Telah terbukti doa orang teraniaya adalah amat makbul dan tanpa hijab waima doa orang kafir sekali pun tetap akan dimakbulkan.rasanya mungkin ada yang masih belum tahu lagi nasib yang menimpa kepada perancang konspirasi 1998 lepas.Lihat senarai mereka yang telah di adili.
Ummi Hafilda Ali------> salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal.Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang anak yang telah diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?
Azizan Abu Bakar------> rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan dihukum enam bulan penjara.
Aziz Shamsuddin------>ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia. Apabila mereka mengambil jenazahnya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.
Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji.
Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar.Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar.Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut.
Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar.Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera.
Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!
Anda masih ingat Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.
Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin,tetapi Aziz menolak.Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.
Ya, hanya ‘perkara yang baik’ akan menemui mereka yang melakukan ‘kebaikan’ kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuk setengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidak setimpal.Contoh, orang seperti Hamzah Zainuddin, seorang yang suka berfoya-foya, tidak wajar diberi ‘jalan keluar’ yang mudah.
Kepada Hamzah, nasibnya lebih teruk daripada kematian.Dan apakah anda mungkin bertanya, nasib Hamzah yang lebih dahsyat daripada kematian?Hamzah diperintah bayar RM11.206 jutaPada 8 April 2004, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memerintahkan Pengerusi Felcra Berhad, Hamzah Zainuddin, membayar tuntutan cerai bekas isterinya, Nooraini Abdul Rashid. Jumlah yang perlu Hamzah bayar ialah RM11.206 juta dan jumlah ini mesti dibayar dalam tempoh sebulan.
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hassan Basri, ketika membaca keputusan itu berkata, ia merangkumi bayaran tuntutan mutaah dan tuntutan nilai gaji serta kenaikan tahunan ekoran perletakan jawatan plaintif (bekas isteri) yang kesemuanya berjumlah RM11.206 juta.Dalam keputusan itu, mahkamah juga mengarahkan Hamzah membayar satu pertiga daripada harta sepencarian melalui jumlah saham-saham di tiga buah syarikat sebanyak 21,064,286 unit atau sebagai pilihan beliau perlu membayar RM10 juta.
Mahkamah turut memutuskan harta tuntutan balas Hamzah terhadap Nooraini yang berupa dua kereta mewah dan sebuah rumah di Subang Jaya, Selangor, dikekalkan milik bekas isterinya keseluruhannya sebagai hibah.“Tuntutan mutaah yang layak kepada plaintif dalam masa perkahwinan mereka selama 15 tahun.”“Tuntutan nilai gaji dan kenaikan tahunan setelah plaintif meletakkan jawatan dalam masa perkahwinan adalah layak dituntut selama 22 tahun,” katanya lagi.
Hamzah diwakili oleh peguam syarie Zulkefli Ulul Aziz, manakala Nooraini pula oleh peguam syarie Asmuni Alwi.Tuntutan mutaah merangkumi nafkah diri selama 15 tahun sebanyak RM360,000; pakaian dan hiasan diri sebanyak RM270,000 serta upah menjaga anak kira-kira RM180,000.Bagi tuntutan nilai gaji selama 22 tahun berjumlah RM382,866 manakala kenaikan tahunan pula kira-kira RM13,200.Dalam keputusan itu, Hassan berkata, mahkamah memutuskan harta tiga buah syarikat yang dihujahkan sebelum ini diisytiharkan sebagai harta sepencarian iaitu Hexagon Holding Berhad, Evermaster Group Berhad dan Asian Pac Holding Berhad.
Katanya, jumlah unit saham di Hexagon Holding Berhad adalah 3,013,957 unit, Evermaster Group Berhad adalah 3,496,901 unit dan Asian Pac Holding Berhad adalah 56,682,000 unit.“Dengan itu, plaintif layak dan berhak menuntut satu pertiga bahagian daripada jumlah nilai saham di tiga buah syarikat tersebut.”“Tetapi defendan diberi pilihan dengan membayar sebanyak RM10 juta sebagai ganti,” katanya.
Hassan memberitahu, Nooraini berhak membuat tuntutan mutaah kerana sepanjang perkahwinan dengan Hamzah, beliau tidak pernah mengaibkan nama suaminya serta sentiasa menjaga kehormatan dan keselamatan anak-anaknya.“Mutaah wajib dibayar oleh bekas suami kepada bekas isterinya yang taat dan tidak pernah dilaporkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah.”
“Bagi kes itu, si isteri sanggup berkorban dengan bekerja sendiri walaupun defendan mengetahui kesukaran yang dialami bagi menanggung dan menjaga anak-anak dirumah,” katanya.renung2kanlah
p/s------>yang di bold kan tu adalah nama mereka-mereka yang terlibat dan balasan Allah ke atas mereka.Allah bagi balasan bukan sahaja cash di dunia tapi sampai akhirat jua.-
Portal Komuniti
Semua sudah di berikan contoh azab cash di dunia...hat dalam picture tuh nk jadi lagu mana plak?
PAKAI TONGKAT DAH
3 minggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan