Semakin ramai di kalangan rakyat yang di tanya mengenai jika berlakunya Peralihan Kuasa di peringkat kerajaan persekutuan...kesemua memberi respon yang positif...baik di tanya dari sudut mana pun,pastinya jawapan yang di terima mengembirakan para penyokong PR.
Apa tugas kita sekarang dalam menghadapi peralihan kuasa ini?Apa yang perlu di perkemaskan dari peralihan kuasa ini?Semuanya perlu di jawab segera...Jangan kita lupa,bukan senang peralihan kuasa ini akan berlaku...apakah golongan yang menanti jun 2010 boleh memberi laluan dengan mudah kepada PR mengambil alih tampuk pemerintahan ini dengan begitu mudah?Jawapannya pasti tidak...
Setiap insan yang sayangkan keamanan serta ketenteraman amat tidak suka jika peralihan kuasa ini di akhiri dengan suasana huru hara,haruslah para penyokong serta pendokong PR memberi satu suntikan kefahaman kepada teman2 kita yang mungkin sedikit kurang mendapat informasi terkini mengenai tujuan sebenar kita berkehendakan peralihan kuasa ini berlaku..
Justeru,seluruh rakyat di minta mengelakkan diri berada dalam kumpulan2 serta di lokasi yang boleh menimbulkan keadaan tegang serta huru hara kerana peralihan kuasa ini amatlah berkepentingan untuk kesejahteraan semua umat di atas bumi yang bernama MALAYSIA.
Ingatlah,menghuru hara negara adalah menyokong kepada penderitaan...penderitaan adalah menyokong kepada huru hara.Jangan beri mandat secara tak langsung kepada BN merampas kembali kesejahteraan sebenar oleh rakyat.Jadi fikir2kan lah
PAKAI TONGKAT DAH
4 minggu yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan