukan bumiputra kerana mungkin mereka tidak selesa belajar di Universiti tersebut.Tetapi bila PR memerintah,timbul penentangan tentang cadangan memberi peluang warga bukan bumiputra belajar disitu.
Malangnya, pencapaian pelajar UiTM terjejas berikutan penglibatan aktif Naib Canselornya, Ibrahim Shah dengan UMNO.Di UiTM,pensyarah dan pelajar pro-pembangkang dikenakan pelbagai sekatan dan ada yang dibuang kerja. Pelajar tidak dibenarkan mendalami Islam secara bebas dan sesiapa yang terlibat usrah akan ditahan oleh sekuriti. Ini berbeza dengan UIA yang mewajibkan pelajar-pelajarnya usrah setiap minggu.Mungkin inilah antara punca UiTM jauh ketinggalan berbanding UIA yang bersifat antarabangsa.
Jadi berfikirlah secara waras...bukannya apa,klau dulu lagi UITM dh di buka kouta masa zaman UMNO/BN zaman apanamanya....lupo plak...hehehe,jadi jgn nk jadi dangkal...lagi pulak MB Selangor tuh bukan buleh pinda Akta UITM sbb dh sememangnya ia terletak pada kerajaan pusat...jadi siapa yg takbir kerajaan pusat dulu & sekarang?Prof Khoo Kai Kim pun dh bgtau...hal ini bukan isu sebab dari dulu lagi mengenai org bukan bumiputra dh diterima ke dalam UITM...so ada akal...lu pikir la sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan